Followers

Monday 19 November 2012

On Rainy Days - Bab 14



SEMINGGU SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG...

   Sejak akhir-akhir ini perangai Fakhriy berubah dengan ketara. Tiada lagi gelak ketawa yang keluar dari mulutnya. Hanya kata-kata nista yang keluar.

   Risya berasa sedih. Sangat sedih. Ke mana perginya sikap ambil berat Fakhriy kepada Risya? Risya berasa sangat kesunyian. Sunyi tanpa mendengar usikan Fakhriy.

   Tapi Risya tidak ingin mengalah. Hati Fakhriy harus ditawan walauapapun yang berlaku. Perkahwinan ini baru sahaja mencecah setahun. Setahun? Tiba-tiba Risya ingin ketawa.

  Tak sangka sudah setahun aku kahwin dengan Fasyin. Adakah dia akan ceraikan aku? Dengan sikap Fakhriy yang semakin lama semakin teruk. Mujurlah Fakhriy tidak lagi minum air setan itu lagi.

   Minggu depan majlis untuk senior-senior akan berlangsung. Tema LOVE. Kena bawak pasangan pulak dah. Hish... menyusahkan betul. Selalunya majlis macam ni kena pakai gaun tapi aku takde gaun. Ada ke gaun yang dipakai dengan tudung?

   "Fasyin, jom shopping. Minggu depankan ada majlis untuk para senior yang dah habis menuntut kat sana. Jomlah kita shopping. Risya takdelah baju yang nak dipakai ke majlis tu." Risya memegang lengan sasa Fasyin. 

   Fakhriy mendengus. Nilah perempuan. Baju dah berlambak kat dalam almari, boleh ke cakap TAKDE BAJU YANG NAK DIPAKAI? "Kau ajaklah kawan sehidup semati kau tu. Kenapa ajak aku pulak?" tanya Fakhriy kasar. Tangannya menolak tangan Risya yang sedang memegang lengannya.

   Risya memaksa dirinya tersenyum walaupun hatinya sakit. Fakhriy sudah berbahasakan dirinya aku-kau, tiada lagi awak-saya. "Saya tak nak diaorang, saya nak awak. Saya nak pergi dengan awak. Bolehkan?" Risya mengerdipkan matanya berkali-kali.

   "Kenapa kau tak faham-faham lagi ni? Aku cakap aku tak nak. Tak naklah!" tengking Fakhriy.

   Terangkat bahu Risya mendengar tengkingan Fakhriy. "Tapi saya nak. Awak temankan saya ya? Thank you." Tanpa mendengar balasan daripada Fakhriy, dia terus naik ke bilik untuk menukar pakaian.



   LANGKAH Risya terhenti apabila melihat seseorang yang dia kenali. Bukannya kenal sangat pun, sikit-sikit je. Rahangnya jatuh.

   "What's wrong?" soal Fakhriy. Dia terpaksa menemani Risya membeli belah kerana dibimbangi Risya akan mendapat musibah. Risyakan isteri dia.

   Risya mengangkat wajahnya untuk melihat wajah sang suami. "Nothing. Jom kita ke tempat lain. Rasa macam nak makan kat tempat lainlah." Paper bag dipegang dengan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang lengan Fakhriy.

   Fakhriy mengangkat bahu. Whatever!

   "Fasyin..." panggil Risya meleret setelah usai mengambil makanan di kaunter.

   "Apa?" soal Fakhriy dingin.

   "Awak cinta saya tak?" Risya memandang wajah Fakhriy. Dia betul-betul inginkan kepastian. Jika Fakhriy tidak mencintainya, kenapa Fakhriy tidak melepaskannya sahaja? Buat apa menyimpan aku lagi?

   Fakhriy hanya mendiamkan diri apabila mendengar soalan itu. 

   Risya mengeluh. Hampa. Fakhriy tidak menjawab soalannya. Susah sangat ke untuk jawab soalan mudah macam tu? Jawab ya ataupun tidak. Tu je! Bukannya susah sangat pun. Bentak hati Risya.

   "I'm sorry." ucap Risya perlahan namun dapat didengari oleh Fakhriy.

   Fakhriy mengerutkan dahinya. "Because?" Dia pelik dengan kata maaf Risya itu. Mengapa dia harus meminta maaf sedangkan dia langsung tidak pernah membuat salah.

   Risya tidak menjawab soalan itu. Dia tahu yang Fakhriy tahu kenapa dia meminta maaf. Dia sedaya upaya untuk mengulum senyuman manis namun hampa. Dia hanya mampu mengulum senyuman kelat. 

   "Awak, balik jom. Saya dah kenyang." Hatinya bagai dihiris-hiris apabila Fakhriy tidak menjawab soalannya tadi. Kenapa? Kenapa semua harus jadi begini? Kenapa Fakhriy langsung tidak pedulikan aku lagi? Mana sikapnya yang dulu? Ke mana hilangnya sikapnya itu?



   "ALEX, please... Malam ni je. Lain kali aku dah tak buat dah. Aku dah bet dengan Prof. Zul bulan lepas. Kau seorang je yang boleh tolong aku." Max terus menerus merayu dengan Alex supaya dia bersetuju untuk menjadi pasangannya pada malam ini.

   Alex tidak menghiraukan rayuan Max itu. Dia masih dengan kerjanya. Dahlah ganggu orang semasa waktu pejabat. 

   "Alex... please help me." Max menarik-narik lengan baju kemeja Alex.

   Tumpuan Alex terhadap kerja terganggu apabila Max menarik lengan bajunya. Dia memandang muka kesian Max dengan pandangan yang tajam.

   "Kau takde kerja lain ke nak buat hah? Kau tak nampak ke aku tengah buat kerja ni?!" marah Alex.

   Max mencebik. "Takutnya... Memang! Memang aku takde kerja that's why aku ganggu kau. Wei... tolonglah aku. Hanya kau seorang yang boleh tolong aku. Dah takde orang lain yang boleh tolong aku. Bolehkan?"

   Alex mendengus. "Siapa suruh kau bet dengan professor kau tu. Apa yang kauorang bet tu? Sehinggakan kau bersungguh-sungguh minta tolong dengan aku?" 

   "Mula-mula dia tanya aku, tak tahu nak jadi perempuan ataupun lelaki ke atau sebab takde pasangan? Dia tanya macam tu sebab aku bantah majlis malam ni bertemakan LOVE! Digalakkan bawak pasangan. Aku tak nak. Aku tak suka! Aku pun tercabar ar dengan soalan dia. Aku cakap, aku ada pasangan. Ramai. Style Kpop, Jpop dan mata biru pun ada. Prof. Zul nak yang mata biru yakni kau kalau tak, dia suruh aku belikan dia Lamborghini Murchielago. Aku bukannya tak mampu nak beli kereta tu tapi aku tak nak diaorang pandang rendah kat aku. Bolehkan kau tolong aku?" Max memandang ALex dengan pandangan yang penuh berharap.

   "Padan muka kau! Siapa suruh bet macam tu? Aku boleh tolong kau tapi ada syaratnya." Alex tersengih nakal.

   Max duduk di atas sofa di dalam pejabat Alex setelah lama berdiri. "Apa syarat kau?" soal Max bersahaja.

   "Be my girlfriend." beritahu Alex diiringi dengan senyuman. Sesungguhnya Max tidak dapat mentafsirkan makna senyuman itu.

   "La... bukan ke dah lama aku ni girlfriend kau? I mean kawan perempuan. Wait wait, takkanlah kau nak suruh aku jadi kekasih kau?" Max melihat Alex mengangguk. Rahangnya jatuh. "No way! Are you kidding with me? You want me be your girlfriend? Are you blind or stupid? Aku ni bukan perempuan yang sopan santun untuk dijadikan kekasih or so on. Are you serious?" soal Max seakan-akan tidak percaya. Biar betul?

   "Yes, I'm serious and I'm not joking now." Alex menyambung membuat kerjanya kembali. Tangannya ligat menaip itu dan ini.

   Tiba-tiba kedengaran Max ketawa. "What a stupid condition. Okay, fine! Kalau kau tak nak tolong aku, takpe. Aku sanggup habiskan duit aku daripada jadi girlfriend kau. Aku dah tak nak kawan dengan kau lagi dah. Aku tak nak jumpa kau lagi, tak nak cakap dengan kau lagi. Aku minta maaf sebab ganggu kau. Assalamualaikum." Max meninggalkan Alex bersendirian di dalam pejabatnya. 

   How could you do this to me! Kau sengajakan nak permainkan perasaan aku? Aku pun manusia biasa jugak. Juga seorang wanita yang mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki. Aku tak nak dah kawan dengan kau, Haikal. Aku minta tolong sikit je, tapi syarat kau boleh buat aku tersungkur. Sanggup kau buat aku macam ni. Kenapa? Aku tahu, kau langsung tidak mencintai aku. Kau hanya ingin mempermainkan perasaan aku je. Aku sedar siapa diri aku, aku tak sempurna. Aku tidak sepatutnya dicintai oleh insan yang bergelar lelaki kerana aku hina. Tapi, kau tak boleh buat aku macam ni. Aku ada hati, ada perasaan. Aku bukan boneka!



   "KENAPA aku tengok muka kau monyok je, Max?" soal Risya prihatin. Dia berasa kasihan melihat wajah muram Max itu. Sepatutnya gembira sekarang ini, sebab budak-budak junior buat majlis kat para senior

   Semua orang yang berada di dalam dewan ini, semuanya gembira disamping pasangan masing-masing. Takde seorang pun yang sedih kecuali Max seorang je. Pelik betul dia ni.

