Followers

Thursday 27 February 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

sumber : google


TEKAN [SINI] KALAU NAK JOIN!



TAJUK CERPEN : KASIH SEORANG SAHABAT


   SEORANG GADIS yang berumur sekitar 15 tahun menangis teresak-esak. Muka diletakkan di atas lutut. Dia menangis semahunya di situ. Tiada sesiapa pun di situ.

   “Kat sini rupanya kau. Puas aku cari.” Intan tercungap-cungap. Mungkin letih kerana mencari Jannah sebentar tadi. “Eh, kenapa kau menangis?” soal Intan prihatin. Hatinya bagai disiat-siat melihat sahabat karibnya menangis. Siapakah gerangan yang membuat sahabatnya menjadi begini?

   Intan duduk di sebelah Jannah. Ingin memujuk sahabatnya itu. Sahabat yang sudah dianggap sebagai adik sendiri. Tangannya menyentuh bahu Jannah. Dia berharap, dengan sentuhan itu, tangisan Jannah menjadi lebih reda.

“Jannah...”

   “Ada apa sayang?” Intan selalu memanggil Jannah dengan panggilan itu. Tidak kira semasa dia sedih atau gembira. Sehingga ada sesetengah pihak menuduh mereka mempunyai hubungan yang lebih sebagai seorang sahabat iaitu pasangan kekasih. Bagi Intan, memang hubungan mereka lebih dari hubungan persahabatan, namun bukan sebagai hubungan kekasih tetapi hubungan kekeluargaan. Mereka sudah lali dengan tanggapan segelintir individu itu. Biarlah mereka dengan tanggapan mereka.

   Jannah terus memeluk Intan. Dia menangis lagi kuat daripada tadi.

   Intan hanya dapat menepuk-nepuk belakang badan sahabatnya itu. Kalaupun dia memaksa Jannah untuk menceritakan kepadanya tentang apa yang telah terjadi kepanya, dia tahu Jannah tidak akan menceritakan kepadanya sehinggalah dia betul-betul bersedia.

   “Intan, Firdaus dah ada girlfriend,” adu Jannah.

   Tawa Intan meletus kuat.

   Lawak. Kelakar. Lucu.

   Itu yang Intan rasa sekarang ini. Jannah memanglah. Selalu sangat buat orang risau kerana hal remeh temeh ini. Baginya, sia-sia sahaja Jannah menangis kerana lelaki itu. Kata orang, bazirkan air mata sahaja.

   “Yang kau nak menangis bagai nak rak ni dah kenapa? Come on lah. Firdaus je kot. Tak payahlah nak meleleh bagai. Buang masa je. Lagipun, kau dengan dia bukannya ada apa-apa hubungan pun. Kau hanya minat dia dari jauh. Orang putih cakap, you’re crush on him. Dah nama pun crush, mestilah sakit sikit. Maksud crush yang lagi satu kan, menghancurkan. Sebab tu sakit.”

   “Kau tak faham, Intan. Yang rasanya, aku. Bukannya kau. Bila kau dah rasa, baru kau tahu betapa seksanya.” Sanggah Jannah. Dia berasa tersindir dengan kata-kata Intan sebentar tadi.

   “Please don’t waste your time! There are many guys outside. I think, you don’t need cry like this. Stop crying. Wipe your tears please. I can’t see you like this.”

   “Tapi…”

   Intan menarik tangan Jannah, menyuruh gadis itu berdiri.

   “Jangan disebabkan seorang lelaki, kau berubah jadi orang bodoh. Nanti, kau akan jumpa orang yang sesuai untuk kau. Cepat atau lambat tapi aku rasa lambat lagi sebab umur kau baru 15 tahun. Bukannya 25 tahun. Kau kena janji dengan aku, mulai dari saat ini, lupakan semua lelaki yang kau minat. You should concentre to your studies.


   “INTAN, aku tak fahamlah apa yang cikgu ajar tadi. Boleh kau terangkan?” pinta Jannah. Dia buat muka comel. Meminta simpati.
   Senyuman sinis terukir di bibir Intan. “Tadi cikgu tanya faham ke tak, kau cakap faham. Sekarang, kau datang kat aku, kau cakap tak faham. Kau dah tipu cikgu, dosa tau? Kau tak takut dosa ke?”

