Followers

Sunday 23 December 2012

On Rainy Days - Bab 20



   SEMUA orang terdiam apabila bos mengamuk. Entah angin monsun mana yang melandanya, tiba-tiba je nak marah. Nak kata orang ni curi tulang, tak. Walaupun aku ni agak main-main tetapi aku ni buat kerja bersungguh-sungguh.

   Dia ingat aku ni apa? Tunggul? Mentang-mentang dia bos, sesuka hati je nak buat aku macam ni. Kadang-kadang bagi kerja yang tak sepatutnya dia bagi. Kerja dia, suruh aku buat. Sepatutnya suruhlah dia punya pembantu peribadi dia tu. Aku ni kerani je. Aku ulang sekali lagi ya, aku ni kerani je.

   Takkanlah dia punya pembantu peribadi nak hidup senang je? Kerja sikit je. Kenapa? Sebab bos suruh aku buat kerja yang sepatutnya pembantu peribadi dia yang buat. Bestnya dia, boleh goyang kaki je. Ke pembantu peribadi bos ni, guna khidmat bomoh?  Takpe-takpe, one day mesti dia akan terima balasan.

   Disebabkan aku nak sangat kerja ni, aku buat je. Diakan bos, akukan pekerja dia. Aku berani jamin, kalau dia tahu siapa aku, mesti dia tak berani nak buat aku macam ni. Mungkin kerja aku, dia yang siapkan. Hahaha! Mimpi je lebih. Pekerja tetap pekerja, mana boleh jadi bos. Akukan, berangan je lebih.

   Aisyah cakap, lepas lunch nanti bos besar nak datang. Aisyah cakap lagi, bos besar jarang ada kat pejabat atas sebab-sebab yang tertentu. Aku malas nak amik port. Buang karan je. Dia nak datang, datang. Tak nak, sudah. Senang.

   Aisyah cakap lagi, bos besar handsome, berbadan tegap. Ramai orang yang minat kat bos besar tu. Aku tak heranlah setakat lelaki yang handsome dan berbadan tegap ni. Kalau dah nama big boss, mestilah poket penuhkan? Mesti ramai pompuan yang tergila-gilakan dia. Tapi ada aku kesah? Aku dah ada Haikal. Erk? Apa yang aku melalut ni?

   Sebelum aku melalut lebih panjang lagi, baik aku mengundur diri. Bye, Mr. Diary. Thanks sebab sudi luang masa dengan aku. Rehat dah habis, mesti officemate aku akan balik office. Aku tak nak diaorang baca aku punya diari ni. Malu weii! Apa kau tau? Aku yang malu, bukannya kau! Bye, got to go. Assalamualaikum. J

Yang selalu buat hal,
Marsha Maisarah. J



   “MAX, bos besar dah datanglah!” Aisyah yakni kawan sepejabatnya memberitahu. Lengan Max disikunya.

   Aisyah berdiri lalu menundukkan wajahnya. “Good afternoon, boss!” Lelaki itu hanya tersenyum. ‘Boleh cair aku tengok senyuman dia. Manis sangat! Kalah madu lebah.’ Ucap Aisyah di dalam hati.

   “Selamat tengah hari, bos!” ucap Max. Dia masih lagi tidak melihat wajah bos besarnya. Dia hanya menunduk kerana dia sedang menyusun kerja-kerja yang bosnya memberikan kepadanya. Sungguh tidak beradab Max ini.

   Lelaki yang mendera Max mendekatinya. “Kerja I dah siap?” soalnya.

   Max mencebik. Baru je bagi semalam, dahlah banyak! Kalau sikit je, takpe. Bagi semalam, minta hari ni. Memang mendera! Mujurlag Max sempat menyiapkan kerja-kerja itu semalam. Kalau tak, lagi banyak perkara yang dibebelnya.

   “Dah.” Balas Max pendek.

   Shahir merangkap CEO syarikat ini juga merangkap bos kepada Max ini tersenyum senang. Ni best ni dapat pekerja macam Max. Cepat membuat kerja walaupun itu bukan kerjanya.

   “Actually, I bukan nak harini. Minggu depan.”

   “So?” tanya Max tidak berperasaan. Shahir dipandangnya.

   Shahir mengangkat kening. Takde perasaan ke budak ni? Kalau orang lain, memang dah melenting.

   “Nah, ambik ni. Tak payah nak suruh saya yang hantarkan ke bilik bos pulak! Suruhlah pembantu peribadi bos yang bawakkan kertas-kertas ni ke bilik bos. Saya ada banyak lagi kerja yang perlu saya siapkan.”

   Senyuman sinis tersungging di bibir Shahir. “You ke I yang bos? Suka hati I lah nak suruh siapa pun. Ramai orang lagi nak kerja ni, I boleh bagi kat diaorang tapi you jugak yang I pilih. Bersyukurlah sikit.” Sungguh tajam kata-kata Shahir itu.

   Max ketawa sinis. “Apa bos ingat saya ni kemaruk sangat ke nak kerja ni?” soal Max sinis. Staf-staf yang berada di situ melihat perbalahan antara Max dengan Shahir. “Memang ramai orang yang nakkan kerja tapi bukan saya, bos! Saya harap bos faham.” Sepucuk surat diambil dari beg sandangnya.

   “Nah, ambik kertas ni. Saya resign!” Suara Max naik seoktaf sehingga dapat didengari oleh bos besar mereka.

   “Apa yang kecoh-kecoh ni, Shahir?” Bos besar masih tidak melihat wajah Max. Sama seperti Max, masih tidak melihat wajah bos besarnya kerana sedang mengemas barang-barangnya,

   “Takde papelah, bang.”

   Max mengangkat muka untuk melihat wajah bos besarnya. Dia terlopong. Biar betul aku bekerja di bawah syarikatnya? Sangat sukar untukku mempercayainya.

   “Emeriez…”

   Emeriez memandang wajah Max. Dia membesarkan matanya. Max bekerja dengannya? Tapi kenapa?

   “Max, apa kau buat kat sini?”

   Shahir menjadi pelik kerana Max dan Emeriez saling mengenali. Diaorang ni kawan ke?

   “Aku kerja kat sini. Tak sekarang ni tak dah. Aku dah resign!” beritahu Max sinis sambil matanya melirik wajah Shahir.