   Risya menyentuh tangan Max apabila Max tidak memberi sebarang reaksi. Dia seperti sedang mengelamun. 

   Lamunan Max berkecai. Dia memandang muka Risya. Kepalanya digeleng tanda tiada apa-apa. Dia memaksa dirinya untuk mengukir senyuman. Biarlah dia dan Tuhan sahaja yang tahu apa masalahnya kini. Dia tidak ingin merunsingkan kawan-kawannya.

   "Ad, Adam tak sampai lagi ke?" soal Max lembut. 

   Ad menggeleng. Wajahnya muram. Adam mungkir janji!

   "Tak try call dia?" soal Max lagi.

   Ad mengangguk. "Dah. Aku dah call dia tadi. Tapi dia tak angkat." Jelas kedengaran suaranya yang kecewa.

   Max mengeluh. Kenapa kau tak dengar nasihat aku dulu, Ad? Lupakan Adam. 

   Risya berasa kasihan dengan Ad. "Tinggalkan Adam, Ad." Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya. Dia tidak sanggup untuk memberitahu secara berdepan kepada Ad.

   "So, Max. Mana lelaki yang mata biru tu?" soal Prof. Zul sinis. 

   Ad dan Risya meninggalkan Max bersama Prof. Zul. Mereka berdua pergi ke tempat Fakhriy berada kini. Fakhriy bersendirian walaupun ramai perempuan yang ingin mendampinginya sekarang ini.

   Max mencebik. Pirahhh! Max tidak ingin menjawab soalan Prof. Zul itu. Menyakitkan hati sahaja. Max mengeluarkan telefon bimbit yang berjenama iPhone 4s dari dalam kocek seluarnya. 

   Prof. Zul melihat penampilan Max dari atas ke bawah. Dalam ramai-ramai perempuan, Max seorang je yang pakai tuxedo. Bajet lelaki! Perempuan-perempuan lain, majoriti pakai gaun. Termasuk Ad dan Risya. Prof. Zul berkata-kata dalam hati.

   "Mike, koko ni kuru (Mike, datang sini). Watashi wa anata no tasuke ga hitsuyoudesu (Aku perlukan bantuan kau)... bla... bla... bla... " Max menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya. 

   Terlopong mulut Prof. Zul bercakap dalam bahasa Jepun. Melihat muka Max yang serius itu, hatinya berasa kecut. Dia tidak pernah melihat muka Max seserius itu.

   Max tersenyum sinis melihat perubahan drastik yang ditunjukkan oleh Prof. Zul. Tiba-tiba dia merasakan bahu kanannya disentuh. Bukan Prof. Zul. Takkanlah Ad ataupun Risya? Fakhriy jauh sekali. 

   Dia berpaling ke kanan. Dia mendengus. Aku dah tak perlukan kaulah, bangang! Marah hati Max.

   "Sorry Max. I lambat. Jammed!" 

   Alasan lapuk! 

   "Alex." Alex memperkenalkan dirinya kepada lelaki di hadapannya yakni Prof. Zul.

   Lambat-lambat Prof. Zul menyambut salam Alex itu. "Zul. Zulqarnain." Dia memperkenalkan dirinya. Prof. Zul berasa dia pernah melihat lelaki yang berada di hadapannya kini tetapi di mana ya?

   "So, prof. Cagiva Mitto 125 bila nak bagi?" Max mengangkat kening.

   Prof. Zul tertelan liur. Mana aku nak cekau duit nak beli motor tu?

   Suasana dewan yang sebentar tadi riuh-rendah menjadi senyap. Tiba-tiba... kedengaran semua orang menjerit keriangan. Max pelik. Kenapa dengan diaorang ni? Macam nampak hantu je.

   "Wei... tu bukan ke Alexander Haikal ke? Model yang terkenal tu?" salah seorang wanita yang berada di dalam dewan itu bersuara kuat.

   Max melihat Alex dengan pandangan yang tajam. 

   Alex tersengih.



   "OJOU!" panggil Michael setelah dia berada dekat dengan Max.

   Fakhriy memandang Michael dari jauh. Buat apa dia datang ke sini? Dia mencemburui Michael kerana dia rapat dengan Max walhal Michael hanyalah orang kanannya.

   "Watashi ojou o yobidasu koto wa arimasen (Jangan panggil aku ojou)! " marah Max perlahan.

   Michael mengangguk lalu meminta maaf.

   "Anata wa nani o matteimasu ka (Apa yang kau tunggu lagi)? Go now!" beritahu Max kasar. Dia menyuruh Michael ke sini menyuruh menjadi pasangan Ad. Dia tahu jantan sial yakni Adam merangkap teman lelaki Ad takkan datang.

   "Hai!" Dia terus menuju ke tempat Ad berada kini. Seperti arahan yang diberikan oleh Max.

   Max melihat berduyun-duyun perempuan datang meminta tandatangan daripada Alex. Model terkenallah katakan. Tapi kenapa aku tak tahu? Max menggaru kepalanya yang berasa gatal. Macam mana kau nak tahu, kau mana pernah ambik tahu tentang ni. Yang kau tahu, belasah orang. Lumba kereta. Artis, penyanyi dan model or so on mana pernah kau ambik port. Satu suara membalas soalannya.

   Cemberut wajah lelaki-lelaki yang menjadi pasangan kepada perempuan-perempuan itu apabila mereka tidak dihiraukan setelah melihat model lelaki itu. Apalah yang dipandangkan sangat dengan model tu? Yang menariknya, lelaki itu bermata biru.

   Max meninggalkan Alex bersama dengan peminat-peminatnya. Dia tiada hati untuk melihat adegan-adegan itu. Max mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis ini. Entah mengapa hatinya sakit tiba-tiba. Dia langsung tidak ambil kisah jika Prof. Zul ingin memberikannya motor berkuasa tinggi ataupun tidak. Dia sekadar bergurau. Dia tidak gila untuk memaksa orang untuk membeli barang yang dia tidak mampu kerana dia mampu membeli motor itu sendiri. 


Monday 12 November 2012

On Rainy Days - Bab 13




   ANTARA Max dengan Ad telah berlaku pertelagahan kecil. Biasalah, adat berkawan. Mestilah ada turun naik, turun naik. Risyalah yang jadi orang tengah. Terpaksa me'nyatu'kan dua orang sahabat yang bergaduh kerana seorang lelaki.

   Ni bukan sebab Ad dan Max nak kat laki tu tapi Max tak kasi Ad menjalinkan hubungan dengan lelaki tu sebab Max yakin lelaki itu akan meninggalkan Ad buat kali kedua. Max tak nak babana fruits to time. Sebab dia sayangkan Ad. Dia tak nak tengok Ad sedih lagi sebab makhluk yang bergelar lelaki.

   Ad ni pun satu, tak nak dengar nasihat orang. Hati batu. Degil! Akhirnya dia jugak yang sengsara. Bila dah sengsara, dia akan jumpa Max dan meluahkan isi hatinya yang duka itu. Orang bagi nasihat, tak nak dengar. Bila dah clash, mulalah nak meleleh. Hampeh!

   "Kau still tak nak tegur ke si Ad tu? Dah tiga bulan kot, korang tak bertegur sapa. Kau tahu tak, tidak halal bagi seorang Muslim itu tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari. Yang lebih baik antara baik antara keduanya adalah yang memulakan salam. Riwayat al-Bukhari." beritahu Risya. Dia berharap agar Max akan menegur Ad selepas dia berkata begitu.

   Max mengangkat kening. "Dari mana kau dapat ayat tu? Cara kau cakap tadi macam kau tengok dalam buku je." 

   Risya tersengih. Kantoi! Dia menunjukkan telefon bimbitnya kepada Max. "Google." Dia membuat 'peace'.

   Max menjuih bibir. Bukannya aku tak tahu berdosa kalau tak bertegur sapa dalam masa tiga hari tu. Aku pun pandai jugak bab-bab agama ni. Haha aku yang ajar tapi yang mendukacitakan, aku tak pakai tudung. Tak tutup aurat. Bukannya tak nak tapi belum bersedia.

   "Aku bukannya tak nak tegur dia tapi aku merajuk kau tahu tak? Aku kesal dengan perangai Ad tu. Langsung tak nak dengar apa yang aku cakap." Max meraup rambutnya ke belakang. Terserlah kemachoannya di situ.

   Risya ketawa galak mendengar kata-kata Max. "Kau merajuk? Buat lawak?" Tawa Risya masih tidak berhenti. Malah makin galak. Macam pontianak sebijik!

   Max mencebik. "Gelak. Gelaklah lagi. Huh!" Dia meninggalkan Risya sendirian di dalam rumahnya.

   "Chill ar wei. Aku gurau je. Takyahlah sentap." Risya memujuk Max. 

   "Tiada maaf bagimu. Weh, jom pergi Secret Recipe. Kau belanja, amacam?" 

   Risya memandang muka Max. "Tiada maaf bagimu tapi suruh orang belanja. Poyo ar kau ni." Dia duduk di sebelah seat pemandu.

   "Elleh! Tak sampai dua ratus je pun, tu pun nak berkira." omel Max.

   "Tak sampa dua ratus JEPUN ke MALAYSIA ke, ada aku kesah? Kaukan 'lelaki', kaulah yang belanja aku." Risya tersenyum nakal.

   "Aku debik jugak kau ni."



   BEBERAPA not wang yang bernilai RM50 di dalam dompet diambil lalu diserahkan kepada cashier. Max mengulum senyuman kepada cashier di Secret Recipe ini. Tersipu-sipu malu wanita itu apabila melihat 'lelaki kacak' menghadiahkan senyuman kepadanya.

   Risya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Max. Kesian kat pompuan ni, kalau dia tahu yang Max ni perempuan confirm menangis tak berlagu. Risya berkata-kata di dalam hati.

   "Cantikkan cashier tu?" Max melirikkan matanya kepada perempuan tadi.

   "Tak payahlah kau nak puji-puji sangat. Kalau kau tu lelaki tulen takpelah jugak, ni yang tiruan punya. Tak payah nak buat dia berharap kat kau. Jadi kawan sudahlah." Selalunya Max yang nasihatkan orang, ni Risya yang beri nasihat. 

   "Aku gurau jelah. Kau ni pun." Max mengecilkan matanya kerana dia berasa dia melihat orang yang sangat dia kenali. "Fasyin ada cakap dia pergi mana-mana tak?" soal Max senada. Wajahnya serius.

   Risya mengerutkan dahinya. "Kenapa kau tanya?" soal Risya pelik.

   "Aku tanya, jawab jelah. Tak payahlah tanya aku balik!" marah Max. Namun, suaranya masih dapat dikawal.

   Risya terkedu. "Di... dia.. dia cakap dia nak pergi jumpa kawan." jawab Risya tergagap-gagap. Dia takut melihat wajah Max yang garang itu.

   Max mengeluh. Rambutnya diraup ke belakang. "Risya, jom kita balik. Tiba-tiba aku rasa aku takde selera nak makan kek ni." Keluhan berat dilepaskan.

   "Kek ni?" Rugi wei, kalau nak buang.

   "Bungkus." jawab Max pendek. "Kau tunggu kat kereta. Kejap lagi aku menyusul." Risya mengangguk.



   TANPA menunggu lama, Max menampar Fakhriy kuat. Haha dan chichinya tiada di rumah kerana melawat sofu dan sobo di Jepun kerana sofu sakit.

   Fakhriy memegang pipinya yang terasa kebas. Sakit. Tu yang dirasainya sekarang ini.

   "Kenapa dengan kau ni? Apa salah aku?!" soal Fakhriy marah. 

   Tanpa menjawab soalan Fakhriy, dia melompat lalu menendang dada saudara kembarnya itu. Perasaan marahnya terhadap Fakhriy kali ini, membuak-buak. Sudah beberapa kali dia melihat Fakhriy keluar dengan perempuan lain. Kali ini, dia sudah tidak dapat bersabar lagi. Mujurlah Risya tidak nampak Fakhriy dengan perempuan lain berpegangan tangan sambil bergurau senda.

   Fakhriy terjatuh. Nafasnya tercungap-cungap. "Kenapa kau buat aku macam ni? Sakit tau tak?!" Fakhriy bangkit. Ingin membuat serangan balas.

   Dia ingin menumbuk Max, tetapi Max terlebih dahulu menahan Fakhriy daripada menumbuknya. Tangan Fakhriy dipegang kuat. Fakhriy mengerang kesakitan.

   "Sakitlah, bodoh!"

   Max melepaskan tangan Fakhriy. Dia mengoyak senyuman sinis.

   "Tau pulak sakit. Hati Risya sakit, kau tak ambil kesah? Kau memang sengajakan nak mempermainkan perasaan dia? Siapa betina tu? Tak cukup lagi ke kau permainkan perasaan orang? Kalau kau tak cintakan Risya, lepaskan dia. Ceraikan dia. Bukannya biarkan dia bergantung tak bertali. Yes, dia memang tak tahu lagi perbuatan kau ni. But lambat-laun dia akan tahu jugak. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Mana janji kau dulu? Janji yang mengatakan kau, takkan sia-siakan dia? Mana?!" Max mencengkam kedua-dua belah bahu Fakhriy.

   Fakhriy terkedu. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia tidak tahu untuk membalas apa.

  "Kenapa diam? Jawablah!" jerkah Max lantang. "Semakin hari perangai kau makin mengecewakan aku, Fasyin. Aku benci kau. Mulai sekarang, aku dah takde adik nama Muhammad Fakhriy Fasyin. Dia sudah mati dalam hidup aku." Max memanjat tangga untuk pergi ke dalam bilik tidurnya.

   "Sarah, biar aku bagi penjelasan." Fakhriy menarik tangan Max.

   Max merentap tangannya kasar. "Sarah? Siapa Sarah? Aku kenal kau ke?" soal Max sinis.

   Fakhriy jatuh terjelepok. Air mata jantannya menitis.



   AD memandang kekasihnya dengan senyuman yang lebar. "Terima kasih awak sebab sudi luangkan masa dengan saya." ucap Ad lembut.

   "Everything for you, Alya." Dia menghadiahkan senyuman kepada Ad. Senyuman inilah yang menyebabkan Ad menjadi gila bayang.

   "Saya sayang awak, Adam." Ya, cucu kepada nenek yang ditolongnya tiga tahun yang lalu ialah kekasih lamanya yakni kekasihnya yang sekarang ini.

   "Sayang awak jugak." balas Adam.

   Adam, saya harap awak dah tak tinggalkan saya lagi dah. Awakkan dah berjanji dengan saya yang awak dah tak nak kecewakan saya lagi. Awakkan sayang saya. Betul tak? Awak takkan ulang lagi dah perbuatan awak yang dulu. Ini yang membuatkan saya semakin cintakan awak.



   "HARI ni hari last kita berjumpa sebelum kita konvo. Saya harap awak semua jaga diri. Yang nak kahwin tu, jemputlah saya. InsyaALLAH saya datang." beritahu Prof. Zul.

   Kata-katanya disambut dengan tawa para pelajar.

   "Prof. ada hati nak pergi kenduri orang lain, prof. tu bila? Tak sabar nak makan nasi minyak ni." sampuk satu suara.

   Prof. Zul ketawa. "Awak kahwin dululah, baru saya kahwin. Lagipun, siapalah nak kat saya nikan? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong pulak tu." balasnya dengan nada bergurau.

   "Dah jual mahal. Orang nak dia je yang tak nak." balas seorang mahasiswi yang bertocang ekor kuda itu.

   Prof. Zul mencebik. "Saya nak yang pandai memasak. Bukannya pandai habiskan duit." Para pelajarnya ketawa lagi.

   "Bulan depan, kita akan adakan majlis untuk semua senior di dewan. Para junior yang akan siapkan semuanya. So, tak payah nak susah-susah nak siapkan itu dan ini. Kalau tak silap saya, temanya LOVE. Digalakkan semua orang bawak pasangan masing-masing." Semua orang teruja apabila mendengar tema majlis itu.

   "Love? Macam takde tema lain. Haprak betul!" komen Max kuat.

   "Kenapa Max? Takde pasangan ke atau tak tahu nak jadi perempuan ke lelaki?" sindir Prof. Zul.

   Max mencebik. "Bukannya takde pasangan, ramai. Sehinggakan tak boleh nak kira dengan jari. Cakap je nak yang macam mana? Style macam Kpop, Jpop semuanya ada. Yang mata biru pun ada jugak." beritahu Max bangga. Kau ingat aku ni takde pasangan ke? Ramai bhaii! Jangan jealous.

   "Wow!" Bergema perkataan itu di dalam kelas ini. Mereka tak berani nak minta sorang. Nanti dicop gatal. Boyfriend dah ada kan?

   "Prove it! Saya nak tengok orang yang mata biru. Kalau awak tipu, awak kena belikan saya Lamborghini Murcielago. Amacam, ada bran?" Prof. Zul mula mencabar Max.

   Max tersenyum sinis lalu mengangguk. "Kalau saya dapat buktikannya, saya nak prof. belikan saya Cagiva Mito 125, boleh?" Setakat Lamborghini Murcielago tu, sepuluh bijik aku boleh beli.

   Tertelan liur Prof. Zul mendengar permintaan Max itu tetapi dia tidak ingin menjilat ludahnya kembali, dia mengangguk. Bersetuju dengan permintaan Max itu.

   Terlopong mulut para mahasiswa dan mahasiswi mendengar perjanjian di antara Max dengan pensyarahnya itu. Gila! Lamborghini Murcielago dengan Cagiwa Mito 125 tu bukannya murah. Mana diaorang cekau duit sebanyak tu?

   "Siapa yang percaya aku akan bawak lelaki bermata biru tu? Angkat tangan." Max melihat hanya lima orang mengangkat tangan. Lima orang itu termasuklah Ad dengan Risya.

   "Aku berterima kasih kepada kauorang bertiga sebab percayakan aku. Kauorang akan dapat ganjarannya nanti." Dia memandang Prof. Zul lalu mengangkat kening.

   Mereka berbisik-bisik sesama sendiri. Mereka kurang yakin Max akan membawa lelaki bermata biru itu kerana Max kan anak driver je. Dari mana nak cari lelaki yang macam tu? Tiruan ramailah. Yang pakai lens tu. Satu lagi, Lamborghini Murchielago tu berharga lebih kurang RM 2 juta. Bukannya RM2.

   Ad dan Risya mengeleng. Prof. Zul dengan Max ni, mesti ada aje hal yang ni digaduhkan. Hmm...

   Risya dah confirm, mesti dia bawak Fasyin. Max pulak mesti bawak abang aku. Aku pulak nak bawak sape? Somebody help me. Kena minta tolong dengan Max ni. Aku dahlah tak ramai kenalan lelaki. Eh, lupa pulak aku ada Adam. Apa punya girlfriendlah aku ni, boyfriend sendiri pun tak kenal. Teruk betul!


Sunday 11 November 2012

On Rainy Days - Bab 12



Kini mereka sudah berada di Tahun 4 (senior yang paling tua)

   "SILA tumpukan perhatian apabila saya mengajar di hadapan." Matanya dilirikkan kepada Ad.

