Followers

Tuesday 30 October 2012

On Rainy Days - Bab 5




   “SEKEJAPNYA masa berlalu. Lagi dua bulan kita jadi student Tahun 2. And the important is Andhika, Emeriez dan Ridzlan akan berambus dari sini.” Ujar Max. Dia menghela nafas lega. Lagi lama diaorang ada kat sini, selagi tulah aku rasa tak sedap hati.

   “Ha’ahkan? Mesti best kalau diaorang takde.” Beritahu Risya. Tiba-tiba dia rasa sayu. Dia merasakan baru semalam mummy dan daddy meninggalkannya. Risya rindukan mummy ngan daddy. Risya selalu doakan mummy ngan daddy agar tenang di dunia sana.

   “Ha’ah, memang best. Aman sikit dunia kalau diaorang takde.” Satu suara garau menyokong kata-kata Risya.

   Ad, Max dan Risya ketawa mendengar kata-kata. Tawa Ad berhenti. Dia pelik, suara yang membalas kata-kata Risya tadi? Takkanlah suara Max? Mustahil! Suara Max taklah segarau ni.

   “Siapa yang cakap tadi? Kau ke Max?” soal Ad kepada Max.

   Tawa Max dan Risya terhenti.

   “Bukan kau ke yang cakap tadi, Ad?” soal Max naif.

   Risya menyiku Max.

   “Pesal?” Dayana memuncungkan mulutnya untuk memberitahu sesuatu.

   Ad, Max dan Risya berasa seperti ada tulang ikan tersekat di kerongkong. Lantas, mereka tersenyum kambing, menutup malu.

   “Kitaorang tak habis exam lagi kauorang dah halau.” Kata Ridzlan seperti berjauh hati. Lantak kaulah nak berjauh hati ke tak, bukannya Max and the gang kisah pun.

   Max berdecit. Kalau aku sembang je, mesti diaorang kacau. Tak syok betullah! “Kau ni pehal? Tak boleh tengok orang senang sikit.” Marah Max.

   “Max, Risya, jom chow! Sesak nafaslah aku dok sini. Busuk! Ada sampah.” Kutuk Ad tanpa berselindung. Max dah ceritakan segala-galanya tentang tujuan mereka ingin berbaik dengan kitaorang. Mereka buat semua tu sebab nak korek rahsia siapa sebenarnya kami bertiga. Bak kata Max, baka!

   “Amboi, kasarnya bahasa.” Balas Andhika.

   Ad mencebik. “Blahlah kau. Menyemak je!”

   Ad, Max dan Risya merempuh badan ‘sampah-sampah’ yang menghalang perjalanan mereka.

   Andhika, Emeriez dan Ridzlan mengaduh. Nampak muka macam lembut je, tapi ternyata kasar. Jadi, don’t judge a book by the cover.



   KERETA ALPHARD dipandu laju oleh Ad. Dia suka pandu kereta laju-laju tapi bila accident tahu pulak menyesal. Janji tak nak buat lagi. Manusia, faham-faham jelah.

   “Ad, agak-agak ar. Slowlah sikit. Aku tak nak mati lagi. Kalau kau nak mati, kau mati sorang-sorang sudahlah. Tak payahlah ajak orang lain.” Risya menutup matanya. Takut!

   Max ketawa mendengar kata-kata Risya. Dia biasa sahaja. Dah terbiasa. “Ad, slowkan sikit kereta ni. Aku tak kisah kereta ni rosak, jangan muka kau rosak sebab cium stereng.” Max menasihati Ad. Kesian melihat Risya yang berada dalam ketakutan.

   Apabila mendengar kata-kata Max, Ad memperlahankan pemanduannya. Dia menghormati ojou yang digeruni ramai ahli gangster.

   Risya menghela nafas lega. Sesak nafas aku dibuat Ad. Sebab tu aku tak kasi Ad drive. Kalau tak… paham-paham jelah.

