Followers

Thursday 7 August 2014

RINDU


Rindu.
Ada apa dengan rindu?
Apakah maksud rindu?
Kenapa mesti ada perasaan ini dalam diri semua orang?
Salahkah jika tidak merindui?

Rindu.
Terlalu ramai orang ungkapkan perkataan ini.
Tetapi, adakah mereka tahu akan makna rindu?

Rindu.
Bagaimanakah rasa ini?
Sakitkah?
Jika benar, tidak perlulah merindui.

Saturday 2 August 2014

Cerpen : Memang Bukan Jodoh



PERKENALAN kami sudah mencecah 2 tahun. Berkenalan di dewan semasa minggu orientasi. Menjadi rakan kerana kami sebuah kumpulan.

Aku dan dia. Satu fakulti. Satu kelas. Kami menjadi kawan baik. Tanpa sedar.

Pada suatu petang, aku dan dia melepak di sebuah kafe di dalam ipta itu. Aku melihat sahaja orang lalu lalang tanpa menunjukkan sebarang riak. Air yang dipesan sudah habis diminum. Hanya menunggu Fattah untuk menghabiskan santapannya.

"Awak ada pakwe?" soal Fattah tiba-tiba.

Aku pandang wajah Fattah. Aku mengulas senyuman nipis. "Asal, awak nak jadi pakwe saye ke?" Pertanyaannya aku balas dengan soalan.

"Boleh jugak." beritahunya selamba.

Mendengar jawapan itu, aku ketawa lepas. Pandai pulak buat lawak.

"Buat mase skrg ni, takde."

Dia mengangguk faham. "Pernah kapel?"

Aku menggeleng sahaja sebagai jawapan kepada soalan lelaki itu.

"Asal? Pernah dikecewakan?"

Aku ketawa kecil. "Dikecewakan? Kapel pun tak pernah."

"Who knows? Or you have some stories? Why not you tell me?"

Malas menjawab soalan Fattah telefon bimbit diambil. Ikon wechat ditekan.

"Wechat." Satu perkataan itu aku sebut tanpa aku sedar.

"Pardon?"

"Eh? Takde pape la."

Fattaj mendengus perlahan. Dia tersenyum nakal. Telefon bimbit ditanganku dirampas.

Aku cuba untuk mengambil kembali telefon bimbitku, namun tidak berjaya.

Fattah tersenyum puas. Skrin telefon bimbit itu dipandang. Dia terkaku. Agak lama.

"Awk suka lelaki ni?"

"No, I'm not."

"Seriously?"

Aku hanya mengangguk.

"Tell me what had happened."

Aku menggaru kepala. Tidak sempat aku membuka mulut untuk menceritakan apa yang berlaku, tiba-tiba telefon bimbit lelaki itu berdering. Aku menarik nafas lega.

Aku dah boleh lupakan semua tu tapi kenapa perasaan ni muncul balik? Jodohku sudah sampai mungkin. Aku mengulas senyuman kecil. Mengarut.



BARANG ditanganku terlepas. Badanku terkaku melihat kejadian itu. Sebuah kemalangan maut betul-betul terjadi di hadapannya. Sama seperti lima tahun dulu. Ibu dan ayahku meninggal dunia kerana sebuah kemalangan.

Kemalangan itu berlaku di hadapanku. Aku menjadi saksi akan kematian ibu dan ayah. Aku menjadi trauma.

Pedih. Perih. Perit.

Namun itu takdirku. Aku patut terima dengan hati yang terbuka.

Tidakku sangka yang aku akan menyaksikan kemalangan yang berlaku buat kali kedua. Walaupun bukan melibatkan ahli keluargaku, namun kemalangan itu memberi impak yang besar kepadaku.


Amanda. Namaku dipanggil dan aku tahu siapa si pemanggil.

"Awak okey tak?" Pelik melihat reaksiku seperti patung. Kaku sahaja.

Barang yang jatuh, Fattah mengutipnya tanpa disuruh.

"Awak.."

"Ya saya?" Wajah lelaki itu dipandang, senyuman hambar dihadiahkan. Hanya itu yang aku mampu.

"Awak okey ke tak ni?"