   Semua orang yang berada di dalam kelas ini melihat Ad. Mereka akui sejak dua menjak ini, perwatakan Ad ini terlalu berbeza. Tiada lagi sikap happy-go-lucky di dalam hidupnya. Tiada lagi telatahnya yang membuatkan orang lain ketawa.

   Ad mengeluh.

   "Jangan campur adukkan masalah peribadi bila masa saya." ujar pensyarah itu lagi.

   "Saya minta maaf, prof." ucap Ad lemah diselangi dengan keluhan.



Di perkarangan rumah Ad...

   MAX dan Risya memandang Ad sehingga membuatkan Ad berasa tidak selesa. "Sorry babe, aku tak minat dengan perempuan. Aku ni normal." ujar Ad. Cuba berseloroh.

   Max dan Risya mendengus. "Kau tak payah nak sorok-sorokkan lagi. Kau ceritakan jelah apa masalah kau." gesa Risya. Dia tidak ingin fikiran sahabatnya kusut. Apa guna berkawan kalau tidak berkongsi masalah? Tak gitu?

   Ad diam. Enggan menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya kepada Max dan Risya.

   "Aku jumpa dia." Itu sahaja yang mampu diungkapkannya buat masa ini.

   Dahi Risya berkerut. "Dia? Siapa dia?"

   Max mengeluh. "Kenapa susah sangat kau nak lupakan dia? Dia masa lalu kau, kau tahu tak? Dia ada tegur kau?" Ad menggeleng. "Sudahlah Ad. Lupakanlah dia. Kau tak ingat ke apa yang dia buat kat kau? Aku bukannya nak halang kau daripada bercinta tapi percayalah kat aku yang kau akan jumpa yang lebih baik daripada dia. Lagipun kau dah 21 tahun sekarang. Hujung bulan nanti kita exam dan kita akan praktikal. Masa tu, kalau kau nak bercinta, bercintalah sepuas hati kau." nasihat Max.

   Risya terpinga-pinga. Apa ni? Ada hal yang aku tak tahu ke? Ala... tak acilah kalau macam ni.

   "Kau tak faham Max. Bukan kau yang rasa, tapi aku!" beritahu Ad. Suaranya agak tinggi. Marah!

   "Yes, memang bukan aku yang rasa tapi kau. Okay fine, kalau kau nak sangat kat jantan tu, kau pergi. Kau jangan menyesal, Ad. Jangan kau datang kat aku bila dia tinggalkan kau buat kali kedua. Ingat tu!" Max terus berlalu dari situ. Fikirannya berserabut. Kenapa mesti kau mencintai orang yang dah tinggalkan kau Ad? Kenapa? Rambutnya yang berjuntai di dahi, diraup ke belakang.

   Alex yang kebetulan ingin keluar, melihat pertengkaran kecil yang berlaku di antara Ad dan Max. Apa yang berlaku? Kenapa muka Max tegang? Kenapa Ad menangis?

   "Apa yang dah berlaku Risya?" soal Alex pelik.

   Risya mengangkat bahu. "Aku tak tahu. Tiba-tiba je diaorang gaduh."

   Alex menjongket bahu. "Bukan ke kau ada dari tadi dengan diaorang? Macam mana kau tak tahu asal-usul yang menyebabkan mereka bertengkar?" Pelik!

   "Aku tak tahu. Diaorang tak cakap secara detail macam mana aku nak faham?"

   Alex mengangguk faham. Dia berlalu dari situ untuk mengejar Max. Dia tahu ke mana Max akan pergi jika dia mempunyai masalah.



   "SAIKIN'NODE, ojou wa itsumo koko ni kuru (Sejak akhir-akhir ini, ojou selalu datang ke sini)." ujar salah seorang daripada orang suruhan Max.

   "Kore ga imi suru, kare wa mondai o kakaeta iru (Ini bermakna, dia mempunya masalah)." Rasa simpati menular di dalam hati mereka. Walaupun perwatakan ojounya itu agak kasar tetapi nalurinya tetap seorang wanita.

   Max menyembamkan wajahnya ke atas meja. Semakin hari semakin banyak masalah yang harus aku hadapi. Kenapa Ya ALLAH? Aku hanyalah seorang manusia biasa yang tidak berdaya untuk menghadapinya.

   Tanpa disedarinya, air matanya jatuh. Dia membiarkan air matanya membasahi pipi. Dia sedih mengenangkan sikap Ad yang semakin hari semakin degil. Sebab lelaki tu kau tak dengar nasihat aku Ad? Aku tahu untuk kau melupakan dia sangat sukar tapi percayalah, suatu hari nanti kau akan berterima kasih dengan aku.

   Dia menendang meja yang berada di hadapannya sehingga terbalik Dikerjakannya sehingga hancur. Hancur, seperti hatinya. Aku buat macam ni sebab aku nak kau gembira. Tapi apa yang aku dapat?

   Dia jatuh terjelepok di atas lantai. Air matanya turun lagi. Kelopak matanya ditutup.

   "Astaghfirullah Alazim. Apa yang kau buat ni Max? Bersepah. Meja ni dah patah riuk dikerjakan kau." Alex terus mendapatkan Max yang terbaring di atas lantai itu.

   Alex mendengar Max menangis teresak-esak. Max menangis? Kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Alex cuba membangunkan Max yang agak longlai itu.

   "Kenapa dengan kau ni, Max?" soal Alex cemas.

   Max tersenyum sedikit lalu dia menggeleng. "Kau buat apa kat sini Alex? Pergilah, aku tidak apa-apa. Aku okey." Dia menolak perlahan tubuh Alex.

   Alex menggeleng. "Aku takkan pergi kalau kau tak ceritakan masalah kau dekat aku." Ah, Max selalu begini. Tidak ingin langsung untuk menceritakan masalahnya kepada orang lain.

   "Kalau aku ada masalah pun, tu bukan masalah kau. Tu masalah aku! Langsung takde mengena dengan kau, Alexander Haikal." beritahu Max kasar.

   "Tu akan jadi masalah aku kalau kau tak cerita masalah kau." beritahu Alex Suaranya naik seoktaf.

   Max menunduk. "Haikal, please. Leave me alone." Suaranya seakan-akan merayu.

   Alex mendengus. "I'm sorry, Max. I can't. Now, ikut aku." Alex menarik tangan Max. Dia tidak ingin melihat Max bersedih lagi. Cukuplah kali ini sahaja.

   Max terpaksa mengikut rentak Alex. Dia tidak ingin perkara ini dibesar-besarkan. Dia mengalah kali ini. Mengalah bukan bermaksud kalah. Entah mengapa, jantungnya berdegup kencang apabila mendengar suara Alex yang cemas apabila melihat keadaannya sebentar tadi. Perasaan apakah ini?


Saturday 10 November 2012

On Rainy Days - Bab 11




   "SO, bila kita akan mulakan misi nombor dua?" soal Dania kepada seorang lelaki.

   Lelaki itu mengukir senyuman sinis. "Sabarlah sikit. Ni S la. Sikit masa lagi kita akan mulakan misi tu. Kau jangan bimbang, aku pasti mereka akan sengsara." ucapnya dengan  penuh rasa dendam.

   "Ingat! Kali ni you kena buat kerja betul-betul. I tak nak plan kedua kita hancur. Kalau plan kedua kita kali ini gagal, akan pastikan nyawa you melayang." ugut Dania kepada lelaki yang bernama S itu.

   S mencebik. "Kau berani ke nak buat macam tu? Nak bunuh lipas pun teragak-agak. Nikan pula nak bunuh manusia. Lupakan jelah hasrat kau tu." Sinis S berkata-kata. Dia terus meninggalkan Danis bersendirian di situ. Dia harus pergi dengan segera.

   Dania mendengus. "S, mungkin aku tak boleh bunuh kau tapi aku boleh upah orang untuk bunuh kau. Aku akan pastikan kau ikut telunjuk aku. Fakhriy, kau akan mampus! Aku akan buat kau menyesal sebab sia-siakan aku. Sebab kaulah mak ayah aku mati. Aku akan pastikan kau melutut dan mencium kaki aku." Dania ketawa dengan lantangnya. Kalau pontianak dengar, pasti dia sendiri pun akan letak jawatan sebab ada orang yang power lagi daripadanya.



   RIDZLAN membuang pandang ke arah hadapan sambil memandang bangunan-bangunan pencakar langit yang terdapat di sekelilingi bangunan yang didudukinya ketika ini. Fikirannya berserabut memikirkan kata-kata ibunya sebulan yang lalu. Ibu selalu mengerahnya untuk mencari isterinya.

   "Bu, Ridz muda lagilah. Baru 24 tahun.  Tolonglah bu, Ridz tak nak kawen lagi. Ibu, please faham perasaan Ridz ni. Ibu selalu lebihkan along. Kalau ibu nak sangat bermenantukan Damia tu, ibu suruhlah along yang kahwin. Umur along tu dah nak dekat 30 tahun. Ridz tak bersedia lagilah bu." Ridzlan mengeluh. Ah, ibu memang selalu lebihkan alongnya. Ibu tak pernah faham perasaan aku!

   "Ibu bukannya apa, along kamu tu dah ada calon yang tersendiri. Girlfriends kamu bukannya boleh pakai. Pakaian terdedah sana sini. Sakit mata ibu tengok. Bukannya reti nak tutup aurat." cemuh ibunya.

