Followers

Wednesday 14 August 2013

Be With You - Bab 2




   "AKU nak bagi amaran kat kau. Jangan dekati Nicholas lagi." beritahu Jessica kasar. Tangan Alice dipegang dengan kuat.

   Alice mengaduh sakit. Wajah Jessica dipandang. Senyuman sinis tersungging dibibirnya. "Apa awak ingat, saya kemaruk sangat ke dengan Nicholas tu? Eh, memang taklah!" Walaupun berhadapan dengan musuh, Alice masih lagi ber'awak-saya'. Dia akan ber'awak-saya' dengan sesiapa pun, kecuali dengan orang yang lebih tua daripadanya. Bergantung kepada dengan siapa dia berhadapan.

   Tangannya ditarik. "Awak tak perlu susah-susah untuk buat macam ni sebab saya memang tak nak dekati Nicholas. Take note, Miss Jessica." sambung Alice lagi. Dia mungkin seorang pendiam tetapi apabila dia berkata-kata, ayat setajam belati akan keluar dari mulutnya.

   Jessica berasa tercabar dengan kata-kata Alice. Dia merasakan Alice memandang rendah kepadanya dan dalam masa yang sama, Alice memijak-mijak maruahnya. Jessica tidak berpuas hati dengan kata-kata Alice.

   Alice baru sahaja ingin berlalu dari situ tetapi langkahnya sikit ke belakang kerana Jessica merentap rambutnya dengan kasar sekali. Kerana amarah menguasai diri, Jessica terus menghantukkan kepala Alice ke dinding. Kini, dia berasa sangat puas hati.



   BUKU RUJUKAN di atas meja diambil. Helaian kertas buku itu dibelek satu persatu. Dia perlu membaca untuk periksa dua hari lagi. Belajar bukanlah hobinya tetapi dia terpaksa. Nicholas bukan seperti abangnya, Eric yang suka belajar. Tetapi jangan fikir yang Eric itu nerd, salah sama sekali.

   Tok! Tok! Tok!

   Pintu bilik diketuk.

   "Masuk jelah! Pintu tak kunci." laung Nicholas. Suaranya naik seoktaf.

   Pintu dibuka dan kelibat Eric kelihatan.

   "Kenapa tiba-tiba je kau masuk bilik aku ni?" soal Nicholas pelik. Jarang sekali Eric masuk ke biliknya kecuali ada perkara yang penting sahaja.

   Tanpa disuruh, Eric membuka pintu kaca yang terdapat di bilik Nicholas. Nicholas menjadi pelik dengan tingkah laku Eric. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.

   "Nicholas, mari sini kejap." arah Eric.

   Tanpa bertanya apa-apa soalan, Nicholas mendekati Eric. 

   Eric memegang palang beranda. "Aku nak bagi tahu kau sesuatu." beritahu Eric tanpa melihat wajah Nicholas. Suaranya kedengaran seperti biasa-biasa sahaja.

   "Apa dia?" Nicholas pandang Eric.

   Kedengaran Eric mengeluh. "Aku nasihatkan kau supaya jangan rapat dengan Alice." beritahu Eric. Dia tahu yang Nicholas sukakan Alice tetapi dia terpaksa memberitahu Nicholas. Ini juga untuk kepentingan Alice. Walaupun dia tahu, Nicholas akan terseksa. 

   Nicholas berang dengan bait-bait yang keluar dari mulut Eric. Kolar baju Eric dicekak. "Kau takde hak nak halang aku, Eric! Aku tahu yang kau cemburu tengok aku keluar dengan Alice tempoh hari." marah Nicholas.

   Eric membiarkan Nicholas mencekak kolar bajunya. "Tolong dengar apa yang aku cakap."

   "Kau cakap jelah yang kau tu suka Alice! Sebab tulah kau tak bagi aku rapat dengan Alice."

   Eric menjatuhkan tangan Nicholas daripada terus mencekak kolar bajunya. Dia memegang bahu Nicholas. "Bukan macam tu. Tolong, dengar cakap aku."

   "Jangan ingat kau abang aku, aku akan dengar apa yang kau cakap." beritahu Nicholas.

   Rambutnya diraup ke belakang. "Tolong dengar apa yang aku cakap ni, Nicholas. Kau tau tak bahana yang Alice dapat sebab kau nak rapat sangat dengan dia?"

   Nicholas menggeleng.



   "AKAK kan dah cakap yang akak tak nak jumpa sesiapa pun hari ni." beritahu Alice kepada satu-satu adik beradik yang dia ada iaitu Que.

   "Tapi Que dah cakap kat dia yang akak tak nak diganggu tapi dia nak jugak jumpa akak." beritahu adiknya takut-takut.

   Alice menghela nafas panjang. "Suruh dia tunggu akak, kejap lagi akak turun." kata Alice.

   Beberapa minit kemudian, Alice pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamunya. "Sayakan dah kata, jangan datang rumah saya lagi. Kenapa awak masih lagi tak faham-faham?!" marah Alice. Dahlah dia takde mood sekarang ni. 

   "Kenapa tak datang sekolah?" soal Nicholas.

   "Saya datang sekolah ataupun tak, itu semua bukan masalah awak! Tolong keluar dari rumah saya sekarang." Muka Alice merah menahan marah. 

   "Aku nak minta maaf."

   "Minta maaf?" Alice ketawa sinis. "Awak takde buat salah ngan saya. Buat apa awak nak minta maaf? Awak, tolong pergi dari sini. Saya dah minta cara elok. Jangan biarkan saya cakap kasar." lemah Alice berkata-kata.

   "Okey, aku akan pergi tapi tolong... jangan jauhkan diri dari aku. Aku akan jaga kau. Aku akan selalu bersama awak walauapapun yang terjadi." mohon Nicholas. Wajahnya kelihatan bersungguh-sungguh.

   "Okay, fine! Aku takkan jauhkan diri aku dari kau. Sila keluar dari rumah ni dan jangan pernah datang lagi. Ini amaran yang terakhir dari saya!" tegas Alice berkata-kata.

   Nicholas berlalu dari situ. Alice duduk di atas sofa. Dia menutup muka dengan tapak tangan. Dia sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan supaya Nicholas menjauhkan diri daripadanya. Dalam fikirannya hanya ada satu sahaja idea. Jika itu yang terpaksa dilakukannya, dia akan melakukannya.





Lagu tema untuk e-novel ni.
Tapi yang ni versi piano.


No comments:

Post a Comment