   Jannah menjuihkan bibirnya mendengar kata-kata Intan. Sahabatnya itu bagaikan mak nenek. Suka sangat membebel.

   “Stop nagging, grandma. I’m tired of this. When I wanna you explain any topic that I don’t understand, you’ll nag at me. Nagging, nagging and nagging. Don’t you feel tired?” soal Jannah. Dia buat muka bosan.

   “Kalau bukan sebab kau, aku takkan membebellah. Yang mana kau tak faham?” Intan mengambil buku teks Matematik milik Jannah lalu membelek helaian tajuk-tajuk kecil yang dipelajari beberapa ketika tadi.

   Intan walaupun kuat membebel, namun dia tetap menuruti permintaan Jannah. Perangai itulah yang menyebabkan Jannah terasa disayangi oleh seorang insan yang bergelar sahabat. Jika di rumah, dia jarang dimarahi, dibebel mungkin disebabkan itu, perangainya agak manja. Apa sahaja yang dimintanya, pasti akan dituruti memandangkan dia berada dalam keluarga yang sangat selesa.

   “Yang ni…” Jari telunjuk Jannah menunjukkan tajuk yang tidak difahaminya.

   Intan ketawa. “Tajuk ni senang giler! Kau tak faham? Kalau kau nak cari sudut ni…”


   TUDUNG BAWAL SATIN yang terdapat di pasar malam itu menarik perhatian Jannah. Jannah menarik lengan Intan untuk memasuki gerai tersebut. Tudung bawal satin tersebut disentuh satu persatu. Nampak menarik!

   Jannah mengeluh halus.

   Keluhan Jannah menarik perhatian Intan. Wajah Jannah dipandang. Dia tersenyum kecil. Tahulah apa sebabnya.

   “Belum cuba belum tahu, Jannah,” kata Intan.

   Jannah mencebik. “Tak payah cuba, dah tahu jawapannya. Muka aku tak sesuai pakai tudung bawal. Tak kisahlah tudung bawal satin ke apa ke. Semua tak menjadi.”

   “So? Kau masih lagi ada niat nak beli?”

   Jannah menggeleng. “Beli inner tudung jelah.” Beberapa helai inner tudung yang berlainan warna diberitahu kepada penjual tersebut untuk dibeli.

   “Lagi kau nak beli apa?” soal Intan. Dia ke pasar malam ini, hanya untuk menemani Jannah. Dia tidak sanggup untuk membiarkan Jannah datang ke sini seorang diri walaupun jarak pasar malam dengan rumah tidak jauh.

   “Kau tak nak beli apa-apa ke?” Jannah tidak menjawab soalan Intan malah dia membalas soalan itu dengan soalan.

   “Jangan jawab soalan dengan soalan. Aku tak suka.” Ujar Intan. Wajahnya tidak memberikan apa-apa reaksi. Tenang sahaja.

   Sedang mereka berjalan, seorang lelaki terlanggar bahu Intan. Kebetulan, keadaan pasar malam itu agak padat. Jadi, tidak mustahil untuk lelaki itu terlanggar bahu Intan.

   Lelaki itu meminta maaf.

   Intan melihat gerangan yang mengucapkan kata maaf itu. Bibirnya mengulas senyuman sinis. Mungkin menyindir lelaki itu kerana tidak berhati-hati semasa berjalan.

   “Tak mengapa.” Balas Intan.


   “INTAN! Saya ada bawa barang yang ibu awak suruh hantar.” beritahu Hamdi. Tiba-tiba sahaja lelaki itu datang ke rumah Intan. Intan tinggal seorang diri di sebuah rumah berdekatan dengan rumah Jannah. Itu permintaannya. Ayah dan ibunya tidak membantah memandangkan Intan seorang yang suka memencilkan diri.

   Intan mengambil barangan tersebut.. Intan tidak menjemput Hamdi masuk ke dalam rumahnya memandangkan mereka bukan mahram. Hamdi ialah penghantar barangan peribadi ibu dan ayah Intan.   

   “Langsung tak ucap terima kasih. Agak kurang beradab. ” rungut Hamdi seperti selalu.

   Kedatangan Jannah ke rumah Intan menyelamatkan Intan. Dia memang malas melayan sikap Hamdi yang selalu merungut. Tak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.

   “Intan, aku ada bawak mi bandung. Masa tu kau kata nak makan mi bandung kan?” Jannah menghulurkan mangkuk tingkat kepada Intan. Gayanya seperti hendak pergi berkelah pula.

   “Balik,” suruh Intan kepada Hamdi.

   Tanpa melengahkan masa, dia menutup pintu rumahnya. Meninggalkan Hamdi yang terpinga-pinga. Sungguh dingin layanan Intan kepada Hamdi. Seperti sebelum-sebelum ini.


   “SIAPA lelaki itu?” soal Jannah ingin tahu. Jannah tertarik dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu mempunyai paras rupa yang kacak. Perempuan mana tak cair jika berjumpa dengan lelaki seperti itu.

   Intan hanya mendiamkan diri. Tiada hati untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh Jannah. Jannah tidak perlu tahu siapa lelaki itu.

   Intan mendekati meja untuk makan mi bandung yang dibawa oleh Jannah sebentar tadi. Semasa Intan menjamah makanan tersebut, tiba-tiba Intan batuk. Intan menutup mulutnya.

   Batuk Intan yang berulang kali menarik perhatian Jannah yang sedang leka menonton rancangan TV. Pandangannya dihalakan ke arah Intan. “Kau tak apa-apa ke? Kalau tak, kita pergi ke klinik.” Kata Jannah. Prihatin. Risau tentang kesihatan Intan.

   Intan bangun dari kerusi. Pandangannya dihalakan ke arah dapur. “Aku tak apa-apa. Jangan risau.” Dia tidak sanggup untuk melihat wajah ceria Jannah bertukar menjadi risau. Risau dengan kesihatannya.

   Tangannya yang berdarah dibasuh secepat mungkin. Dia tidak ingin Jannah mengetahui yang dia mempunyai masalah kesihatan. Dia tidak ingin sahabat baiknya risau. Biarlah dia seorang sahaja yang mengetahui.


   SEBOTOL UBAT diambil dari beg sandang milik Intan. Dilihat label-label yang tertulis di botol ubat itu. Alangkah baiknya jika dia seorang pegawai farmasi. Boleh juga dia tahu jenis ubat ini.

   “Jannah, apa yang kau buat ni?” soal Intan. Nadanya agak tinggi. Ubat yang berada di genggaman Jannah dirampas kasar.

   Jannah terkejut dengan tindakan drastik Intan. Kali pertama dia mendengar Intan menegurnya dengan nada yang tinggi. Perubahan yang agak ketara.

   “Tak payahlah marah-marah. Tegur baik-baik sudahlah.” Kedengaran suara Jannah agak merajuk.

   Intan tidak menghiraukan rajuk Jannah. Dia menyimpan ubat tersebut di dalam beg sandangnya. Intan mengambil botol air di sisi beg sandangnya. Penutup botol dibuka dan dia meneguk air dengan rakus. Terlalu dahaga barangkali. Intan batuk lagi. Tidak sempat untuk dia menutup mulutnya menggunakan sapu tangan yang dibawa, darah dari mulut tersembur atas meja tulis di dalam kelas. Kebetulan ketika ini masa rehat, tiada sesiapa yang berada di dalam kelas.

   Mata Jannah terbuka luas melihat darah tersebut. Terkejut. Kaget. Terkesima. Badannya kaku. Lidahnya kelu. Tidak tahu reaksi apa yang harus ditunjukkan.

   Cepat-cepat Intan mengelap darah yang tersembur di atas meja menggunakan sapu tangan.

   “Intan…” Terketar-ketar Jannah menyebut nama kawan baiknya.

  Intan hanya mampu mengulas senyuman tawar.

   “Sampai hati kau…”

   “Maafkan aku.”


   INTAN berpeluk tubuh. Agak geram dengan perangai Jannah yang memaksanya untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

   “Kalau ajal dah sampai, kita tetap akan mati.” Beritahu Intan selamba.

   Jannah agak sedih kerana Intan berkata-kata begitu. Hilang sudah Intan yang dikenalinya. Intan yang takkan berputus asa selagi nyawa dikandung badan.

   “Tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha.”

   “Ajal kita dah ditetapkan di Loh Mahfuz, sayang. Walau apapun yang terjadi, kita tetap akan mati. Kau. Aku. Kita. Tetap akan mati.”

   “Intan, kau tak sayang aku ke?” soal Jannah sebak. Air mata sudah bergenang di kolam mata. Tunggu masa untuk turun ke pipi.

   “Sayang.” Balas Intan sepatah.

   “Tapi perbuatan kau tak menunjukkan kau sayang aku.”

   Wajah Intan terus berubah apabila mendengar setiap bait yang meluncur dari mulut Jannah. Dia tahu, dia salah. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Kata-katanya sudah melukakan hati Jannah.

   “Masa aku dah tak lama, Jannah. Kau perlu tahu itu. Kau patut telan hakikat ini walaupun pahit.”

   “Aku tak sanggup, Intan. Aku tak boleh bayang kalau kau tiada di sisi aku.”

   “Kau boleh hidup tanpa aku. Percayalah.”

   Air mata Jannah gugur. Dia tidak dapat bayangkan jika Intan tiada di sisinya. Siapakah yang sanggup melayan kerenahnya selain Intan? Sejak dari dulu lagi, tiada seorang pun yang sudi berkawan dengannya. Setelah Intan muncul di dalam hidupnya, sinar mula wujud di dalam hidupnya tapi tidak lama lagi, sinar itu akan sirna dan tiada.


   “JANNAH, watch out!” jerit Intan apabila sebuah kereta yang agak laju meluru ke arah Jannah yang ingin mengambil seekor kucing yang kelihatan sakit.

   Intan berlari ke arah Jannah dan menolak Jannah ke tepi jalan untuk mengelakkan kereta tersebut melanggar Jannah. Namun, malang tidak berbau. Kereta itu merempuh badan Intan. Badan Intan melayang kira-kira enam meter dari tempat kejadian.

   Jannah terkesima. Terkejut dengan tindakan Intan yang ingin menyelamatkan dirinya daripada dilanggar kereta. Kucing di dalam pelukannya di letakkan di sisi. Dia terus berlari ke tempat Intan berbaring.

   Darah keluar dari kepala, mulut dan hidung. Jannah menangis semahunya.
   Ramai orang pergi ke tempat kejadian. Salah seorang daripada mereka menelefon ambulans. Pemandu kereta tadi lari kerana takut jika apa-apa tindakan yang dibuat kepadanya nanti.

   “Intan! Kenapa kau sanggup ambil risiko untuk selamatkan aku?” Kepala Intan diletakkan ke atas pahanya.

   Walaupun sukar, Intan cuba untuk mengulas senyuman kepada sahabatnya itu. “Kerana kasih seorang sahabat.” Hanya itu yang keluar dari mulut Intan. Selepas mengucap ucapan suci Lailahailallah, Intan menghembus nafasnya yang terakhir.

   Air mata Jannah turun dengan lebat. Dia terharu dengan jawapan Intan tetapi dalam masa yang sama, dia berasa sedih kerana Intan akan meninggalkannya lebih awal daripada apa yang dijangkakan.

   Jannah bangga kerana dapat berkawan dengan Intan. Seorang yang sangat mementingkan hubungan persahabatan. Sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan sahabat walaupun dia tahu nyawanya akan melayang.

   Walaupun persahabatan Intan dan Jannah tidak berpanjangan di dunia, Jannah yakin yang dia akan bertemu Intan di syurga. In Shaa Allah.

   Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai sahabat, hargailah mereka sebelum apa-apa berlaku. Apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tiada sesiapa yang tahu melainkan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T.