   Usai menyimpan barang-barangnya, Max berlalu dari situ tanpa mengambil gaji. Dia tidak hairanlah kalau gaji pun, RM1 500 je. Aku tak hadap! Kata hati Max angkuh. Aisyah seperti tidak merelakan pemergian Max kerana Max seorang yang sporting. Dia sangat suka berkawan dengan Max.



   “SHAHIR, kau tahu siapa dia?” soal Emeriez ingin tahu.

   Shahir menggeleng kepala. “Tak, aku tak kenal dia. Abang, macam mana abang boleh kenal dengan Max tu?” tanya Shahir pula.

   “She’s my ex-junior.” Beritahu Emeriez. Max… perempuan yang berwatakan lelaki. Semua orang tahu itu.

   “What? Are you serious?” Shahir seakan-akan tidak mempercayai kata-kata Emeriez.

   Emeriez mencebik. “Kau ingat aku ni bergurau ke? Come onlah wei! Anyway, bila kita akan berjumpa dengan klien dari FM Corporation?”

   “Next week.” Jawab Shahir.

   “Okey. You can go now.” Shahir hanya menurut.



   AD memanggil Risya. “Risya, sini kejap. Cepat sikit!”

   “Apa?” soal Risya malas.

   “Sini jelah!” gesa Ad bersungguh-sungguh.

   “Apa?” Risya mendekati Ad yang sedang membuka laman sesawang Facebook. Takde kerja lain!

   Ad menjuih bibir menunjuk gambar yang dilihatnya. Beraninya Fakhriy memuat naikkan gambarnya bersama perempuan lain. Yang menjadi tanda tanya sekarang ini, siapakah perempuan itu? Mengapakah perempuan itu sangat familiar baginya? Ad sedaya upaya memerah otak untuk memikirkan siapakah perempuan di dalam gambar ini?

   “So?

   “So? Kau tanya so? So kau tanya? Kau ni takde perasaan ke? Fasyin bersama perempuan lain, boleh kau tanya SO?”

   Risya tidak menghiraukan amarah Ad kepadanya. Dia menggerakkan tetikus, LIKE ditekannya. Dia sangat suka melihat gambar ini walaupun perempuan itu bukan dirinya.

   Ad pelik dengan tingkah laku Risya. Langsung tiada perasaan cemburu. Orang ke robot si Risya ni?

   “Kau nak tahu siapa perempuan ni?” Laju sahaja Ad mengangguk. “Dia tu, kakak ipar aku. Aku yang ambik gambar ni. Aku yang suruh Fasyin upload gambar ni ke dalam Facebook. Buat apa aku nak jealous? Lagipun, diaorang tu muhrim. Tak kesahlah.” Alangkah baiknya jika Max betul-betul berhijab. Sejuk mata memandang. Pasti ramai lelaki yang akan menyukainya.

   “Kakak ipar kau? Setahu aku kakak ipar kau tak bertudung, berpakaian seperti lelaki. Kakak ipar kau tu, kawan kita, Max. Dia mana ada kakak selain Max. Wait wait wait… jangan-jangan perempuan yang di dalam gambar ni, Max? Kau biar betul?” soal Ad seakan-akan tidak percaya.

   Risya mengangguk. “Tapi, dia pakai tudung sebab nenek dia yang suruh. Bukan kerana dia nak.” Ucap Risya sayu.

   Ad mengeluh. Seandainya Max juga berhijab seperti mereka, kan lebih baik. Bukannya dia tidak menyukai Max yang sekarang ni tetapi dia tidak suka masyarakat setempat mencaci, menghina Max. Dia sangat menyayangi Max. Harapannya sama seperti Risya, harap Max akan berhijab sepenuhnya suatu hari nanti. InsyaAllah. 


Friday 21 December 2012

On Rainy Days - Bab 19



    AD menarik Alex ke dalam biliknya. “Abang! Apa abang dah buat kat Adam?” soal Ad marah. Walaupun Adam telah menyakitinya tetapi dia tidak rela melihat Adam disakiti oleh sesiapa termasuklah abangnya sendiri.

   Alex mengangkat kening. “Adam? Sape tu?” tanya Alex. Buat-buat tak tahu.

   Ad mengeluh. “Kenapa abang pukul Adam?” Wajahnya menunduk. Tidak berani bertentangan mata dengan Alex. Dia tahu dia akan kalah nanti.

   “Siapa cakap abang pukul Adam? Abang langsung tak kenal siapa lelaki yang Ad sebut tu.” Beritahu Alex bersahaja.

   “Abang jangan nak tipu Ad lah. Adam dah bagitahu semuanya kat Ad. Abang tahu tak, Adam tu kekasih Ad? Ad sangat cintakan dia.”

   Alex tersenyum sinis. “Apa yang Adam cakap? Abang pukul dia?” Ad mengangguk. “What a stupid joke! By the way, Ad kata Ad cintakan dia kan? Dia cintakan Ad ke tak? Tak kan? Kauorang dah clash, abang tahu. Takyah nak berdalih lagilah.” Bidas Alex sinis. Suaranya naik seoktaf.

   “Abang!! Abang, jangan nak masuk campur urusan Ad lah. Ad dah besar. Ad boleh jaga diri Ad. Abang tak payah susah-susah nak campur urusan Ad lagi. Seperti yang Ad cakap tadi, Ad dah besar.” Suara Ad juga naik seoktaf. Cukup untuk seluruh isi rumah ini mendengar pergaduhan antara Ad dengan Alex.

   “Belalah, jantan sial tu. Bela! Ad sanggup menaikkan suara Ad kat abang, semata-mata untuk lelaki yang bernama Adam tu. That’s why abang tak kasi Ad couple. Nilah bahananya. Ad jadi kurang ajar. Dah tak hormat abang as abang Ad. Ye… abang sedar sape abang. Abang bukannya abang kandung Ad. Hanya saudara susu. Tapi abang buat semua ni untuk Ad. Sebab abang sayang Ad. Apa yang abang dapat? Hanya jerkahan Ad. Start from now, abang takkan ambik tahu pasal Ad lagi. Ad buatlah apa yang Ad nak buat. Abang takkan ambik kesah. Maafkan abang seandainya, kehadiran abang dalam hidup Ad ni menyusahkan Ad.” Beritahu Alex dengan nada yang kesal. Dia kesal dengan sikap Ad.

   Kata-kata Alex terkesan di hati Ad. Tiba-tiba rasa bersalah mula menular di dalam hatinya. Abang, maafkan Ad. Abang betul, Ad salah. Tetapi kata-kata itu hanya bergema di dalam hatinya. Bukannya realiti. Egonya tinggi untuk berkata-kata seperti itu.