   Ridzlan ketawa sinis. "Apa bu? Girlfriends Ridz tak boleh pakai? Tak tutup aurat? Bu, bukaklah mata tu sikit. Ibu ingat Damia tu alim sangat ke? Depan ibu pijak semut pun tak mati. Tutup aurat, berlagak alim. Belakang ibu, semuanya nak dibukaknya. Pakaian terdedah sana sini, samalah macam girlfriends Ridzl yang ibu kutuk tu. Ibu, ibu ingat Ridz tak tahu ke, ibu suruh Ridz kahwin dengan dia sebab ibu nak tutup aib betina tu kan?!" 

   Pang!

   "Ridzlan! Ibu tak ajar kamu kurang ajar dengan orang tua. Penat lelah ibu jaga kamu setelah ayah kamu tinggalkan ibu, ni yang ibu dapat? Apa yang Ridz nak, semuanya ibu bagi. Ilmu agama ibu dah ajarkan. Ibu dah letihlah layan sikap kamu ni Ridzlan. Ibu dah penat! Ibu suruh ibu kahwin dengan dia sebab ibu nak buat yang terbaik untuk kamu." Air mata ibunya menitis.

   Ridzlan memegang pipinya yang terasa pijar. Ah, ibu tak tahu. Ibu pasti telah di'buta'kan oleh kata-kata Damia. Damia berlagak baik di depan ibu. Berlagak tutup aurat tetapi di belakang, hanya ALLAH yang tahu. Damia kaki jantan. Kaki botol! 

   "Bu, maafkan Ridz. Ibu, halalkan makan minum Ridz bu. Ridz janji bu, Ridz akan pastikan ibu menyesal sebab menyuruh Ridz kahwin dengan Damia tu. Ridz akan balik selepas Ridz dapat bukti yang mengatakan Damia itu jahat. Ridz yakin yang Damia nak buat Ridz jadi pak sanggup. Bu, Ridz pergi dulu. Assalamualaikum." Dia mencapai tangan ibunya lalu dikucup. Bu, maafkan Ridz sebab dah lukakan hati ibu.

   Ridzlan tersedar ke alam yang nyata apabila mendengar telefon bimbitnya berdering. Along. Dia tidak menjawab panggilan itu lalu dimatikan telefon bimbitnya itu. Briefcase di atas sofa diambil. 'Tak boleh buat kerja langsung aku ni. Buat penat je aku datang sini.' Kata Ridzlan di dalam hati.

   "Batalkan semua appointment-appointment yang ada minggu ni. I ambik cuti. You bagi jelah apa-apa alasan pun. Cakap I ambik cuti pun takpe. Dalam masa seminggu ni, I tak nak you telefon I semata-mata nak cakap pasal kerja. Kalau you call jugak, dengan segala hormatnya you boleh blah dari sini." Ridzlan terus berlalu selepas berkata sesuatu kepada pembantu peribadinya.



   "FASY, aku nak pinjam Risy kejap. Bukan lama pun, kejap aje. About two or three days or maybe a week. Can I?" Alah, Max tak minta pun Fakhriy akan bagi. Fakhriy kan takut kat Max. Tapi tak bolehlah, Risya pun dah jadi isteri Fakhriy. Kalau nak 'culik' Risya, kena minta izin dengan Fakhriy dulu. Kalau tak, dosa!

   Fakhriy tertelan liur mendengar permintaan Max itu. Kalau sehari atau dua hari, okeylah. Ni sampai seminggu, tak ke demam aku? Oh, Risya. I can't live without you. I can't sing without you. I can't live, I can't sing, I can't do anything! Eh, apa yang aku melalut ni? I can't live without you, Dayana Batrisya.  I'm sorry Sarah, I can't!

   Max memandang Fakhriy pelik. Apalah yang difikirkan tu? Kalau boleh, cakaplah boleh. Kalau tak boleh, cakaplah tak boleh. Buat apa nak fikir panjang-panjang?

   "Boleh ke tak ni?" soal Max.

   Fakhriy tersengih kambing sambil memandang ke arah Max.

   Max mencebik. Max memahami makna yang tersirat di sebalik sengihan itu. Eleh, kedekut! Orang pinjam je kot. Bukannya nak bawak lari si Risya ni sampai ke Siam atau ke Lombok.

   "Anata wa ore ga nani o imi  suru no ka, rikai dekimasu ka (Kau fahamkan apa maksud aku)?" soal Fakhriy. Memang tak boleh dinafikan, dia berasa dia tidak boleh hidup tanpa Risya di sisi. Bak kata Faizal Tahir dalam lagu Mahakarya Cinta, Kau bagaikan udara, Yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia. Tanpamu ku lemah, Pasti aku tak berdaya, Kerna kau Mahakarya Cinta. Hu hu hu!

   "Hai haiWatashi wa rikai shite imasu (ya ya! aku faham). Kedekut! Sehari pun tak boleh ke?" Max sudah buat muka kesian. Ni tak boleh tahan ni, Fakhriy kalau tengok muka kesian Max mesti mengalah terus. Maklumlahkan, Max je satu-satunya adik beradik yang dia ada.

   "Daijōbu, bakkini (okey, baiklah)! Shikashi, wazuka ichi-nichi (tapi, sehari sahaja)." Fakhriy bersetuju dengan Max. Kalau lebih daripada sehari, tahulah dia nak buat apa. Bertumbuklah jawabnya. Tapi, mesti kalah dia. Dia tak pandai sangat nak bertumbuk ni sebab dia selalu menghabiskan masanya dengan belajar, belajar dan belajar. Lain pula dengan Max. Max akan menghabiskan masanya dengan berlatih, berlatih dan berlatih.

   "Watashi wa yakusoku shimasu (aku janji). Jangan risau. Percayalah kat aku. Ni Max lah, takkan jadi manusia yang munafik. Sayang kau!" Tanpa segan silu, Max mencium pipi Fakhriy di hadapan Risya, Ad dan Alex. Mereka bertiga menahan tawa melihat gelagat Max itu.


   "Apa ni, Sarah. Cukuplah! Malulah orang tengok. Nanti orang cakap aku ni gay pulak." Fakhriy menolak muka Max. Merah padam mukanya menahan malu.


   "Persetankan apa yang orang nak cakap. Bukannya mereka tahu pun! Lagipun tak berdosa pun sebab kau adik aku. Ngok betullah kau ni." Dahi Fakhriy ditunjalnya.


   Fakhriy menggosok dahinya. "Sakitlah!" Giliran Fakhriy pula yang menunjal dahi Max. Max sempat mengelak. Sempat lagi dia menjelir lidah kepada Fakhriy. Perangai langsung tak berubah.



   "PAPA, S janji pa. S akan balas dendam balik kat dia apa yang dia buat kat keluarga kita suatu masa dahulu. Pa, S akan buat dia terseksa. Tak dapat mak dengan bapak dia, dapat dia pun jadilah. Tu  pun boleh buat hati S lega." S meraup rambutnya ke belakang.

   "Pa, kalau papa tak sakit, mesti dah lama perkara ni dah settlekan? Mesti papa jadi macam ni sebab diorangkan? Betul tak apa yang S cakapkan S ni, pa? S yakin yang papa akan sembuh. S akan cari penawarnya walau di pelosok di dunia sekalipun." S mengelap air mata papanya yang jatuh ke pipi. S melihat papanya menggeleng. "Papa, pegang janji S ni ye? S akan buat dia rasa apa yang kita rasa sekarang ni." S berkata-kata seperti orang gila.

   S melihat papanya yang seperti mayat hidup. Tidak boleh bergerak. Lumpuh sepenuh badan. Dia sedih melihat papanya begitu dan dia mengesyaki bahawa mak bapak Risyalah penyebab ayahnya menjadi begini.

   "S pergi dulu, pa. S akan bunuh perempuan tu. Biar perempuan tu ikut mak dengan bapak dia ke neraka!" S ketawa jahat. "Jaga papa aku ni baik-baik. Kalau papa aku jatuh, aku akan pastikan kauorang dah tak dapat tengok dunia lagi. Ingat tu!" Dia terus berlalu dari situ.

   Lelaki-lelaki yang diupah oleh S tertelan liur apabila mendengar ugutannya. Lihat sahaja dua mayat di hadapannya. Dilumuri darah kerana tidak dapat membunuh perempuan yang bernama Risya itu. Majikannya sungguh kejam. Tanpa rasa belas kasihan, dia membunuh orang.

Friday 9 November 2012

On Rainy Days - Bab 10



   EMERIEZ ingin bertemu dengan Max. Sudah lama dia tidak bertemu dengan awek tomboy tu. Sihatkah dia? Dia di mana sekarang? Sedang buat apa sekarang? Adakah dia sudah ada kekasih? 

   Tiba-tiba Emeriez terasa ingin ketawa. Max ada kekasih? What a stupid joke! Ada ke orang nak dekat Max? Entah-entah kenalan dia pun tak tahu yang Max tu perempuan.

   Arghh! Kenapa harus aku memikirkan akan dirinya? Dia sangatlah tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. Untuk dijadikan lawan, bolehlah.

   Fikirannya tertumpu pada seorang lelaki yang bernama Alex. Siapakah dia? Kenapa aku seperti pernah melihat lelaki itu? Lelaki yang bernama Alex itu seakan-akan seperti Haikal. Lelaki yang selalu dibulinya suatu ketika dahulu. Tak mungkin sebab Haikal tu nerd, Alex pula lelaki yang up-to-date. Tapi... manusiakan boleh berubah? 

   Jus oren di dalam gelas disisip perlahan. Dia kini berada di sebuah restoran. Matanya tertancap pada kelibat seorang lelaki dan seorang perempuan. Dia tidak mengenali lelaki itu tetapi perempuan itu, dia kenal. Risya. Ya, perempuan itu Risya. Tidak salah lagi.

   Siapakah lelaki itu? Kenapa dia kelihatan sangat mesra dengan Risya? Teman lelaki diakah? Ah... tidak mungkin! Risya bertudung, takkanlah dia tidak mengetahui hukum-hakam akan berpegangan tangan dengan lelaki yang bukan muhrim?

   "Yo! Dah lama tunggu?" tegur satu suara.

   "Taklah, xlama. Setengah jam je." jawab Emeriez bersahaja.

   Andhika mengangguk. "He he he! Sorry ar wei, jammed!"

   Alasan lapuk! Emeriez tersenyum sinis. Bukannya aku tak tahu yang kau pergi dating. Nak tipu pun agak-agak. Kenapa tak terus terang je?

   "Kau pandang siapa tu?" soal Andhika pelik. Cakap dengan aku, mata pandang kat tempat lain.

   "Kau rasa?" Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Andhika mencebik. Andhika turut melihat ke tempat Emeriez tengok.

   Dia mengulum senyuman sinis. "Tak semua orang bertudung tu baik." Andhika berprasangka buruk kepada Risya.

   Emeriez mengangkat kening. "What do you mean?" Emeriez memang tidak memahami apa yang dikata oleh Andhika. Bukan dia tidak faham maksud yang dibacarakan oleh Andikah, tetapi maksud yang tersirat disebalik kata-kata itu.

   Andhika menggeleng. "Nothing! Forget it." Andhika terus menggamit pelayan untuk memesan makanan.



   "AWAK nak makan apa?" soal Fakhriy lembut.

   Sikap ambil berat Fakhriy inilah yang membuatkan Risya jatuh cinta padanya. Tetapi cintakah Fasyin kepadaku? Adakah bertepuk sebelah tangan? Jika tidak, syukurlah. Tetapi kalau ya?

   "Anata wa nani o tabetai?" soal Fakhriy lagi. Tetapi di dalam bahasa ibunda chichinya.

   Risya menggaru kening. Apa yang dia cakap tu? Yang aku faham, 'anata' yang bermaksud, awak. Yang lain, faham-faham jelah.

   Walaupun sudah lama berkawan dengan Max, tetapi dia tidak sempat untuk belajar bahasa Jepun ini. Max pun tidak pernah ingin mengajarinya. Yang Max tahu ajar, seni mempertahankan diri iaitu yakuza. Max ni kan, generasi Nakamura's Family yang keempat. Tak semua yang diajarnya, dia cakap dia bimbang aku dan Ad menyalahgunakannya.

   Fakhriy ketawa melihat reaksi Risya. "Sah!"

   Kening Risya berkerut. "Apa yang sah?" soal Risya pelik. Dia dengan Fakhriy memang dah sebulan sah menjadi suami isteri. Apa yang tak sahnya?

   Fakhriy ketawa lagi. "Memang sah, Sarah langsung tak ajar bahasa Jepun. Hailah. Berkawan dah dekat 15 belas tahun tapi langsung tak faham. Teruk betullah awak ni, Risy."

   Risya mencebik. Menyampah! Mentang-mentanglah dia pandai bahasa Jepun, sesedap ayam goreng je dia kutuk orang. Ni rasa nak belasah orang ni. Haish!

   "Gomen." Okey, tu Risya faham apa yang Fakhriy cakap. Dia minta maaf. "Awak nak makan awak?" soal Fakhriy buat kali ketiga.

   "It's up to you. Risya ikut je." balas Fakhriy. Dia tidak ingin bertekak. Habiskan air liur je.

   "Okay." jawab Fakhriy pendek. Dia terus menggamit pelayan yang kebetulan lalu di situ.



   HUJAN turun lagi. Lebat. Ad mengeluh lagi. Kenapa awak buat saya macam ni? Lama awak saya tunggu awak, lima tahun awak tahu tak? Keputusan PMR saya merosot sebab awak. Saya fikirkan awak. Tapi apa yang saya dapat? Masa saya jumpa awak tempoh hari, awak macam tak kenal saya.

   Awak cakap awak akan tunggu saya sampai bila-bila tapi awak tipu saya. Mesti awak dah ada kehidupan awak sendiri kan? Betul tak awak? Awak dah lupakan sayakan? Saya je yang terhegeh-hegeh tunggu awak, nakkan awak. Bodohkan saya? Sebab tu awak tinggalkan saya.

   Saya dah berkali-kali cuba lupakan awak tapi saya tak berdaya. Sedangkan awak, senang je awak nak lupakan saya. Saya ni macam bola je bagi awak. Bila awak nak, awak ambik. Tapi bila awak tak nak, awak tendang. Tapi yang membezakan saya dengan bola tu, bila awak tendang saya, awak dah tak ambik. Kejamkan awak?

   Awak, cuba awak bayangkan. Kalau orang yang awak sayang buat awak macam tu. Sakit tak awak? Mesti awak rasa apa yang saya rasa. Hati saya awak, dah terluka sebab awak. Luka tu mungkin boleh dirawat tapi mesti akan ada parut. Betul tak apa yang saya cakap ni?

   Ah, awak langsung tak faham apa yang saya rasa. Betullah apa yang Max cakap, cinta tu menyakitkan. Dulu, saya tak hiraukan kata-kata Max tapi bila saya dah kena, nilah bahananya. Sangat menyakitkan! Cinta boleh  buat ego kita runtuh!

   "Kau cinta dia? Cinta. Ada apa apa pada cinta? Kekayaan? Kemewahan? Cinta sangat menyakitkan. Boleh buat kita menangis. Boleh buat ego kita runtuh. Cinta perlukan pengorbanan. Cinta boleh buat kita buta. Bukankah cinta itu buta? Kadang-kadang sebab cinta tulah buat kita tak tahu yang mana kaca dan yang mana permata."

   "Tapi tu kalau cinta datang syaitan." Cepat-cepat Ad menyanggah pendapat Max itu.

   Max tersenyum sinis. "Habis tu kau ingat cinta kau kat lelaki tu cinta sejati? Cinta monyet je tu wei. Tak payah nak meleleh sangatlah. Jantan macam tu berlambak kat luar sana. Kau yakin ke jantan tu jodoh kau?" soal Max. Wajahnya serius.

   Tersentap Ad mendengar teman lelakinya 'jantan'. Tetapi dia tidak mampu menegah. Ad hanya mendiamkan diri apabila Max menanyakan soalan itu kepadanya. Dia jodoh akukah? Fikir Ad.

   "See. Kau pun tak tahu nak jawab apa. Kau tak yakinkan?" Ad tidak memberikan sebarang reaksi. "Lupakan dia." Senang sahaja Max mengatakan kata-kata itu.

   Terangkat kepala Ad mendengar kata-kata Max. Mudah sahaja dia berkata begitu. Ah, dia tak faham apa yang aku rasa.

   "Aku yakin yang cinta monyet kau takkan pernah jadi cinta sejati." Max terus berlalu meninggalkan Ad bersendirian.

   Ad termangu-mangu memikirkan akan kata-kata Max. Kau tak faham, Max! Jerit hati Ad.

   Lamunannya berkecai apabila mendengar ketukan pintu dari luar. Kacau je! Huh! Buat entah ke berapa kali dia mengeluh. Ketukan pintu berbunyi lagi.

   "Masuk jelah." sahut Ad kasar.



   "APA yang kau tengah fikirkan tu?" soal Alex kepada Max. Mereka sedang menjamu selera di kafe universiti di tempat Max belajar. Alex ke sini kerana Max menyuruhnya ke sini. Kalau tak, memang taklah dia ke sini.

  "Aku tak tahu, Alex. Fikiran aku buntu. Berserabut tahu tak?!" balas Max. Kenapa sejak dua menjak ini aku terlalu emosional? Di manakah sikap profesional aku? Jerit Max di dalam hati.

   Dahi Alex berkerut. Tak tahu apa yang difikirkan tapi fikiran tetap berserabut? Macam mana tu? Pelipisnya digaru. "Pardon?" Kot-kotlah Max ada cakap lagi tapi dia je yang tak dengar.

   "Alex, kau kawan akukan?" soal Max. Wajahnya muram.

   Kerutan di dahi Alex bertambah. Kenapa Max tiba-tiba je tanya soalan macam ni? "Yelah. Aku ni memang kawan kau. Takkan aku ni boyfriend kau pulak? Tak mau aku couple dengan kau ni. Buang karan aje." Alex cuba berseloroh. Siap buat mimik muka yang jelik lagi.

   Lawak Alex tidak menjadi. Wajah Max menjadi lebih muram.

   "Kenapa dengan kau ni? Monyok je. Ceritalah kat aku." Alex mengangkat dagu Max. Alex perasan ramai orang melihat dia dan Max dengan pandangan yang sinis. Pasangan gay sedang berasmara. Itu kata sesetengah pihak, sesetengah pihak kata, normallah tu.

   Tiba-tiba ada suatu suara yang menjerit ke arah mereka. "Wei gay! Tak payah nak berasmara sangatlah. Kalau nak berasmara sangat, pergi ke tempat lain. Tak payah nak rosakkan mood orang yang nak makan! Orang yang macam kauorang nilah orang panggil sampah masyarakat. Menyemarkan nama negara je. Memalukan mak bapak." kutuknya tanpa usul periksa.

   Beberapa pasang mata melihat wajah orang yang mengutuk Max dan 'teman lelaki'nya itu. Mereke mengulum senyuman sinis. Dia tidak tahu siapa yang dia sedang kutuk itu. Nanti dia akan kena balasannya. Kalau tidak hari ini, mungkin esok atau lusa.

