Followers

Wednesday 31 July 2013

Be With You - Bab 1




   ALICE tergamam melihat orang yang dicintainya bermesraan dengan orang lain. Malah tanpa segan silu mereka berpelukan. Hancur hatinya melihat kelakuan kekasih hatinya. Tak, mungkin bekas kekasihnya. Secara tidak langsung, Alice menganggap mereka sudah putus. Tidak guna lagi untuk mereka bercinta jikalau kekasihnya itu bermain kayu tiga dengannya.

   Dia berasa hendak menangis tetapi air matanya tidak keluar. Kini, dia sudah serik. Serik untuk bercinta lagi. Sudah berapa kali lelaki mengecewakannya. Di saat Alice mula mencintai lelaki itu sepenuh hati, mereka meninggalkan Alice terkapai-kapai seorang diri. Mereka hanya pandai berjanji. Berjanji untuk sehidup semati. Tetapi mereka tidak mengotakan janji mereka. Kata orang, cakap tidak serupa bikin.

   Cinta itu sangat menyakitkan baginya. Cinta itu kejam. Cinta tidak indah sebagaimana yang diwara-warakan oleh orang ramai. Cinta itu pembunuh!

   Tiba-tiba ada lengan yang menghalangnya daripada melihat adegan yang tidak sepatutnya dilihat oleh Alice. "Awak tidak sepatutnya melihat scene yang menyakitkan itu. Awak tidak perlu mengekori mereka kalau awak dah tau semua itu akan menyakitkan hati awak." kata lelaki yang tidak dikenalinya.

   Jantung Alice berdegup kencang mendengar kata-kata lelaki itu. Wangian yang dipakai oleh lelaki itu menusuk hidungnya. Dia tidak mengenali siapa yang berani berbuat demikian kepadanya tetapi suara itu... seakan-akan dia pernah mendengarinya suatu ketika dahulu. Persoalannya sekarang ini, siapakah lelaki itu?

   "Maaf, saya tak kenal awak siapa." Dia terus menepis lengan yang menutupi matanya tanpa melihat siapa lelaki itu.



   ALMARI dibuka. Baju yang ingin dipakai ke sekolah diambil. Alice... seorang gadis yang sering dikecewakan oleh ramai lelaki. Dan hari ini, dia bertekad untuk tidak mencintai insan yang bernama lelaki. Cinta buat kecewa.

   "Alice, makanlah dulu sebelum pergi ke sekolah." beritahu ibunya.

   Alice menurut. "Ibu, hari ni saya balik lambat sikit. Ada latihan tenis." Sandwic di dalam pinggan dicapai lalu dimakan.

   "Okey!"

   "Ibu, Alice pergi dulu." Bekalan yang disediakan oleh ibunya, diambil.



   ALICE merentap tangannya. "Lewis, kita dah takde apa-apa lagi. Saya dah nampak semuanya. Janji-janji awak, semuanya palsu. Semuanya tak boleh pakai!" Alice membentak. Benar, dia sungguh sakit hati sekarang ini. Siapa yang tak sakit hati kalau orang yang kita cintai sepenuh hati bermain kayu tiga. 

   Lewis tergamam mendengar kata-kata Alice. Kali pertama, Alice membentak dengannya. Dia mengukir senyuman sinis. "So what kalau janji-janji aku tak boleh pakai? Yang kau percaya tu kenapa, bodoh?" Tangannya memegang tangan Alice. Kuat. Ya, dia sengaja.

   Alice mengaduh sakit. Tangannya direntap. "Lewis... sampai hati awak. Saya benci awak!" jerit Alice lalu berlari meninggalkan Lewis bersendirian di tempat itu. Mujurlah di situ, hanya ada mereka berdua. Tidaklah menarik perhatian orang ramai.

   Alice duduk di atas bangku di hadapan padang bola yang agak lengang ketika ini. Agak jauh dia meninggalkan Lewis. Di situ, dia cuba untuk senyum walaupun tiada orang di situ. Usahanya untuk senyum, akhirnya sia-sia apabila air matanya jatuh turun ke pipi.