Tanpa menjawab soalan itu, aku terus meninggalkannya. Laju sahaj kakiku melangkah ke tempat yang agak jauh dari tempat tadi. Tempat yang agak tenang dan tidak diketahui lokasinya.

"Saya tak okey." Batu-batu kecil dilemparkan ke dalam tasik. Aku menangis tiba-tiba.

Fattah duduk di sebelahku. Walaupun penat, tetap dia ikut rentakku.

"Kenapa awak menangis?" Seperti anak kecil sahaja, dia bertanya. Kedengaran agak naif.

Wajah Fattah tidak berani aku pandang. Lutut aku rapatkan ke dada dan aku letakkan kepalaku di atas lutut. Aku menangis lagi. Aku sendiri tidak tahu sebab kenapa aku menangis.

Fattah mengambil ranting kayu yang tidak terlalu pendek. Lenganku ditekan-tekan menggunakan ranting kayu itu.

"Stop crying, please. Awak, apa guna saya sebagai kawan awak kalau awak tak kongsi masalah awak kat saya."

"Saya mana ada masalah." Kepala aku angkat. Air mata aku lap menggunakan lengan baju. 

"Tipu dosa tau."

"Yes, I know. But I've no any problems. Don't worry."

Kedengaran Fattah mengeluh halus. Lantas dia mengulum senyuman nipis. 

"Dua tahun kita kawan tapi awak tak pernah pun cerita tentang family awak."

"Dan awak pun tak pernah cerita tentang keluarga awak." sangkalku. Tidak beriak.

Fattah menjuih bibir. Ada sahaja idea perempuan ini untuk menyangkal kata-katanya. "Oh, anyway. Hari tu. Pasal gambar lelaki dalam hp awak. Awak tak cerita lagi kat saya. So why don't you..."

Belum sempat Fattah menghabiskan kata-katanya, aku terus memotong. "Wah, cantiknya tempat ni!" Aku pandang wajah dia. Aku senyum.

"Jangan tukar topik, boleh tak?" kata Fattah. Agak bengang dengan kelakuanku.

Aku menunduk. Keluhan dilepaskan.

"Awak... jangan paksa saya." Suaraku agak mengendur.

"Macam mana saya nak tahu masalah awak, sedangkan awak tak pernah cerita masalah awak kat saya?"

"Sayakan dah cakap, saya takde masalah. Kenapa awak tak faham-faham? Kenapa saya mesti ceritakan kat awak?" Suaraku agak meninggi. Tertekan kerana Fattah terlalu mendesak untuk dia menceritakan tentang insan di dalam gambar kepadanya.

"Maafkan saya kerana terlalu mendesak." Perlahan sahaja suara Fattah.

Aku menjadi serba salah kerana bersikap sedemikian. Bahunya disentuh dengan telunjuk.

Dia pandang aku. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak. 

"Bagi saya masa dan saya akan ceritakan semuanya kepada awak."



WAJAH itu aku pandang dengan persoalan yang membuak-buak di minda. Insan yang berbaju berwarna biru itu, langsung tidak aku kenali. Ajak berjumpa setelah beberapa kali berchatting di WeChat.

Sebelum ini, aku tidak pernah berjumpa mana-mana lelaki yang mengajak aku bertemu. Memandangkan Fattah sudi menemaniku, jadi aku mahu berjumpanya walaupun malas.

Kaki Fattah aku sepak.

Lelaki itu terkejut. Dia menjegilkan matanya kepadaku.

Aku tersengih. Aku malas memanjangkan pertemuan ini.

"So, asal nak jumpa?"

"Emmm..." Teragak-agak lelaki itu ingin bersuara.

Aku pandang Fattah. Aku memberi isyarat supaya dia beredar seketika.

Fattah patuh.

"I suka you." ucap lelaki berbaju biru itu.

Aku mengangkat kening kanan. Serentak itu, aku gelak perlahan. Muka lelaki itu aku pandang sekali lagi.

"Sebab?"

Aku melihat dia teragak-agak untuk menjawab soalan aku. Aku mengulas senyuman sinis. Soalan mudah pun tak boleh jawab.