   Alex memandang wajah lelaki yang menuduhnya secara membabi buta dengan pandangan yang tajam. "Watch your mouth, young boy." Tertelan liur lelaki itu. Alex ingin menumbuk lelaki itu.

   Max menghalang Alex daripada menumbuk lelaki itu. "Don't Alex. Jangan burukkan keadaan. Ni universiti bukan tempat awam. Dia tak tahu. One day mesti dia menyesal sebab cakap macam tu. Let's go!" Max menarik tangan Alex.


Thursday 8 November 2012

On Rainy Days - Bab 9



   MAJLIS akad nikah telah selesai dua jam yang lalu. Dengan sekali lafaz sahaja, Risya sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Fakhriy Fasyin. Pemusnah masa depannya. Dia terpaksa menerima kenyataan walaupun pahit untuk menelannya. Hanya saudara yang terdekat dijemput. Tidak ingin dihebohkan sehingga mereka berdua habis belajar.

   Air mata Risya menitis buat sekelian kalinya. Bukan air mata kegembiraan, tetapi air mata kesedihan. Sampai hati kau, Fasyin. Apa salah aku? Hati Risya merintih. 

   "Fasyin... kenapa Fasyin? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?" Fakhriy hanya mendengar rintihan Risya, isterinya.

   "Maafkan aku, Risy. Aku, kau ialah mangsa keadaan. Aku berani bersumpah, aku tidak buat semua ni." Fakhriy mendekati Risya. Tangan isterinya digenggam erat. "Aku janji Risy, aku janji yang aku akan cari orang yang berani buat kita macam ni." Risya hanya membiarkan Fakhriy memegang tangannya.

   "Fasyin... jika dalam masa setahun ini aku masih tidak mengandung, aku nak kau lepaskan aku. Aku tahu kau masih ingin menjalani hidup seperti dulu." Risya memberhentikan bicaranya di situ.

   Fakhriy tidak memberikan sebarang reaksi. Dia tidak mahu melepaskan Risya. Dia sangat menyayangi Risya. Dia sangat mencintai Risya. Ya, dari dulu lagi dia menaruh perasaan ini kepada kawan baik saudara kembarnya. Maafkan aku, Risya. Aku tak boleh. Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya.

   Dia meninggalkan Risya bersendirian di dalam bilik tidurnya. Permintaan kau sangat berat untuk aku penuhi Risya. Keluhan berat dilepaskan.



   MAX memandang Fakhriy dari pintu utama. Dia berjalan menuju ke tempat Fakhriy sedang berada kini. Dia duduk di atas kerusi batu bertentangan dengan Fakhriy. "Anata wa ima manzoku  shite imasu ka (puas hati kau sekarang)? Anata wa watashi no kokoro o kowashita, Fasyin (kau hancurkan hati aku, Fasyin)." Lemah sahaja Max menyebut ayatnya yang terakhir itu.

   "Sarah, ore o shinrai shite kudasai (tolonglah percayakan aku)! Ore wa sore o yatte inai yo (aku tak buat semua ni)." Fakhriy masih tetap ingin menegakkan pendiriannya. "Aku tak kisah kalau orang tak percayakan aku tapi aku tak boleh terima kenyataan kalau kau tak percayakan aku." beritahu Fakhriy bersungguh-sungguh. Dia tidak kisah kalau haha dan chichi tidak mempercayai kata-katanya, tetapi dia akan ambil kisah kalau Max terus menerus membencinya.

   Max mengangguk. "Hai, watashi wa anata o shinji teru (Ya, aku percayakan kau). Alex dah beritahu segala-galanya kepada aku. Kau dah tak pergi ke tempat tu lagi kan?" Fakhriy mengangguk, mengiyakan kata-kata Max. "Kalau kau keluar rumah, kau selalu keluar dengan Alex kan?" Fakhriy mengangguk lagi. "Tapi masalahnya, siapa yang berani buat kau macam ni?" soal  Max. Siapa yang berani perangkap Fasyin dan Risya ini? Aku akan buat dia menderita. 

   "Fasyin, janji dengan aku ya?" soal Max penuh berharap. 

   Fakhriy mengangguk laju. "Anything for you, Sarah."

   Max mengukir senyuman kelat. "Janji dengan aku yang kau takkan sia-siakan, Risya. Jangan kau pernah sakiti dia. Jika tidak, lepaskan sahaja dia. Biarkan dia hidup bebas." Fakhriy mengangguk faham.

   "Aku janji, Sarah."



   "ALEX, betul ke Fasyin tak buat perbuatan terkutuk tu kat Risya?" soal Ad. Dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan Alex.

   Alex memandang wajah Ad yang mendung itu. Perhatiannya kepada kaca TV terbantut apabila mendengar soalan daripada Ad. Ah... kenapa semua orang masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh Fakhriy itu? Aku ialah saksi yang Fakhriy tidak membuat perkara itu. Fakhriy selalu keluar dengan aku setelah Max memberi amaran kepadanya.

   "Ya. Kenapa? Kau tak percaya? Disebabkan perangainya sebelum ini liar, kau sudah tidak percayakan dia?" tebak Alex.

   Ad mengangguk.

   Alex memegang bahu Ad. "Ad kena percayakan Fasyin. Dia juga mangsa keadaan. Sama seperti Risya. Calling other stupids doesn't make you smart. Calling other ugly doesn't make you pretty. Judging somenone doesn't make you perfect. Kita tidak boleh menghukum dia selagi bukti yang sahih diketemui. Jika dia betul-betul bersalah, biarlah ALLAH sahaja yang membalasinya. DIA yang MAHA MENGETAHUI, lagi MAHA MELIHAT." Alex menasihati Ad. Dia tidak mahu Ad menghukum seseorang itu tanpa bukti yang kukuh.

   Ad beristighfar berulang kali di dalam hati. Maafkan aku, Ya ALLAH.

   "Kenapa ada manusia begitu di atas muka bumi ini?" Dia sangat mengasihani Risya. Lepas satu, satu dugaan yang menimpanya. Kau kena tabah, Risya.

   Alex mengangkat bahu. Dia menyambung menonton TV. Dia pun pelik, siapa yang iri hati membuat perkara itu kepada Fakhriy dan Risya.



   FAKHRIY menjaga Risya seperti menatang minyak yang penuh. Melayani sikap Risya yang kadang-kadang mengada-ngada. Tidak mengapa kerana dia sangat mencintai Risya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk melihat Risya gembira.

   Sikap mengambil berat Fakhriy sedikit sebanyak telah mencuit hatinya. Sikap itu membuatkan Risya terharu. Hatinya mula terbuka untuk lelaki yang bernama Muhammad Fakhriy Fasyin iaitu suaminya. Ah... kenapa perasaan ini harus muncul?

   Risya melihat sahaja Fakhriy membalut jarinya yang terkena pisau semasa dia sedang memotong sayur. Risya mendengar sahaja bebelan yang terluah dari mulut suaminya itu. Baru terhiris sikit, kalau putus jari tak ke menangis dia tu. Orang okey je, dia je yang lebih-lebih. Omel Risya di dalam hati.

   "Fasyin, awak tak penat ke?" soal Risya pelik.

   Fakhriy yang baru sahaja selesai menyimpan kotak first aid kit di dalam kabinet dapur, tercengang. "Penat, pesal pulak?"

   "Yelah, dari tadi lagi awak membebel. Tak penat ke mulut awak tu?" Kini, Risya berawak-saya dengan Fakhriy. Tiada lagi aku-kau.

   "Huh!" Orang risau kat dia, boleh pulak dia buat lawak yang tak kelakar tu.

   Risya tersengih. Dia merapatkan tapak tangannya, meminta maaf.

   Fakhriy tidak jadi memarahi Risya. "Simpanlah sayur-sayur tu. Pergi bersiap cepat, kita dinner kat luar." suruh Fakhriy. Kini mereka tinggal di rumah Risya. Nenek Risya pula telah pulang ke kampung walaupun sudah dihalang berulang kali.

   Risya mengupah orang gaji untuk mengemas rumah, membasuh kain. Dia boleh memasak sendiri. Tidak perlu menyusahkan orang lain.

   "Oitt, bersiaplah cepat." tegur Fakhriy apabila melihat Risya mengelamunan.

   Lamunan Risya berkecai. Dia menghadiahi senyuman nipis kepada Fakhriy. Fasyin, kenapa kau buat baik dengan aku? Jangan biarkan aku mencintai kau, Fasyin. Aku tak nak hati aku terluka lagi. Dia berlari anak semasa memanjat tangga.



   DANIA mengeluh kuat. Rancangan aku untuk menjatuhkan Fakhriy tidak berjaya. Dia ingin melihat Fakhriy menderita, bukannya gembira. Dia cemburu melihat pasangan sejoli di hadapannya sedang bergurau senda. Dia harus merencanakan rancangan lain untuk menghancurkan hidup Fakhriy.

   Dia hanya melihat Fakhriy yang sedang bergembira itu dengan hati yang terbakar. Dia benci melihat senyuman yang terukir dari bibir Fakhriy. Dia ingin melihat Fakhriy menangis.

   "Kau pasti menerima balasannya, Fakhriy." ujar Dania dengan penuh rasa dendam.


On Rainy Days - Bab 8



   SEMUA orang yang berada di dalam tempat ini tidak berani menegur Max. Sesiapa yang mengacau Max, pasti akan dimarahi cukup-cukup. Dipukul, mungkin tetapi buat masa ini tiada sesiapa pun yang dipukul oleh Max. Max akan ke sini jika dia mengalami tekanan. Jarang sekali untuk anak majikannya ini stress.