   KELAS 2-B tiba-tiba sahaja diam apabila guru kelasnya masuk. Tapi dia bukan keseorangan tetapi bersama dua orang budak lelaki. Muka mereka sama. Kembar mungkin.

   "Perkenalkan ni, Eric dan ini Nicholas." ujar guru kelas 2-B, Encik David.

   Muka budak perempuan di dalam kelas ini, agak teruja. Yelah, budak hensem belajar sama kelas dengan diorang. Alice tak nafikan yang diorang tu hensem, tapi entah kenapa Alice kurang berminat dengan diorang. Mungkin Alice masih tidak mengenali hati budi diorang. 

   "Eric dan Nicholas, korang boleh duduk di tempat kosong iaitu di sebelah Alice."

   Mata Alice membulat apabila mendengar arahan daripada Encik David. Alice menghela nafas panjang. Di sebelah kiri dan kanannya, terdapat meja kosong. Terpaksalah dia duduk ditengah-tengah dua orang budak baru ini walaupun dia tak mahu.

   Eric dan Nicholas menurut perintah. Mereka duduk disebelah Alice. Senyuman dihadiahkan kepada Alice sebagai tanda hormat. Budak baru woi, takkan nak buat sombong.

   Alice tidak membalas. Dia hanya membuat kerja sendiri.



Sebulan kemudian,

   Hubungan Alice dengan 'jiran sebelah' masih lagi hambar. Bukannya Eric dan Nicholas tidak menegur tetapi Alice tidak melayan. Bercakap dengan diorang pun tak pernah. Mustahilkan? Tapi itulah, hakikatnya.

   Tiba-tiba Nicholas menarik tangan Alice hingga ke atas bangunan sekolah. Dia tidak berpuas hati dengan Alice. Sekarang ini, masa rehat untuk mereka. Semestinya Alice ingin makan.

   "Lepaskan tangan sayalah!" marah Alice. Dia merentap tangannya dari dipegang oleh Nicholas.

   Ramai orang yang melihat kejadian itu, hanya melihat dan berbisik-bisik. Mungkin esok akan jadi topik hangat. Perkara itu yang paling Alice tidak suka. Benci sangat!

   Nicholas melepaskan tangan Alice apabila tempat yang ingin ditujunya sudah sampai. Kembar Nicholas, iaitu Eric juga ada di situ. Dia berpeluk tubuh.

   "Aku tak pahamlah dengan kau ni, Alice." luah Nicholas. Dahinya berkerut.

   Alice duduk di atas bangku yang terdapat di situ. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak ingin menbalas kata-kata yang diluahkan oleh Nicholas.

   Nicholas mengeluh melihat reaksi Alice. Macam bercakap dengan tunggul kayu! "Orang lain, okey je dengan kitorang. Kau je lain sikit. Sombong dengan kitorang. Apa masalah kau?" soal Nicholas. Eric hanya mendiamkan diri. Dia hanya melihat kelakuan Alice. Dia datang ke sini sebab dipaksa oleh adiknya.

   Alice berdiri dan mendongakkan kepalanya untuk melihat Nicholas kerana dia agak tinggi. Ketinggian Alice hanya di dagunya. "Perlu ke saya jawab soalan awak?" soal Alice. Mukanya tidak beriak seperti orang yang tiada perasaan.

   Nicholas hanya mengangguk sebagai isyarat memberi jawapan. Eric hanya melihat gelagat Nicholas dengan Alice. Eric tidak faham dengan Nicholas, buat apa susah-susah memaksa orang yang tidak ingin berkawan dengan kita untuk berkawan dengan kita. Buang masa je! 

   Alice mengeluh. "Awak ada nampak saya bercakap dengan kawan sekelas kita selain perkara-perkara yang perlu sahaja?" tanya Alice.

   Laju Nicholas menggeleng. Ya, Alice tidak bercakap dengan kawan sekelas yang lain selain perkara yang penting-penting sahaja. Pada pendapat dia, Alice seorang yang pendiam dan kurang bersosial berbanding kawan-kawan perempuannya yang lain.

