Followers

Thursday 19 September 2013

Cerpen - DIA HERO AKU



   KEDENGARAN seorang budak lelaki sedang menangis kerana dibuli oleh rakan-rakan sebayanya. Baju budak lelaki itu kotor akibat ditolak oleh budak-budak lelaki tadi. Badannya terasa sakit kerana ditolak berkali-kali.

   "Kau tak apa-apa?" soal seorang budak perempuan yang memakai topi.

   Sebentar tadi, dia sedang berjalan-jalan di sekitar perumahan ini. Dia baru sahaja berpindah ke sini lebih kurang dua hari lepas. Hari ini, baru dia berkesempatan untuk berjalan-jalan di sini. Apabila dia ternampak, seorang budak lelaki menangis, dia terus ke sini untuk membantu.

   Budak lelaki itu mengangkat muka untuk melihat wajah orang yang menegurnya. Dia takut, dia akan dibuli lagi. Di sini, dia tiada kawan walaupun dia sudah lama tinggal di sini. Sejak lahir lagi, dia tinggal di sini. Namun, tidak ada seorang pun yang ingin berkawan dengannya.

   "Jangan buli saya!" rayu budak lelaki yang berbaju ungu itu.

   Budak perempuan itu ketawa kecil. Kata-kata budak lelaki ini sangat kelakar baginya. "Takde makna aku nak buli kau.Aku nak tolong kaulah. Bangun. Meh aku hantar kau balik. Kau tinggal kat mana?" soal budak perempuan itu. Dia betul-betul ingin membantu budak lelaki di hadapannya ini.

   Budak lelaki itu berdiri. Belakang seluarnya ditepuk beberapa kali. "Saya tinggal kat sana." Budak lelaki itu menuding jari ke arah sebuah banglo dua tingkat. Budak lelaki ini memandang wajah budak perempuan di hadapannya ini. Kali pertama dalam hidupnya, ada orang ingin menolongnya.

   Budak perempuan itu memandang sebuah banglo dua tingkat yang berwarna merah jambu. Cantik! Mesti orang kaya budak ni. Gumam budak perempuan itu di dalam hati.



Lima tahun berlalu,

   BAJU SEKOLAH Ziyad kotor lagi. Dari dia kecil sehinggalah dia besar, tak pernah sekali pun dalam hidupnya tak kena buli walaupun sehari.

   Sekarang ini Ziyad tinggal di asrama walaupun jarak sekolah dengan rumahnya tidak jauh. Mamanya menyuruh dia belajar berdikari. Tapi dia baru 13 tahun. Dia tidak rela tinggal di asrama. Mungkin kerana sikapnya yang lembut dan tidak pernah melawan menyebabkan senior-seniornya membulinya.

   Baju sekolah yang kotor ditanggalkan. Dia perlu membasuh baju sekolahnya. Dia tidak suka melengah-lengahkan kerjanya kerana...

   "Woi budak! Basuh baju-baju aku ni." Aizam, pelajar tingkatan lima. Dia selalu menyuruh Ziyad membasuh pakaiannya. Aizam, ketua asrama di sekolah ini. Disebabkan dia mempunyai jawatan itu, dia berani menyuruh junior-juniornya membuat kerja hariannya.

   "Tapi saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan." beritahu Ziyad. Kali ini, dia berharap sangat supaya Aizam memahaminya walaupun dia tahu lelaki itu tidak akan bertolak ansur dengannya.

   Aizam ketawa. Sinis. "Ada aku kesah dengan kerja-kerja kau? Yang aku nak tahu, baju-baju aku ni kau basuh. Kalau tak..." Aizam mendekati Ziyad. "...nahas kau!" Bisiknya ditelinga Ziyad. Dahi Ziyad dijentik kuat.

   Ziyad berasa ingin menangis. Namun, ditahan. Sungguh dia rasa menyesal kerana bersekolah di sekolah ini. Selama enam bulan dia berada di sini, tidak pernah dia rasa walaupun sehari pun hidupnya aman. Selalu sangat diganggu. Kalau bukan Aizam, semestinya senior-seniornya yang lain. Dia letih untuk melayan kerenah mereka yang tidak matang.



   "SYAH, saya dah tak sanggup sekolah kat sini. Setiap hari Syah, setiap hari diorang buli saya." Dia melepaskan tangisannya. Memang jika dia ada masalah, dia akan menelefon Syah. Perempuan yang dikenalinya lima tahun yang lalu.

   "Kalau tak suruh, basuh baju, diorang suruh lipat ngan jemur baju. Suruh buat nota. Dia ambik duit saya. Tadi, jam saya diorang ambik. Jam yang awak bagi." adunya lagi.