   “Kenapa dengan kauorang berdua ni? Riuh je. Kat bawah pun dengar suara kauorang bergaduh. Apa masalah kauorang ni?” soal mama Ad risau. Alex dipandangnya untuk mendapatkan kepastian.

   Alex tersenyum sinis. “Mama tanyalah anak mama ni. Siapalah Haikal ni kan, nak dibandingkan dengan Adam tu. Haikal ni bukan sape-sape dalam hidup dia.” Beritahu Alex lalu berlalu dari situ.

   Mama pandang Ad. “Siapa Adam, Ad?” soal mamanya. Tajam anak matanya memandang anak daranya ini. Dia tidak suka Ad berkawan dengan orang sembarangan. Dia tidak kisah jikalau lelaki itu miskin tetapi dia ambil kisah bila lelaki yang menjadi kekasih Adam ini seorang yang tidak bertanggung jawab.

   Ad menunduk. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak ingin langsung memberitahu siapa Adam. Dia bimbang, mamanya akan memarahinya.

   “Ma, Ad penat ni. Mama boleh tak pergi?” Perlahan sahaja suara Ad berkata-kata.

   Mama Ad menurut. Dia turun ke bawah dengan perasaan yang kesal. Ad langsung tidak ingin menceritakan hal sebenar.



   “OBAASAN, ojiisan (nenek, datuk). Anata no ryōhō ga koko ni tōchaku shita toki (bila kamu berdua sampai)?” soal Max kehairanan.

   Masuk rumah je, tengok datuk ngan nenek aku ada kat ruang tamu. Kenapa datuk ngan nenek aku tiba-tiba je datang Malaysia? Dahlah tak cakap pape pun. Mesti ada udang di sebalik mi ni.

   “Tak cakap dalam bahasa Jepun pun takpe. Nenek faham. Lagipun kita ni ada kat negara Malaysia, bukannya Jepun.” Bidas sobo Max.

   Max hanya tersengih. “Suminasen.” Terkeluar dalam bahasa Jepun lagi. Sabo jelah!

   Sobo melihat penampilan Max dari atas ke bawah. Lantas itu dia beristighfar. Walaupun dia seorang mualaf tetapi dia tahu bagaimana pemakaian yang mengikut syarak. “Kamu dari mana Marsha? Dengan pakaian yang macam lelaki ni. Dah, pergi tukar pakaian kamu. Pastikan yang menutup aurat. Bukannya seluar tiga suku. Baju lengan pendek. Topi kamu ni, biar nenek simpan.” Sobo menarik topi dari atas kepala Max.

   Max dah agak dah. Mesti ada udang di sebalik batu. Kalau tidak, memang jaranglah diaorang nak datang sini.

   “Tapi nek, Max nak pakai baju yang macam mana? Baju Max semuanya macam ni.” Max menunjukkan pakaian yang dipakainya sekarang ini. “Mana ada baju yang macam nenek pakai ni.” Tangannya ditudingkan ke arah baju kurung yang dipakai oleh sobonya. “Lagipun, Max tak sukalah pakai pakaian macam tu. Rimas tau tak? Kena pakai kain lagi.” Selamba badak sahaja Max berkata begitu.

   Sobo membulatkan matanya mendengar panggilan Max memanggil dirinya. Fayyadh, macam manalah kamu didik anak dara kamu ni? “Nama kamu Marsha, bukannya Max.” Telinga Max ditarik. Max mengaduh sakit. “Nenek tahu, haha kamu ada belikan kamu baju kurung. Nenek dah sediakan baju kurung. Ada atas katil di dalam bilik tidur kamu. Tudung pun nenek dah sediakan sekali. Lepas ni kamu pergi shopping baju yang tutup aurat. Bukannya baju yang tah pape macam ni.” Telinga Max masih tidak dilepaskannya.

   Sofu hanya menggeleng kepala melihat gelagat cucu dan isterinya itu. Tetapi dia langsung tiada hati untuk masuk campur.

   “Nek, sakitlah telinga Max ni.” Sobo melepaskan telinga Max. Max terus menggosok telinga yang sakit dek kerana ditarik oleh sobo yang terchenta ni.

   “Kalau kamu tak ikut arahan nenek, lagi teruk nenek buat kat kamu. Cepat, pergi bersiap. Nenek dah suruh Fasyin temankan kamu nanti.”

   “Tapi nek…” Max cuba memujuk.

   “Muktamad! Kalau kamu tak dengar apa yang nenek cakap, kamu tak boleh keluar rumah.”

   Max akur akan arahan yang diperintahkan oleh sobonya itu. Okaasan, otousan… sampai hati buat Max macam ni. Sob… sob… sob…



   “RISY, Fasy nak kuar jap. Nak ikut tak?” soal Fakhriy kepada Risya.

   “Kuar gi mana?” soal Risya yang kini sedang membaca majalah. Dia malas untuk keluar sekarang ini.

   Fakhriy mendekati Risya. Majalah ditangan Risya ditariknya. “Gi shopping. Betul ni tak nak ikut?” Wajah Risya dipandang.

   Risya mengusap dagu. Berfikir. Nak pergi, malas. Kalau tak pergikan bahaya walaupun dah dah beberapa orang pembantu rumah dan tukang kebun. Yelah, pasal penculikan tempoh hari. Mana tahu anak buah Andhika tak puas hati dengannya lalu mencarinya di rumah ni.

   Risya menggeleng. Dia tak nak pergi! Keputusan dah muktamad. “Risya tak nak pergi. Sorry…” Dia tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang susun teratur.

   “Tapi…”

   “Kalau Fasyin risaukan Risya, Risya akan dok umah Max. Bolehkan?”

   “Sukati Risyalah.” Fakhriy sudah malas memujuk Risya.



   “KAU ke ni Max? Cantiknya…” ucap Risya meleret. Alangkah baiknya kalau Max begini buat selama-lamanya.

   Max menjuihkan bibirnya. “Tak payah nak perli sangatlah. Aku buat pun terpaksa.”

   Kata-kata Max menyebabkan hati Risya sedih. Takpe, ada masa lagi untuk Max berubah. Mungkin kehadiran nenek dan datuk Max dari Jepun membuatkan Max berubah menjadi seorang muslimah. Bukan lagi seorang ‘lelaki’.

   “Nenek dengar Marsha.” Beritahu neneknya yang sedang menonton televisyen.