   "Arghh!!" Max menjerit lalu menyelerakkan barang-barang yang berada di sekelilingnya. Anak-anak buahnya hanya mampu melihat, tidak berani untuk menegah walaupun mereka ini semuanya gagah-gagah belaka. 

   "Ojou, anata wa mondai ga arimasu ka (Ojou ada masalah ke)?" soal Michael. Orang yang sangat dipercayai oleh Max.

    "Mike, nande? Kare wa naze henkō shita no (Mike, kenapa? Kenapa dia berubah)?" Max menekup mukanya dengan telapak tangan. Fikirannya kusut. Fasyin, kenapa kau buat aku macam ni? Mana Fasyin yang dulu?! Max menjerit di dalam hati,

   Michael mengangkat kening. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Max. "Dare (siapa)?" soalnya sepatah.  

   "Fasyin." jawab Max pendek. Dia mengeluh.

   Michael mengangguk faham. Dia sendiri pun terkejut apabila melihat perubahan ke atas diri Fakhriy Fasyin, Tuan Mudanya. Perangainya lagi teruk daripada ojou. Ojou agak nakal tetapi tidak liar seperti Fakhriy sekarang ini. "Ore wa anata ga kanja o nega-tsu (aku harap kau bersabar)." Hanya itu yang boleh dikatakan oleh Michael buat masa ini.

   "Shikashi, dono kurai no jikan, watashi wa kanjabeki ka? 1-kagetsu, 1-nen (tapi sampai bila aku harus bersabar? satu bulan, satu tahun)?" soal Max. Suaranya naik seoktaf.

   Michael hanya berdiam diri. Tidak tahu untuk membalas apa. Jarang sekali untuk melihat ojounya, marah. Kalaulah Fasyin itu bukan adik Max, sudah lama Michael membelasah orang itu. Tetapi apakan daya, Fasyin itu adik kepada Max merangkap anak majikannya.



   "FASYIN, kau nak pergi mana tu? Duduk sini, aku nak cakap sikit dengan kau ni." Wajah Max serius. Tiada lagi senyuman dan gelak tawa yang selalu menghiasi bibir Max.

   Fakhriy akur dengan arahan Max. Dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan Max.

   "Nani (apa)?" soal Fakhriy malas.

   Max melihat Fakhriy dengan pandangan tajam. Tajam menikam. Kecut perut Fakhriy dibuatnya. "Aku nak tanya kau, apa motif kau balik ke Malaysia?" soal Max keras. Dia sudah tidak boleh berlembut lagi dengan Fakhriy. 

   Tiba-tiba tawa Fakhriy meletus. Tawanya mengudang marah kepada Max. Max mengetuk meja dengan kuat. "Watashi no shitsumon ni kotaeta kudasai, ima (jawab soalan aku, sekarang)!" jerkah Max. Wajahnya merah menandakan kini dia sedang marah. Kesabarannya sudah berada di tahap kritikal. 

   "Naze totsuzen (kenapa tiba-tiba)?" soal Fakhriy.

   Max mengeluh. "Kau tahu tak, perangai kau ni dah terpesong jauh. Mana Fasyin yang aku kenal dulu?" soal Max lemah. 

   "Sarah, manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja." Sungguh senang jawapan yang keluar dari mulut Fakhriy itu.

   "Yes, memang. Memang manusia boleh berubah pada bila-bila masa je, tapi kenapa kau berubah jadi macam ni? Haha to (dan) chichi hantar kau ke UK, suruh belajar ilmu. Bukannya suruh kau belajar budaya barat. Betul, aku bukannya baik sangat. Aurat tak tutup, berpakaian macam lelaki. Kau pun tahu kenapa, kan? Fasyin, please... Aku rindukan Fakhriy Fasyin dua tahun lalu. Tolong jadi Fasyin yang dulu. I'm begging you..."

   Tiba-tiba perasaan sayu menggigit tangkai hati Fakhriy. Max sanggup runtuhkan egonya semata-mata ingin melihat aku yang dulu. Gomen nasai, Sarah (maafkan aku, Sarah).

   Max bangun dari duduk. "Fasyin... selagi kau tidak berubah jadi Fasyin yang dulu, jangan sekali-kali kau panggil aku Sarah. Jangan bercakap dengan aku, jangan minta tolong dengan aku. Sebab kau yang barulah, hubungan kita sedikit sebanyak telah renggang. Ingat tu Fasyin!" Max terus berlalu dari situ.

   Fakhriy terkejut mendengar kata-kata Max sebentar tadi. Max... walaupun secara zahirnya dia kelihatan kasar seperti seorang lelaki tetapi batinnya tetap seperti seorang wanita. Bukannya dia tidak tahu, Max menangis saban malam kerana sikapnya sekarang ini. Dia pernah melihat Max menangis kerana sikapnya ini.

   Telefon bimbitnya berdering menandakan seseorang telah menelefonnya. Dania. Dia menjawab panggilan itu. "Dania, I'm very sorry. I tak dapat keluarlah petang ni. I ada kerja sikit." bohongnya. Kata-kata Max sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.



   "SAYANG, jom clubbing." ajak Dania di corong telefon. Fakhriy tidak lagi ke tempat hina itu selepas Max memberi amaran kepadanya tempoh hari.

   "Sorry sayang. I tak boleh." Hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Fakhriy. Takkan nak cakap, 'Sorry sayang. I tak boleh sebab kakak I cakap kalau I ke tempat tu lagi, dia tak nak cakap dengan I lagi dah.' Jatuhlah saham aku kalau cakap macam tu.

   Sudah beberapa hari Max tidak menegur dia. Untuk menjeling Fakhriy pun, dia tidak ingin. Inikan pula berbual. Max langsung tidak menghiraukan Fakhriy lagi.

   "Alaa, you ni. Dah banyak kali you bagi jawapan yang sama." Dania merengek. Fakhriy malas melayan dengan sikap ngada-ngada Mary, dia terus menutup telefon. 

   Haha dan chichi Max orang yang paling gembira apabila mendapat tahu Fakhriy selalu berada di dalam rumah. Tidak lagi berfoya-foya ke tempat maksiat itu. 



   DANIA melempar telefon bimbitnya di atas katil. Dia menjerit seperti orang dirasuk. 

   "Fakhriy, kau nak tipu aku ya? Kau ingat aku tak tahu yang kau ada perempuan lain? Nanti kau, aku akan balas dendam nanti. Aku akan buat kau sengsara, menderita kerana menolak ajakan aku!" Dania ketawa.

   Sekejap ketawa, sekejap menjerit. Waras lagi ke perempuan ni? 



   RISYA menangis dibahu Max sepuas hatinya. Hati Max terbakar dengan perbuatan tidak bermoral Fakhriy. Dia tidak sangka, Fakhriy sanggup membuat perbuatan terkutuk ini kepada kawan baiknya, Risya.

   "Sumpah, Sarah! Aku tak buat semua ni. Aku mangsa keadaan, Sarah. Please trust me. I'm telling you the truth!" Fakhriy memeluk kaki Max. 

   "Apa kau cakap? Kau mangsa keadaan? Siapa yang akan percaya, Fasyin? Aku dah suruh aku berubah, tapi kau degil. Sekarang ni, siapa yang nak percayakan kau? Kau mabuk, Fasyin. Kau tahu tak, kau dah hancurkan masa depan kawan baik aku. Sampai hati kau buat kawan baik aku macam ni." Max menahan air matanya daripada jatuh.

   Haha dan chichi Max meminta maaf berulang kali kepada nenek Risya. Mereka tidak menyangka yang Fakhriy sanggup buat perbuatan terkutuk itu. Hati tua mereka remuk mengenangkan perbuatan Fakhriy ini.

   Fasyin menggeleng. "Tak, Sarah. Aku tak mabuk. Aku dah lama tak pergi ke tempat tu." Fasyin tetap ingin menegakkan pendiriannya walaupun dia tahu, harapannya sangat tipis untuk orang mempercayainya.

   Max menyuruh Ad menenangkan Risya. Max mencekak kolar baju yang dipakai oleh Fakriy. "Tak mabuk? Kalau kau tak mabuk, tu apa tu? Bukan ke tu air setan?" Max menuding telunjuknya ke arah botol arak. Dia menumbuk muka Fakhriy berkali-kali. Kali ini, dia kesal dengan sikap Fakhriy.

   Fakhriy hanya membiarkan kakak kembarnya menumbuknya.

   "Max, yamero (berhenti)!" Chichinya memeluk tubuh Max dari belakang supaya Max berhenti menumbuk saudara kembarnya itu.

   Max berhenti menumbuk Fakhriy. Dia terkulai jatuh ke lantai. "Nande?" soal Max kepada Fakhriy. Suaranya lemah.

   Fakhriy hanya mendiamkan diri. Sumpah, Sarah. Aku tak buat semua ni. Ada orang balas dendam kat aku. Namun, kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya.

   "Kanja (sabar)." Hanya perkataan itu yang keluar dari mulut chichinya.

   "Untuk menjaga maruah keluarga kami, eloklah mereka berdua dikahwinkan." ujar nenek Risya. Dia tidak sanggup melihat Risya dihina, dicaci oleh masyarakat setempat. Dia sangat sayangkan, Risya.

   Chichi Max mengangguk, bersetuju dengan kata-kata nenek Risya.

   Max melihat Risya menangis teresak-esak. Maafkan aku, Risy. Aku tak dapat selamatkan kau. Aku bukan seorang sahabat yang baik. 


vocab

ojou/hime - princess 
ore & watashi - maksud yg sama tetapi 'ore' untuk lelaki , 'watashi' untuk perempuan