   Kedengaran Syah ketawa kecil di corong telefon. "Kau tu lembut sangat. Jadilah kasar sikit. Cubalah melawan." ujar Syah.

   "Tak boleh! Awak tak paham, Syah. Kalau saya lawan, diorang akan pukul saya." balas Ziyad bersungguh-sungguh.

   "Why not kau report kat warden?" tanya Syah.

   Ziyad mengeluh. "Saya tak berani. Cukuplah apa yang saya kena sekarang ni. Saya tak nak benda lain yang lebih teruk terjadi kat saya."

   "Yelah, Ziyad. Kau cakap kat orang yang selalu buli kau tu, aku nak jumpa dia." Dia perlu buat perhitungan dengan lelaki itu. Dia tidak ingin Ziyad dibuli kerana dia sayangkan Ziyad.

   "Bila?"

   "As soon as possible. Maybe tomorrow." Tidak sempat Ziyad membalas, Syah terus meletak gagang.



   ZIYAD mendekati Aizam takut-takut. "Abang Aizam..." seru Ziyad perlahan.

   Aizam yang sedang membaca komik, mengangkat muka untuk melihat muka gerangan yang memanggilnya. Dia mendengus kasar apabila melihat muka budak yang selalu dia buli. Dia menyambung kembali bacaannya. Langsung tidak menghiraukan Ziyad berdiri di hadapannya.

   Lima minit telah berlalu. Ziyad mengeluh lemah. "Abang Aizam..."

   "Kau nak apa sial?!" soal Aizam kasar. Suaranya meninggi.

   Bahu Ziyad terangkat mendengar suara Aizam. "Ada orang nak jumpa." balas Ziyad. Mukanya menunduk.

   "Sape?"

   "Kawan saya."

   "Buat apa kawan kau nak jumpa aku?" tanya Aizam pelik.

   Ziyad menggeleng-gelengkan kepalanya. Tanda tidak tahu.



   AIZAM berdiri di hadapan kawan Ziyad. "Ada apa kau nak jumpa aku?" soal Aizam kasar.

   Syah berdiri apabila orang yang ditunggunya sudah sampai. Cermin mata hitam yang berjenama RayBan ditanggalkan lalu disangkut di leher baju. Aizam dilihatnya atas bawah. Hensemlah jugak. Tapi takleh lawan aku. Gumam Syah dalam hati.

   "Ziyad, kau pergi ke tempat lain." arah Syah. Ziyad menurut.

   Aizam terpempan melihat Syah. Jantungnya berdegup kencang. Lelaki kat depan aku, terlalu cantik untuk jadi seorang lelaki. Aizam bermonolog.

   "Aku ada perkara yang nak dibincangkan tapi aku rasa tempat ni tak sesuai. Masuk dalam kereta aku. Kita bincang dalam tu."

   Seperti kerbau dicucuk hidung, Aizam menurut. 

   "So, kau lelaki yang selalu buli si Ziyad tu kan?" Tanpa cakap panjang, Syah terus menyoal soalan itu setelah kedua-duanya memasuki ke dalam kereta.

   Aizam mengulas senyuman sinis. "So, ni ke perkara yang kau nak bincang dengan aku? Kalau aku pun, apa yang boleh kau buat kat aku?" Aizam memandang Syah dengan pandangan yang tajam.

   "Kalau kau tak nak menyesal, jangan buli dia lagi. Dan..." Mata Syah tertala pada pergelangan kiri Aizam. "...pulangkan jam tu kat Aizam. Kau ambik jam aku." Syah menanggalkan jam tangannya lalu diserahkan kepada Aizam.

   Aizam memandang Syah. "Apa yang kau nak sebenarnya?"

   "Jangan apa-apakan Ziyad." beritahu Syah serius. Wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia sedang bergurau sekarang ini.

   "Apa hak kau nak halang aku?"

   "Dengar kata-kata aku, kalau kau tak nak menyesal."



   "KAU dari mana?" soal kakak Syah, Amani. Umur Syah dengan Amani hanya berbeza setahun.

   Syah memandang Amani dengan pandangan yang menjengkelkan. "Dari tempat yang aku pergi tadi." balas Syah selamba. Dia berjalan ke bilik di tingkat atas.

   "Tak lawak, Aisyah! Aku tanya, jawablah betul-betul." marah Amani.

   Syah tidak menghiraukan kata-kata Amani. Di dalam fikirannya, mandi, solat dan tidur. Mujurlah kerja sekolah sudah dia siapkan di sekolah.