   “Whateverlah nek. Dah memang orang buat semua ni terpaksa.” Balas Max selamba.

   “Kamu cakap macam orang takde iman. Kamu ingat masuk neraka tu sekejap ke?” Soalan maut ini jugak yang ditanya oleh neneknya.

   “Yelah yelah. Nenek menang.” Max sudah malas berbahas dengannya kerana terang tang-tang dia akan kalah.

   Risya hanya mendengar Max dan neneknya berbahas. Langsung tidak ingin masuk campur. “Meh, aku betulkan sikit tudung kau. Kenapa kau pakai tudung bawal? Tudung ekspreskan ada. Senang!” Awning tudung Max dibetul-betulkan.

   Max menjongket bahu. “Nenek yang sediakan, aku pakai jelah. Tak pakai kang kena tarik telinga. Baju kurung ni pun kena paksa jugak pakai.” Sindir Max.

   Nenek menjeling. “Nenek okey je kalau orang tu tak nak keluar rumah. Pakailah baju yang cam laki tu lagi.” Jawab nenek selamba.

   Pape jelah nek. Max chow lu. Bye!”!”

Wednesday 19 December 2012

On Rainy Days - Bab 18




   MAX ingatkan Alex tanya siapa lelaki dalam telefon bimbitnya dua hari lepas, nak selesaikan masalah tu sendiri. Ni Alex angkut dia sekali. Ah, sangat menyeksa jiwa ini. Orang nak buat kerja pun tak boleh. Terpaksa ambik cuti semata-mata nak balas dendam kat si Adam tu. Apa dia ingat company tu company bapak dia punya ke? Dahlah baru sebulan aku kerja kat sana. Kalau company bapak aku, takpelah jugak. Ni company orang lain. Aku kerja sebagai kerani je kat sana, tak lebih dari tu. Bos besar pun aku tak pernah jumpa lagi. 

   Aku bukannya tak nak kerja di syarikat chichi aku, biarlah aku kerja dengan orang lain dulu sebelum aku kerja kat syarikat sendiri. Timba ilmulah katakan. Max bermonolog di dalam hati.

   “Max… kau kenal tak pompuan yang duduk sebelah Adam tu?” soal Alex.

   Perempuan yang disebut oleh Alex dilihatnya. “Tu? Manalah aku kenal. Jumpa pun tak pernah, nak kenal pulak. Memang taklah!” beritahu Max sebal.

   “Janganlah marah sebab aku heret kau sekali ke sini.” Alex buat muka kesian. Raih simpati.

   Max mencebik. “Otak kau jangan marah. Aku punya keje berlambak lagi kat atas meja tu. Siapa yang nak bereskan? Kau? Tak kan?” ujar Max sinis.

   “Dah ada company sendiri, nak jugak kerja dengan company orang lain.” Balas Alex tiada perasaan.

   Ketika ini Max merasakan dia ingin membelasah Alex sehingga tiada kudrat. Baru puas hatinya. Namun, dia tidak sampai hati untuk berbuat sedemikian rupa kerana Alex itu kawannya. Walaupun perasaan marah dia terhadap Alex masih ada lagi, tetapi dia tidak akan buat begitu. Kenapa? Kerana Alex kawannya.

   “Weh… weh… dia dah nak kuar tu. Jom ikut.” Beritahu Alex apabila melihat Adam keluar dari restoran yang diintai dari tadi.

   Max berdecit. “Kau gi ar sorang-sorang, aku tak nak.”



   “TU la kau, aku dah cakap jangan buat jangan buat. Kau buat jugak. Kang tak pasal-pasal aku terjebak sekali dalam pergaduhan ni.” Beritahu Max geram.

   Ah! Stressnya aku. Kalau kau tu bukan kawan aku, aku takkan tolong kau. Dua lawan sepuluh tak termasuk Adam. Mana aci! Adam bawak geng. Adam sebenarnya sudah perasan yang ada orang mengikutinya sejak pagi tadi. Penyiasatan yang tidak menjadi.

   Belakang Max dan Alex bersentuhan apabila konco-konco Adam mendekati mereka. Bersedia untuk memukul Max dan Alex menggunakan kayu besbol. Tak aci guna barang! Jerit hati Max.

    Max memegang kayu besbol apabila orang suruhan Adam ingin memukulnya. Kayu besbol itu dirampas. Taklah hebat sangat. Lembik je aku tengok. Dengan sekali tarik, kayu besbol ni ada kat tangan aku. Senang kerja aku.

   Apabila melihat Max sedang leka, salah seorang daripada orang suruhan Adam menumbuk mukanya. Max berang. Orang suruhan Adam dipukul dengan menggunak kayu besbol yang dirampas sebentar tadi. Dia memandang Alex sekilas. Alex bertumbuk dengan beberapa orang suruhan Adam.

   Satu persatu orang suruhan Adam tewas ditangan Max. Sekali tumbuk, dah pecah bibir. Max menumbuk bawah perut mereka dengan menggunakan lengan. Mereka jatuh lalu terbatuk-batuk. Mereka tidak berdaya lagi untuk melawan Max.

   Max tersenyum sinis. Lembik rupanya lawan aku ni. Max menyapu tangannya yang berhabuk. Pipinya yang ditumbuk tadi dipegang sebentar. Done! Lima lawan satu. Alex dipandangnya. Langsung tidak terlintas dihatinya untuk menolong lelaki itu. Padan muka! Siapa suruh curah minyak atas api? Tanggung ar sendiri.

   “Max… tolonglah aku.” Jerit Alex. Dia dah tak sanggup untuk berlawan lagi. Letih. Bagi Alex, lima lawan satu sungguh tidak adil.

   Max hanya melihat Alex dibelasah oleh orang suruhan Adam. Apabila melihat Alex betul-betul tidak terdaya untuk melawan lawannya, barulah Max membantunya untuk menewaskan lawan. Seperti orang suruhan Adam yang ditewaskan olehnya sebentar tadi, dia juga buat begitu kepada lawan Alex. Tidak sampai lima minit, lima orang orang suruhan Adam bergelimpangan kerana kesakitan yang tidak dapat ditahan.

   “Adam, kali ni aku lepaskan kau.” Ucap Alex keras sambil berusaha untuk bangun apabila dibantu oleh Max.



   “BERLAGAK betullah kau ni budak. Ada hati lagi  cakap ‘Adam, kali ni aku lepaskan kau.’ Eh, kau jangan mimpi yang aku akan tolong aku lagi. Kau tengok pipi aku ni, sakit tahu tak?” Pipinya yang sakit ditunjukkan kepada Alex.

