Followers

Friday 26 July 2013

Cerpen : Sebab Aku Cinta Kau




   CEPAT-CEPAT Humairah menutup radio apabila lagu yang tidak suka didengarnya berkumandang di corong radio. Dia tidak suka mendengar lagu itu, walaupun ramai orang yang menggemari lagu itu. Tetapi tidak untuk Humairah. Dia meneruskan pemanduan untuk pergi ke mana-mana restoran untuk mengisi perut yang kosong ini.

   Humairah memarkir keretanya. Dia melihat ramai orang yang berada di situ. Dia mengeluh halus. Dengan langkah yang perlahan, dia berjalan ke arah restoran itu.

   Humairah mengambil tempat yang paling hujung di restoran itu. Dia mengangkat tangan untuk memanggil pelayan. Menu di atas meja dilihatnya.

   "Ya, cik. Nak pesan apa?" tanya seorang pelayan lelaki.

   "Lasagna Bolognese and carrot juice." beritahu Humairah tanpa melihat muka pelayan lelaki itu.

   Sementara menunggu makanannya sampai, Humairah mengambil buku di dalam beg sandangnya. Tiba-tiba suasana restoran itu riuh. Perhatian Humairah terhadap pembacaan terganggu. Dia menghela nafas panjang. Mukanya diangkat untuk melihat apa yang berlaku.

   "He is handsome."

   "Wah, berkarismanya dia."

   Itulah ayat-ayat yang didengari oleh Humairah. Dia mencebik. Pantang tengok lelaki hensem, mesti melting. Mata Humairah melihat lelaki itu. Lelaki itu bersama kawannya. Sekali lagi Humairah mencebik. Berlagak nak mampus. Poyo giler!

   Makanan yang dipesan oleh Humairah sebentar tadi sudah sampai. Ucapan terima kasih diucapnya. Humairah mendengar kerusi di hadapannya ditarik.

   Humairah mengangkat muka lalu menyambung makannya kembali. Orang di hadapannya langsung tidak dihiraukan. Setelah selesai makan, dia memandang lelaki yang berada di hadapannya dengan muka yang tiada sebarang riak.

   "Apa yang awak nak dari saya, Encik Fiqri?"

   "I  nak hati you."

   Humairah buat-buat ketawa. Resit di atas meja dicapai. Beg sandang diambil. Dia meninggalkan lelaki yang dipanggil Encik Fikri itu.



   "HUMAIRAH, tadi ada orang datang." beritahu kawannya, Nasha.

   "Oh!" Itu sahaja jawapan yang terpacul dari mulut Humairah. Dia berbaring di atas sofa. Matanya ditutup dengan lengan.

   Nasha mendengus melihat reaksi Humairah. Langsung tiada perasaan tertanya-tanya. "Dia ada tinggalkan hadiah untuk kau."

   "Kau ambik jelah hadiah tu. Aku bukan budak-budak lagi sampai nak bagi aku hadiah."

   Mata Nasha membuntang. "Kau biar betul? Hadiah tu bukan hadiah biasa-biasa. Teddy bear kot. Bukannya yang kecil tapi yang besar."

   "Aku cakap, ambik-ambik jelah. Takyah la banyak tanya. Kalau kau tak nak, aku buang." Humairah meninggikan suaranya.

   Terangkat bahu Nasha apabila Humairah memarahinya. "Humairah, maafkan aku. Aku... aku... ambik hadiah tu." Nasha sudah sedia maklum yang Humairah ni panas baran tapi dia baik. Rumah yang Nasha duduk sekarang ni, rumah Humairah. Humairah selalu menolongnya apabila dia memerlukan pertolongan. Nasha banyak terhutang budi dengan Humairah. Ya, banyak sangat.



   "HAI, cantik! Jom teman I makan." ajak lelaki yang terkenal di kampus itu. Lelaki itu bukan seorang tetapi bersama dua orang kawannya.

   Nasha tidak menghiraukannya. Dia berasa takut. Dia perlukan Humairah sekarang ini.

   Lelaki itu memegang tangan Nasha. Nasha merentap. Dia berlari sepantas yang mungkin. Nasha jatuh apabila dia terlanggar badan seseorang. Tubuh Nasha menggigil.

   Humairah mengaduh kecil. Dia melutut apabila melihat orang yang dicarinya terjatuh. "Hei, Nasha. Kenapa ni?" tanya Humairah lembut. Sebenarnya, dia ingin pergi ke kelas Nasha.

  Nasha terus memeluk tubuh Humairah. Dia menangis di bahu Humairah. "Humairah... ada orang kacau aku." Bahu Nasha terhenjut-henjut kerana menangis.

   "Siapa?"