"I tak pernah hadapi situasi ni. Hati I, berdebar-debar apabila I chat dengan you. Jiwa I tak tenteram. Asyik teringatkan you." ulasnya bersungguh-sungguh.

Aku menghadiahkannya seulas senyuman yang paling manis. "Saya tak suka awak." Aku bangun dari duduk lalu meninggalkan tempat itu.



"KENAPA dia nak jumpa awak?" soal Fattah.

Aku tersengih kecil. "Saya tak tahu apa motif dia nak jumpa saya tapi dia cakap dia suka saya. Tolong pegang handbag saya." Beg tangan aku serahkan kepada Fattah.

"So, apa respon awak?"

Aku melabuhkan punggungku di atas sebuah bangku kayu di bawah sebuah pokok besar yang rendang. Fattah mengikut rentakku.

"Saya cakap, saya tak suka awak."

Fattah pandang mukaku dengan pandangan yang tidak percayai. Mudah betul minah ni reject orang, kata Fattah dalam hati.

"Asal tengok muka saya macam tu?"

"It's hard for me to believe you. Semudah tu awak tolak orang. Langsung takde kias."

"Letihlah awak layan orang macam ni. Bukannya dorang serius pun. Kenal pun tak, terus kata suka. Come on."

"Kenapa susah sangat awak terima dorang?"

"Bukan jodoh saya, mungkin. Saya tak berminat. Dorang bukan taste saya."

"So macam mana taste awak?"

"Pandai melukis."

Fattah mengangguk faham. "Mesti ada sejarah kenapa awak suka lelaki pandai melukis."

Aku hanya mengulas senyuman nipis. Tiada hati untuk menceritakan kepada lelaki itu.

Fattah tersenyum hambar. Dia faham, perempuan di hadapannya tidak ingin bercerita kepadanya.



"MANDA, gua dapat mangsa baru." ujar Zuyyin, rakan sebilikku sejak dua tahun yang lalu.

Aku sudah masak benar dengan perangai Zuyyin. Dia couple bukan atas dasar suka sama suka namun, lelaki itu sahaja yang syok sendiri. Tiada seorang pun yang tahu akan hobinya yang satu ini.

Namun, itu menyalahkan dia, aku tak mampu. Lelaki itu dengan rela hati meminta Zuyyin untuk menjadi teman lelakinya walaupun sudah ditolak berkali-kali. Mahu atau tidak, dia terpaksa menerimanya.

Aku mengulas senyuman sinis. "Again? Agak-agak berapa minggu boleh tahan?"

"Tah. Tengoklah macam mana nanti. Seminggu kot paling lama."

"Agak-agak bila lu nak resign? Kesian gua tengok lu buat anak teruna orang meleleh."

Zuyyin senyum sahaja. "Gua dah cakap, gua tak nak. Dah dorang paksa jugak, gua on la. Before this, gua pun ada cakap, jangan menyesal. So, sape yang salah? Gua ke dorang?"

Aku hanya mengulas senyuman nipis. Enggan memberi respon akan soalan yang ditujukan kepadaku.



"MASA saya Form 2, saya pernah suka mamat ni. Kami tak pernah jumpa even banyak kali dia ajak. Kenal kat wechat. Macam mamat hari tu. One day, saya ada tanya dia..."

+Awak pernah kapel tak?
-Pernah.
+Then, asal awak clash?
-Malas saya nak ingat pasal ni.
+Sedih tak masa awak clash?
-Sedihlah jugak tapi lagi sedih kalau saya putus kawan dengan awak.

Aku lihat wajah Fattah yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku senyum sedikit. "Sampai sekarang saya ingat ayat tu. Gila hebat penangan ayat tu. Hahaha. Beberapa hari lepas tu, dia cakap..."

-Saya suka awak. 
+Ok. Lawak -_-
-Saya tak buat lawak. Saya betul-betul suka awak. Awak suka saya tak?
+Saya suka kawan awak. :D
-Saya suka awak lebih dari seorang kawan.
+Errr.. Awak. Saya taknak lagi fikir pasal ni.
-Okey. Saya faham.

"Lepas, saya balas dia punya chat macam tu, saya rasa menyesal. Saya pun tak tahu kenapa. Perasaan ni takde sebelum ni. Rasa bersalah pun ya jugak."