   “He he he! Sorry… Kau okey lagi, kena tumbuk kat pipi je. Aku… kena tumbuk kat pipi, perut.  Senak perut aku, pipi aku sakit, bibir aku pecah. Lagi sadis.” Beritahu Alex dengan nadanya yang kesian.

   “Padan muka kau. Sape suruh buat hal?” soal Max marah. Stereng kereta dibelokkan ke kanan.

   “Eh, kenapa kau belok kanan? Bukan ke rumah kita kat kiri?” Soalan dibalas dengan soalan kerana pelik.

   “Eh, suka hati akulah nak belok kiri ke kanan. Apa kau ingat aku ni siapa? Pembantu kau? Driver kau yang harus dengar apa yang kau cakap? Dahlah aku yang kena drive. Cam sial je!” bidas Max lancang.

   “Kaukan kawan lelaki aku. Kalau kau kawan perempuan aku, aku takkan buat kau macam ni. Aku akan layan kau elok je, macam aku layan Risya dengan Ad. Kau, aku layan macam Fasyinlah sebab kau lelaki.” Ujar Alex selamba.

   Pantang Max apabila jantinanya dibicarakan. Kereta yang dipandunya diberhentikan di tepi jalan secara mengejut. Dia keluar dari kereta itu.

   “Kau drive sendiri.” Beritahu Max lalu berlari dari situ.

   Alex meraup mukanya ke belakang. Bergurau salah timinglah! Max pun satu, mana sikap sporting dia tu? Sape yang ambik?



   MAX duduk memeluk lutut di dalam hujan di bawah pokok yang besar. Dia tiada hati untuk balik ke rumah. Dia sedih. Kenapa orang selalu mempertikaikan jantinanya? Bukannya dia ingin menjadi seperti ini.

   Gurauan kau keterlaluan, Alex.

   Max menangis di bawah pokok itu. Dia selalu dengar Ad cakap, I love to walk in rain because no one knows that I am crying. Dia juga jadi seperti itu.

   Tiba-tiba dia merasakan seseorang telah memayungi. Max memandang orang itu.

   “Ojou… naze nai teru no (kenapa kamu menangis)?” soal Michael sayu. Tanpa Max sedari, Michael mencintainya. Michael sedaya upaya menarik perhatian Max tetapi Max langsung tidak memandangnya. Mungkin kerana darjat dia dan Max berlainan. Dia dan Max bagaikan langit dengan bumi.

   “Apa salah aku Michael? Kenapa semua orang selalu mempertikaikan jantina aku? Aku tak nak jadi macam ni. Aku terpaksa!” bentak Max.

   Michael duduk di sebelah Max. Bahu majikannya dipegang. “Ojoulook at me.” Suruh Michael.

   Max akur. Wajah Michael dipandangnya. “Kalau seseorang tu nak berkawan dengan ojou, dia takkan tengok dari segi luaran. Diaorang akan tengok ni.” Michael melekapkan tangan kanan di dada bidangnya. “Diaorang tak boleh judge kita sesuka hati je. Kenapa? Sebab diaorang tak tahu hati budi kita.” Beritahu Michael sebagai kata-kata perangsang kepada Max.

   “Aku pun manusia jugak. Punya hati, punya perasaan. Bila diaorang judge aku sesuka hati, sabar aku berada di tahap kritikal. So, what should I do?” soal Max seperti budak kecil. Dia sudah kehilangan kata-kata untuk memberi kata-kata perangsang kepada diri sendiri.

   “What should you do? Kita tak perlu buat apa-apa. Kita diam je. Jangan hiraukan mereka yang berusaha jatuhkanmu. Kerana mereka akan kalah dengan sendirinya ketika melihatmu masih tegak berdiri. Mereka takkan ganggu hidup kita lagi dah.” Michael mengulas senyuman manis untuk meyakinkan Max.

   “Tapi kalau diaorang still nak ganggu hidup aku? Apa aku perlu buat?” Dia memandang wajah Michael dengan penuh berharap agar Michael menjawab soalannya.

   “Let me know. I’ll finish him or her.” Beritahu Michael dalam nada yang serius.

   Max ketawa mendengar kata-kata Michael. Akan kerjakan orang tu? Buat lawak? Aku boleh selesaikannya sendiri. Kata hati Max.

   Michael menyentuh pipi Max yang merah kerana ditumbuk. “Siapa yang buat ni?”

   Mata Max dan Michael bertembung. Michael segera melarikan matanya lalu melihat ke tempat lain. Jantung Michael bekerja lebih masa. Berdegup kencang. Ah! Aku dengan ojou tidak setaraf. Seperti langit dengan bumi. Berbeza. Aku hanya pekerja dia dan dia majikan aku. Tapi… apakan daya perasaan cinta ini datang dengan sendiri. Ojou, aishiteru

On Rainy Days - Bab 17




   “Andy, betul ke apa yang aku dengar ni? Kau nak bunuh Dayana? Cakap tidak, Andy. Katakan yang kau tidak bersalah. Katakan yang kau bukan pembunuh itu.” Ridzlan masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa Andhika cuba membunuh perempuan itu.

   Andhika mengeluh. “Ya, memang aku yang nak bunuh Dayana. Bukan orang lain. Ridz, aku dah bunuh ramai orang. Bukan dia seorang je. Aku sedar akan kesilapan aku, Ridz. Aku menyesal, aku dah insaf. Aku tidak perasan yang Dayana bukan lawan aku. Max, kawannya itu berketurunan yakuza. Aku tidak sempat untuk membunuh Risya kerana Max sempat sampai. Aku betul-betul bodoh. Disebabkan duit, aku nak bunuh orang. Aku buat perbuatan yang terkutuk tu. Aku berdendam dengan dia kerana aku ingat kemalangan yang terjadi kepada papa dengan mama disebabkan perbuatan daddynya. Rupa-rupanya orang lain. Musuh perniagaan papa aku yang lain. Kemalangan yang terjadi kepada daddy dan mummy Dayana tu, aku yang rancang. Aku upah orang untuk langgar kereta mereka. Aku banyak buat dosa dengan dia, Ridz. Aku malu dengan kau. Kau berkawan dengan pembunuh. Aku minta maaf.” Ucap Andhika kesal. Dia benar-benar menyesal sekarang ini. Dulu, dia buta kerana wang ringgit.

