Followers

Saturday 22 April 2017

Cerpen : Crush I

Maaf tapi ni cerita pendek yang memang pendek. Enjoy it. Based on true story 😊😊

Cuaca hujan agak lebat. Maklumlah bulan Disember. Musim tengkujuh. Aku baru sahaja selesai menjawab kertas 2 subjek Teknologi Kejuruteraan.

Alat tulis disimpan di dalam kotak pensil. Kotak pensil diletakkan di dalam beg sandangku yang berwarna hitam dan merah. Botol air yang boleh diisi sehingga 1.7 liter air diletakkan di dalam beg botol air. Beg sekolah aku sandang dan beg botol air aku sangkut pada leher.

Mataku dihalakan ke arah seorang pelajar lelaki yang memakai sweater yang berwarna putih dan hitam yang sedang ralit berbual dengan kawan-kawannya. Rakanku, Sarah aku pandang.

"I want to tell him." Beritahuku kepada Sarah.

"I told ya. Kau dah sia-siakan peluang kau kot." Kata Sarah dengan nada beku. Mungkin kecewa dengan sikapku sebentar tadi.

Tadi Sarah menemaniku kerana aku ingin meluahkan perasaanku kepada lelaki yang aku minat sejak tahun lalu. Tapi aku lepaskan peluang aku kerana aku tidak berani. Namun, aku telah mengambil gambar dengan crush aku itu.

"Aku tak berani."

"Now or never."

Langkah diaturkan untuk ke tempat lelaki itu.

"Kau dah bagitau ke belum?" Tegur Azma.

Langkahku terbantut. "Aku tak berani." Aku mengulangi ayat yang sama kepada Azma. Aku pandang Azma dengan wajah kesian.

"Kau bagitau jela. Ni je peluang yang kau ada. Nak aku panggilkan ke?"

Aku angguk. Aku dan Azma menapak ke arah pondok, tempat lelaki itu berada. Kami mematikan langkah lebih kurang tiga meter dari pondok tersebut.

"Syazwan, panggil Zamakh jap." Ujar Azma. Suaranya dikuatkan untuk menandingi hujan.

"Goodluck weh. Gotta go." Azma berlalu.

"Dah panggil ke belum?" Soal Sarah. Aku langsung tidak menyedari akan kewujudannya.

"Dah."

Sarah menjauhiku apabila lelaki yang dipanggil Zamakh oleh Azma mendekatiku. Zamakh atau nama penuhnya Zamakhsyari berdiri di depanku. Wajah itu aku pandang. Senyuman terhias dibibirku tanpa sedar.

"Aku nak bagitau kau sesuatu." Ujarku.

"Apa?" Soal Zamakhsyari.

"Aku tak tau sama ada kau dah tau atau tak pasal aku nak bagitau kau. Tapi aku nak bagitau kau jugak." Bohonglah jika dia tidak tahu. Perasaanku kepadanya terlalu nampak. Satu kelas sudah tahu. Bukan satu kelas, satu batch.

Aku tarik nafas dalam dalam. "Aku suka kau."

Aku nampak dia senyum sehingga kelihatan lesung pipit di sebelah kiri pipinya. Oh God! Aku cair. Aku dengar dia ada beritahu sesuatu tapi otakku tidak dapat mentafsirkan kata-katanya. Senyumannya terlalu manis sehingga buat aku zoned out dan hilang fokus.

# Sampai sekarang aku tak boleh recall apa yang dia bagitau.

#First time confessed.

#Someone told me that aku macam perigi cari timba. Waaaa it is quite harsh tapi aku telan je.

#Someone told me that I'm desperate. Yeahh you dont know until you're in my shoe.

#Akan cerita other scene kalau ada sambutan.