   SYAH sekadar melihat Amani memilih baju yang ingin dibeli. Kalau bukan disebabkan Along yang menyuruh dia meneman Amani membeli belah, dia takkan ikut. Buang masa sahaja!

   Dia berjalan-jalan di shopping complex itu sebelum menunggu kakaknya selesai membeli. Kakinya berhenti melangkah di sebuah kedai yang menjual tudung bawal selendang. Tiba-tiba dia berasa sebak.

   Tudung itu disentuh. 

   "Ye, encik. Nak beli tudung untuk orang yang tersayang ke?" soal penjual di kedai itu.

   "Berapa harga tudung ni, kak?" soal Syah. Soalan penjual wanita itu dibiarkan sepi. Lebih baik diam daripada menjawab soalan itu.

   "RM15." balas penjual wanita itu pendek.

   Beberapa helai tudung bawal dan selendang diambil lalu diserahkan kepada penjual itu. "How much?"

   "RM80, encik." 

   Sehelai not RM100 diserahkan kepada wanita itu. Usai menerima baki, Syah berlalu dari situ dan melangkah ke tempat kakaknya berada tadi.

   "Aisyah, kau beli apa?" Matanya tertancap pada beg plastik ditangan Syah.

   Syah mendengus. "Aku punya hallah, aku nak beli apa-apa pun. Aku tak guna duit kau." balas Syah tidak berperasaan. Dari dulu lagi, hubungan Syah dengan Amani dingin.



   "AMANI." tegur satu suara.

   Amani berpaling ke belakang apabila mendengar namanya diseru. Syah langsung tidak menghiraukan panggilan itu. Dia lebih gemar memandang ragam manusia yang berada di sini.

   "Khairil..." ucap Amani meleret.

    Lelaki itu mengulum senyuman manis apabila gadis dihadapannya masih lagi boleh mengingati namanya. "Tak sangka, awak boleh ingat nama saya. Walaupun dah lima tahun kita tak berjumpa." luahnya.

   Amani tersenyum malu. Sejak dia berpindah ke sini lima tahun lalu, dia sudah tidak berjumpa lagi dengan Khairil. "Sekarang awak sekolah kat mana?"

   "Amani..." Syah berpaling ke belakang untuk melihat muka Amani. Kata-katanya berhenti di situ. Dia terkedu. 

   Patutlah dia rasa pernah melihat pembuli Ziyad. Rupa-rupanya Khairil Aizam. Lelaki yang diminatinya semasa dia kecil. Itu dulu, sekarang dah takde langsung perasaan itu. Perasaan itu sudah terhapus sejak kejadian itu berlaku.

   Aizam tersenyum sinis apabila melihat wajahku. "Hero Ziyad. Amani, siapa lelaki ni? Boyfriend ke?" 

   Syah terus berlalu dari situ. Dia berasa sakit hati apabila berdepan dengan lelaki itu. Disebabkan lelaki itu, dia menyuruh ibu dan ayahnya berpindah. Kebetulan, memang ibu dan ayah memang nak pindah hanya tunggu persetujuan dariku sahaja kerana Amani dan Alongku hanya mengikut kehendak ibu dan ayah.

   Soalan itu buat Amani ketawa kecil. "Dia bukan boyfriend saya. Dia adik saya."

   Aizam pelik. "Sejak bila awak ada adik lelaki?"

   "Memang saya takde adik lelaki."

   Kelihatan Aizam terkejut. "So, she is Aisyah?

   Amani mengangguk.



5 tahun yang lalu,

   Syah mendekati Aizam. Bibirnya tidak lekang dari senyuman walaupun hatinya berdebar-debar. Dia tidak sabar untuk memberitahu perasaannya kepada Aizam. Aizam, lelaki yang diminatinya sejak dia mengenali lelaki itu beberapa tahun yang lalu.

   "Abang Khairil." panggil Syah.

   Aizam memusingkan badannya ke belakang untuk melihat wajah si pemanggil. Dia sangat mengenali suara itu.

   "Ada apa Aisyah?" soal Aizam. Senyuman manis tersungging di bibirnya.

   Senyuman itu membuatkan Syah selalu tersenyum. "Aisyah sukakan Abang Khairil. Aisyah nak kahwin dengan Abang Khairil. Abang Khairil nak kahwin dengan Aisyah tak?" Muka Syah kelihatan sungguh berharap.