   “Hari ni, hari last kau drive kereta kalau aku jadi passenger. Aku tak nak dah bagi kau drive. Aku dah serik!” Risya menjadi gerun apabila mengingati had kelajuan yang dipandu oleh Ad.

   “Kenapa pulak?” soal Ad tak puas hati.

   “Lemah jantung aku bila kau drive. Macam pelesit!”

   Sebelum keadaan menjadi lebih genting, Max terus menegah.

   “Dah dah! Lagi lama kauorang bertekak, lagi cepat kita dapat bala. Fokus semasa memandu. Tadi beria-ia nak jemput ‘buah hati pengarang jantung pisang’ kau tu.” Sahut Max.

   “Betul jugak! Ni semua sebab Risya. Dia yang cari pasal dengan aku dulu.”

   “Dia yang salah, kita pulak yang dipersalahkan. Teruk betul!”

   “Stop… stop it! Aku tembak jugak kauorang ni.” Ugut Max dengan mimik muka yang serius.

   Sekelip mata sahaja, Ad dan Risya berhenti bertekak. Ojou dah marahlah. Lebih baik diam kalau tak nak kena tembak.

   Max mengulas senyuman. Tahu pun takut!



   “YO, bro! How are you?” Ad bertanya khabar kepada ‘buah hati’nya. Mereka berpelukan seperti lelaki. Muka nampak feminin, nama pun sama. Tapi perangai… faham-faham jelah ye.

   “Amboih! Cantiknya bahasa. Apa, Ad ingat ni negara orang putih ke? Tegur orang yoyo? Lu ingat wa ni yoyo ke?” soal ‘buah hati’ Ad.

   “Lawa ingatkan lu dah tak pandai cakap Bahasa Melayu. Maklumlah, dah lama tinggal kat negera omputeh.” Balas Max sebagai wakil Ad.

   “Wa… Miss Gangster ada la. Ingatkan dah tak sudi jemput kita ni.” Gurau Haikal.

   Max mencebik. “Tak payah buat muka mintak terajang macam tu. Aku dah lama tak belasah orang ni. Kalau tak silap, last aku belasah orang… err... bila eh? Tak ingat pulak aku. Lupakan.” Kata-kata Max mengundang tawa oleh Ad dan Risya.

   Giliran Haikal pula yang mencebik. “Mentang-mentanglah kita ni tak pandai nak pertahankan diri, dia nak belasah kita. Tak sukalah macam ni.” Suaranya seperti berjauh hati.

   Risya ketawa mengejek. “Jantina je lelaki tapi lembik!” kutuk Risya.

   “Blah ar kau! Riak je lebih.”

   Ad, Max dan Risya ketawa mendengar omelan daripada Haikal itu.



   HAIKAL atau nama penuhnya Alexander Haikal. Kacukan Melayu-Inggeris. Masa sekolah dulu orang panggil dia, perpustakaan bergerak. Dia selalu dibuli sebab dia budak nerd atau lebih dikenali sebagai budak skema. Nak pertahankan diri, tak pandai. Orang suruh belajar, tak nak. Dia cakap, takpe… Ad kan ada.

   Tapi masalahnya sekarang, Ad hanya boleh back-up dia sampai sekolah rendah je. Sekolah menengah dah tak boleh sebab Haikal bersekolah kat sekolah berasrama penuh. Budak pandailah katakan. Maka, selalulah dia dibuli, diperas ugut. Orang dah suruh belajar ilmu mempertahankan diri, tak nak. Degil! Natijahnya, dia selalu kena buli.

   Haikal tua tiga tahun daripada Ad, Max dan Risya. Haikal ialah saudara susu Ad sebab tu diaorang rapat. Ibu Haikal menyerahkan Haikal kepada keluarga Risya atas sebab-sebab yang tertentu. Masa tu, Haikal berusia dua bulan. Lagipun mama dan papa Risya berasa kesunyian kerana tiada cahaya mata sehinggalah Ad dilahirkan ke dunia, tiga tahun kemudian.

