Followers

Saturday 12 October 2013

Be With You - Bab 4




   ALICE terbatuk-batuk. Dia menutup mulutnya menggunakan sapu tangan yang dibawa. Dia mengeluh perlahan.

   Lebih kurang dua bulan lagi.. dan aku takkan dapat melihat dunia lagi. Alice berbicara dengan diri sendiri. Alice ketawa pahit. Air matanya hampir jatuh namun ditahan.

   Sepahit mana takdir yang perlu dipikulnya, dia harus menerimanya. Dia hanya seorang manusia biasa yang tidak dapat mengubah takdir. Seandainya dia dapat mengubah takdir, hidupnya akan selalu bahagia. Tidak seperti sekarang ini.

   Alice menghayunkan buaian yang didudukinya sekarang ini. Hanya dengan cara ini dia dapat melupakan akan penyakitnya itu. Kenyataan ini memang agak lucu tapi itulah hakikatnya. Buaian itu semakin tinggi dan tinggi.

   Beberapa minit selepas itu, buaian yang didudukinya terhenti. Alice melihat seluar yang dipakainya. Ada darah.

   Bawah hidung disentuh. Ada darah. Hidungnya berdarah lagi. Sapu tangan diambil dan dia mengelap darah itu.

   Alice berasa pening. Matanya berpinar. Alice rebah dan dia merasakan seseorang mencempung tubuhnya sebelum dia pengsan sepenuhnya.




   ERIC mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh doktor tersebut. Dia sudah mengetahui perkara ini sejak dua tahun yang lalu. Dia, budak lelaki yang menegur Alice dahulu.

   Nicholas langsung tidak mengetahui akan kewujudan Alice sebelum ini kerana Nicholas jarang menziarahi datuknya di hospital. Eric berkenalan dengan Alice di hospital sejak dua tahun yang lalu. Nicholas baru sahaja mngenali Alice iaitu ketika mereka berpindah di sekolah mereka belajar sekarang ini.

   "Penyakit dia tak boleh sembuh ke doktor?" soal Eric. Wajahnya penuh mengharap. Dia berharap penyakit Alice dapat disembuhkan walaupun dia tahu peluang itu sangat tipis atau mungkin... tiada!

   Dia berharap Alice akan sembuh kerana dia tidak ingin adiknya, Nicholas bersedih nanti. Eric tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Alice kerana dia hanya menganggap Alice sebagai seorang sahabatnya sahaja. Tidak lebih dari itu.

   Eric melihat doktor itu menggeleng. "Maafkan saya. Penyakit pesakit tersebut tidak dapat disembuhkan kerana panyakitnya itu sudah sampai ke fasa yang terakhir. Jika dulu dia membuat pemindahan tulang sumsum, mungkin dia akan sembuh." tenang doktor itu berkata-kata. Dia sudah biasa berhadapan dengan situasi seperti ini.

   Eric menghela nafas panjang. Dia berlalu dari bilik itu. Kakinya melangkah ke wad persendirian. Sengaja dia meletakkan Alice di wad itu supaya gadis itu berasa selesa.

   Alice masih lagi tidak sedar. Eric mendekati perempuan itu lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan dengan katil. Wajah gadis itu ditenung. Eric melihat wajah gadis itu pucat. 

   Pipi gadis itu disentuh. Eric mengeluh. Dia perlu berlalu dari sini sebelum gadis itu tersedar dan dia akan menelefon Nicholas menggunakan telefon awam supaya Nicholas tidak mencurigai akan hubungan dia dengan Alice. Nicholas harus tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh Alice.



   ALICE tersedar dan dia merasakan seseorang memegang tangannya. Matanya dibuka. Alice melihat seorang lelaki sedang melihatnya dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan.

   Dia cuba untuk bangun. "Awak siapa?" soalnya.

   "Kau dah bangun?" Lelaki itu membantu Alice untuk bangun.

   Alice kenal akan suara itu. Nicholas... buat apa lelaki itu buat di sini dan bagaimana dia boleh datang ke sini? Dan dimanakah aku sekarang?

   "Awak buat apa kat sini?" soal Alice perlahan. Dia berasa sebak. 

   Nicholas mengulas senyuman kelat. "Kenapa kau lari dari aku?" soal Nicholas. Soalan Alice langsung tidak dijawab malah dia mengutarakan soalan yang tiada kaitan dalam situasi ini kepada Alice.

   "Itu bukan hal awak." beritahu Alice dingin. Alice memalingkan wajahnya ke kiri. Tidak sanggup untuk melihat wajah Nicholas.

   Nicholas ketawa kecil untuk menghilangkan rasa sedih di hati. "Bukan hal aku bagi kau tapi bagi aku, itu juga hal aku dan aku patut tahu." kata Nicholas.

   "Bila saya boleh keluar?" soal Alice. Dia tidak ingin hal perasaan hati dibicarakan.

   Nicholas mengeluh halus. "Doktor cakap, bila awak dah sedar awak boleh keluar." ujar Nicholas.



   "MAAF saya tak boleh terima awak. Sebab awak akan menyesal." ucap Alice. Kata-kata itu mungkin kedengaran agak kejam, namun dia tiada cara lain untuk tidak menerima Nicholas. 

   "Bagi aku sebab kenapa kau benci aku." Nicholas tidak berputus asa untuk mendapatkan cinta Alice. 

   Alice mengulum senyuman kelat. "Sebab saya tak cintakan awak, Nicholas. Langsung tiada walaupun sebesar zarah." Maafkan saya, Nicholas. Saya terpaksa menipu awak. Ini untuk kebaikan awak jugak. 

   Alice berura-ura untuk berlalu. Dia harus pergi dari sini secepat yang mungkin. Dia tidak ingin Nicholas tahu akan perasaannya kepada lelaki itu. Dia tidak dapat menipu lagi. 

   Dua langkah Alice menapak ke hadapan, Nicholas menarik lengan Alice. Lelaki itu memeluk Alice dari belakang. 

   "Alice, aku tahu akan penyakit kau. Tolong jangan jadikan penyakit kau sebagai penghalang untuk kau mencintai aku. Alice, walau apapun yang terjadi, aku tetap akan bersama kau. I'll always be with you." beritahu Nicholas. Air mata lelakinya jatuh. 

   "Awak..." Alice terharu bercampur sebak dengan kata-kata lelaki itu. Dia kehilangan kata-kata untuk membalas kata-kata Nicholas. 

   "Alice, tolong bagi aku ruang untuk aku bahagiakan kau. Walaupun cuma sebentar. Aku akan rasa bersalah kalau aku tak buat kau bahagia sebelum kau..." Nicholas tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia tidak sanggup.



No comments:

Post a Comment