   Senyuman manis bertukar menjadi senyuman sinis. "Aku kahwin dengan kau? Aku tak minat budak kecik macam kau ni. Aku rapat dengan kau sebab aku nak rapat dengan kakak kau, Amani. Kau cerminlah muka kau tu sikit. Ke kat rumah kau takde cermin? Nak aku belikan? Muka dahlah tak lawa, pakai cam laki. Apa kau ingat aku suka kau ke? Memang taklah!" bidas Aizam. Bahasanya agak kasar daripada sebelum ini. Daripada 'Abang Khairil' menjadi aku.

   Syah tersentap mendengar kata-kata dari Aizam. Hatinya terguris. Sakit. Jadi, selama ini Aizam mendekatinya kerana Amani. Bukan kerana dia. Dia tahu, dia hanyalah budak-budak untuk menyukai orang yang lebih tua. Budak sangatkah dia bagi Aizam? Umur mereka tidak jauh berbeza. Hanya setahun.

   "Sampai hati Abang Khairil buat Aisyah macam ni. Aisyah benci Abang Khairil!" Aisyah terus berlari menuju ke rumahnya. Air matanya mengalir laju.

   Dia mengambil keputusan untuk menerima cadangan ibu dan ayah untuk berpindah walaupun sebelum ini dia tidak ingin berpindah kerana tidak ingin meninggalkan Aizam. Namun, dia sedar dia tidak penting dalam hidup Aizam. Lebih baik dia pergi dari sini. Dia tidak ingin berjumpa Aizam lagi.



   ZIYAD mengambil sepucuk surat yang terdapat di atas mejanya. Dia terfikir, surat dari siapakah ini? Jarang sekali dia mendapat surat. Tak, bukan jarang tapi tak pernah. Ini pertama kalinya. Dia tidak tahu siapa yang menghantar surat ini kerana penulis tidak menulis namanya.

    Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Sekarang waktu rehat.  Hanya tiga orang pun yang berada di dalam kelas termasuk dia. Dua orang lagi sedang menyiapkan kerja sekolah.

   Ziyad tidak menghiraukan mereka. Dia lebih tertarik untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam surat itu. Hujung sampul surat dikoyakkan.

   Dia membaca tulisan yang terdapat pada kertas. Tulisan itu ditulis dengan tangan. Tulisan itu cantik dan kemas.

Saya bagi surat kat awak sebab saya nak bagitahu yang saya suka awak. Saya suka awak sejak pertama kali saya jumpa awak kat sekolah ni. Saya harap awak boleh terima saya untuk jadi kekasih awak.

   Ziyad meletuskan tawanya lalu dia mengulas senyuman sinis. Jadi kekasih? Memang taklah. Ada kekasih pada usia 13 tahun. Mengarut! Sangat mengarut. Dia bukan seperti kawan sekelasnya, yang mempunyai kekasih.



5 tahun kemudian,

   PERWATAKAN Ziyad telah bertukar. Dia menjadi seorang yang lebih matang. Kini, dia sudah tidak dibuli lagi semenjak berada di alam universiti. Keputusan SPM yang cemerlang membolehkan dia masuk universiti. Dia ditawarkan untuk belajar ke luar negara namun ditolak atas alasan, dia tidak mahu meninggalkan Malaysia buat masa sekarang. Mungkin selepas habis diploma, dia akan menyambung ijazah ke luar negara.

   Seorang perempuan yang berambut ikal mayang, memeluk bahu Ziyad. Dia... kawan perempuan kedua Ziyad. Selain Syah. Tidak dinafikan bahawa perempuan ini sungguh cantik.

   "You, jom kita pergi makan." Perempuan ini sefakulti dengannya.

   Ziyad tersenyum kacak. "Jom!"

   Mereka berjalan seiringan ke kafeteria. Jika orang tidak mengenali mereka, semestinya mereka dicop sebagai sepasang kekasih.



   SYAH mengelap peluh yang menitik di dahinya dengan tuala kecil. Dia baru sahaja selesai berjoging. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku berdekatan.

   Tiba-tiba fikirannya melayang mengingatkan Ziyad. Tak sangka, cepat sungguh masa berlalu. Ziyad sudah berumur lapan belas tahun dan dia sudah berumur dua puluh dua tahun.

   Pakaian Syah sudah berubah. Dia sudah memakai tudung. Tidak seperti dulu lagi. Alhamdulillah, dia dah berubah. Namun, perangainya agak kasar tetapi tidak sekasar dulu.

   Sejak Ziyad sambung belajar ke universiti, Ziyad tidak menghantar mesej apatah lagi telefon kepadanya. Tidak seperti semasa dia berada di alam persekolahan. Ziyad sudah berubah. Masa sudah mengubahnya.