   Max tidak suka penampilan Haikal. Baju kemeja berlengan pendek berkotak-kotak. Butang dibutangkan hingga ke leher. Seluar slack warna hitam hingga ke atas pusat. Rambut pulak dibelah tengah. Erghh, memang nerd giler. Sangat terpesong dengan penampilan dia yang stylo.

   Di sebalik kekeskemaannya, Haikal mempunyai seraut wajah yang tampan. Mempunyai sepasang mata yang berwarna biru laut telah terlindung dengan kaca mata berbingkai besar. Yang memang sesuai dipakai oleh orang sepertinya.



   Max ingin menukar penampilan Haikal supaya lebih up-to-date. Penampilan sekarang ini Nampak lurus bendul. Tak stylo walaupun pakaiannya itu mahal. Dia mahu Haikal menjadi lelaki sejati. Dia jugak yang jadi lelaki tiruan. Hu hu hu !

   “Haikal, aku tak sukalah penampilan kau sekarang ni. Dari dulu, sampai sekarang tak pernah berubah. Up-to-datelah sikit wei. Aku nak ubah penampilan kau, boleh tak?” soal Max penuh berharap. Kita kena tanya tuan badan dulu, tak boleh main aci redah je.

   Terkebil-kebil mata Haikal mendengar permintaan Max itu. Ramai juga orang yang mengkritik cara pemakaiannya tetapi langsung tidak diendahkan. Dia ingin menukar penampilannya tetapi tak tahu macam mana nak mula dulu. Alang-alang orang dah tanya, baik on je.

   “Kau biar betul, Max? Kau nak ubah penampilan, Haikal a.k.a abang aku ni?” soal Ad seakan tidak percaya. Selama ini Max tidak pun mengkritik penampilan Haikal.

   Max mengangguk.

   “Aku setuju dengan Max. Cakap ‘ya’ je, Haikal. Semua kos Max akan tanggung. Aku berani jamin!” Cakap macam dia je yang tanggung.

   “Aku on je kalau semua kos Max yang tanggung.” Mata nakal Haikal mengenyit mata kepada Max.

   Max menjelir lidah. “Eh eh, budak nerd ni. Banyak songeh pulak dah. Yelah-yelah aku yang tanggung tapi tak semua. Tak gentleman langsung kau ni.” Bebel Max.

   “Bukan kau tu lelaki ke? Buat apa aku nak gentleman dengan kau? Geli aku!” Haikal sengaja mengapi-apikan Max. Haikal kalau dengan Ad, Max dan Risya bolehlah nak sindir-sindir, kalau dengan orang lain… haram!

   “Biadap!”

   “Nak bukti? Tengok dada kau tu, rata!” Haikal ketawa jahat. Disambut oleh tawa Ad dan Risya.

   Max menahan marah. Asap dah keluar dari telinganya. “Tak senonoh betul kau ni. Tak padan dengan nerd! Aku wresting jugak kau ni.” Muka Max merah menahan marah. “Mulut kau tu langsung takde insurans. Aku ganyang mulut kau dengan lesung batu baru tahu. Biar mulut cabul kau tu rosak. Baru nak menyesal!” Max memberi amaran.

   Tertelan air liur Haikal mendengar amaran daripada Max. Man ni bukannya boleh dibawa berbincang. Kalau dia cakap A, maka A la. Takde dah B. Dengan mukanya yang menyeringai, memang menakutkan!

   Ad dan Risya ketawa bagai nak rak melihat muka Haikal yang cuak itu. Padan muka!



   DUA bulan berlalu. Ini bermakna Ad, Max dan Risya sudah menjadi student Tahun 2. Pada masa yang sama jugak Andhika, Emeriez dan Ridzlan dah berambus dari universti tu. Yahoo!!

   Kini, Max dan Haikal atau nama barunya Alex sedang berbual-bual di sebuah restoran sementara menunggu makanan sampai. Maxlah yang tukar nama tu. Dia cakap baru style panggil Alex. Sesuai dengan gaya Haikal sekarang ini.

