Followers

Monday 2 September 2013

Be With You - Bab 3




Dua bulan berlalu,

   "HAI, semua! Saya nak beritahu sesuatu kat korang dan saya baru sahaja dapat berita ini tadi." beritahu Encik David. 

   Nicholas berwajah muram. Dia tiada mood untuk belajar hari ini. Sudah tiga hari termasuk hari ini dia tidak melihat Alice kerana Alice tidak datang ke sekolah. Dia ingin pergi ke rumah Alice tetapi Alice melarang. Dua hari sebelum ini, Alice kelihatan mesra dengan Nicholas.

   Eric pula hanya mendiamkan diri. Hanya menunggu butir bicara yang bakal disampaikan oleh Encik David. Entah kenapa, hatinya berdebar-debar dan jantungnya berdegup kencang.

   "Alice tidak datang ke sekolah tiga hari termasuk hari ini disebabkan dia telah berpindah sekolah di kampung. Sebab-sebab dia berpindah, tidak pula diketahui." Tenang sahaja Encik David berkata-kata.

   Mata Nicholas membuntang apabila mendengar kata-kata yang diberitahu oleh guru kelasnya itu. Dia tahu sebab Alice berpindah, sebab dia. Dia penyebab Alice berpindah.

   Eric tidak menunjukkan sebarang respon. Dia pandang wajah saudara kembarnya. Dia tahu, adiknya sedih. Namun, apa boleh buat? Semua itu keputusan Alice sendiri.



   NICHOLAS menangis di bahu Eric. Tiada lagi perasaan malu di dalam dirinya ketika ini. Dia kecewa dengan sikap Alice yang pergi meninggalkannya tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dia tidak kisah jika Alice tidak mencintainya asalkan Alice selalu disampingnya.

   "Sampai hati dia buat aku macam ni, Eric." Terhenjut-henjut bahu Nicholas kerana menangis.

   Baju Eric lencun dengan air mata Nicholas. Dia tidak kisah, jika dengan cara itu Nicholas dapat menenangkan dirinya. "Mesti dia ada sebab kenapa dia buat macam ni kat kau." Belakang adiknya digosok.

   Nicholas mengangkat wajahnya untuk melihat wajah Eric. "Dan aku tahu apa sebabnya." Nicholas mengelap air matanya dengan telapak tangan.

   Eric mengangkat kening. Pelik dengan kenyataan yang disampaikan oleh adiknya.

   "Dia pindah sebab aku." Dia ketawa buat-buat. Dia rasa bagai nak gila apabila mendapat tahu yang Alice sudah berpindah ke kampungnya.



   "TOK, sampai bila Alice kena makan ubat? Ubat ni dahlah tak sedap, pahit pulak tu." Walaupun mulutnya berceloteh tidak ingin makan ubat, namun dia tetap menelan ubat itu.

   Atoknya mengulum senyuman pahit apabila mendengar cucunya berkata sedemikian. "Sampai Alice sembuh. Makan ye, atok nak keluar kejap." Atok terus pergi meninggalkan Alice di dalam bilik itu.

   Alice ketawa. Matanya bergenang. "Kalaupun aku makan ubat ni, penyakit aku takkan sembuh." Air matanya mengalir laju. Dia menekup muka dengan tapak tangan. Dia menangis semahunya.

   Nicholas, maafkan saya. Di saat saya mula mencintai awak dan menerima awak dalam hidup saya, saya terpaksa meninggalkan awak. Ini semua untuk kebaikan awak dan juga saya. Saya harap saya takkan jumpa awak lagi walaupun saya nak sangat jumpa awak. Hati Alice merintih.

   Telefon bimbit yang berada di atas bantal dicapai. Dia melihat gambarnya bersama Nicholas. Gambar itu diambil secara paksa oleh Nicholas. Gambar itu dihantar oleh Nicholas melalui mms.

   Kini, Nicholas tidak dapat menghubungi Alice lagi kerana Alice sudah menukar nombor telefon. Sengaja dia berbuat begitu kerana dia tidak ingin Nicholas menghubunginya.

   Dia mengambil sehelai kertas putih di dalam laci. Pen di atas meja tulis dicapai lalu dia menulis sesuatu ke atas kertas itu.



   ERIC memegang lengan Nicholas lantas menggeleng. "Jangan buat kerja gila!" tegah Eric.

   Wajah Nicholas muram. Dia terduduk di atas lantai. Dia tahu, mengambil keputusan untuk membunuh diri itu satu tindakan yang bodoh dan akan membuat seluruh ahli keluarganya sedih. Apa yang boleh dia fikir di saat fikirannya sedang bercelaru?

   "Kau tak paham, Eric." rintih Nicholas.

   Eric menjadi berang dengan kata-kata Nicholas. "Apa yang aku tak faham, apa yang kau faham? Wake up, Nicholas! Masih banyak perkara lagi yang kau kena fikirkan lepas kau bunuh diri. Kau mungkin tak rasa apa-apa tapi kau rasa ke apa yang Alice, aku, papa dan mama rasa? Kau cakap kat aku!