   Syah tersenyum pahit. Dia ingin menelefon kawan baiknya itu namun dia segan. Dia risau dia akan mengganggu atau membuang masa Ziyad.



   "KAU nak apa?" soal Syah kasar. Dia menolak badan sasa Aizam dengan sekuat hati.

   Badan Aizam agak ke belakang sedikit. "Aisyah, dengar apa yang Abang Khairil nak cakap." Sudah lama dia ingin berjumpa dengan Syah namun dia terpaksa tangguh dahulu.

   Syah ketawa sinis. Geli pulak dia rasa apabila Aizam membahasakan dirinya Abang Khairil. "Abang Khairil? Kau tau tak yang dia dah mati 10 tahun lalu?" soal Syah sinis. Dia memandang wajah Khairil tajam.

   Aizam terkedu. Sampai begitu sekali Syah membenci dirinya. Dulu memang dia silap. Ketika itu, dia baru berumur dua belas tahun. Masih muda, mentah dan tak matang. Kebetulan, ketika itu dia mempunyai perasaan terhadap kakak Syah iaitu Amani.

   "Abang minta maaf, Aisyah. Abang tahu abang salah." ucap Aizam kesal. Dia cuba memegang tangan Syah namun Syah cepat-cepat menepisnya.

   "Aku tak minat budak kecik macam kau ni. Aku rapat dengan kau sebab aku nak rapat dengan kakak kau, Amani. Kau cerminlah muka kau tu sikit. Ke kat rumah kau takde cermin? Nak aku belikan? Muka dahlah tak lawa, pakai cam laki. Apa kau ingat aku suka kau ke? Memang taklah!" Syah memberitahu semula apa yang dikatakan oleh Aizam kepadanya.

   "Sampai mati Khairil, sampai mati pun aku akan ingat apa yang kau cakap tu. Kenapa kau tak mati aje? Kan senang! Tak payahlah aku jumpa kau lagi." sambung Syah. Dia sakit hati walaupun kejadian itu terjadi 10 tahun yang lalu.

   "Perkara tu dah lama berlaku, Aisyah. Let bygone be bygone." beritahu Aizam.

   "Senanglah kau cakap 'let bygone be bygone' sebab kau yang cakap kat aku. Bukan aku yang cakap kat kau. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku bila kau cakap macam tu. Sampai sekarang ada lagi luka tu kat sini." Syah menyentuh dadanya dengan telapak tangan.

   "Bagi abang peluang untuk abang tebus balik apa yang abang cakap tu."

   Syah menggeleng. "Takkan!"

   "Please..."

   "Kalau dulu kau cakap kau suka aku, mungkin sekarang ni aku masih sayangkan kau." Syah meninggalkan Aizam di restoran itu.

   Sekali lagi dia mendapat kejutan. Dia melihat orang yang disayangi berpegangan tangan. Hatinya hancur luluh. Dia tersenyum hambar. Air matanya hampir jatuh tetapi dia menahan.



   "MAAF, saya tak boleh terima cinta awak." Ziyad cuba menolak sebaik yang mungkin. Dia tidak dapat mencintai orang yang dia tidak cintai.

   Wajah Adira berubah. Dia ingatkan Ziyad akan menerimanya. Rupa-rupanya dia hanya bertepuk sebelah tangan. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

   "Tapi kenapa?"

   "Saya hanya anggap awak sebagai kawan saya sahaja. Maafkan saya." ucap Ziyad.

   Adira tidak boleh terima kenyataan. "You layan I macam I ni kekasih you. You bagi I harapan." ujar Adira. Air matanya turun dengan lebat.

   "Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak boleh terima cinta awak sebab saya hanya anggap awak sebagai kawan biasa saya sahaja. Tak lebih dari itu. Maafkan saya sebab bagi awak harapan." Ziyad meninggalkan Adira bersendirian di situ. Selama ini, dia hanya menganggap Adira sebagai kawan biasa. Adira satu-satunya kawan perempuan yang dia ada selepas Syah.



   SYAH memandu kereta untuk ke asrama Ziyad. Semasa dalam perjalanan, Syah melihat ada satu pergaduhan yang berlaku. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

   Dia keluar dari kereta. "Woi, apa yang korang buat ni?" jerit Syah. Dia mendekati dua orang samseng yang memukul mangsa mereka.

   "Ada awek la wei." ujar lelaki yang berbaju hitam.

   Lelaki yang berbaju kuning ketawa lucu. "Woi perempuan, kau buat apa kat sini? Tak takut matil ke hah?" soal lelaki itu diselangi dengan tawa yang masih lelaki tidak berhenti.

   Syah ketawa sinis. "Kita tengok siapa yang mati."