   “Eh, Max. Tak sangka jumpa kau kat sini. Kau buat apa kat sini?” Emeriez terasa ingin menepuk dahi kerana soalan bodoh itu jugak yang ditanya. Dah terang tang-tang ni restoran, mestilah orang datang sini nak minum atau makan atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Erk? Apa yang aku tengah melalut ni. Adoii!

   Max mengangkat muka untuk melihat gerangan yang menegurnya. “Aku tengah snorkeling. Tak nampak?” soal Max malas. Dah ni restoran mestilah nak makan, nak minum. Apa punya soalan da?

   Haikal senyum mengejek. Dia kenal lelaki yang berada di hadapannya ini. Lelaki yang berlagak macho dan kuat. Pembuli terbesar di sekolah semasa di sekolah berasrama penuh suatu ketika dahulu. Mungkin Emeriez sudah tidak mengenalinya kerana penampilannya yang sangat berbeza dari dahulu.

   Emeriez tersengih menutup malu. “Boleh aku join?” Dengan tak malunya dia duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Max.

   “Kau ni memang tak malukan?” soal Max tanpa berlapik. Buat apa nak berlapik dengan mamat perasan bagus ni. Buang karan je.

   Emeriez buat muka selamba. Dia membuat pesanan selepas memanggil pelayan restoran. Matanya teralih pada seraut wajah di hadapannya. Dia berasa dia seperti pernah melihat wajah itu. Tetapi dia tidak ingat. Pedulikan semua tu.

   “I’m Emeriez.” Emeriez memperkenalkan dirinya kepada Haikal.

   “Alex.”

   Mereka bersalaman. Haikal memegang tangan Emeriez kuat. Emeriez menahan kesakitan yang sedang dialaminya. Dia memaniskan roman muka supaya tidak diketahui oleh Max perasaan sakit yang dialaminya sekarang ini. Kalau Max tahu pun, ada Max kisah?

   Max berasa seperti ada aura hitam disaat Haikal memperkenalkan dirinya. Wajah Haikal dipandangnya. Dia melihat Haikal melihat Emeriez seperti mahu menelannya hidup-hidup. Pandangan maut! Kali pertama tengok muka Haikal macam tu. Ada sejarahkan antara Haikal dengan Emeriez? Apakah sejarah itu? Max ingin tahu.

  

On Rainy Days - Bab 4




  

      AD, Max dan Risya berbual-bual di bawah pokok yang rendang. Keadaan Risya sudah seperti sedia kala. Tipulah kalau Risya tidak bersedih lagi, sekali-sekala adalah jugak.

   “Boleh kitaorang join?” Entah siapalah yang tegur mereka bertiga.

   Tanpa melihat wajah yang menegurnya, Max terus tidak membenarkannya.

   “Tak boleh! Lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk join kitaorang.”

   “Kau tu bukan ‘lelaki’ ke?” soal Emeriez menyindir.

    Max mengetap bibir. Ad menggosok-gosok belakang Max supaya terus bersabar.

   Ad dan Risya melihat lelaki-lelaki yang menegur mereka. Buang tabiat ke apa diaorang ni? Tak pernah-pernah nak tegur macam ni. Hari ni tiba-tiba je tegur. Kalau fan diaorang tengok, mampus kitaorang kena ‘kerja’.

   “Kitaorang orang miskin je. Tak layak nak ajak kauorang berbual. Kauorangkan anak orang kaya.” Beritahu Risya sinis. Bukannya Risya tak tahu yang Emeriez, Ridzlan dan Andhika hanya berkawan dengan orang kelas atasan je. Kelas bawah ni, tak mainlah. Kolot!

   Emeriez, Ridzlan dan Andhika terasa dengan kata-kata Risya. Dulu, diaorang memang macam tu, sejak kenal Ad, Max dan Risya yang dari kelas ‘bawahan’, diaorang dah berubah. Berubah sebab nak korek rahsia dari mereka bertiga.

   “Tak payah nak touching-touching bagai. Meluat aku tengok!” bidas Ad.