   Enam bulan dah masa berlalu. Enam bulan bukan masa yang singkat untuk kau berfikir. Adakah kau fikir, kalau kau buat tindakan bodoh ni, kau akan tenang dan aman? Kau akan buat orang sedih. Alice akan rasa serba salah. Kau nak semua tu berlaku? Nak?! Jangan jadi bodohlah!" tengking Eric. Kesabarannya untuk melayan sikap Nicholas yang kebudak-budakan itu sudah sampai di kemuncak.

   "Aku... aku buntu!" luah Nicholas.

   "Apa yang kau buat supaya Alice jumpa kau? Cari dia? Tak, kan? Tanya ibu dengan adik dia? Ada kau buat semua tu? Hantar e-mail kat dia. Kau bukannya buntu, Nicholas tapi kau tak pikir!" marah Eric.

   Nicholas terdiam apabila mendengar kata-kata Eric. Ada betulnya dengan kata-kata itu. Dia tidak pernah berbuat begitu. Dia hanya cuba menelefon dan terus menelefon Alice walaupun dia tahu dia tidak dapat menghubungi Alice.




   SEBOTOL UBAT dibuang ke dalam tong sampah. Perbuatannya itu disaksikan oleh datuknya yang kebetulan ingin minum air.

   "Kenapa kamu buat macam tu Alice?" Hati tuanya tiba-tiba berasa sebak.

   Alice terkejut namun dia berlagak tenang. Dia mengulum senyuman nipis. "Takde yang akan berubah jika Alice makan ubat. Alice tetap akan mati. Cepat atau lambat je."

   "Kamu sedar tak apa yang kamu cakap tu?" Alice, satu-satunya cucu perempuan yang dia ada. Dia tidak ingin kehilangan Alice. Kasih sayangnya terhadap Alice melimpah.

   Alice mengangguk kepalanya. "Saya sedar apa yang saya cakap, tok. Biarlah saya 'pergi' awal tok. Saya tak nak menyusahkan atok, ibu ngan adik." Alice mengangkat mukanya untuk melihat siling rumah. Tujuannya supaya air matanya tidak jatuh. Dia kena kuat.

   Atok sudah bergenang dengan air mata. Tubuh Alice yang kecil itu dipeluknya. Kalau boleh, dia tidak ingin kehilangan Alice. Tapi apakan daya, dia bukan Tuhan.

   Jika Alice tidak berkeras untuk pergi ke hospital, peluang penyakitnya untuk sembuh banyak. Dia mungkin dapat mencari penderma tulang sum-sum. Semuanya telah terlambat, masa tidak boleh diputar dan dia harus menerima kenyataan bahawa Alice akan 'pergi'.



   "SETELAH membuat analisis, saya mendapati bahawa anak puan mengidap penyakit leukimia dan kini dia berada di tahap yang terakhir. Peluang untuk dia sembuh sangat tipis. Kemungkinan besar, anak puan hanya boleh hidup selama setahun enam bulan." beritahu doktor itu tenang.

   Ibu menutup mulut. Air matanya mengalir lebat. Sejarah telah berulang. Sekali lagi dia harus menghadapi kenyataan bahawa anaknya itu akan mati disebabkan penyakit yang sama seperti arwah suaminya itu hidapi.

   "Tapi dia baru 14 tahun, doktor!" bentak ibu.

   "Bawa bertenang puan. Semua ini takdir. Kita harus terima kenyataan ini." kata doktor. Berharap ibu Alice bertenang.



   ALICE yang berada di sebalik pintu tersenyum pahit. Air matanya mengalir laju. Menghidapi penyakit berbahaya sangat menyakitkan. Apa yang boleh dia buat selama setahun enam bulan? Setahun enam bulan tidak mencukupi untuk membuat orang yang dia sayang bahagia.

   Dia berlari dari situ. Dia duduk di atas bangku di luar hospital. Tangan menekup muka. Dia menangis semahunya. "Kenapa aku? Kenapa tak orang lain yang kena?" soal Alice kepada diri sendiri.

   "Bersabarlah. Ramai orang lagi yang menghidap penyakit yang lebih teruk daripada awak." kata seorang budak lelaki berbaju ungu. Dia menghulurkan sapu tangannya kepada Alice.

   Alice mengangkat muka. "Siapa awak?" Sapu tangan yang dihulurkan oleh budak lelaki itu, disambut.

   Budak lelaki itu hanya mengulum senyuman. "Walau apapun yang terjadi, saya akan tetap bersama awak. Sekarang, kita jadi kawan." Lelaki itu tidak menjawab soalan Alice. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Alice.

   Alice dengan teragak-agak untuk menyambutnya. Namun begitu, dia tetap berjabat tangan dengan budak lelaki itu. Jika lihat dari wajahnya, Alice mengangkat budak lelaki itu sebaya dengannya iaitu berumur 14 tahun.


1 comment:

  1. Jom join simple contest http://theoddlifeofafiqahmuhamad.blogspot.com/2013/09/contest-pertama-dari-saya.html. 3 pemenang bertuah dicari :)

    ReplyDelete