   "Tak padan dengan perempuan." Lelaki yang berbaju kuning mendekati Syah untuk menampar perempuan itu.

   Dengan pantas Syah memegang pergelangan tangan lelaki itu dan menyepak celah kangkang lelaki itu. Lelaki itu terduduk menahan senak. Kesempatan ini, Syah menyepak muka lelaki itu dengan lutut. Hidung lelaki itu berdarah.

   Lelaki berbaju hitam pula mendekati Syah untuk membalas perbuatan yang dilakukan kepada kawannya. Apabila lelaki itu ingin menumbuk Syah, Syah memegang lengan itu dan memulas lengan lelaki itu. Dagu lelaki itu disepak menggunakan lutut. Perut pula ditendang sekuat hati. Apabila Syah mengerjakan kedua-duanya cukup-cukup, dia mendekati lelaki yang menjadi mangsa oleh penyangak ini.



   "TERIMA KASIH sebab selamatkan saya." ucap Ziyad kepada Syah. Dia pun tidak tahu mengapa dia menjadi mangsa samseng-samseng itu.

   Syah hanya mengangguk. "Aku nak bagi tahu kau sesuatu tapi bukan kat sini." Syah menghidupkan enjin lalu memandu ke tempat yang sesuai.

   "Apa yang awak nak bagi tahu saya?" soal Ziyad.

   "Aku nak sambung belajar ke luar negara."

   "Bila?"

   "Bulan depan aku pergi."

   "Kenapa tiba-tiba?"

   "Oh, ini sebabnya you tak terima cinta I. Sebab perempuan hodoh ni." Tiba-tiba suara yang dikenali oleh Ziyad namun tidak untuk Syah.

   "Adira... apa yang awak cakap ni?" Ziyad tidak selesa apabila Adira berkata begitu kepada Syah.

   "Betulkan apa yang I cakap tadi? Apa lebih dia dari I? Nak cakap cantik, tak pun." kutuk Adira.

   Syah bangun dari duduk. Dia memandang muka Adira. Dia mengulas senyuman sinis. Lalu dia melangkah keluar dari restoran mewah itu.

   "Lebih dia, dia selalu ada bersama aku bila aku susah atau senang. Bila aku perlukan pertolongan, dia ada. Dia hero aku." ucap Ziyad. Jarang sekali dia bercakap dengan perempuan 'aku-kau' tapi dia merasakan sikap Adira keterlaluan.

   "Sebab dia penyelamat saya." ujar Ziyad sebelum meninggalkan Adira termangu-mangu di situ.



   "KAU sedar tak apa yang kau cakap? Umur aku empat tahun lebih tua daripada kau. Aku tak boleh terima cinta kau sebab kau muda dari aku. Apa orang cakap nanti." beritahu Syah.

   Walaupun dia juga mencintai Ziyad, dia tidak boleh menerima cinta Ziyad sebab Ziyad boleh mendapat perempuan yang lagi baik daripadanya. Yang muda daripadanya. Bukan seperti dia.

   "Cinta itu buta. Cinta itu tidak mengenal usia. Apa yang orang cakap, saya kisah apa. Diorang tak tahu situasi yang dihadapi oleh kita."

   "Ziyad..." Syah terharu dengan kata-kata Ziyad.

   "Awak cintakan saya jugakkan?"

   Syah tidak memberikan apa-apa reaksi. Mengangguk tidak menggeleng pun tidak.

   "Aku..."

   "Saya hanya nak dengar awak cakap YA." Ziyad memandang Syah dengan pandangan mengharap.

   "Ya, aku cintakan kau jugak." Syah menunduk. Dia malu untuk memandang wajah Ziyad.

 


-TAMAT-


Ending yang simple sebab tak reti nak buat ending. huhuhu!



Monday 2 September 2013

Be With You - Bab 3




Dua bulan berlalu,

   "HAI, semua! Saya nak beritahu sesuatu kat korang dan saya baru sahaja dapat berita ini tadi." beritahu Encik David. 

   Nicholas berwajah muram. Dia tiada mood untuk belajar hari ini. Sudah tiga hari termasuk hari ini dia tidak melihat Alice kerana Alice tidak datang ke sekolah. Dia ingin pergi ke rumah Alice tetapi Alice melarang. Dua hari sebelum ini, Alice kelihatan mesra dengan Nicholas.

   Eric pula hanya mendiamkan diri. Hanya menunggu butir bicara yang bakal disampaikan oleh Encik David. Entah kenapa, hatinya berdebar-debar dan jantungnya berdegup kencang.