   Lelaki-lelaki ‘idaman’ Malaya ini mengeluh apabila mendengar kata-kata ‘tajam’ yang terluah dari bibir Ad dan Risya.

   “Kitaorang datang ni bukannya nak gaduh, kitaorang nak berdamai. Cukuplah perli-perli kitaorang. Please…” Andhika buat muka comel. Comellah sangat tapi memang comel pun.

   “Berdamai otak kau!” Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati Max. Dia cukup tidak berkenan dengan makhluk-makhluk yang ada di hadapannya sekarang ini. Menyampah! Meluat! Dan seangkatan dengannya.

    “Apa mimpi kauorang tiba-tiba je datang jumpa kitaorang nak berdamai?” soal Max dingin.

   “Kita ni Islam, tak elok bergaduh. Dosa!” ujar Emeriez.

   “Tahu pulak dosa, selama ni buli orang tak ingat pulak kat dosa?” bidas Max.

   Emeriez menggaru kepala. What should I do? Somebody help me! Jerit hati Emeriez.

   Mata Ridzlan dan Andhika jatuh kepada tangan Ad, Max dan Risya. Wow! Jam tangan Franck Muller. Jenama jam yang Rosmah Mansor pakai tu. Ni ke yang mereka kata miskin?

  “Bagi tahu kitaorang apa niat kauorang datang sini?” Ad malas untuk melayan tiga orang lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini.

   Ridzlan mengangkat kening. Takkan diaorang tahu apa yang ada dalam fikiran kitaorang? Dia bermonolog di dalam hati.

   “Sure kauorang nak tahu?” soal Andhika.

   Ridzlan dan Emeriez membulatkan mata. Biar betul dia ni nak bagi tahu?

   “Hmm...

   “Kitaorang nak jadi berkawan dengan kauorang. Tu je, kitaorang minta. Tak lebih dan tak kurang.” Beritahu Andhika. Ridzlan dan Emeriez menghela nafas lega.

   Ad, Max dan Risya ketawa sinis.

   “Kauorang nak berkawan dengan kitaorang? Buat lawak? Kalau tak aku nak gelak.” Kata Risya serius. Tiga orang lelaki yang ada di depan aku ni, tak layak nak berkawan dengan aku, Max dan Ad. Tak layak langsung! Jadi musuh bolehlah.

   Andhika, Emeriez dan Ridzlan mendengus kasar. Sakit hati kerana dipermainkan. Diaorang patut bersyukur sebab kitaorang nak berkawan dengan kauorang. Ramai lagi orang yang nak berdamping dengan kitaorang, kauorang jugak yang kami pilih.

   Max menyiku Ad dan Risya. Dia mengisyaratkan supaya cepat beredar dari sini. Dia tahu yang Andhika, Emeriez dan Ridzlan mendekatinya, Ad dan Risya atas sebab-sebab yang tertentu.

   “Kitaorang chow lu, bye bye! Aku terima kau jadi kawan kitaorang tapi…” Max sengaja menggantungkan ayatnya di situ.

   Andhika dan Ridzlan menelan liur, Emeriez pula berdebar-debar. “Tapi?” soal mereka serentak.

   Max mengulum senyuman penuh makna. “Jangan menyesal!” Dia terus berlalu dari situ. Diikuti dengan Ad dan Risya.



   “JANGAN menyesal?” soal Ridzlan pelik.

   “Maksud dia apa?” Emeriez menggaru kepalanya yang tidak gatal.

   Andhika mengangkat bahu. “Entah! Aku pun tak faham.” Andhika buntu. Apakah maksud perkataan itu?