   Ridzlan meraup rambutnya ke belakang. “Kenapa Andy kenapa? Kenapa kau bodoh sangat nak bunuh orang semata-mata untuk wang? Wang tak boleh bawa ke kubur, ke akhirat. Kau dah kecewakan aku. Aku tak sangka perangai kau macam ni sekali.”

   “Maafkan aku Ridz. Aku tahu Ridz aku tahu. Aku dah menyesal sekarang. Aku takkan buat kerja tu lagi dah. Aku akan tebus balik dosa-dosa aku kepada Dayana selepas aku dibebaskan. Aku janji.” Beritahu Andhika bersemangat.

   “Aku pegang janji kau.”



   “Aku sebagai kawan Andhika, ingin memohon maaf atas apa yang dia telah buat kepada kau orang berdua.” Emeriez menundukkan kepalanya. Dia malu atas apa yang terjadi. Tetapi apakan daya, semua itu tidak dapat dielakkan. Semuanya telah menjadi sejarah.

   Fakhriy mencekak baju Emeriez. Wajahnya membengis. “Apa kau ingat dengan kata-kata maaf kau tu, boleh undur masa? Tak, kan?” soal Fakhriy sinis.

   Risya memegang tangan Fakhriy supaya Fakhriy bertenang. “Fasy, let bygone be bygone. Semuanya telah terjadi. Dah jadi kenangan silam. Janganlah emo sangat. Risya tak apa-apa.” Beritahu Risya tenang. Dia tidak ingin hal lama diungkit lagi. Sungguh menyakitkan!

   “Tapi…”

   Belum sempat Fakhriy meneruskan kata-katanya, Risya terus memotong. “Fasy, please jangan besar-besarkan perkara ni lagi. Andhika pun dah masuk penjara kan? It’s gonna be okay. InsyaALLAH.”

   Jikalau itu yang dikata oleh Risya, Fakhriy tidak boleh buat apa-apa. Tetapi hatinya sakit mengenangkan peristiwa itu. Risya hampir dibunuh!

   “Terima kasih, Dayana. Aku sendiri pun tak sangka Andhika akan buat keputusan yang teruk itu. Dia telah dibutakan dengan kemewahan duniawi. Aku memang tak tahu kenapa dia tegar buat perkara yang terkutuk itu. Sekali lagi aku minta maaf.” Emeriez menundukkan wajahnya lagi. Dia terpaksa merendahkan egonya kerana kawannya, Andhika. Inilah dipanggil kawan sejati.

    “Aku kena pergi sekarang. Dayana, sekali lagi aku berterima kasih dengan kau sebab kau sudi memaafkan Andhika walaupun dia dah hampir-hampir bunuh kau. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

   Risya dan Fakhriy hanya memandang Emeriez berlalu dari sini. Mereka berdua juga berlalu, menuju ke parkir kereta.

   Risya memandang wajah Fakhriy dengan pandangan yang tidak puas hati ketika Fakhriy mula memandu untuk pulang ke rumah. “Fasyin, kenapa dengan awak ni? Emo semacam je. Datang bulan eh?” tanya Risya dalam nada yang bergurau.

   Fakhriy menjegilkan matanya. Boleh pulak dia cakap kita ni datang bulan? Kalau dia tu, betullah. Marah hati Fakhriy. “Fasyin jealouslah tengok Risya ngan laki tadi.”

   Risya mengerutkan dahinya. “Jealous? Tah pape ar awak ni. He just my ex-senior not more than that. Tak dapat pape pun kalau awak jealous ngan Emeriez tuh. Buang karan je.” Beritahu Risya bersahaja.

   Fakhriy menjuihkan bibirnya. “Ex- senior ke ex-boyfriend?” Sengaja Fakhriy berkata begitu untuk menguji Risya.

   Risya menunjukkan penumbuknya kepada suaminya. “Nampak ni? Cakap bek-bek sikit eh. Kang tak pasal-pasal makan penumbuk ni tak ke menyesal tak sudah?” marah Risya. Ala.. bukan marah betul-betul pun. Marah-marah sayang. Tak ke dosa marah suami tanpa alasan yang kukuh.

   “Amboihh, garangnya. Orang gurau jelah. Tak payahlah emo sangat. Datang bulan eh?” Fakhriy menganjing Risya.

   “Awak!! Tak nak ah kawan ngan awak. Nak merajuklah macam ni.” Bibirnya memuncung. Mulutnya dikembungkan. Geram.

   Fakhriy ketawa besar mendengar kata-kata Risya. Buat lawak antarabangsalah pulak. “Dayana Batrisya, Muhammad Fakhriy Fasyin hanya bergurau. Tak lebih dan tak kurang. Jangan ar merajuk. Nanti Muhammad Fakhriy Fasyin merajuk jugak. Lagipun Muhammad Fakhriy Fasyin tak reti sangat bab-bab memujuk ni. Tak belajar lagi. So, Dayana Batrisya jangan merajuk eh? Nanti Muhammad Fakhriy Fasyin belanja aiskrim Tutti Fruity. Nak tak? Tapi Dayana Batrisya kena janji ngan Muhammad Fakhriy Fasyin yang Dayana Batrisya tak merajuk dengan Muhammad Fakhriy Fasyin dah. Boleh?” Sengaja Fakhriy menyebut nama panjangnya dan nama panjang Risya supaya kedengaran kelakar.

   Risya ketawa kecil mendengar Fakhriy berkata-kata seperti itu. Comel sangat! Suami sape la ni eh?



   MAX melihat Alex dengan pandangan yang dingin. Ni lagi satu masalah yang belum selesai. Masalah antara Alex dengan Max. Bilalah agaknya nak selesai ni eh?

   “Apa mimpi kau cari aku?” soal Max selepas melabuhkan punggung di atas kerusi di taman mini. Orang baru je nak tidur, tiba-tiba dia datang. What the hell?

   Alex mendengus. “Aku nak tanya kau, kau kenal tak laki ni?” Telefon bimbitnya diberikan kepada Max. Gambar Adam yang dibluetooth olehnya sebentar tadi tanpa pengetahuan Ad.

   Telefon bimbit Alex diambil malas. Dia mengangkat kening. Adam. Buat apa Alex tanya aku pasal jantan sial ni? “Kenapa kau tanya?”

   “Just answer my question, Marsha Maisarah!” ucap Alex serius.

   Max mencebir bibir. “What’s wrong with you ahh? Kalau nak tanya orang, tanyalah betul-betul. Tak payahlah marah-marah.” Bentak Max tidak puas hati. Dia bangkit dari duduk, dia ingin ke dalam. Tiada hati untuk menjawab soalan Alex.

   Tidak tahu mengapa, sejak dua menjak ini dia selalu teringat akan kata-kata Alex tempoh hari. Be my girlfriend. Ayat tu sukar untuk dia buang dari kotak fikirannya. Sakit hati ini apabila Alex ingin mempermainkan perasaannya.

   “Max pleaseDon’t make me like this. Pasal pekerjaan kedua aku tu, I’m so sorry. Aku rasa tak salah kalau aku menceburi bidang tu.”

   Langkah Max terhenti. Tersungging senyuman sinis di bibirnya. “Yes! Memang tak salah. Aku yang salah. Aku yang salah sebab tukar penampilan kau. Kau ingat dengan penampilan kau yang stylo ni, kau boleh mempermainkan perasaan perempuan-perempuan kat luar sana? Sorry ar wei! Just forget it.” Tiba-tiba sahaja Max berkata begitu.

   Kening Alex bercantum. Kenapa tiba-tiba keluar pasal perasaan ni? Tak masuk topik langsung! “Apa masalah kau ni Max? Tiba-tiba je cakap pasal ni.” Beritahu Alex pelik.

   Max meraup wajahnya. Ah, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku bersikap seperti ini? Di mana hilangnya sikap professional aku? Ah! Semua ni salah kau, Alex. Ya, memang tak salah lagi. Memang salah kau. Ujar hati Max.

   “Sorry… aku takde mood sekarang ni. Aku nak tidur.” Beritahu Max tiada nada.

   “Tak kesahlah kau nak tidur ke tak tapi kau kena jawab soalan aku. Sape laki ni?”

   Max merengus. “Adam. Jantan sial, pakwe Ad. Jantan yang tak reti banding kaca dengan permata.” Max terus memasuki rumahnya.

   “Wei weibefore kau tidur tu, jangan lupa solat dulu. Azan Zohor baru je berkumandang tadi. Jangan nak bagi alasan yang kau tu ABC la. Eh, kaukan laki mana ada ABC. DEF jauhlah.” Alex tersengih melihat muka merah menyala Max.

   “Haikal!! Kurang ajar kau. Aku tak nak kawan dengan kau.” Entah kali ke berapa Max berkata begitu kepada Alex. Tak boleh kira dengan jari.

   Alex merapatkan kedua-dua belah tangannya. Tanda minta maaf. Mukanya dibuat muka bersalah. Tidak sampai seminit, dia menghamburkan tawanya.


Monday 17 December 2012

On Rainy Days - Bab 16




   HUBUNGAN antara Ad dengan Max menjadi seperti sedia kala. Tiada lagi bermasam muka. Keadaan sudah menjadi seperti dulu. Inilah hikmahnya jika Max merendahkan egonya yang tinggi melangit itu.

   Akan tetapi, hubungan Max dengan Fakhriy masih lagi seperti dulu. Jika chichi dan haha mengadakan makan bersama keluarga, mereka akan bertemu. Jikalau tidak, haram! Memang taklah. Musuhlah katakan!

   “Max...” panggil Ad meleret.

   Max mengangkat mukanya, memandang Ad. Dia mengangkat kening, sebagai tanda menyoal.

   Ad menggaru kepala yang tidak ditutupi dengan tudung. Kini, mereka berdua berada di dalam bilik Max. Tidak perlu menutup aurat kerana tiada lelaki. “Kalau aku tanya, kau jangan marah eh?” soal Ad berhati-hati. Bimbang jika Max akan memarahinya.

   Max meletakkan komiknya di sisi. Kini, tumpuannya terarah kepada Ad. “Tanyalah.” suruh Max.

   “Err… macam mana eh aku nak tanya kau ni. Kau masih tak nak berbaik dengan adik kau si Fasyin tu ke? Kesian aku tengok dia tu. Kau seorang je kakak yang dia ada. Dah takde orang lain. Kau tempat dia mengadu. Bahu kau tu tempat dia menangis. Aku tahu, kau still sayangkan dia. Lagipun, tu adik kau. Darah daging kau sendiri. Bukan orang lain dah. Cuma ego kau je yang  melangit. Tak nak maafkan dia. Aku yang bukan darah daging kau ni, kau maafkan. Takkan adik kau sendiri pun, kau tak nak maafkan?” ujar Ad panjang.

   Keluhan berat dikeluh. ‘Otoutosan, gomen nasai.’ Ujarnya di dalam hati.

   Max memandang Ad dengan pandangan yang sukar difahami. Ad menelan liur. “Salah ke apa yang aku cakap tadi? Aku rasa betul je.” Gumam Ad.

   Ad hanya menggumam tetapi dapat didengari oleh Max. “Betullah apa yang kau cakap tadi tu. Tak salah langsung. Aku yang salah. Aku yang ego. Tak boleh nak maafkan adik sendiri. Aku kakak yang teruk. Kakak yang bertanggung jawab. Yang selalu menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.” Ujar Max sayu. Wajahnya menunduk. Memang dia yang bersalah dalam hal ni. Terus menghukum Fakhriy tanpa usul periksa.

   Ad berasa menyesal kerana menanyakan soalan itu kepada Max. “Max, aku minta maaf sebab tanya soalan yang tak patut aku tanya. Tapi aku buat semua ni untuk kebaikan kau jugak. Seteruk mana pun perangai adik kau tu, he still your younger brother.” Beritahu Ad.

   Max mengangguk. “Ya, walau apapun yang terjadi, dia tetap adik aku. Air dicincang takkan putus, kan?”

   “So now, kau dah maafkan dia?” soal Ad teragak-agak.

   Max hanya mengangguk. Dia adik aku. Darah daging aku. Sakit dia, sakit aku. Masalah dia, masalah aku. Sedih dia, sedih aku. Dia gembira, aku pun turut gembira. Kenapa? Kerana kami adik-beradik. Saudara kembar.



   AD menghirup udara segar di sebuah taman. Syukurlah, orang di sini menjaga kebersihan alam sekitar. Inilah contoh manusia yang bertanggung jawab.

   Matanya melingas melihat sekeliling. Ada sebuah keluarga yang sedang berjalan-jalan mengelilingi taman ini bersama-sama. Ciri-ciri keluarga yang bahagia.