   "Alice tidak datang ke sekolah tiga hari termasuk hari ini disebabkan dia telah berpindah sekolah di kampung. Sebab-sebab dia berpindah, tidak pula diketahui." Tenang sahaja Encik David berkata-kata.

   Mata Nicholas membuntang apabila mendengar kata-kata yang diberitahu oleh guru kelasnya itu. Dia tahu sebab Alice berpindah, sebab dia. Dia penyebab Alice berpindah.

   Eric tidak menunjukkan sebarang respon. Dia pandang wajah saudara kembarnya. Dia tahu, adiknya sedih. Namun, apa boleh buat? Semua itu keputusan Alice sendiri.



   NICHOLAS menangis di bahu Eric. Tiada lagi perasaan malu di dalam dirinya ketika ini. Dia kecewa dengan sikap Alice yang pergi meninggalkannya tanpa mengucapkan selamat tinggal. Dia tidak kisah jika Alice tidak mencintainya asalkan Alice selalu disampingnya.

   "Sampai hati dia buat aku macam ni, Eric." Terhenjut-henjut bahu Nicholas kerana menangis.

   Baju Eric lencun dengan air mata Nicholas. Dia tidak kisah, jika dengan cara itu Nicholas dapat menenangkan dirinya. "Mesti dia ada sebab kenapa dia buat macam ni kat kau." Belakang adiknya digosok.

   Nicholas mengangkat wajahnya untuk melihat wajah Eric. "Dan aku tahu apa sebabnya." Nicholas mengelap air matanya dengan telapak tangan.

   Eric mengangkat kening. Pelik dengan kenyataan yang disampaikan oleh adiknya.

   "Dia pindah sebab aku." Dia ketawa buat-buat. Dia rasa bagai nak gila apabila mendapat tahu yang Alice sudah berpindah ke kampungnya.



   "TOK, sampai bila Alice kena makan ubat? Ubat ni dahlah tak sedap, pahit pulak tu." Walaupun mulutnya berceloteh tidak ingin makan ubat, namun dia tetap menelan ubat itu.

   Atoknya mengulum senyuman pahit apabila mendengar cucunya berkata sedemikian. "Sampai Alice sembuh. Makan ye, atok nak keluar kejap." Atok terus pergi meninggalkan Alice di dalam bilik itu.

   Alice ketawa. Matanya bergenang. "Kalaupun aku makan ubat ni, penyakit aku takkan sembuh." Air matanya mengalir laju. Dia menekup muka dengan tapak tangan. Dia menangis semahunya.

   Nicholas, maafkan saya. Di saat saya mula mencintai awak dan menerima awak dalam hidup saya, saya terpaksa meninggalkan awak. Ini semua untuk kebaikan awak dan juga saya. Saya harap saya takkan jumpa awak lagi walaupun saya nak sangat jumpa awak. Hati Alice merintih.

   Telefon bimbit yang berada di atas bantal dicapai. Dia melihat gambarnya bersama Nicholas. Gambar itu diambil secara paksa oleh Nicholas. Gambar itu dihantar oleh Nicholas melalui mms.

   Kini, Nicholas tidak dapat menghubungi Alice lagi kerana Alice sudah menukar nombor telefon. Sengaja dia berbuat begitu kerana dia tidak ingin Nicholas menghubunginya.

   Dia mengambil sehelai kertas putih di dalam laci. Pen di atas meja tulis dicapai lalu dia menulis sesuatu ke atas kertas itu.



   ERIC memegang lengan Nicholas lantas menggeleng. "Jangan buat kerja gila!" tegah Eric.

   Wajah Nicholas muram. Dia terduduk di atas lantai. Dia tahu, mengambil keputusan untuk membunuh diri itu satu tindakan yang bodoh dan akan membuat seluruh ahli keluarganya sedih. Apa yang boleh dia fikir di saat fikirannya sedang bercelaru?

   "Kau tak paham, Eric." rintih Nicholas.

   Eric menjadi berang dengan kata-kata Nicholas. "Apa yang aku tak faham, apa yang kau faham? Wake up, Nicholas! Masih banyak perkara lagi yang kau kena fikirkan lepas kau bunuh diri. Kau mungkin tak rasa apa-apa tapi kau rasa ke apa yang Alice, aku, papa dan mama rasa? Kau cakap kat aku!

   Enam bulan dah masa berlalu. Enam bulan bukan masa yang singkat untuk kau berfikir. Adakah kau fikir, kalau kau buat tindakan bodoh ni, kau akan tenang dan aman? Kau akan buat orang sedih. Alice akan rasa serba salah. Kau nak semua tu berlaku? Nak?! Jangan jadi bodohlah!" tengking Eric. Kesabarannya untuk melayan sikap Nicholas yang kebudak-budakan itu sudah sampai di kemuncak.