   “Tak payah fikir lagi pasal tu. Diaorang pun dah terima kita as kawan diaorang. Dah boleh start operasi kita.” Beritahu Emeriez. Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam poket seluar lalu menekan nombor seseorang. “Mulakan.” Dia menutup talian.
   “‘Miskin’kan diaorang tu? Pakai jam berjenama Franck Muller. Beg sandang berjenama Nike, Adidas. Kasut pun sama. Aksesori kat tangan pun dah mencecah puluhan ribu ringgit malahan boleh mencecah ratusan ribu. Jam tangan Franck Muller tu bukannya murah. Kalau tak silap aku, jam tangan yang diaorang pakai tu, limited edition. Harganya lebih kurang RM300 000. Tambah dengan beg sandang, kasut dan pakaian lagi. Tu ke yang diaorang cakap miskin?” ujar Ridzlan.

   “Aku yang kaya ni nak beli jam Franck Muller yang berharga ratusan ribu tu pun kena tanya ayah dulu. Kauorang faham-faham jelah ayah aku tu. Berjimat-cermat! Diaorang yang ‘miskin’ boleh beli jam macam tu? Aku pakai jam Rolex je. Tak sampai pun RM5 000.” Balas Andhika.

   “Tu kau! Aku on je nak beli jam Franck Muller. Tapi aku je yang tak nak. Aku pakai jam Rolex je. Aku ingatkan jam aku yang paling mahal di uni ni tapi ada orang lain.” beritahu Emeriez riak.

   Andhika mencebik. Takleh blah!

   Ridzlan menggeleng. Dah besar panjang pun nak gaduh macam budak lagi ke? Aku debik jugak dua orang ni.

  Tiba-tiba telefon bimbit milik Emeriez menjerit minta diangkat.

   “Apa? But why? Kalau macam tu, bagi balik duit yang aku bayar tu!!” Marah betul Emeriez kali ini.

   Andhika dan Ridzlan saling berpandangan.

   “What’s wrong?”

   “Spy yang aku upah untuk mengintip Max, undur diri. Dia cakap dia tak sanggup. Kantoi!” Emeriez meraup rambutnya ke belakang.

   “Kantoi? Bukan ke spy yang kau upah tu, spy yang bertauliah ke?” soal Andhika pelik.

   “Tulah pasal. Aku pun pelik jugak. Macam mana boleh kantoi? Dah banyak spy aku upah dan semuanya kantoi. Diaorang datang jumpa aku, semuanya bibir pecah. Mata lebam. Barang bukti pun takde. Semuanya dihapuskan. Diaorang cakap lagi, orang yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam yang belasah mereka. Sadis betul aku tengok.” Ujar Emeriez kesal.

   Terkejut Andhika dan Ridzlan mendengarnya. Penyiasatan harus diteruskan sehingga mendapat tahu siapa Ad, Max dan Risya yang sebenar.



   MAX memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia keluar dari kereta itu. Senyuman sinis diukir.

   Ad dan Risya terpinga-pinga. Pelik kerana Max memberhentikan kereta secara mengejut.

   “Kenapa kau berhenti kat sini? Rumah kita kat depanlah.” Ad menggerutu. Dahlah sekarang ni perutnya lapar. Nak melahap tadi, tak sempat sebab mamat tiga orang tulah. Menyibuk je!

   Max memandang Ad dan Risya. “Kauorang tunggu sini. Aku ada hal yang nak diselesaikan.” Dia berlalu meninggalkan Ad dan Risya terpinga-pinga.

   Ad pandang Risya. Risya pandang Ad. Spontan mereka menjongket bahu.



   MAX mencekak kolar baju milik penyiasat upahan Emeriez. Nak menyiasat pun agak-agaklah. Nampak sangat Emeriez upah penyiasat yang tidak bertauliah. Belum apa-apa lagi dah kantoi!

   “Siapa yang upah kau?!” soal Max kasar. Walhal dia dah tahu siapa yang upah, saja tanya. Kot-kotlah salah orang. Malu!

    Lelaki itu hanya berdiam diri.

   Max berang. Dia menumbuk muka lelaki itu. Bersembur darah yang keluar dari mulutnya. “Kau nak cakap ke tak nak?” Max ingin menumbuk lelaki itu sekali lagi.

   “A… a… aku cakap.” Max menurunkan tangannya. “Emeriez Iskandar yang upah aku untuk siasat kau.”

