Followers

Friday 21 June 2013

On Rainy Days - Bab 28



   TERJATUH gelas yang dipegangnya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ad. Dia terkejut. Dia tersenyum hambar. Sukar untuknya menelan kata-kata yang dikata oleh Ad.

   "Bik, tolong sapu kaca ni." kata Alex kepada pembantu rumahnya yang kebetulan lalu di ruang tamu itu.

   "Abang tak apa-apa ke?" soal Ad cemas.

   Alex menggeleng. Bibirnya dihiasi dengan senyuman tawar. "Abang tak apa-apa. Abang okey. Jangan risau. Bila lagi Ad tahu tentang ni?"

   "Dah dua minggu, bang. Ad ingatkan abang dah tau sebab tu Ad tak cakap. Tapi hari ni terdetik jugak Ad nak tanya abang. Kalau tak silap Ad, Max cakap lagi dua minggu diorang akan kahwin."

   "What? Dua minggu lagi? Ad biar betul? Kenapa cepat sangat Ad?" soal Alex. Tiba-tiba dia rasa menyesal pulak kerana meninggalkan Max tempoh hari.

   Ad ketawa. "Apa punya soalan ni Alexander Haikal? Manalah Ad tau. Tanyalah Max sendiri. Mungkin dia dah bosan hidup membujang. That's why dia terima je. Jealous pulak Ad rasa." Risya dah kahwin, on the way nak jadi ibu dah. Max pulak, dah nak kahwin. Aku jugak yang bujang lagi. Hu hu hu! Tapi aku baru 24 tahun, ada banyak masa lagi.

 

   TELEFON BIMBIT milik Max berdering lantang. Dengan matanya yang tertutup, Max mencapai telefon bimbitnya di atas meja kecil berhampiran dengan katilnya. 'Siapa pulak yang telefon malam-malam buta ni? Aku nak tidur pun tak senang.' Dia merengus kasar.

   Tanpa melihat nama di skrin telefon, dia terus menjawab panggilan itu.

  "Dah tidur?" Tanya si pemanggil.

   Pantang Max dengan orang macam ni. Dengan salam tak bagi, tiba-tiba tanya. Kalau tak nak bagi salam, sekurang-kurangnya, cakaplah helo ke, hai ke.

   "Waalaikumussalam." Sengaja dia berkata begitu, untuk menyindir si pemanggil. Max masih lagi tidak mengetahui siapa pemanggil tetapi dia boleh agak siapa.

   "Erk! He he! Assalamualaikum."

   Max menjawab salam. "Ada apa call aku malam-malam buta ni? Nak mati ke? Dah la aku mengantuk ni!" beritahu Max dengan nada yang kasar.

   Dia ketawa. "Amboi, kasarnya bahasa! By the way, suara kau seksi."

   "Seksi otak kau! Suara serak macam ni pun kata seksi? Bodoh! Cakaplah, kau nak apa? Aku nak tidur ni. Mengantuk tau tak?" Tak pasal-pasal malam-malam buta macam ni Max membebel sebab si Emeriez ni. Mengganggu ketenteraman awam je. Huh!

   "Keluar jom." beritahu Emeriez selamba.

   Max melihat jam pada skrin telefon. "Gila! Pukul 2:30 pagi ajak aku keluar." Tak pasal-pasal perkataan yang tak nak sebut, keluar. Hilang kefemininannya.

   "Ala... Max, tolonglah! Aku bosan ni. Lagipun aku ada citer yang nak citer kat kau." rayu Emeriez.

   Max menghela nafas panjang. "Esoklah wei, aku mengantuk ni. Nak tidur." Terus dia menutup telefon usai dia berkata.



   "Welcome back, mak!" Max terus memeluk emaknya. Sudah lama tidak berjumpa. Lima bulan mungkin.

   Terkejut emaknya, Puan Mudrikah apabila tiba-tiba seorang gadis memeluknya. "Err, anak ni siapa? Anak dah salah orang." katanya.

   Max meleraikan pelukannya. "Mak!! Ni oranglah, Max atau nama penuh Marsha Maisarah bt. Muhammad Fayyadh. Lima bulan kat Jepun, anak sendiri pun dah tak kenal ke? Sampai hati..."

   "Subhanallah. Anak mak. Tak sia-sia mak suruh nenek datang sini. Bang, anak kita. Anak kita dah berubah, bang."

   Encik Fayyadh mendekati mereka berdua. "Saya memang tau dari tadi lagi. Awak je lebih-lebih buat drama kat sini." Encik Fayyadh ketawa kecil.

   "Ayah..." Panggil Max lalu mencium tangan Encik Fayyadh. Pipi ayahnya dicium.

   "Jom kita balik. Max tau, ayah ngan mak penat." ujar Max.

   "Mana Fasyin? Kenapa dia tak jemput kami?" soal Encik Fayyadh.

   "Keje." balas Max pendek.

   Puan Mudrikah dan Encik Fayyadh menghela nafas panjang. Masih mementingkan kerja daripada ibu bapa sendiri.