"Then, asal awak tak tarik balik kata-kata awak?" soal Fattah, ingin tahu.

Aku menjuih bibir. "Tak terpikir langsung. Even saya tolak dia, saya dengan dia still kawan. Chat macam biasa. Kadang-kadang kami otp. Oh, kalau tak silap saya, kami otp baru 2kali. Saya ada tanya dia, dia suka subjek apa. Then, dia kata.."

-Saya suka PSV.
+PSV? Saya gagal subjek ni.
-Gagal? Macam mana boleh gagal? Sayakan dah ajar.
+LOL xD Mengarut. Pandai betul awak berdrama. Tak sangka.
-Well~

"Thats the reason why I like someone who know how to art."

Fattah diam sahaja. Tidak memberikan sebarang respon.

"Ada la jugak kadang-kadang dia bergurau nak masuk meminang. Walaupun saya tahu dia bergurau tapi tah kenapa saya tetap menunggu. Dalam bulan November, dia exam SPM. Thats mean, lepas dia exam, dia akan balik KL. Saya rasa sedih sebab saya rasa saya dah sayang dia walaupun tak pernah jumpa."

+Lepas habis exam nanti, awak balik KL ke?
-Ha'ah.
+Then, awak tak datang sini balik ke tak?
-Balik. Asal?
+Oh. Takde pape saja tanya.
-Okey.



"SAYA sayangkan awak, Amanda. Kenapa susah sangat untuk awak terima saya?" jerit Daniel di dalam dewan belajar. Mujurlah pensyarah sudah keluar dari sini. Meskipun begitu, ramai mahasiswa & mahasiswi melihat adegan ini.

Aku terpaku seketika. Aku memandang wajah lelaki itu. Senyuman nipis diulas.

"Pengalaman memdewasakan saya."

"Saya takkan kecewakan awak."

"So, make me love you."


KERTAS dilipat untuk dijadikan kapal terbang kertas lalu aku terbangkan kapal terbang kertas itu. Kapal terbang kertas itu terjatuh di dalam lopak yang mempunyai air.

"Macam tulah hati saya bila lelaki tu langsung tak balas mesej saya. Tak remuk tapi sakit. Sedih. Nak pulihkan balik, susah. Nak menangis? Tak guna. Langsung tak boleh ubah takdir. Jadi, saya kentalkan hati untuk tidak fikirkan dia. Cuba buang nama dia dalam hati saya. Namun, gagal."

Fattah berjalan ke arah lopak air. Dia menggamitku supaya aku datang ke situ. Aku menurut. Aku melihat kapal terbang kertasku. Lidahku terkelu.

"Saya akan buat awak tak fikir lagi pasal dia yang lama. Saya takkan buat awak sedih, sakit. Saya akan jadi macam daun kat bawah kapal terbang kertas tu. Jadi penyelamat awak. Saya akan buat awak fikir pasal dia yang baru. Perangai dia yang lama, dia dah buang. Dia menyesal. Dia dah berubah sekarang, jadi lebih baik."

"Saya tak faham."

"Awak, orang yang awak ceritakan tu, saya. Saya masa zaman sekolah dulu."



FATTAH menjerit, menyebut namaku. Aku tidak menghiraukan jeritan itu. Malah, langkah kakiku sengaja aku cepatkan.

Sejak hari itu, aku sengaja menjauhkan diri daripadanya. Bukan kerana sakit hati tapi aku perlukan masa. Perlukan masa untuk menerima hakikat ini.

Perasaanku ketika ini?

Berbaur. Kecewa. Gembira. Sedih.

Kecewa sebab Fattah, tidak memberitahunya perkara ini sejak dari awal lagi. Gembira kerana dapat berjumpa dengan lelaki yang aku cintai. Sedih sebab memikirkan perkara yang telah Fattah buat kepadaku.

Fikiranku kini serabut. Memikirkan hal perasaannya terhadap Fattah. Hal kuliah lagi. Daniel pula tidak habis-habis mendesakku untuk menerima cintanya.

"Manda, jangan buat saya macam ni. Please." Tanpaku sedari Fattah, sudah berada di hadapanku. 