   "Aku... aku buntu!" luah Nicholas.

   "Apa yang kau buat supaya Alice jumpa kau? Cari dia? Tak, kan? Tanya ibu dengan adik dia? Ada kau buat semua tu? Hantar e-mail kat dia. Kau bukannya buntu, Nicholas tapi kau tak pikir!" marah Eric.

   Nicholas terdiam apabila mendengar kata-kata Eric. Ada betulnya dengan kata-kata itu. Dia tidak pernah berbuat begitu. Dia hanya cuba menelefon dan terus menelefon Alice walaupun dia tahu dia tidak dapat menghubungi Alice.




   SEBOTOL UBAT dibuang ke dalam tong sampah. Perbuatannya itu disaksikan oleh datuknya yang kebetulan ingin minum air.

   "Kenapa kamu buat macam tu Alice?" Hati tuanya tiba-tiba berasa sebak.

   Alice terkejut namun dia berlagak tenang. Dia mengulum senyuman nipis. "Takde yang akan berubah jika Alice makan ubat. Alice tetap akan mati. Cepat atau lambat je."

   "Kamu sedar tak apa yang kamu cakap tu?" Alice, satu-satunya cucu perempuan yang dia ada. Dia tidak ingin kehilangan Alice. Kasih sayangnya terhadap Alice melimpah.

   Alice mengangguk kepalanya. "Saya sedar apa yang saya cakap, tok. Biarlah saya 'pergi' awal tok. Saya tak nak menyusahkan atok, ibu ngan adik." Alice mengangkat mukanya untuk melihat siling rumah. Tujuannya supaya air matanya tidak jatuh. Dia kena kuat.

   Atok sudah bergenang dengan air mata. Tubuh Alice yang kecil itu dipeluknya. Kalau boleh, dia tidak ingin kehilangan Alice. Tapi apakan daya, dia bukan Tuhan.

   Jika Alice tidak berkeras untuk pergi ke hospital, peluang penyakitnya untuk sembuh banyak. Dia mungkin dapat mencari penderma tulang sum-sum. Semuanya telah terlambat, masa tidak boleh diputar dan dia harus menerima kenyataan bahawa Alice akan 'pergi'.



   "SETELAH membuat analisis, saya mendapati bahawa anak puan mengidap penyakit leukimia dan kini dia berada di tahap yang terakhir. Peluang untuk dia sembuh sangat tipis. Kemungkinan besar, anak puan hanya boleh hidup selama setahun enam bulan." beritahu doktor itu tenang.

   Ibu menutup mulut. Air matanya mengalir lebat. Sejarah telah berulang. Sekali lagi dia harus menghadapi kenyataan bahawa anaknya itu akan mati disebabkan penyakit yang sama seperti arwah suaminya itu hidapi.

   "Tapi dia baru 14 tahun, doktor!" bentak ibu.

   "Bawa bertenang puan. Semua ini takdir. Kita harus terima kenyataan ini." kata doktor. Berharap ibu Alice bertenang.



   ALICE yang berada di sebalik pintu tersenyum pahit. Air matanya mengalir laju. Menghidapi penyakit berbahaya sangat menyakitkan. Apa yang boleh dia buat selama setahun enam bulan? Setahun enam bulan tidak mencukupi untuk membuat orang yang dia sayang bahagia.

   Dia berlari dari situ. Dia duduk di atas bangku di luar hospital. Tangan menekup muka. Dia menangis semahunya. "Kenapa aku? Kenapa tak orang lain yang kena?" soal Alice kepada diri sendiri.

   "Bersabarlah. Ramai orang lagi yang menghidap penyakit yang lebih teruk daripada awak." kata seorang budak lelaki berbaju ungu. Dia menghulurkan sapu tangannya kepada Alice.

   Alice mengangkat muka. "Siapa awak?" Sapu tangan yang dihulurkan oleh budak lelaki itu, disambut.

   Budak lelaki itu hanya mengulum senyuman. "Walau apapun yang terjadi, saya akan tetap bersama awak. Sekarang, kita jadi kawan." Lelaki itu tidak menjawab soalan Alice. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Alice.

   Alice dengan teragak-agak untuk menyambutnya. Namun begitu, dia tetap berjabat tangan dengan budak lelaki itu. Jika lihat dari wajahnya, Alice mengangkat budak lelaki itu sebaya dengannya iaitu berumur 14 tahun.