   Max tersenyum sinis. “Emeriez Iskandar?” Lelaki itu mengangguk laju. Tak nak dah kena tumbuk. Sakit! “Berapa dia upah kau?” soal Max.

   “RM10 000.” Lelaki itu terus menjawab soalan Max.

   Max mengangkat kening. RM10 000? Tak berbaloi langsung! Upah banyak-banyak tapi kerja hampeh! Takpelah, asalkan dia bahagia.

   “Kau jangan bagi tahu apa-apa pasal aku kat Emeriez tu. Duit RM10 000 tu, kau pulangkan balik. Esok, jumpa aku di Mid Valley. Tunggu aku kat KFC. Ada hal yang belum selesai antara kau dengan aku. Ingat, jangan bagi tahu apa-apa pasal aku kat Emeriez. Kalau tak, lagi teruk aku kerjakan.” Max menggertak lelaki itu.

   Kecut perut lelaki itu mendengar ugutan Max. Dia tumbuk sekali pun dah macam kena tumbuk berkali-kali. Kalau lagi teruk, ICU lah jawabnya.



   “SILA hantar assignment masing-masing.” Prof. Zul member arahan kepada pelajar-pelajarnya.

   Maka, berduyun-duyunlah orang yang menghantar assignment masing-masing kecuali Max. Max memang suka cari pasal dengan Prof. Zul. Sampai Prof. Zul pening nak melayan kerenah Max.

   “Prof., assignment yang prof. suruh buat tu saya tak buat lagi.” Dengan selamba badaknya, Max berkata begitu.

   Semua orang di dalam kelas itu tertumpu pada muka ‘hensem’ Max.

   “Max… saya bagi masa dua bulan untuk siapkan assignment ni.”

   Max buat muka toya. Ad dan Risya menggeleng kepala mengenangkan sikap Max yang agak nakal itu. Memang wajib agaknya cari pasal dengan Prof. Zul.

   “Max… saya cakap dengan awak ni, bukannya dengan tunggul kayu!” marah Prof. Zul. Tak sempat tua lagi aku, muka dah berkedut. Nasib badan!

   “So?”

   Soalan Max menyebabkan Prof. Zul beristighfar. “Saya bagi masa satu hari untuk awak siapkan assignment ni. Esok, saya nak awak hantar assignment saya. Kalau tak, tunggulah hukumannya nanti.” Keras Prof. Zul memberi arahan.

   Tiba-tiba kedengaran Max ketawa. “Sorry, prof. Actually, saya dah siapkan assignment tu. Saya buat gimik sikit je, dah gelabah.”

   Kata-katanya disambut dengan gelengan. “Max… Max… kalau hari-hari macam ni, tak lamalah saya boleh tengok dunia ni. Cepat hantar assignment awak.”

   “Kalau prof. nak, prof. datanglah sini. Ambil assignment ni sendiri.”

   Prof. Zul mengeluh. “Max… saya cakap hantar, hantar.” Suara Prof. Zul mengendur menandakan dia sedang marah. Silap hari bulan, pemadam yang ada kat papan putih tu, melambung kena tepat pada muka Max. Memang tak boleh dibayangkan. Ngeri!

   Max menelan liur. Prof. Zul kalau mengamuk, boleh tahan amarah dia. Semua barang yang ada dekat dengan dia dicampak. Kalau kena kat muka ‘hensem’ aku ni, jatuhlah populasi nanti. Simpang malaikat empat puluh empat. Tak mau aku!

   “Okey prof. saya hantar, saya hantar. Jangan buat muka macam tu, prof. Gerun!” Terkocoh-kocoh Max menghantar assignmentnya. Rakan sekelasnya ketawa dengan celoteh Max.

   Prof.Zul hanya menggeleng. Macam-macam! Ni baru seorang, kalau ada sepuluh orang student perangai macam Max, jenuh nak dilayan. Tak nak aku! Ni yang pertama dan terakhir. Prof. Zul berkata-kata di dalam hati.