   Kanak-kanak sedang bermain sesama mereka diselangi dengan gelak tawa. Sangat comel! Ad sangat merindui zamannya ketika masih kecil. Bermain-main bersama Alex, Fakhriy, Max dan Risya. Namun itu semua hanya kenangan lalu. Kenangan yang tidak dapat dilupakan.

   Ad melihat sepasang kekasih sedang duduk di atas sebuah bangku sambil bergurau senda. Ad tergamam melihat orang yang sangat dia sayangi sedang bermesraan dengan perempuan lain. Lelaki itu lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya beberapa tahun yang lalu. Insan yang sangat dia cintai, bermain kayu tiga.

   Apa salah dia? Tidak cukupkah kemewahan yang diberikan olehnya kepada Adam? Dia sanggup beri apa sahaja untuk Adam. Wang, rumah dan kereta telah diberikan kepada Adam. Apa yang tidak cukup lagi? Apa?!

   Dia sanggup dimarahi oleh papa dan mamanya semata-mata untuk memberikan kemewahan kepada Adam. Ini yang dia dapat? Bukan kebahagiaan yang dia dapat malah penderitaan! Patutlah semasa dia mengajak Adam ke majlis di university tempoh hari, dia menolak. Katanya neneknya yang sakit. Tetapi semua itu hanyalah dusta. Adam penipu besar!

   Dulu, dia ditinggalkan oleh Adam. Dan kini, dia yang harus meninggalkan Adam. Inilah dipanggil hukum karma. Aku tahu, Adam tidak akan menyesal jika aku meninggalkannya. Aku pasti.

   Dengan wajah tenang yang dibuat-buat, dia mendekati sepasang kekasih itu. “Hai, Adam.” Sapanya mesra. Dia tidak ingin dipandang lemah.

   Terkejut bukan kepalang Adam apabila Ad menyapanya. Pecah tembelang! Perempuan di sebelah Adam memandang Ad dengan pandangan yang jelik.

   “Err… Alya. Apa awak buat kat sini?” soal Adam tergagap-gagap.

   “Seronok duduk kat sini? Lepak dengan perempuan yang bukan mahram awak? Siapa saya dalam diri awak? Sanggup awak buat saya macam ni. Apa salah saya awak? Apa?! Kalau awak bencikan saya, kenapa awak terima saya kembali dalam hidup awak? Saya ni macam orang bodoh awak tahu tak? Mencintai awak bagai nak gila, tapi ni balasan awak untuk saya? Saya setia, awak pulak yang curang. Mana janji-janji awak dulu? Takkan tinggalkan saya lagi. Akan berada di sisi saya semasa saya sedih. Mana?” Mata Ad berkaca-kaca. Bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh.

   “Hey, perempuan. You ni siapa? Tiba-tiba je cakap macam tu kat boyfriend I.” marah perempuan yang berada di sebelah Adam tadi.

   Adam mati akal. “Alya… dengar penjelasan saya dulu. Ni bukan apa yang awak sangkakan.” Adam cuba untuk menegakkan benang yang basah.

   Ad tersenyum sinis. “Bukan apa yang saya sangkakan? Awak ingat saya ni bodoh sangat ke? Dah terang-terang yang awak main kayu tiga. Tang mana lagi yang bukan saya sangkakan? Kalau awak dah tak sukakan saya, cakap je. Saya boleh lepaskan awak tapi bukan ni caranya awak! Mana Adam yang saya kenal dulu? Adam dulu dengan Adam sekarang memang berbeza. Goodbye Adam. Saya tahu, awak memang tidak inginkan saya lagi. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menggembirakan saya walaupun sekejap. Maafkan kerana mengganggu kamu berdua. Saya pergi dulu.” Ad mengulum senyuman sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

   Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Orang yang berada di taman ini berlari-lari mencari tempat untuk berteduh. Begitu juga dengan Adam dan perempuan tadi tetapi tidak buat Ad. Hujan seakan-akan memahami gelora hati Ad. Ad menangis semahunya di dalam hujan. Sekali lagi dia menggunakan kata-kata ini, I love walking in the rain because no one knows I’m crying. Puisi yang pernah dia baca juga telah terjadi kepadanya.


On the rainy days you came and find me,
Torturing me through the night,
When the rain starts to stop,
You follow slowly, little by little, you will stop as well.


What can I do about something that already ended?
I’m just regretting after like a fool I am,
Rain always fall so it will repeat again,
When it stops as well.



   ALEX mendekati Ad yang kelihatan termenung. Bahu Ad disentuh lembut untuk menyedarkan Ad daripada terus mengelamun. Punggungnya dilabuhkan di atas bangku berdekatan dengan kolam renang.

   Lamunan Ad berkecai. Dia mengulum senyuman kepada Alex.

   “Ad, ada masalah ke? Ceritalah kat abang.” Jika Ad dan Alex sahaja ada di situ, Alex akan membahasakan dirinya abang.

   Ad menggeleng perlahan. “Takdelah bang. Ad mana ada masalah.” Ad menundukkan wajahnya. Dia tidak ingin Alex melihat wajahnya yang mendung itu.

   “Ad jangan tipu abang. Abang kenal adik abang. Dia takkan jadi macam ni kalau takde masalah. Ceritalah Ad, mungkin abang boleh tolong.” Alex sedaya upaya memujuk Ad supaya menceritakan masalahnya kepada dia.

   Wajah Alex ditenung lama. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh jua. Menangis mungkin tidak akan menyelesaikan masalah tetapi menangis dapat menenangkan kita.

   “Hey, what’s wrong? Abang ada buat salah ke?” soal Alex prihatin. Dia sangat menyayangi Ad. Sesiapa yang berani menyakiti Ad, orang itu sedang menempah bala, mungkin maut.

   Ad menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak, abang mana ada buat salah dengan Ad.” Bibirnya mengoyak senyuman hambar.

   “Kalau abang takde buat salah, kenapa Ad nangis? Cakap siapa yang berani buat Ad nangis.” Wajah Alex bertukar menjadi serius. Jarang sekali untuk melihat wajah ceria Alex menjadi serius.

   Ad hanya mendiamkan diri. Tiada hati untuk menceritakan hal yang sebenar.

   “Ad…”

   “Abang, Ad mengantuklah. Ad masuk dulu, nak tidur. Good night. Assalamualaikum.” Lebih baik dia berlalu dari situ sebelum Alex menanyakan soalan yang bukan-bukan.

   Alex menjawab salam Ad di dalam hati.