Aku pandang wajahnya. "Saya buat apa?"  soalku seperti tiada apa-apa yang berlaku. Berlagak naif.

"Buat saya macam tak wujud."

Aku tersenyum. Sinis. "Sakit?"

Fattah mengangguk.

"Macam tulah saya rasa apabila awak buat saya macam tak wujud sebelum ni."

"Dahlah Fattah. Kau janganlah buat dia sedih lagi. Aku tahu, kau nak permainkan dia lagi. Macam sebelum ni. Aku kenal kau siapa. Kau takkan berputus asa selagi kau tak dapat apa yang kau nak tapi bila kau dah dapat, kau buang dia." sampuk Daniel.

Aku dan Fattah memandang wajah yang mencelah. Wajah Fattah juga aku pandang. Bersilih ganti.

Muka Fattah kelihatan tegang. Daniel tersenyum sinis. Tanpa berkata apa-apa, aku meninggalkan mereka. Masalah bertambah lagi.



"APA yang kau tak puas hati dengan aku? Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan hidup aku. Takkan Amanda pun kau nak rampas dari aku? Tak cukup lagi kau ke kau suruh aku mainkan dia?"

Daniel memeluk bahu Fattah. "Kau tak boleh salahkan aku. Kenapa? Sebab kau sendiri yang setuju untuk buat dia jatuh cinta kat kau dan kau tinggalkan dia. So? Tang mana salah aku?"

Fattah mendengus. "Pergi mati la kau. Kali ni, jangan kau kacau Amanda. Dia hak aku."

"The best man win. As usual." Daniel mengenyit matanya kepada Fattah. Senyuman sinis jelas terpampang di bibirnya. Dia melepaskan tangannya daripada terus memeluk bahu Fattah.

Fattah juga tersenyum sinis. Menyahut cabaran barangkali. "The best man win."



Saya tak sangka yang itu awak. Fattah yang pernah saya cinta dulu. Cinta monyet? Mungkin. Takkan kekal lama. Benar. Walaupun mengambil masa yang lama untuk lupakan dia, tapi perasaan itu tidak kekal. Tapi hanya buat sementara waktu. Dan kini, perasaan itu kembali. Kembali bersemi di hati. Sakit. Sangat. Sudah dua tahun kenal, malah sudah menjadi kawan baik. Namun, awak tak pernah bagi tahu pun yang itu awak. Awak yang pernah saya suka. Sampai hati awak.

Diari ditutup. Diletakkan di dalam laci.

Telefon bimbit dicapai. Ikon mesej di tekan. Mesej dari Fattah.

'Kita jumpa. Saya ada kat bawah.'

Nak tak nak, aku harus turuti permintaannya walau hati ini bimbang. Bimbang jika mata ini akan berair atau erti kata lain, menangis. 



"Saya minta maaf."

"Awak takde buat apa-apa kesalahan." sanggahku. Suaraku kedengaran agak dingin.

Sebatang lolipop dihulurkan kepadaku. Berharap aku menyambutnya. Dia mengulum senyuman nipis.

Aku pandang lolipop dan mukanya bersilih ganti. 

"Saya tahu awak suka makan benda ni. Terimalah."

Senyuman sinis tersungging dibibirku. Kau ingat senang nak pujuk aku? Merajukkah aku?

Aku merampas lolipop itu dari tangannya. Benar, lolipop ini gula-gula kegemaranku.

Dia tersengih.

"Amanda." Aku menyebut namanya.

"Saya."

"Terima kasih."

Dia mengangguk. "So sekarang awak dah maafkan saya?"

"Awak takde buat apa-apa kesalahan kepada saya. Sudahlah. Lupakan kenangan silam." beritahuku.

"Tanpa kenangan silam, saya takkan kenal awak. Jadi, saya takkan lupakan kenangan silam." kata Fattah.

"Namun, dengan adanya kenangan silam, kita putus hubungan walaupun hanya sebagai kawan biasa."



AKU dongakkan kepala sedikit memandang lelaki bertindik telinga ini agak tinggi. Aku mengulas senyuman nipis. Tidak nampak keikhlasan dalam senyuman tersebut.

"Maafkan saya. Saya tak boleh terima awak, terima cinta awak," kataku.

Daniel terdiam sebentar. "Tapi kenapa? Apa kekurangan saya sampai awak tak boleh terima saya?" soal Daniel. Ingin tahu.

"Awak takde apa-apa kekurangan bagi saya."

"Then?"

"Sebab saya tak cintakan awak. Maaf. Saya tak boleh paksa diri saya untuk cintakan awak walaupun awak dah buat banyak benda untuk saya."

"Saya sudah boleh jangka jawapan awak, Amanda." Usai berkata begitu, Daniel terus berlalu dari situ.

Aku terdiam. Mencerna ayat yang terluncur dari bibir lelaki itu. 'Saya sudah boleh jangka jawapan awak'.



BUKU yang dibaca, ditutup lalu disimpan di dalam laci meja. Aku rebahkan badanku di atas katil. Lengan diletakkan atas dahi.

Aku ingin tidur sebentar sementara menunggu kelas yang akan berlangsung pada pukul 2 petang. Sekarang baru pukul 9:56 pagi. Lebih kurang empat jam lagi sebelum kelas bermula.

Fikiranku tiba-tiba teringatkan akan kata-kata Fattah tempoh hari. Aku tersengih sendirian.  Walaupun kata-kata itu buat aku sedih tetapi dalam masa yang sama, aku gembira. Tidak sia-sia aku menunggunya selama enam tahun.

"Amanda?"

Aku pandang wajah jelita itu. "Ye saya. Anything?"

"Saya dengar awak kapel dengan Abdul Fattah Abdul Wadud. Betul?" Wajah gadis ini tidak memberikan apa-apa riak.

Aku tersenyum kecil. "Tak. Kami kawan je."

"Oh, baguslah! Saya, Waqihah. Tunang Abdul Fattah." Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku.

Senyuman aku mati. Jantungku berdegup kencang. Apa semua ni?

Aku menyambut huluran itu. Kami berjabat tangan. Aku paksa bibirku untuk mengulas senyuman. Berjaya. Mujurlah.

"Saya tak kisah awak ingin berkawan dengan Abdul Fattah. Saya takkan halang kamu berdua untuk terus menjadi kawan baik. Cuma satu je yang saya mintak, ......."



"JANGAN jatuh cinta terhadap Abdul Fattah." Aku sebut kembali apa yang dikata oleh gadis itu. Aku berpura-pura ketawa. Cuba untuk rawat hati yang sakit ini. Dalam masa yang sama, cuba untuk tipu diri sendiri yang aku okey. HAHA.

Zuyyin pegang bahuku. "Belajarlah untuk lupakan dia. Hilangkan rasa cinta itu dalam hati lu."

"Bukan mudah, Yin. Dia mintak gua untuk tidak jatuh cinta kepada Fattah. Enam tahun Yin. Enam tahun aku simpan rasa ni. Aku pendam. Aku jatuh cinta sebelum dia minta aku untuk tidak jatuh cinta kepada Fattah. Mungkin aku kenal Fattah dulu sebelum dia."

"Lelaki bukan dia sorang. Ramai lagi. Ramai yang jauh lebih baik daripada dia."

"Tapi dia yang aku cinta."

Zuyyin buntu. Mati kutu. Tidak tahu apa yang ingin dikata. Setiap kata-katanya semangatnya, dipatahkan olehku. Akhirnya, dia putus untuk berdiam diri.



SEJAK hari itu, aku cuba untuk menjarakkan diri dari Fattah sekaligus untuk membuang perasaan cinta ini walau hati ini sakit. Siapa yang sanggup buang perasaan yang sudah lama bersemi di hati ini? Namun, aku terpaksa. Dia milik orang lain. Mungkin dia bukan jodohku.

Sepahit mana kenyataan ini, aku memang harus telan. Tidak boleh kata tidak. Ini ujian untukku.
Sekuat mana cintaku terhadapnya, andai sudah tertulis dia bukan jodohku, maka aku dan dia memang tidak ditakdirkan untuk menjadi lebih daripada seorang rakan.


-TAMAT-

Ending yang tidak memuaskan? Maafkan saya. Hanya ini yang mampu saya buat.