   "Kalau dengan orang lain pun saya kurang bercakap walaupun saya dah kenal lama, takkanlah awak, budak baru saya nak berbual? Memang taklah!" beritahu Alice.

   "Tapi aku nak kawan dengan kau." luah Nicholas.

   Alice ketawa kecil. "Tak perlu kot." Dia ingin berlalu dari situ secepat yang mungkin. Dia baru sahaja ingin melangkah tetapi tangannya ditarik.

   "Aku akan buat apa sahaja untuk kau supaya kau ingin berkawan dengan aku." kata Nicholas. Dia mengulas senyuman nakal. Dia mengenyit mata kepada Alice.

   "Tak perlulah paksa orang untuk berkawan dengan kita, Nicholas. Buang masa sahaja." beritahu Eric dingin. Selepas Eric berkata sedemikian, dia pun berlalu dari situ.



   "ALICE, ada kawan kamu datang." beritahu ibu Alice.

   "Siapa ibu?" tanya Alice. Dia baru sahaja lepas mandi. Dia mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.

   "Kamu pergilah tengok sendiri."

   Alice melangkah ke ruang tamu. Dia terkejut apabila tetamu yang tidak diundang datang ke rumahnya. Dia merengus kasar.

   "Dari mana awak tau alamat rumah saya?" soal Alice tidak puas hati.

   Nicholas hanya mengulum senyuman. Tidak ingin menjawab soalan Alice. Dia mendekati Alice lalu merangkul lengannya. 

   "Akukan dah cakap, aku akan buat apa sahaja supaya kau nak kawan dengan aku. Alice, jom pergi jalan-jalan. By the way, kau nampak comel dengan berpakaian biasa macam ni. Dengan, cermin mata kau takde. Comel sangat!" Nicholas mengusap ubun-ubun Alice.

   Pipi Alice merah. Dia berasa segan apabila Nicholas memujinya. Alice memandang muka Nicholas. Lantas dia mengulum senyuman manis dan tiba-tiba dia menumbuk perut 'kawan'nya itu.. Dia merengus kasar. "Awak tak boleh usap kepala saya sesuka hati sebab...." kata-kata Alice berhenti di situ. Dia tidak ingin menyambung ayatnya. Biarkan ayat itu tergantung.

   "Sebab?" soalnya ingin tahu.

   Alice menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali. "Takde pape. Tunggu saya kat sini. Dalam masa 10 minit saya akan datang balik. Ingat, ini ialah kali pertama dan kali terakhir awak datang sini. Saya tak nak awak datang sini lagi. Saya tak suka!" luah Alice jujur.



   "NAH, makan aiskrim ni!" hulur Nicholas.

   Alice pandang muka lelaki yang berbaju kuning ini. 'Tolong jangan buat baik dengan saya, Nicholas! Saya tak nak kisah lama berulang kembali. Tahu tak awak yang saya ni jenis manusia yang mudah jatuh cinta?!' bentak hati Alice. Dia mengeluh. Namun, dia menerima juga pemberian Nicholas.

   "Tak perlulah kau ingat lagi kisah lama. Mulakan hidup baru. Lupakan kenangan silam." beritahu Nicholas. Dia seakan-akan dapat membaca isi hati Alice.

   Alice terkedu. "Nicholas... awak tak paham sebab saya yang alami semua ni. Bukan awak!" beritahu Alice dengan nada yang tinggi.

   Nicholas mengoyak senyuman lalu memegang tangan Alice. "Aku takkan biarkan kau disakiti lagi." katanya.

   Alice terkaku dengan tindakan lelaki itu memegang tangannya. Senyuman sinis terukit di hujung bibirnya. "Tak perlulah awak cakap macam tu sebab..." Wajah Nicholas dia pandang. ".... saya tak perlukan kawan macam awak dalam hidup saya." beritahu Alice sinis. Dia menarik tangannya.

   

1 comment: