Followers

Showing posts with label ORD. Show all posts
Showing posts with label ORD. Show all posts

Friday, 16 August 2013

On Rainy Days - Bab 29




   SEBULAN sudah Puan Mudrikah dan Encik Fayyadh pulang ke Malaysia. Rumah sentiasa riuh dengan gelak tawa nenek, datuk, emak dan ayah Max. Bermacam-macam cerita emak dan ayah memberitahu nenek dan datuk serta Max.

   Fakhriy? Hanya tiga kali sahaja menjenguk ayah dan emak di rumah. Rumahnya dengan rumah Max duduki sekarang ini, tidaklah jauh kerana Fakhriy tinggal di rumah Risya. Bukannya Fakhriy tinggal di tempat lain. Tetapi mengapakah Fakhriy berbuat demikian?

   Dulu, semasa ayah dan emak berada di Jepun, selalu sangat dia singgah di rumah ayah walaupun sebentar. Mungkin dia risau akan nenek dan datuk. Tidakkah dia berasa gembira ayah dan ibu balik ke Malaysia? Kenapa harus jadi begini?

   Max ke rumah Risya untuk bertemu dengan Fakhriy. Hari ini hari Sabtu, semestinya Fakhriy berada di rumah. Takkan ke tempat kerja pula, buat over time. Max rasa tidak perlu kerana dia boleh buat kerja di rumah juga.

   Salam diberi. Pintu diketuk beberapa kali. Setelah beberapa saat berlalu, pintu utama dibuka dari dalam.

   "Eh, Max. Masuklah." Mereka berdua bersalam dan berpelukan walaupun semalam baru bertemu.

   "Terima kasih. Risya, Fasyin ada kat dalam?" soal Max setelah menjejakkan kakinya ke dalam rumah Risya. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Fakhriy.

   Risya pelik kerana tiba-tiba Max mencari Fakhriy. Mesti ada perkara penting, kalau tak, mesti Max tidak datang ke sini pagi-pagi. Walaupun dia rasa pelik, dia tetap tidak mahu bertanya kerana dia merasakan ini hal antara Max dengan Fakhriy.

   "Dia ada kat ruang makan. Tengah breakfast. Dah breakfast?"

   "Thanks but no thanks. I've already eaten for breakfast. Panggil dia. Aku tunggu kat ruang tamu." jawab Max. Mukanya tidak menunjukkan apa-apa riak.

   Risya menurut perintah. Ceh, macam rajalah pulak Max ni!



   "ADA apa kau cari aku pagi-pagi ni?" soal Fakhriy pelik.

   Max berdiri dan mendekati Fakhriy. Max hanya takat telinga Fakhriy. Normallah tu, diakan perempuan.  Eh? Mengaku pulak perempuan.

   Risya awal-awal lagi blah. Tak nak masuk campur urusan dua beradik ni.

   Max tarik senyuman sinis. "Apa punya soalan kau ni?" Soalan dibalas dengan soalan.

   "Apa masalah kau ni?" Fakhriy dapat merasakan, sebentar lagi mereka akan bergaduh. Sebab apa? Masih belum diketahui.

   "Kau tanya aku apa masalah aku? Kau patut tanya diri sendiri, apa masalah kau?!" Dia menunjal dada bidang Fakhriy. Suara Max sudah meninggi.

   Fakhriy masih lagi cool. "Kenapa dengan kau ni, datang rumah orang... then, buat masalah. Aku tak pahamlah apa masalah kau ni, Sarah."

   Max menarik nafas dalam-dalam. "Aku nak tanya kau, dalam masa sebulan ni mak ngan ayah balik Malaysia, dah berapa kali kau jenguk diorang?" Max pandang muka Fakhriy.

   "Lebih kurang tiga kali."

   "Dan itulah masalahnya. Mak dan ayah balik Malaysia dah sebulan dan kau... baru tiga kali jenguk diorang. Kenapa? Sibuk? Banyak kerja? Rumah jauh?" soal Max bertubi-tubi.

   "Ye, aku banyak kerja. Maafkan aku." Fakhriy menunduk. Dia sedar akan kekhilafan diri.

   Max tersenyum sinis. Dia memalingkan wajahnya ke sisi lalu berpaling mengadap ke hadapan. Tangannya digenggam dan menumbuk muka Fakhriy.

   "Alasan lapuklah, Fasyin. Masa ayah dan emak balik pun, kau kata sibuk dan sekarang ni pun, kau kata sibuk. Alasan kau sangat bodoh, Fasyin. Aku kesal dengan kau... Fasyin. Apa kau ingat kau sorang je ke sibuk? Ada banyak kerja? Aku pun samalah. Ya, memang aku tinggal bersama dengan ayah dan ibu. Memang aku selalu jumpa dorang. Tapi masalah sekarang ni, rumah yang kau duduk, bukannya jauh sangat dengan rumah. Kau tau tak, ayah ngan mak, nak sangat jumpa kau. Tapi kau..."

   "Puas hati kau? Akukan dah mintak maaf. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Selalu sangat gunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aku bukan budak kecik lagilah. Aku dah besar." Fakhriy meluahkan apa yang terbuku dihatinya sejak sekian lama. Dia mengelap darah di bucu bibir menggunakan ibu jarinya.

   "Dari dulu, sampai sekarang. Kerja kau... marah aku. Tumbuk aku. Aku adik kau, kau tau tak. Bukannya anak patung yang tak bernyawa. Aku ada hati, aku jugak ada perasaan."

   "Aku, takkan buat kau macam tu, kalau kau tak buat perangai. Ya, aku tau kau ada hati, kau ada perasaan. Tapi masalahnya sekarang, ada kau jaga perasaan ayah dan mak? Ada? Ada? Apa jenis anak kau ni, kau nak jadi anak derhaka? Nak?" 

   Baju t-shirt yang tidak berkolar yang dipakai oleh Fakhriy, dicengkam. Tangannya digenggam dan diangkat. Ingin menumbuk Fakhriy sekali lagi.

   "Stop it, Max. Kau dah tak sayangkan adik kau ke?" Pergelangan tangan Max dipegang.

   Max berpaling ke tepi. Alex. Apa dia buat kat sini? Kenapa dia berada di sini? 

   Max merentap tangannya. "Ni takde kena mengena dengan kau, Alex. Ni antara aku dengan Fasyin. Takde kena mangena dengan kau. Kau boleh blah dari sini." arah Max dengan kasar.

   Matanya merah. Dia tidak suka Alex memasuki urusannya. Dia tidak suka bertemu dengan Alex. "Sekali lagi aku cakap, tolong pergi dari sini. Kau pekak ke?" jerkah Max. Kesabarannya sudah berada di kemuncak.

   Alex ketawa sinis. "Mentang-mentanglah dah ada tunang, aku... kau jerkah ye?"

   Soalan itu telah menyentap tangkai hati Max. Senyuman sinis tersungging dibibirnya. "Bukan ke kau yang suruh aku buat-buat tak kenal kau?"   

   Alex baru sahaja ingin membuka mulut tetapi deringan telefon bimbit Max menghalang dia buat begitu.

   Max menyeluk kocek seluar untuk mengambil  telefon bimbit. "Assalamualaikum, nenek. Ada apa telefon Marsha?"

   "Waalaikumussalam. Marsha... nenek harap Marsha tabah."

   Dahi Max berkerut. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Seperti ada perkara buruk yang berlaku. "Kenapa nek?"

   "Tunang kamu..." Nenek menggantungkan ayatnya disitu.

   "Ye, nek! Kenapa dengan dia?"

   "Dia kemalangan dan kini dia ditempatkan di Hospital Serdang."

   Max mengucap panjang. Walaupun dia tidak mengenali siapakah tunangnya itu, dia tetap berasa sedih. "Okey nek, Marsha akan ke sana sekarang." Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Tanpa menghiraukan Fakhriy dan Alex, dia berlalu dari situ.

   "Max, ke mana kau nak pergi?" soal Alex.

   "Takde kena mengena dengan kau."

   Alex menghela nafas panjang.

   Fakhriy terus mendapatkan telefon bimbitnya di atas meja lalu mendail nombor rumah ayahnya untuk mengetahui perkara apa yang sudah berlaku.

   Setelah beberapa minit bercakap, Fakhriy memandang Alex. "Tunang Sarah kemalangan." Dia bergegas mengambil kunci kereta. Risya dipanggil untuk mengikutinya.

   "Aku ikut!" pinta Alex.

   Fakhriy mengangguk.



DUA MINGGU KEMUDIAN,

   Hari ini sepatutnya hari yang bersejarah buat Max. Tetapi apakan daya, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

   Dua minggu lalu, tunang Max kemalangan dan keadaannya cukup parah sekali. Tunangnya kehilangan banyak darah dan tidak dapat diselamatkan.

   Hari itu, hari pertama dan terakhir dia bertemu dengan tunangnya dan hari itu juga dia baru melihat rupa tunangnya. Nama tunangnya juga baru diketahui.

   Emeriez Iskandar... nama tunangnya itu. Dia telah pergi ke rahmatullah. Ya, tunangnya itu Emeriez.

   Dia berasa menyesal kerana tidak ingin mengambil tahu siapa dan nama tunang. Jikalau tidak, mesti dia tidak berasa menyesal sebegini. Dua hari sebelum kemalangan berlaku, Max ada berjumpa Emeriez sebagai kawan bukan sebagai tunang. Tidak Max sangka, hari itu ialah hari terakhir dia berjumpa Emeriez yang tersenyum dan bergelak ketawa.

   'Emeriez... maafkan aku!'



   

Friday, 21 June 2013

On Rainy Days - Bab 28



   TERJATUH gelas yang dipegangnya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ad. Dia terkejut. Dia tersenyum hambar. Sukar untuknya menelan kata-kata yang dikata oleh Ad.

   "Bik, tolong sapu kaca ni." kata Alex kepada pembantu rumahnya yang kebetulan lalu di ruang tamu itu.

   "Abang tak apa-apa ke?" soal Ad cemas.

   Alex menggeleng. Bibirnya dihiasi dengan senyuman tawar. "Abang tak apa-apa. Abang okey. Jangan risau. Bila lagi Ad tahu tentang ni?"

   "Dah dua minggu, bang. Ad ingatkan abang dah tau sebab tu Ad tak cakap. Tapi hari ni terdetik jugak Ad nak tanya abang. Kalau tak silap Ad, Max cakap lagi dua minggu diorang akan kahwin."

   "What? Dua minggu lagi? Ad biar betul? Kenapa cepat sangat Ad?" soal Alex. Tiba-tiba dia rasa menyesal pulak kerana meninggalkan Max tempoh hari.

   Ad ketawa. "Apa punya soalan ni Alexander Haikal? Manalah Ad tau. Tanyalah Max sendiri. Mungkin dia dah bosan hidup membujang. That's why dia terima je. Jealous pulak Ad rasa." Risya dah kahwin, on the way nak jadi ibu dah. Max pulak, dah nak kahwin. Aku jugak yang bujang lagi. Hu hu hu! Tapi aku baru 24 tahun, ada banyak masa lagi.

 

   TELEFON BIMBIT milik Max berdering lantang. Dengan matanya yang tertutup, Max mencapai telefon bimbitnya di atas meja kecil berhampiran dengan katilnya. 'Siapa pulak yang telefon malam-malam buta ni? Aku nak tidur pun tak senang.' Dia merengus kasar.

   Tanpa melihat nama di skrin telefon, dia terus menjawab panggilan itu.

  "Dah tidur?" Tanya si pemanggil.

   Pantang Max dengan orang macam ni. Dengan salam tak bagi, tiba-tiba tanya. Kalau tak nak bagi salam, sekurang-kurangnya, cakaplah helo ke, hai ke.

   "Waalaikumussalam." Sengaja dia berkata begitu, untuk menyindir si pemanggil. Max masih lagi tidak mengetahui siapa pemanggil tetapi dia boleh agak siapa.

   "Erk! He he! Assalamualaikum."

   Max menjawab salam. "Ada apa call aku malam-malam buta ni? Nak mati ke? Dah la aku mengantuk ni!" beritahu Max dengan nada yang kasar.

   Dia ketawa. "Amboi, kasarnya bahasa! By the way, suara kau seksi."

   "Seksi otak kau! Suara serak macam ni pun kata seksi? Bodoh! Cakaplah, kau nak apa? Aku nak tidur ni. Mengantuk tau tak?" Tak pasal-pasal malam-malam buta macam ni Max membebel sebab si Emeriez ni. Mengganggu ketenteraman awam je. Huh!

   "Keluar jom." beritahu Emeriez selamba.

   Max melihat jam pada skrin telefon. "Gila! Pukul 2:30 pagi ajak aku keluar." Tak pasal-pasal perkataan yang tak nak sebut, keluar. Hilang kefemininannya.

   "Ala... Max, tolonglah! Aku bosan ni. Lagipun aku ada citer yang nak citer kat kau." rayu Emeriez.

   Max menghela nafas panjang. "Esoklah wei, aku mengantuk ni. Nak tidur." Terus dia menutup telefon usai dia berkata.



   "Welcome back, mak!" Max terus memeluk emaknya. Sudah lama tidak berjumpa. Lima bulan mungkin.

   Terkejut emaknya, Puan Mudrikah apabila tiba-tiba seorang gadis memeluknya. "Err, anak ni siapa? Anak dah salah orang." katanya.

   Max meleraikan pelukannya. "Mak!! Ni oranglah, Max atau nama penuh Marsha Maisarah bt. Muhammad Fayyadh. Lima bulan kat Jepun, anak sendiri pun dah tak kenal ke? Sampai hati..."

   "Subhanallah. Anak mak. Tak sia-sia mak suruh nenek datang sini. Bang, anak kita. Anak kita dah berubah, bang."

   Encik Fayyadh mendekati mereka berdua. "Saya memang tau dari tadi lagi. Awak je lebih-lebih buat drama kat sini." Encik Fayyadh ketawa kecil.

   "Ayah..." Panggil Max lalu mencium tangan Encik Fayyadh. Pipi ayahnya dicium.

   "Jom kita balik. Max tau, ayah ngan mak penat." ujar Max.

   "Mana Fasyin? Kenapa dia tak jemput kami?" soal Encik Fayyadh.

   "Keje." balas Max pendek.

   Puan Mudrikah dan Encik Fayyadh menghela nafas panjang. Masih mementingkan kerja daripada ibu bapa sendiri.



Thursday, 9 May 2013

On Rainy Days - Bab 27(ii)



Keesokan harinya...

   "ABANG." Ad panggil Alex.

   Diam.

   "Abang..." rengek Ad. Bahu Alex ditampar lembut.

   Alex mengeluh. "Ad tak nampak ke abang tengah sibuk ni? Tolong keluar sekarang!" perintah Alex. Suaranya meninggi. Jarang sekali untuk Alex meninggikan suaranya. 

   Terangkat sedikit bahu Ad apabila Alex menjerkahnya. "Kenapa dengan abang ni? Takde angin. takde ribut. Tiba-tiba nak marah orang. Kalau nak halau pun, tak payahlah main jerkah-jerkah." marah Ad. Dia keluar dari situ. Apa Alex ingat dia seorang je yang baran? Ad pun samalah.

   Alex meraup mukanya. Dia keluar dari biliknya dan mengejar Ad untuk meminta maaf. "Ad!" panggil Alex. Tangan Ad ditariknya.

   "Apa? Tak cukup ke abang jerkah Ad?" soal Ad. Suaranya meninggi. Dia marah.

   "Abang minta maaf. Abang tak sepatutnya marah Ad." 

    Ad menarik senyuman sinis. "Pergi mampuslah dengan minta maaf abang tu!!" kata Ad kuat.

   Alex menghela nafas panjang. "Tak cukup lagi ke abang minta maaf? Apa yang Ad nak sebenarnya?" Tidak guna Alex bergaduh. Takde faedah pun. Dia memilih jalan untuk berlembut.

   "Tarikh hari ni berapa?" tanya Ad. Dia berpeluk tubuh.

   "23 Januari." jawab Alex pendek.

   "So?"

   "Jadi?"

   "Lupa atau buat-buat lupa?"

   Barulah Alex ingat. Happy Birthday, Max. Maafkan aku sebab sakitkan hati kau. I wish you'll happy with Emeriez.

   Dahinya dikerutkan. "Lupa atau buat-buat lupa apa?" tanya Alex seakan-akan dia betul-betul tidak mengingati tarikh itu,

   "Hari ni hari lahir Max la. Takkan tak ingat? Adoyaii! Eh, jomlah kita pergi rumah dia. Wish birthday kat dia." cadang Ad.

   "Wish je? Takde jamuan makan-makan ke kat rumah dia?" soal Alex.

   Ad menggeleng. "Macam biasalah. Dia tu kan tak minat celebrate dia punya birthday. Why not kita beli hadiah kat dia? Nak tak?" cadang Ad lagi.



   MAX terduduk apabila mendengar kata-kata neneknya. "Nenek jangan buat lawak dengan Marsha, nek. Tak lawak, nek." Max menghela nafas panjang.

   "Astaghfirullahalazim. Buat apa nenek nak tipu? Benda ni bukan boleh buat main-main, Marsha."

   Max menekup muka dengan tangan. "Marsha tak sedia lagi, nek."

   "Nenek paham Marsha..."

   Belum sempat nenek menghabiskan kata-katanya, Marsha terus memotong. "Tapi, kalau nenek rasa ini yang terbaik untuk Marsha... Marsha... terima pinangan itu." Max mengangkat muka. Dia menghadiahkan senyuman kepada neneknya.

   "Nenek tak paksa Marsha untuk menerima pinangan itu." Rombongan meminang itu bukan rancangannya. Dia tidak ingin Marsha menganggap pinangan itu membebaninya.

   "Marsha setuju untuk terima pinangan itu." Aku terima pinangan ini supaya aku dapat melupakannya. Bukan sebab paksaan nenek. Nenek takkan paksa aku untuk memilih pasangan hidup. Ya, nenek takkan buat begitu.

   Max mengambil kotak baldu yang berbentuk hati itu lalu dibukanya. Cincin perak itu disarungkan di jari manisnya. Lantas dia menunjukkan kepada neneknya. "Nek, cantikkan? Memang padan dengan Marsha. Pandai dia pilih."

   "Marsha tak nak nombor telefon lelaki tu? Mana tahu Marsha nak jumpa dia ke?" soal nenek.

   Max menggeleng. "Tak perlulah kot. Marsha nak jumpa dia masa akad nikah nanti. Nenek bagitahu diorang yang Marsha terima pinangan ini dan kalau boleh, majlis akad nikah nanti secepat yang mungkin. Bulan depan mungkin?"

   "Marsha betul-betul inginkan pertunangan ini?"

   Dia mengangguk.


   "KAU biar betul, Sarah? Kau jangan main-main ngan aku. Kan ni makan dia." Fakhriy menunjukkan penumbuknya di hadapan muka Max.

   Max mengetuk kepala Fakhriy. "Takde maknanya aku nak tipu kau." Dia menghela nafas panjang.

   "Kau kenal dia? Kau pernah jumpa dia and the important is do you accept the engagement?" Fakhriy pandang muka Max.

   Max diam. Lama. Dia menyeluk poket untuk mengambil telefon bimbitnya. Max menangkap gambar Fakhriy. Kelihatan wajah Fakhriy cemberut. Bengang barangkali.

   "Sarah, tak lawak. Aku serius ni." 

   Max pandang wajah Fasyin. " Tak, aku tak kenal dan aku jugak tak pernah jumpa dia. Ya, aku terima. Kenapa? Ada masalah? Apa kau ingat kau sorang je ke yang boleh kahwin? Aku pun bolehlah." katanya. Sekadar bergurau.

   "Habis tu Alex kau nak campak kat mana?" Wajah Fakhriy serius.

   Max tersenyum sinis. "Aku rasa dia takde kena mengena dengan pertunangan aku ni." Dia bangun dan ingin berlalu dari ruang tamu ini. Mujurlah tiada siapa yang ada di sini.

   "Apa kau ingat aku tak tahu ke yang kau cintakan dia?" beritahu Fakhriy.

   "Aku cintakan Alex? Buat lawak ke hape kau ni? Memang taklah, aku cintakan dia."

   Fakhriy mengeluh. "Dengan orang lain kau boleh bohonglah, kalau dengan aku. Sorry la. Sarah, kita dibesarkan bersama. Malah dikandungkan dalam rahim yang sama. Dan kau perlu ingat yang kita ni kembar. Aku boleh tahu apa yang kau rasa, Sarah. Aku tahu yang kau cintakan Alex. Malah tersangat-sangat cintakan dia."

   "Wow! Kau boleh rasa apa yang rasa? Awesome. Kenapa aku tak boleh tahu apa yang kau rasa? Listen to me Fakhriy Fasyin bin Muhammad Fayyadh. Aku dan dia dah takde apa-apa lagi even as a friend. Dia yang cakap macam tu kat aku, bukan aku cakap kat dia. So, Fakhriy Fasyin bin Muhammad Fayyadh don't pretend like you know anything about me." Max blah dari situ.



   "HAPPY birthday!" ucap Risya kepada Fakhriy lalu mengucup pipi Fakhriy.

   Fakhriy duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu. Dia hanya membalas ucapan Risya dengan senyuman hambar. Dia menyandar.

   "Hey, birthday boy. What's wrong with you?" Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Fakhriy.

   "Sayang dah tau?" soal Fakhriy.

   Risya angkat kening. Tau apa pulak ni? Adoi! Peninglah macam ni. Hari ni hari lahir Fakhriy, sepatutnya dia gembira tapi lain pulak jadinya. Muka macam hilang bini.

   "So sayang tak tau la ni?"

   "Tau apa pulak abang sayang oi?"

   Fakhriy ketawa kecil mendengar jawapan dari mulut Risya. "Sarah cakap ada orang masuk meminang."

   "Oh ya? Baguslah. Tapi kenapa muka abang macam tak suka je ada orang masuk meminang Max?" soal Risya pelik. Yelah, ada orang masuk meminang kakak sendiri. Takkan tak suka? Sekurang-kurangnya ada jugak orang nakkan Max tu.

   "Dia tak kenal sape orang tu." jawab Fakhriy tak puas hati.

   Risya ketawa. "Apa punya jawapan tu? Jodoh, ketentuan, ajal, maut di tangan Tuhan? Siapa kita nak pertikaikan semua tu? Come onlah bang. Tak payahlah abang nak buat muka tak puas hati tu lagi. Dia dah besar, boleh fikir."

   Fakhriy terdiam mendengar kata-kata Risya. Ya, Risya betul. Jodoh, ketentuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Dia takde hak nak pertikaikan semua tu.

Sunday, 14 April 2013

On Rainy Days - Bab 27(i)



   ALEX menghalang perjalanan Max untuk ke taman rekreasi yang berdekatan untuk jogging. Lebih kurang 10 minit berjalan, sampailah kat taman rekreasi tu. Dah lama Max tak exercise sibuk sangat dengan urusan kerja di pejabat. Badan pun rasa tegang. Tak selesa! Tu yang Max rasa sekarang ni.

   "Apa ni Haikal? Tepilah sikit." Max ni kadang-kadang panggil Alex, Haikal. Kadang-kadang Alex. Tak tetap. Tapi sekarang ni, Alex suruh panggil dia Haikal. Katanya, baru macam sepasang kekasih. Sweet gitu. Phuii!

   Alex meraup rambutnya ke belakang. Dia mengeluh tiba-tiba. "Mai pergi mana semalam?" Alex panggil Max, Mai? Singkat kepada Maisarah. Macam pelikkan je kan? Diorangkan, 'couple'. So, speciallah sikit panggilan tu.

   "Saya kuar semalam. Kenapa?" Dia berjalan untuk ke taman rekreasi itu. Tanpa sedar, Alex mengikut jejak langkah Max untuk ke taman rekreasi itu.

   "Dah tahu nak keluar, kenapa tak bagitahu kat Haikal?!" kata Alex. Suaranya agak meninggi.

   Max terkejut. Kenapa tiba-tiba je Alex meninggikan suara kepadanya? Adakah dia ada buat salah? "Apa masalah awak ni? Saya bukannya keluar sorang-sorang. Lagipun, saya bukannya pergi jauh. Pergi Alamanda je. Bukannya jauh sangat. Yang awak nak angin ni kenapa?" Max turut meninggikan suara. Dia berlari meninggalkan Alex. Dia berharap agar Alex tidak mengejarnya.

   "Kau keluar dengan Emeriez kan semalam, Max?" laung Alex. 

   Langkah Max berhenti. Dia berpaling ke belakang untuk melihat wajah Alex. "Kalau aku keluar dengan Emeriez pun, aku menyusahkan kau ke?" sinis sahaja Max berkata-kata.

   "Jadi betullah? Okey, start from now... hubungan kita putus. Either as a couple or a friend, we're nothing! Buat macam kita tak pernah kenal. Kau buat hal kau, aku buat hal aku." kata Alex kejam.

   Riak muka Max berubah. "Alex! Sampai hati kau..." rintih Max. Dia hanya melihat Alex pergi dari situ. Max lihat, Alex langsung tidak memalingkan mukanya untuk melihat Max.



   Tujuan Max untuk jogging di taman rekreasi ini dibatalkan. Fikirannya kusut! Otaknya berserabut apabila teringatkan akan kata-kata Alex sebentar tadi. 'Either as a couple or a friend, we're nothing. Buat macam kita tak pernah kenal.' Jahat sangat ke aku ni?

   Max rasa ada cecair yang menitik di tangannya. Dia pandang ke atas untuk melihat awan. Awan mendung, sebentar lagi akan hujan dan bakal membasahi bumi.

   Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni kat aku, Alex? Jahat sangatkah aku ini? Kenapa kau terima cadangan aku tempoh hari?

   Hujan semakin lebat. Orang yang berada di taman rekreasi itu, sudah tiada seorang demi seorang pergi dari sini. Ingin mencari tempat berteduh. Tetapi lain pula dengan Max, dia hanya duduk di atas bangku itu tanpa rasa ingin bangun.

   Dia menangis di dalam hujan. Dia teringat akan satu quote, 'Everybody wants happiness, nobody wants  pain. But we can't have a rainbow without a little rain.' Adakah lepas hujan ini berhenti, dia akan mendapat kebahagiaan walaupun secebis?

   "Ojou, saya rasa tak perlulah awak duduk di dalam hujan lagi. Buanglah tabiat ojou suka berada dalam hujan. Mulalah dengan prinsip baru. Tidak akan menangis di dalam hujan lagi."

   Terkejut Max apabila ada orang yang berkata-kata. Bukankah di taman rekreasi sudah tiada orang? Dia kenal akan suara iti/ Dia mengangkat muka. "Michael, what are you doing here? Kenapa kau boleh berada di sini? Kenapa kau berada di Malaysia? Bukankah kau sudah letak jawatan? Bukankah kau sepatutnya berada di Jepun kerana menjaga adik kau yang sakit itu? Bila kau datang sini?" Seperti peluru berpandu, Max bertanya. Sedih-sedih pun, boleh lagi bertanya. Kalau sikit takpe, ni banyak!

   "Perlukah saya menjawab semua soalan ojou? Should I call you 'ojou' since I don't work with you anymore?"

   "Yang kau panggil dengan panggilan kehormat tu kenapa?" Air mata yang bercampur dengan air hujan, di sapu dengan tangan.

   Michael hanya ketawa.

   "Michael, aku nak tanya."

   Michael angkat kening, isyarat menyuruh Max melanjutkan kata-katanya.

   "Aku ni jahat sangat ke? Kenapa orang yang aku sayang, pergi meninggalkan aku? Kenapa dia sanggup buat aku macam tu?" Dia berasa selesa untuk berbicara dengan Michael. Mana taknya, mereka kenal dari kecil lagi. Sejak dari Max sekolah rendah lagi. Umur Max dengan umur Michael berbeza lapan tahun. Disebabkan itu, perwatakan Michael agak matang. Jadi, umur Michael sekarang ini 32 tahun.

   Perwatakan Alex juga matang tetapi lebih matang Michael tetapi Alex lebih menarik. Alex jauh hensem daripada Michael walaupun Michael juga ada rupa. Alex unik. Alex pandai buat lawak.

   Michael mengawang-awangkan tangannya di hadapan muka Max. "Dah sampai planet pluto ke? Jom, saya hantar awak balik. Pakaian awak basah kuyup. Hujan masih lagi tidak menunjukkan yang dia akan berhenti dalam masa terdekat."

   Max tersedar daripada lamunan. Dia menggeleng. "Aku tak nak balik selagi kau tak jawab soalan aku."

   "By hook or by crook, you must go home now! I'll answer your answer next time. Jaga kesihatan. Esok nak pergi bekerja."

   Max terharu dengan keprihatinan Michael. Tapi... Alex lagi prihatin. Kalau dia nampak aku macam ni, mesti dia paksa aku balik rumah. Kalau aku demam, mesti dia yang jaga aku. Dia selalu ambik berat tentang aku. Dia mesti bertanyakan masalah aku bila aku kelihatan muram. Tapi dulu, sekarang dah tak! Dia dan aku dah takde apa-apa sekarang. Even as a friend.



Saturday, 13 April 2013

On Rainy Day - Bab 26



    "AD, kau rasa tak apa yang aku rasa?" Sejak akhir-akhir ini, Ad dan Risya selalu bersama. Max tidak bersama mereka kerana bekerja. Hari cuti pun jarang diorang jumpa. Max busy. Hari ni cuti, tak tahulah Max pergi mana.

   Ad bukannya apa, Ad bimbang akan kesihatan Risya. Dah la, mengandung. Kena buat kerja tu, kerja ni lagi. Kerja Ad pulak, Ad suruh PA dia hantar kat rumah. Baik betul bos ni.


   Ad angkat kening. Tinggi. Ala-ala Ziana Zain gitu. Ha ha ha! "Rasa? Rasa apa? Kek coklat ni? Best... pandai kau buat." Kebetulan Ad kini sedang makan kek coklat yang dibuat oleh Risya. Dia yang request kek ni. Suruh Risya buat. 

   Risya geram. Dia cubit lengan Ad. 

   "Aduh!" Ad mengaduh perlahan. Lengannya digosok. "Sakitlah sial!"

   Risya mencebik. "Tu lah, orang serius boleh pulak dia main-main. By the way, kau jangan cakap bahasa tak betul kau tu. Jaga sikit mulut kau tu. Kalau anak aku cakap bahasa macam tu nanti, aku salahkan kau. Patutlah orang tak nak kat kau, bahasa kau kasar sangat." Kutuk Risya selamba. Puas hatinya dapat menyakitkan hati Ad.

   Ad menjuih bibir. "Tak heran!" Kata-kata Risya tadi langsung tidak berbekas dihatinya. Bagaikan angin lalu. Rasa tetapi tidak membawa apa-apa makna. "Apa yang kau nak cakap kat aku tadi?" Kini, suasana menjadi serius.

   "Kau tak rasa Alex ngan Max tu pasangan yang sesuai ke?" soal Risya. 

   Ad pandang muka Risya. Lama. "Apa yang kau fikirkan sekarang ni Risya?" Dia pelik, kenapa tiba-tiba je Risya tanya tentang hal ni? Kenapa tak dari dulu lagi?

   Risya menghela nafas panjang. "Aku bukannya apa. Dari dulu sampai sekarang, Alex dan Max selalu bersama. Ye... memang diorang kawan tapi kalau selalu bersama, boleh ke kita kategorikan mereka ni sebagai kawan? Kat mana ada Alex, kat situ jugak ada Max. Di mana ada Max, di sana jugak ada Alex. Mereka tak bersama masa waktu bekerja je. Kadang-kadang time lunch pun diorang lunch sekali. Aku langsung tak heran kalau diorang tu sama jantina tapi masalahnya sekarang ni, mereka berlainan jantina. Mereka boleh kahwin sebab mereka takde pertalian darah langsung. Even saudara susu macam kau dengan Alex." kata Risya. Nalurinya kuat mengatakan bahawa Max mencintai Alex tetapi adakah Alex mencintai Max sebagaimana Max mencintai Alex?

   "Aku pun sependapat dengan kau Risya. Aku pun rasa macam tu jugak. Max mungkin tahu semua rahsia kita tapi kita tak tahu apa yang terbuku di hati Max. Bila dia sedih, dia tak jumpa kita tapi dia akan jumpa Alex. Adakah Alex sedar bahawa Max mencintainya?"

   Risya dan Ad menghela nafas panjang. Mereka buntu. Apakah mereka harus buat untuk menyatukan Max dan Alex? Kalaupun mereka ada idea, adakah berjaya?



   WAJAH Max cemberut apabila orang yang ditunggu sampai lambat. 30 minit dia tunggu. Memanglah tak sampai sejam tapi bukankah masa itu emas?

   "Weh, apa ni? Cakap pukul 12:00 tengah hari pada 22 Januari 2011. Ni dah pukul 12:30 tengah hari. Mujur masih lagi 22 Januari 2011. Kalau tak, memang tak lama dah kau mati." Max menghambur marahnya. Kalau lelaki yang tunggu perempuan, normallah. Ni perempuan yang tunggu lelaki. Tak gentleman langsung lelaki macam ni.

   Emeriez mengulas senyuman kecil. "Sorrylah! Ada hal sikit tadi."

   Max mencebik. "Go to hell lah dengan kau punya hal tu. Janji Melayu. Kata pukul 12 datang pukul 12:30." Max tak puas hati. Dia masih lagi marah.

   "Dah dah lah tu. Jangan marah-marah lagi. Meh aku belanja kau makan aiskrim. Nak tak?" Emeriez cuba memancing minat Max.

   "Setakat aiskrim tu, aku pun boleh beli. Tapi dah orang nak belanja, kita terima jelah. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. He he he!" Max tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun.

   "Nak makan aiskrim apa? Tutti Fruity?"

   Max menggeleng. "Tutti Fruity? Not my taste. Aku nak McFlurry Oreo. Aku punya favourite!" Dia tersenyum lebar apabila memberitahu akan makanan kegemarannya.

   Emeriez terlopong. "McFlurry Oreo your favourite? Pe kes kau curi aku punya aiskrim favourite aku? Tutti Fruity yang mahal tu takde pulak jadi aiskrim favourite kau." rungut Emeriez.

   "Eh, aku punya favourite! Aku punya hallah! Yang kau tetiba nak emo ni pehal? Chillax lah. Tak sangka pulak kau punya aiskrim favourite sama ngan aku." Max menadah tangannya.

   "Apa?"

   "Duit." Max tersengih.

   Emeriez mengeluarkan dompetnya lalu menyerahkan dua keping not RM10 kepada Max. Mana tahu, Max nak beli banyak ke? Favouritelah katakan. "Belikan aku satu. Kau cari aku kat Al-Ikhsan." kata Emeriez.

   "Jangan nak ngengade! Ikut aku pergi beli aiskrim ni. Kita pergi sekali nanti. Muktamad!" Lengan baju Emeriez ditariknya.



   "AKU musykillah!" kata Max tiba-tiba kepada Emeriez setelah menyudahkan solat Zohor di surau di Alamanda ini.

   Emeriez pelik. "Apa yang kau nak musykilkan?" soal Emeriez.

   "Takdelah... tiba-tiba je kau ajak aku keluar. Rasa peliklah jugak." Paper bag yang dipegangnya diserahkan kepada Emeriez. Buat Emeriez macam orang gaji. Ha ha ha!

   Tanpa banyak soal, terus diambil beg kertas itu. "Bukannya selalu aku ajak kau keluar. Kira dah beruntung sebab aku yang ajak kau. For your information, ramai lagi perempuan yang nak keluar dengan aku tau." Emeriez berasa bangga kerana ramai perempuan yang mengejarnya tapi dia tahu semua perempuan yang meminatinya hanyalah ingin duitnya. Bukan kerana cinta.

   Max ketawa sinis. "Aku langsung tak hairanlah. Aku nak pergi MPH kejap."

   "Kau jangan cakap yang kau nak beli novel Melayu yang cintan cintun tu. Aku tak percaya." kata Emeriez. Dia mengikut Max ke MPH Bookstore.

   "Takde maknanya aku nak beli novel yang macam tu. Kalau aku nak beli pun, aku akan beli novel yang thriller macam Ramlee Awang Murshid tu. Tak pun, yang seram. Aku nak beli majalah nilah. Dah lama aku tak layan." Majalah Asuh yang ingin dibelinya ditunjukkan kepada Emeriez.

   Emeriez ketawa kecil. "Cover majalah ni tak matured langsung."

   "Dah memang untuk budak-budak. Even nampak macam budak-budak tapi bermakna. Kau apa tahu?" kata Max sinis.

   "Okey! Kau nak pergi mana pulak lepas ni?" tanya Emeriez selepas usai membayar majalah yang ingin dibeli oleh Max.

   "Tak nak pergi mana-mana dah lepas ni. Aku nak balik. Aku dah letih. Lain kali kau belanja aku pulak eh?"

   Emeriez ketawa. "Tengoklah dulu. Kalau ada masa."

   "Aku gurau jelah." Dia menghulurkan tangannya.

   "Banyak ni. Larat ke kau nak angkat?"

   "Kau cakap macam tu macam kau tak kenal aku ni siapa."

   "Lupa pulak aku. He he he!" Beberapa beg kertas diserahkan kepada Max.

   Usai Max mengucapkan terima kasih, dia terus pergi dari situ.

   "Max! Aku nak bagitahu kau ..." kata Emeriez kuat.

   Max berpaling. "Lain kalilah kau cakap eh? Aku nak cepat ni." Max turut menguatkan suaranya supaya Emeriez mendengar kata-katanya. Dia melambai-lambaikan tangannya kepada Emeriez. Dia berlalu dari situ.

   "Yang aku mencintai kau." Akhirnya kata-kata itu terluah juga tapi sayangnya, Max telah pergi dari sini.



Wednesday, 3 April 2013

On Rainy Days - Bab 25



   AD, Max dan Risya berkumpul di Mid Valley. Dah lama kot tak keluar bersama. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri walaupun mereka tinggal di rumah berdekatan.

   Risya sendiri pun kena kerja di syarikat arwah daddynya. Siapa lagi kalau bukan dia yang uruskan? Dahlah dia ni anak tunggal. Untunglah Ad dan Max. Ada adik-beradik. Lelaki pulak tu. Mereka boleh handlekan syarikat ibubapa masing-masing.

   "Korang, aku ada berita baik punya!" Tiba-tiba Risya bersuara setelah duduk di bangku. Beg-beg kertas diletakkan di tepi.

   Ad memberi isyarat 'tunggu sebentar'. Dia menghela nafas panjang kerana letih.

   "Berita apa yang kau cakap BAIK PUNYA tu?" Perkataan 'baik punya' ditekankan oleh Max. Oreo McFlurry dimakannya sedikit demi sedikit. Favourite katakan. Tak boleh tengok McDonald, mesti nak beli aiskrim. Macam budak-budak.

   Untuk pengetahuan korang, kini Max sudah bertudung penuh. Tidak lagi dipaksa oleh nenek. Tapi pakaiannya bukan baju kurung. Dia lebih selesa untuk memakai baju yang labuh dengan seluar slack atau jeans. Tengok keadaan.

   "Aku mengandung." kata Risya dengan senyuman lebar.

   Mata Max dan Ad membuntang lalu mengulas senyuman manis. "Really?" Risya mengangguk. "Tak lama lagi kau dah jadi mak dan aku ada anak saudara. Tak sangkakan perkahwinan kauorang ada jugak hasilnya even yelah... Perkahwinan kau dengan si Fasyin tu pun bukan atas kerelaan kau. But now, kau dan dia saling mencintai. Bahagia. So sweet...

   "Eh, kalau macam tu aku nak kahwin jugaklah. Aku pun nak jugak baby yang comel macam aku." kata Ad sambil mengangkat saham sendiri.

   Max buat gaya nak muntah. "Dah, ada calon ke kak Ad oii?" tanyanya.

   Ad tersengih lantas menggeleng. "Takde... He he he!"

   Risya ketawa kecil. "Apa lagi, carilah!"

   "Aku tengah carilah ni. Kauorang ada kawan lelaki tak nak kenenkan aku dengan dia?" soal Ad. Nampak macam main-main tapi Ad serius tu.

   Max mengangkat kening. "Aku ramai sangat kawan lelaki. Lagipun aku tak tahu taste kau macam mana.  Kau nak yang macam mana? Cer citer sikit kat aku."

   Ad mengusap dagunya. "Aku nak yang macam.........."



   "WEH stop stop stop!" Bahu Emeriez disentuh Ridzlan.

   Langkah Emeriez terhenti. "Pesal pulak kau ni? Aku dahlah nak cepat ni. Apa?"

   Ridzlan menuding telunjuknya ke arah seorang lelaki.

   Emeriez mengangkat kening. "Apa motif kau sebenarnya eh? Tak paham aku! Tak boleh cakap elok-elok ke? Ni tak, main tuding-tuding jari. Apa kes? Kau ni la... Adoii!!" Emeriez menghela nafas panjang.

   "Kau tak rasa lelaki tu familiar ke?" Tah pape soalan Ridzlan yang diajukan kepada Emeriez.

   "Apa yang familiarnya?" soal Emeriez blur.

   Ridzlan menepuk dahi. "Lelaki tulah!" Ridzlan merengus.

   Emeriez mengangkat kening. "Yelah, macam familiar. Client aku tu! Memang tak syak lagi. Tu memang client aku. Aku kena cepat ni. Kalau tak nanti client tu lari. Tak pasal-pasal syarikat aku rugi."

   Ridzlan menepuk dahi berkali-kali. Sejak bila Emeriez jadi blur ni? Adoii!!



   "ENCIK HAIKAL!" panggil Emeriez setelah lelaki yang bernama Haikal itu berura-ura untuk pergi dari situ setelah tamat membuat perbincangan. Akhirnya, syarikat lelaki itu setuju untuk berkerjasama dengan syarikatnya.

   Lelaki yang berkemeja hitam itu berpaling. "Ada apa Encik Emeriez Iskandar?" Suaranya kedengaran agak mengejek.

   Emeriez mengulas senyuman nipis. "I nak mintak maaf atas segala perbuatan I dulu." ujar Emeriez. Kepalanya menunduk. Ridzlan sudah tiada di sini. Emeriez telah menghalaunya dua jam yang lalu.

   Alex ketawa. "Mintak maaf? Senang je kan kau cakap? Lepas apa yang kau buat dulu kat aku. Sampaikan ada satu tahap tu aku kena tahan dalam hospital." provok Alex.

   Emeriez mengeluh. "Ya, aku tahu dulu aku jahat. Tapi sekarang ni aku dah berubah. Tolonglah maafkan aku. Aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau boleh maafkan aku." kata Emeriez bersungguh-sungguh.

   "Apa saja?" Emeriez mengangguk. "Belanja aku makan sekarang. Aku lapar."

   Emeriez diam. Fikirannya masih mencerna apa yang dikata oleh lelaki di hadapannya kini. "So, kau dah maafkan aku?" soal Emeriez ragu-ragu.

   Alex buat muka takde perasaan. "Ada aku cakap aku dah maafkan kau? Tak, kan?" Alex tahan tawa.

   Riak muka Emeriez berubah serta merta.

   Alex menepuk bahu Emeriez berkali-kali. "Aku dah maafkan kaulah. Dah lama dah. Let bygones be bygones tapi sekarang ni, kau kena belanja aku makan.." Alex ketawa kecil.

   Emeriez menarik nafas lega. Huh! Alex ni buat orang nervous je.



Saturday, 23 March 2013

On Rainy Day - Bab 24



   "KALAU awak sedih atau kecewa, menangislah... Mungkin itu tidak dapat menyelesaikan masalah awak tetapi ia akan buat awak berasa lebih tenang." kata Ad kepada lelaki yang dijumpainya tempoh hari.

   Lelaki itu mengangkat muka. "Apa yang kau merepek ni budak?" tanya lelaki itu bengang.

   "Saya nampak semuanya. Dari mula sampai dia pergi." kata Ad. Dia berasa kasihan dengan lelaki itu.

   "Kau stalk aku ke budak?"

   Ad ketawa. "Takde masa saya nak buat semua tu. Saya ada banyak lagi kerja yang perlu dibereskan. Kalau bukan sebab jumpa client tadi, saya takkan jumpa awak dan yang paling penting saya takkan nampak dia buat awak macam ni."

   Lelaki itu menundukkan wajahnya.

   "Awak nak share masalah dengan saya tak?" tanya Ad. Dia berasa kasihan melihat keadaan lelaki ini.

   Lelaki itu melirik senyuman sinis. "Semua pompuan sama je! Lepas dapat duit aku, blah macam tu je. Habis madu, sepah dibuang. Langsung tak ucap terima kasih. Kalau dulu, bukan main lagi cakap takkan tinggalkan aku. Tapi bila dah dapat apa yang dia nak, terus mintak putus. Langsung tak hiraukan perasaan aku." Tanpa lelaki itu menyedari, dia telah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

   Ad nampak mata lelaki itu berair. Ad pernah rasa apa yang lelaki itu rasa. Ad dipermainkan dengan orang yang sama. Tapi semua tu, dah tinggal sejarah. Hubungan Ad dengan Adam dah putus sejah beberapa tahun yang lalu.

   "Kalau awak dah tahu pompuan tu macam tu, kenapa awak bagi jugak?" sinis Ad bertanya.

   "Sebab aku sayangkan dia. Dulu, aku tak dengar kata-kata kawan aku. Kawan aku cakap dia tu main kayu tiga. Tapi aku tak percayakan dia malah aku tumbuk dia. Sekarang, aku sedar apa yang dia cakap tu benar-benar belaka."

   "Awak nak ikut saya tak?"

   "Ke mana?"

   "Ke satu tempat yang mungkin awak tak pernah pergi."



   RISYA menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tak nak!"

   "Makan!" Fakhriy masih lagi memaksa Risya untuk makan masakannya. Bukannya tak sedap, semua orang cakap sedap. Dia sorang je tak nak makan.

   "Orang tak naklah! Orang tak suka!"

   "Awak tu dahlah sakit. Tak nak makan pulak. Kita risaukan dia, dia pulak seksa diri sendiri. Takpelah kalau tak nak makan." Fakhriy meletakkan pinggan di atas meja. Dia berlalu dari situ dan meninggalkan Risya seorang diri di meja makan. Dah orang tak nak, buat apa paksa-paksa kan?

   Risya menutup mulutnya. Aiyyokk, suamiku merajuk. Macam mana nak pujuk ni? Adoii!! Padan muka aku, sape suruh tak nak makan. Kan dia dah merajuk. Risya mengetuk kepalanya berkali-kali.

   Risya memanjat anak-anak tangga untuk ke bilik utama. Pintu bilik diketuk beberapa kali.

   Tiada respon.

   Pintu bilik diketuk lagi.

   Juga tiada respon.

   Tombol pintu dipulas. Dia melihat Fakhriy tiada di situ. Tiba-tiba kedengaran seseorang sedang bermain piano. Tak lain tak bukan, semestinya Fakhriy.

   Dia mendekati bilik yang penuh dengan alat-alat muzik. Risya berdiri di depan pintu bilik itu. Dia tidak ingin masuk kerana dia tahu Fakhriy sedang kecil hati dengannya.

   Fakhriy suka muzik. Alat muzik yang paling dia minat, piano. Risya pulak suka biola. Apabila piano digabung dengan biola, semestinya hasil muzik itu akan menarik.

   Satu persatu kekunci ditekan oleh Fakhriy. Itulah kerja Fakhriy jika dia tertekan atau sedih.

   Kenapa sedih sangat muzik yang dimainkan oleh suami aku ni? Kalau tak silap tajuk lagu tu, The Rest of My Love by Bruno Mars. Perghh!! Memang sedih ah. Lupa pulak yang dia tengah sedih dengan sikap aku ni. Risya menghayati muzik yang dimainkan oleh suaminya itu.

   Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. "Dah lama buat kerja ni?" soal Fakhriy dingin.

   "Erk! Hehehe!! Tak lama, baru je tadi." Risya menggaru kepala. Tak sedar pulak yang Fakhriy dah habis main piano. Khusyuk sangat!

   "Menjawab."

   "Dah abang tanya. Risya jawablah." beritahu Risya selamba.

   Fakhriy buat muka serius tapi dalam hati dah tersenyum lebar dengan sikap Risya ni.



   "ALEX, aku ada cadangan." Hubungan Alex dan Max dah baik sejak dua hari lalu. Max pun tak tahu angin apa yang menyerang Alex ni, kejap baik kejap tak baik.

   Alex mengangkat kening. "Cadangan apa pulak kau ni? Mesti mengarut kau punya cadangan ni." beritahu Alex.

   Max tersengih. "Nak tak kita couple? But just for one month. And lepas satu bulan tu, kita buat macam takde apa-apa yang berlaku. And the most important is no hard feeling. Deal?" Max mengangkat keningnya. Mencabarlah kononnya tu.

   "Nonsense! Don't be silly, can you? Ni melibatkan perasaan kau tau tak? Pikir guna otak, bukan guna lutut!" marah Alex. Dia mengeluh.

   "Yang kau nak emo ni pesal?  I think kau takde perasaan kat aku? Apa salahnyakan? Lagipun, setahu aku, kau takde girlfriend lagi. Betul tak?"

   "Sape cakap takde? Aku ada girlfriend la! Kau jangan buat-buat lupa yang aku ni model. Even aku model part time. Model mestilah banyak skandal. Kau jangan pandang rendah kat aku. Aku bukan macam kau. Take a note!" bidas Alex.

   "Oh yeah? Baguslah kalau macam tu. Takdelah kau jadi bujang terlajak. Tak gitu?" Max pura-pura ketawa. Dia seakan-akan tidak boleh terima kenyataan dengan apa yang dikata oleh Alex.

   Alex berasa seperti ada yang tak kena dengan Max. Ketawa dia... lain. "Max, ketawa kau ketawa pura-pura. Kau ada masalah ke?" soal Alex prihatin.

   Tawa Max terhenti dengan sekelip mata. Alex... boleh kesan? Kenapa? Max berasa hendak menangis. "Eh, tak... takde! M... mana ada. Perasaan kau je kot. Aku... aku takde masalah, aku okey je." jawab Max tergagap-gagap.

   "Aku kenal kau dah lama. Dari kecik kita berkawan. Aku tahu macam mana kau ketawa dan macam mana keadaan kau apabila kau bersedih." kata Alex.

   Max tersenyum hambar. "Kau jangan bimbang. Aku takde pape. Aku okey. Aku nak masuk dulu, aku nak berehat kejap. Kalau ada masa, kita sembang lagi." Max berlalu dari situ.

   "Max, tunggu kejap!"

   Langkah Max terhenti. Dia tidak memandang wajah Alex. Dia tak nak Alex tengok keadaan dia sekarang ni.

   "Aku setuju dengan cadangan kau."

   

Monday, 4 March 2013

On Rainy Days - Bab 23



   RISYA terus meluru ke sinki apabila tekaknya berasa mual. Dia muntah-muntah di situ. Jarang sekali dia berasa begitu. Dia tidak demam. Itu yang pasti kerana badan dia tidak panas. Malah suhu badannya normal. Dia berkumur beberapa kali untuk membersihkan mulut.

   Fakhrul mendapatkan isterinya. Belakang Risya digosok lembut. "Kita ke klinik ye, sayang? Check kesihatan awak tu. Dah banyak kali awak muntah-muntah, orang ajak gi klinik tak nak. Kali ni takde alasan. Tak nak dengar dah alasan yang tak munasabah awak tu," Tudiaa... kuasa veto sebagai suami dah keluar dah.

   "Tapi, bang... Abang sendiri tahu yang Risya tak suka bau klinik, bau ubat and so on." Dia membuat muka kasihan. Ingin menagih belas kasihan daripada Fakhriy.

   Fakhriy menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan berkali-kali. "Takde tapi-tapi. Kali ni sayang kena dengar arahan abang. Lagipun ni untuk kesihatan sayang jugak. Bukannya untuk orang lain. Oh ya, ni bukan suruhan tapi perintah. So, jangan membantah. Ulang suara ini perintah bukan arahan." Suaranya ditegaskan. Kalau dia melembutkan suaranya, nescaya Risya tidak akan mendengar kata-katanya.

   "Ala..." Risya mengeluh.

   "Apa ala-ala? Orang kesiankan dia. Pergi bersiap sekarang. Abang bagi masa 20 minit untuk bersiap. Jangan membazir masa."

   Dengan berat hati, Risya naik ke bilik untuk menyalin pakaian yang sesuai untuk dipakai.



   AD mendekati seorang jejaka yang tidak dikenali. Entah mengapa dia berani berbuat sedemikian. "Hai." tegurnya. Dia menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu.

   "Hai." kata lelaki itu dingin.

   "Boleh saya duduk?" soal Ad lembut.

   Lelaki yang berpakaian baju serba hitam itu melihat muka Ad. Wajahnya seperti orang yang tiada perasaan. Tampak kosong. Kosong seperti baju yang dipakai oleh lelaki itu mungkin. "I think banyak lagi tempat kosong yang ada kat sini." beritahu lelaki itu sinis.

   Ad termalu sendiri. "Tapi saya nak duduk kat sini." ujar Ad. Wajahnya nampak berharap sangat.

   "Kau duduklah. Biar aku pergi dari sini." Lelaki itu ingin berlalu dari sini.

   Ad menghalang perjalanan lelaki itu dengan mendepangkan tangannya di hadapan lelaki itu. Lelaki itu merengus dengan kelakuan Ad yang tidak beretika itu. Dia merengus kasar.

   "Apa yang kau nak hah? Tak pahamlah aku dengan budak zaman sekarang ni. Takde adab langsung!" Marah lelaki itu.

   Senyuman tersungging di bibir Ad. "Saya nak tahu nama awak dan saya nak nombor handphone awak, boleh?" Tersangatlah berani si Ad ni minta nombor handphone dengan anak teruna orang.

   "Kenapa kau nak tahu nama aku dan apa yang kau nak buat dengan nombor aku?"

   "Sebab saya suka awak. Dah banyak kali saya tengok awak kat sini. Dan awak dah berjaya menarik perhatian saya. Awak nampak comel sangat!" Puji Ad ikhlas.

   Lelaki itu senyum sinis. "Berapa kau nak hah budak? Boleh aje aku bagi. Tak payahlah kau nak puji-puji aku bagai. Cakap aku ni menarik perhatian kau. Berapa kau nak? Seribu, dua ribu?" Niat baik Ad telah disalah ertikan oleh lelaki itu.

   "Tak, saya tak perlukan duit awak. Saya hanya perlukan hati awak. Jangan bersangka buruk dengan niat baik saya. Awak ambik kat saya. Kalau awak ada masa, calllah saya. Bila-bila masa, di mana jua." Kad namanya dihulurkan kepada lelaki itu.

   Lelaki itu mengambil kad itu dari pegangan Ad lalu meninggalkan Ad seorang diri di sini.

Friday, 1 March 2013

On Rainy Days - Bab 22 (ii)



Pada keesokan harinya....


   "WEH, teman aku kejap." Tanpa memberi salam, Alex terus menyapa Max yang kini sedang enak makan nasi goreng buatan neneknya. Nak tunggu Max masak? Memang lambatlah lagi. Entah bila dapat merasa air tangan Max ni.

   Suapan Max terhenti seketika. Dia memandang Alex dengan pandangan membunuh. Mujur aku tak tercekik tadi. Kalau tak, mampuslah Alex lepas ni. Bentak Max di dalam hati. Berani ke Max nak bunuh Alex? Kawan sehidup semati tuh!

   Alex menggaru belakang kepala yang tiba-tiba rasa gatal. Dia tersengih. Salah timelah. Huhuhu!

   Max meneruskan makannya sehingga habis sepinggan. Alex hanya berdiri melihat perbuatan Max. Takde pun tanda-tanda nak pergi dari situ ataupun duduk.

   Pinggan yang digunakan Max dibasuh. Alah, satu pinggan je. Tak banyak pun. Tisu yang berada di atas meja dicapainya untuk mengelap mulut.

   "Kau nak pergi mana? Sampaikan nak suruh aku teman bagai?" soal Max malas. Max semuanya malas. Nak tanya malas, keluar malas, buat kerja malas. Yang dia rajin, baca komik, tonton TV. Hobi dari kecik lagi tuh.

   "Nak jumpa kengkawan kat PICC. Pendek kata, ada reunion. Dah lama aku tak jumpa kawan-kawan aku kat Adam Smith Private School. Rindu pulak kat diaorang."

   "PICC je? Dekat siott!" ujar Max lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa di ruang tamu.

   "Ha'ah! Memang dekat pun. Kalau dah tahu dekat, jomlah teman aku."

   "Eh eh! Bila masa aku cakap aku nak teman kau? Kau pergilah sorang-sorang. Aku malas. Lagipun tu kawan-kawan kau, bukannya kawan-kawan aku." Alat kawalan jauh dicapainya lalu menekan channel  411.

   "Ala... bolehlah!" Alex masih berusaha memujuk Max supaya wanita itu mengikutnya ke PICC.

   Max mencebik. "Kenapa kau tak ajak si Ad tu? Aku... kau ajak, adik sendiri tak ajak. Bodohlah kau ni!" sinis Max berkata-kata.

   "Aku dah ajak dia, tapi dia tak nak ikut."

   Max mengangkat kening. "Dia tak nak ikut? Aku pun tak nak jugak!" tegas Max berkata-kata.

   "Please... Aku tambah 10 buah lagi komik. Amacam?" Harap-haraplah dengan tawarannya ini, Max akan terpujuk.

   "Are you serious? So, sekarang ni kau kena bagi aku 20 buah komik? Double wow!" 20 buah komik, bukannya sikit. Banyak tuh. Tak payahlah aku keluarkan duit untuk dua bulan ni. Muahaha!

   Alex mengangguk. Dengan cara ni je, Max akan melting. Kalau tak, memang taklah!




    "AKU tak nak masuk. Kau masuk sengsorang."Tangannya ligat menangkap gambar persekitaran PICC ini.Sebenarnya, Max lagi suka menjadi seorang fotografi daripada menjadi seorang bussinesswoman.

   Alex mengeluh. "Max..."

   Klik!

   Max menangkap gambar Alex. Dia tersengih apabila melihat Alex menjegil matanya persis ikan emas. "Aku ikut kau datang sini, dah cukup bagus tau. Aku tak sukalah majlis-majlis ni. Rimas kau tau tak?" Max merengus.

   "Kat dalam ada ramai pompuan cun." Alex cuba mengumpan.Cermin mata hitamnya, dibetulkan.

   Max menunjukkan penumbuknya. "Kau nampak ni? Silap hari bulan, berterabur gigi kau. Apa kau ingat aku ni lesbian ke? Eee... tolonglah! Geli aku."

   "La... kau perempuan rupanya, ingatkan lelaki. Dengan berpakaian macam ni. He he he! By the way, even kau tu PEREMPUAN tapi kau pernah buat jugakkan?" Alex mengangkat keningnya berkali-kali. Perkataan 'perempuan' itu sengaja ditekannya.

   Max mengetap bibir. "Yelah yelah! Aku ikut. Kejap je tau? 30 minit je kalau lebih 30 minit tu, aku keluar. Aku tunggu kau kat luar." Max memberikan kata putus.



   EMERIEZ dan Ridzlan keluar dari kereta. Mereka berjalan dengan penuh karisma. Sesuai dengan jawatan yang disandang sekarang ini.

   Gadis-gadis yang ingin ke destinasi yang sama seperti Emeriez dan Ridzlan terhenti apabila melihat ketampanan kedua-dua lelaki ini. Ada yang memuji ketampanannya, ada yang ternganga dan ada juga yang berhasrat untuk menjadi kekasih lelaki-lelaki ini. Sungguh besar cita-citanya itu.

   Emeriez dan Ridzlan memandang gadis-gadis yang memandangnya. Seulas senyuman dihadiahkan kepada mereka. Senyuma itu sedekah. Tak gitu?

   Mereka tersipu-sipu malu. Ada juga yang hampir pitam melihat senyuman itu. Kemaruk benar nampaknya. Mereka lihat, senyuman lelaki-lelaki tadi manis. Lebih manis daripada madu. Dari sekolah lagi, mereka sangat menggilakan dua orang lelaki ini. Lelaki yang sangat terpengaruh di Adam Smith Private School suatu ketika dahulu.

   Sudah lama mereka ingin bertemu dan berbual-bual dengan jejaka-jejaka ini. Hari ini, mungkin mereka akan memenuhi hasrat mereka sejak sekian lama menunggu peluang ini.



   "NAMA?" tanya seorang wanita berumur lebih kurang 25 tahun yang bertugas menjadi penyambut tetamu.

    "You don't know who am I, miss?" soal lelaki berkaca mata hitam itu.

   "Saya rasa tak perlu kot awak tanya semua tu. Hanya cakap nama awak. Tak perlu menghabiskan masa dengan soalan-soalan awak yang mungkin tak masuk akal tu. " tegas wanita itu berkata-kata.

   "Alexander Haikal. My name is Alexander Haikal." Dua kali Alex memberitahu namanya supaya gadis itu sedar siapa yang berada di hadapannya kini.

   Gadis itu mengangkat muka. Dia menilik wajah Alex. Sudah lain benar berbanding dulu.

   Alex menanggalkan cermin mata hitamnya. Dia melirik senyuman sinis. "Now, do you know who I am, miss? By the way, awak masih lagi sombong macam dulu." Lantas itu, Alex menarik tangan Max supaya masuk ke dalam dewan PICC ini.



   MAX hanya duduk di atas kerusi yang disediakan di sini. Langsung tiada hati untuk menyertai Alex yang kini berbual-bual dengan rakan sekelasnya pada masa dahulu. Terbit rasa cemburu melihat Alex melayan kawan-kawan perempuannya. Sedangkan dia, langsung tidak dihiraukan oleh Alex walhal Alex yang mengajaknya datang ke sini.

   Walaupun beberapa orang perempuan mendekatinya untuk berkenalan tetapi Max tidak menghiraukannya. Mereka pergi dengan perasaan hampa.

   "Kenapa duk sensorang kat sini? Tak bosan ke?" Tiba-tiba satu suara garau menegur Max.

   Max kenal suara itu. Dia mengangkat muka. Dia mengulum senyuman. "Duduklah, bos." Walaupun sudah lama Max berhenti bekerja di syarikat Emeriez, dia tetap memanggil Emeriez dengan panggilan 'bos'.

   Emeriez menggaru kepala. "Tak payah berbos-bos sangatlah. Kau tu bukan pekerja aku lagi." Terasa kekok pula membahasakan dirinya 'aku'. Tidak tahu mengapa.

   Emeriez tidak pelik mengapa Max berada di sini. Dia pernah melihat Max berjalan dengan Alex. Bukan sekali, malah banyak kali. Tapi yang dia pelik, kenapa Alex boleh berada di sini? Baru dia teringat, Alex ialah Haikal. Teman sekelasnya beberapa tahun yang lepas. 

   "Tau pun. Aku saja je nak tengok reaksi kau." beritahu Max sinis.

   Senyuman tersungging di bibir Emeriez. "Kau masih lagi tidak berubah, Max. Ayat yang keluar dari mulut kau mesti ayat 'pedas' punya." kata Emeriez. Tiada niat untuk menyindir.

   "Dah sebati dalam hidup aku. Dah takleh buang dah. Mana kawan kau? Apa nama dia? Ridzlan?"

   "Amboihh! Mentang-mentanglah dah lama tak jumpa, kau dah lupa nama aku ya? Sampai hati." Ridzlan seakan-akan berjauh hati dengan Max.

   "Tak kesah ah. Bukan masalah aku pun. Aku keluar dululah. Rimaslah aku duk kat sini lama-lama. Bye!" Tangannya dilambai. Sebelum dia keluar dari tempat ini, dia mengambil beberapa keping gambar Emeriez dan Ridzlan untuk dibuat kenangan.



   Beberapa hari kemudian di Alamanda...

   ALEX menunaikan janjinya. Di tangan Max kini, ada dua plastik yang berisi komik. Cashier tadi tercengang apabila melihat Max membawa 10 buah komik manakala Alex menolong Max untuk membawa 10 buah komik lagi. Memang otaku sungguh Max ni.

   Mereka singgah di sebentar McDonald untuk membeli aiskrim McFlurry Oreo kegemaran Max. Kali ini, Max yang belanja Alex.

   "Kau nak aiskrim apa?" soal Max.

   "Terpulang." ujar Alex sepatah.

   Sejak dua menjak ini, perangai Alex berubah. Max berasa yang berada dengannya sekarang ini, bukan Alex yang dulu. Apatah lagi Haikal. Alex bersikap dingin selepas mereka pergi ke PICC beberapa hari lalu.

   "Kau ada masalah ke Alex?" soal Max prihatin.

   Alex membiarkan soalan itu sepi.

   Max mengeluh hampa.



Friday, 25 January 2013

On Rainy Days - Bab 22 (i)



   "Cotto mate kudasai (Tunggu sebentar)!" jerit Max tidak puas hati.

   Fakhriy mengangkat kening. "What? Tak boleh terima kenyataan ke?" soal Fakhriy sinis diselangi dengan ketawa yang sangat menyakitkan hati Max.

   Max mencebik. "Pirahh! Main tipu. Siapa yang boleh terima kenyataan? Cakap kat aku." Max mendengus kasar. 

   "Tipu tak tipu. Yang penting aku menang." Fakhriy ketawa mengejek.

   "Siallah! Puihh!" Max buat gaya meludah.

   "Blahlah kau! Merajuklah tu. Buruk dowhh!" Fakhriy mencebik. 

   Max memandang Alex dengan muka simpati. Berharap Alex memback-upnya. Walhal sudah terang tang tang yang dia kalah dan Fakhriy tidak main tipu di dalam permainan Sahibba ini.

   Alex mengangkat kening. Bulu romanya meremang melihat Max memandangnya lain macam. Apakah maksud pandangan itu?

   Ad dan Risya ketawa mengekek melihat gelagat Alex, Fakhriy dan juga Max. Tak pasal-pasal Alex masuk jugak, Tengok muka takleh blah Alex, buat mereka berdua ketawa bagai nak rak.

   "Oi mak cik - mak cik sekalian. Nak gelak pun, coverlah sikit. Cuba kauorang tengok jam dah pukul berapa? Dah pukul 2 pagi tau tak? Tawa kauorang dengan tawa ponti langsung takde beza. So, coverlah tawa kauorang tu ya?" Tak pepasal Alex ceramah pagi buta.

   Tersungging senyuman sinis di bibir Max. "Dah tau pukul 2 pagi, tak reti-reti nak blah lagi ke?"

   Fakhriy dan Alex mencebik. "Taulah kau tu kalah. Tak payahlah meleter macam mak nenek. Kau dengan nenek tak beza bila membebel."

   "Kau nampak ni?" Max menunjuk tangannya yang sudah dikepal.

   Fakhriy menelan liur. "Tak habis-habis nak tunjuk keganasan dia. Sedarlah diri tu sikit, awak tu perempuan."

   "Kesah apa aku perempuan ke tak. Yang penting kau blah dari sini sebelum aku 'habis'kan kau. Aku kira sampai tiga. Satu... dua... ti..." Fakhriy terus keluar dari bilik itu. Diikuti oleh Risya. Suami diakan, mestilah kena ikut.



_______________


   Yang ada di dalam bilik Max sekarang ni, Ad, Alex dan dia. Ad dan Max memang tidur sini tapi apa yang Alex nak lagi?

   "Apa yang lu nak lagi mamat? Lu blah sekarang sebelum aku..."

   "Belasah kau. Lu takde keje lain ke minah selain nak belasah orang? Leceh ar kau ni." Belum Max menghabiskan kata-katanya, Alex terus menyambung kata-kata Max. Dah biasa.

   "Apa yang kau nak? Penatlah aku nak layan kau ni, mamat. Aku ngantuk ni. Nak tidur. Kau tak reti-reti nak tidur ke? Bilik kau bukannya jauh pun. Depan tu je." Max menudingkan jarinya ke bilik di hadapan biliknya iaitu bilik Alex yang selalu tidur.

   "Tahlah kau ni, Alex. Tak reti-reti nak tidur lagi ke? Aku penat ni, nak tidur." balas Ad. Dia juga mengantuk seperti Max. Alex ni selalu buat hal, tak padan dengan tua.

   "Aku ada cadangan."

   "Cadangan apa lagi?" Suara Max naik seoktaf. Geram seyhh layan perangai orang tua ni.

   "Woo... woo... woo... be chill. Jangan marah-marah."

   Ad tidak ingin menghiraukan abangnya itu. Dia terus tidur.

   "Otak lu. Macam mana wa tak marah layan sikap lu yang takleh blah macam ni. Apa cadangan kau?" Marah-marah pun, masih menanyakan soalan kepada Alex.

   "Kita tukar bilik. Nak? Just for tonight." Macamlah selalu Alex tidur kat sini.

   "Apa yang aku dapat?"

   "How much?"

   "Ten and above. Deal?"

   Mulut Max terlopong. Biar betul si Alex ni? Nak bagi komik kalau aku bagi dia tidur kat sini malam ni. Bukannya satu tapi sepuluh! Kalau nak tambah lagi pun boleh. Walaweh! Cun dowhh! Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hohoho! Aku akan cair kalau orang tu nak bagi aku komik. Setakat kata-kata yang jiwang tu. Pigidah! Tak heran.

   "Deal!"

   Alex tersenyum sinis. Bukannya payah sangat nak pujuk dia ni. Bagi komik, cair!

   "Ad! Jom tukar tempat tidur. Kita tidur kat bilik depan." Ad akur. Mengikut arahan Max walaupun dia sedang mengantuk giler-giler sekarang ni.

Thursday, 3 January 2013

On Rainy Days - Bab 21




   EMERIEZ dan Ridzlan memandang surat itu dengan pandangan yang kosong. Hati mereka berbelah bahagi untuk pergi ke majlis itu atau tidak. Berjumpa dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar di Adam Smith Private School. 11 tahun kot, mereka tak berjumpa.

   Kalau mereka berdua tidak pergi, mereka berasa serba salah. Yelah, selama ni pun mereka tidak pernah menghadiri majlis-majlis tersebut. Perasaan malas untuk pergi ke majlis-majlis begitu selalu menguasai diri.

   “Ridz, kau nak gi ke tak nak?” Muka Ridzlan dipandang.

   Ridzlan menjongket bahu. “Tak tahu! Aku ikut kau.” Beritahu Ridzlan. Ridzlan ni memang, selalu je ikut Emeriez. Memang tak boleh gi sorang-sorang.

   Emeriez meraup rambut ke belakang. “Aku akan pergi ke majlis ini. Kesian kat diaorang. Letih-letih invite kita tapi kita tak gi. Dah banyak kali kot kita tak hadir. Lagipun lusa, aku tak busy. Bolehlah aku menghadirkan diri ke majlis ini.” Putus Emeriez. Emeriez kini bukan Emeriez yang dulu lagi. Emeriez kini sudah jauh lebih matang.

   Ridzlan mengangkat kening. Dia gembira dengan perubahan Emeriez. Emeriez sudah menjadi matang. Pandai menghargai apa yang orang buat. Bukan macam dulu, tak kisah langsung dengan apa yang orang buat.



   “FASYIN, kamu tidur kat sini eh malam ni?”

   Fakhriy mengangkat kening. “Doushite, ojiisan (kenapa, tok)?”

   “Nampak sangat tak nak tidur kat sini. Takpe takpe, atuk faham.” Atuk seakan-akan berjauh hati dengan Fakhriy.

   Fakhriy kehilangan kata-kata. Atuk dah merajuklah. Tak padan ngan tua, nak merajuk. Kutuk Fakhriy di dalam hati. Astaghfirullah Alazim. Tak baik kutuk atuk sendiri. Tanpa Fakhriy sedari, dia menggeleng-gelengkan kepala.

   Atuk pelik melihat tingkah laku Fakhriy. Lantas itu, dia menggeleng kepala.

   “Fasyin!” panggil nenek dari dapur.

   “Ya, nek. Ada apa?”

   Nenek memandang Fakhriy. “Malam ni, kamu dan Risya tidur kat sini. Boleh kan? Kalau tak boleh, buat-buat boleh. Ajak Ad dengan abangnya sekali. Mama dan papa mereka jugak.” Kata-kata nenek lebih kepada arahan.

   Fakhriy menggaru kepala. “Tapi kenapa nek?” Pelik betul. Tiba-tiba je suruh tidur kat sini. Kalau Ad dan Alex tu bolehlah kot tidur kat sini. Kalau mama dan papa mereka, confirmlah mereka tak nak. Seganlah wei!

   “Nenek nak buat makan-makan sikit malam ni.” Jawab nenek selamba.

   Fakhriy menepuk dahi. “Alahai… Nak buat makan je kot. Tak payahlah suruh diaorang tidur kat sini. Lagipun, diorang dah besar. Mestilah diaorang segan. Rumah diaorang bukan jauh pun, dekat je. Tak sampai lima minit jalan kaki dah sampai ke rumah ni. Apalah nenek ni.” Fakhriy menggeleng-gelengkan kepalanya.

   Nenek mencebik. “Bagi kamu, memanglah besar. Bagi nenek, tak!”

   Risya yang dari tadi mendengar perbualan mereka berdua, ketawa kecil. Lawak je diaorang ni. Diaorang bukan macam nenek dengan cucu tapi macam kawan-kawan.

   Fakhriy mendekati Risya yang sakan mengetawakannya walaupun Risya tidak ketawa terbahak-bahak. “Apa yang lawak sangat?” Tawa Risya mati.

   “Takde pape ah!” Tidak sampat dua minit, Risya ketawa kembali.



   AD mendekati mamanya yang sedang khusyuk membaca. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi bersebelahan dengan mamanya.

   “Ma…” panggil Ad lembut.

   Mama berpaling ke sisi untuk melihat wajah anak perempuannya. Tersungging senyuman manis dibibirnya. Buku diletakkan di atas meja. “Ada apa sayang?”

   “Malam ni, nenek Max suruh kita makan kat sana.” Dia melentokkan kepalanya di bahu mamanya.

   Mama mengangguk faham. Dia mengenali nenek Max. Malah dia sememangnya rapat dengan nenek Max walaupun kadang-kadang mereka bersua.

   “Ma, Ad ada soalan yang nak ditanya.” Tangan mamanya digenggam erat.

    Mama pelik akan tingkah laku Ad. “Tanyalah.” Balas mama sepatah.

   “Kalau Ad tanya, mama jangan marah eh?” Mama mengangguk. “Ma, kenapa papa selalu takde kat rumah? Papa pergi mana? Papa dah tak sayang kita lagi ke ma?” Bertubi-tubi Ad bertanya soalan kepada mamanya.

   Sejak akhir-akhir ini, papa selalu tiada ke rumah. Selalunya, jika papa outstation, dia akan memberitahu Ad. Tetapi kini tidak lagi. Papa sudah menjadi dingin dengannya. Tetapi kenapa? Atas sebab apa papa berbuat sedemikian?

   Mama tersenyum kelat. “Papa outstation sayang.” Kepala Ad digosok-gosok dengan penuh kasih sayang.

   “Tapi ma… selalunya kalau papa outstation, papa akan bagi tahu Ad. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia tak cakap dah. Ad dah lama tak jumpa papa. Dah dua minggu ma. Mama ada sorok apa-apa ke dari Ad?” soal Ad dengan penuh curiga.

   “Semalam papa dah balik, Ad. Tapi hari ni dia terpaksa ke luar negara untuk menyiapkan kerja yang tergendala dua bulan lepas. Papa cakap, papa minta maaf sangat-sangat sebab dia tidak sempat berjumpa dengan Ad.” Maafkan mama, Ad. Mama terpaksa. Kata hati mama.

   Ad mengeluh.

   Alex yang menyorok di sebalik dinding, mengeluh kesal. Sampai bila mama nak sorok semua ni dari Ad? Bila Ad akan tahu kebenarannya? Ad harus tahu kebenarannya, ma.



 “NEK! Orang cakap tak nak, tak naklah! Kenapa susah sangat nenek nak faham? Tolonglah nek, jangan paksa-paksa Max lagi.” Marah Max. Dia tahu, perbuatan itu agak kurang ajar tetapi dia sudah tidak tahan lagi. Kali ini dia berasa sangat tertekan kerana dipaksa oleh nenek untuk memakai pakaian yang dia tidak suka. Kalau setakat tudung tu, okey lagi. Ni suruh orang pakai baju kurung. Erghh, pleaselah!

   “Umur kamu berapa sekarang?” soal nenek. Wajahnya membengis.

   “Dua puluh empat.” Jawab Max pendek.

   “Tau pun umur dah 24 tahun. Tak reti-reti nak berubah ke? Dengan pakaian kamu macam ni, ada ke lelaki nak kat kamu? Mak kamu tu, nak sangat-sangat kamu ni jadi macam orang lain. Macam perempuan lain. Jadi macam Risya dan Ad. Apa nak jadi dengan kamu ni? Ni nenek nak tanya, Marsha sayang tak kat chichi dan haha?”

   Max mengangkat kening. “Apa punya soalan ni nek? Mestilah Max sayang kat diaorang. Tanpa diaorang, takdelah Max kat dunia ni. Tak gitu?” Max tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.

   “Kalau kamu sayangkan haha dan chichi kamu, berubahlah. Be a true muslimah. Don’t be like this again.” Hah tudia! Nenek aku speaking.

   “Power ar nek, speaking tuh!! Jarang benar orang Jepun boleh speaking nek. Bravo! Marvellous! I’m proud be your granddaughter.” Max menepuk-nepuk tangannya.

   Nenek menjegilkan mata sebesar yang mungkin. “Bertuah punya cucu. Orang bagi nasihat, boleh pulak dia main-main. Ingat pesanan nenek ni Max. Tutup aurat. Jangan jadi macam ni lagi. Kamu tahu tak, masa di akhirat nanti, chichi kamu pun kena tarik masuk neraka jugak sebab kamu tak tutup aurat. Sebab kamu melanggar perintah Allah. Kalau kamu sayangkan chichi kamu, berubahlah. Sempat lagi. Ada masa lagi sebelum sakaratul maut tiba.” Nenek terus meninggalkan Max yang termangu-mangu sendirian.

   Max menyelerakkan rambutnya sehingga menjadi kusut masai. Tertekan! Dah jadi macam orang gila mungkin melihat keadaan Max ini.



   “TERIMA KASIH sebab pelawa kami makan. Susah-susah je.” Ucap mama Ad kepada nenek Max. Dia mengukir senyuman manis.

   Nenek membalas senyuman mama. “Apa yang susahnya? Takdelah! Bukannya selalu. Kadang-kadang je. Dah lama kita tak berkumpul macam ni. Mungkin kalau ada mummy dan daddy Risya lagi seronok. Tapi malangnya mereka telah dijemput oleh Allah S.W.T. Semuanya telah menjadi kenangan.” Balas nenek.

   Mama mengangguk. “Rindu kat arwah. Pejam celik pejam celik, dah enam tahun mereka meninggalkan kita. Sekejapnya masa berlalu. Baru semalam je rasa mereka ‘pergi’.” Tiba-tiba rasa sebak menggigit tangkai hatinya.

   Nenek baru sahaja ingin membuka mulut tetapi seseorang telah mematahkan bicaranya.

   “Nek! Malam ni boleh Haikal tidur kat sini?” soal Alex. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Membodek! Takde cara lain ke nak buat?”

   Mama mencubit perut Alex. “Haikal! Kamu tu dah besar, bukannya budak kecil lagi. Malulah sikit.” Tegur mama.

   “Ala…

   “Takpelah Ani. Biarkan je. Bukannya tak biasa.” Bela nenek.

   “Entahlah mama ni. Nenek tak cakap apa-apa pun. Mama yang lebih-lebih tu kenapa? Macam dia pulak tuan rumah.” Kata Alex.

   Mama menarik telinga Alex. “Haikal! Be matured, please. Kamu tu dah besar. Dah boleh jadi bapak orang dah pun. Be professional can you?”

   Alex mengerang sakit. “Aduh, ma! Sakit… sakit. Ampun ma, ampun.” Alex merapatkan kedua-dua belah tangannya. Sebagai tanda minta maaf.

   Nenek menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Alex. Dah besar pun perangai macam kanak-kanak ribena lagi.

   “Biarkan dia tidur dekat sini Ani. Bukannya selalu. Lagipun esokkan cuti? Biarkan je. Kesian budak tu.” Ujar nenek lagi.

   “Yelah yelah! Kamu jangan buat hal kat rumah ni Haikal.” Mama memberi amaran kepada Alex seolah-olah Alex ni berumur sembilan tahun.

   “Yes, ma’am!” Alex mengangkat tabik.

   Mama memandang nenek. “Sorrylah, Haikal buat hal. Tak padan dengan tua. Perangai mengalahkan budak darjah satu. Segan pulak saya dengan okaasan.” Ya, memang mama memanggil nenek Max, okaasan. Sejak dari dulu lagi. Chichi Max sendiri yang menyuruhnya. Tambahan pula, dia sudah tiada ibu. Jadi, dia boleh berkongsi kasih sayang dengan nenek Max walaupun dia berasa segan.