   Nasha berpaling ke belakang. "Dia ada kat belakang tu." beritahu Nasha.

   "Yang mana satu?"

   "Yang pakai baju merah tu."

   "Okay, noted! Kau tunggu aku kat kafe."



   BAHU lelaki yang diberitahu oleh Nasha sebentar tadi, dicuit.

   "Wah, ada awek la." beritahu lelaki yang berbaju T-shirt berwarna biru.

   Di saat lelaki yang berbaju merah itu berpaling ke belakang, Humairah terus menumbuk muka lelaki itu. Perut lelaki itu ditendang sekuat hati. Baru puas hatinya.

   Lelaki yang berbaju merah itu mengaduh. Dia melihat gerangan yang menumbuknya.

   Humairah mendekati lelaki itu. Dua orang kawan lelaki itu ingin menghalang daripada Humairah mendekati kawannya tetapi Humairah memberi amaran. "Kau... dan kau... jangan masuk campur. Ini bukan urusan korang berdua." Seperti lembu dicucuk hidung, dua orang lelaki itu mematuhi arahan Humairah.

   Baju yang tidak berkolar yang dipakai oleh lelaki itu, dicekak. "Kau dengar ye apa yang aku nak cakap, kalau kau kacau adik aku lagi, kau jangan harap aku akan lepaskan kau macam sekarang ini, Aqil Fitri! Aku diam selama ni sebab aku hormat kau sebagai senior aku." Humairah meninggalkan Aqil Fitri.



   AQIL FITRI melangkah ke dalam rumahnya dengan langkah yang longlai. Dia duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu. Dia mengeluh kasar.

   "Eh, Aqil! Dah balik? Awalnya... Pelik, selalunya kalau tak pukul 2 pagi memang tak balik. Ni, baru pukul 4 petang." sindir saudara kembarnya, Afiq Fiqri.

   "Tak payahlah perli-perli bagai." Aqil Fitri membaringkan badannya ke atas sofa.

   Afiq Fiqri ketawa kecil. "Relaxlah. Tak payahlah emo-emo. By the way, kenapa dengan bibir kau tu? Bergaduh lagi?" soal Afiq Fiqri.

   Aqil Fitri menggeleng lemah. "Tak!"

   "Habis tu?"

   "Takde pape lah weh!" Aqil Fitri meninggalkan Afiq Fiqri seorang diri di ruang tamu.



   TOMBOL pintu dibuka. Humairah terpaksa balik ke rumah ibu bapanya apabila mereka berdua menyatakan ada orang penting akan ke rumahnya. Dia melihat ibu dan bapanya kini berada di ruang tamu. Menunggu kepulangannya, barangkali.

   Humairah bersalam dengan mak dan ayahnya. "Mak, sape yang nak datang?"

   Mak mengulum senyuman penuh bermakna. "Adalah. Nanti kamu akan tahu jugak." jawab Mak.

   "Ayah, sape yang nak datang?" soal Humairah kepada ayahnya pula.

   "Kita tengoklah nanti." jawab ayah. Ingin berahsia.

   Humairah mendengus. "Kalau dua-dua nak berahsia, baik tak payah suruh orang balik!" beritahu Humairah. Dia naik ke tingkat atas rumahnya. Meninggalkan ayah dan maknya di ruang tamu.



   "DARI dulu sampai sekarang, kau tak pernah berubah, Humairah. Melukis bila keseorangan."

   Humairah kenal akan suara itu. Dia melihat wajah yang menegurnya. Dia mengulum senyuman sinis. "Encik Fiqri... Akhirnya, kau datang jugak ke sini setelah sekian lama."

   "Humairah, come on la. Let bygones be bygones la."

   Humairah ketawa. Sinis. "Mudahnya kau cakap, Encik Fiqri."

   "Dulu, kau tak macam ni Humairah."

   "Aku takkan jadi macam ni kalau kau tak buat aku macam tu. Kau tinggal aku. Kau cakap, kau akan jemput aku bila kau dah balik. Tapi tak, kau tak penuhi janji-janji kau. Sakit kau tau tak? Kau tak rasa apa yang aku rasa. Siapa aku dalam hidup kau?" beritahu Humairah tanpa meninggikan suaranya. Kolam matanya bergenang.

   Afiq Fiqri berasa serba salah. "Maafkan aku, Humairah."

   "Maaf kau takkan boleh ubah apa-apa, Fiqri."



   "ADA apa kau nak jumpa aku?" soal Humairah dengan nada yang tidak berperasaan.

   "Aku jumpa kau sebab aku nak bagitau kau yang aku cintakan kau." beritahu Afiq Fiqri tanpa berkias.

   Humairah mengoyak senyuman sinis. "So?"

   "Aku nak jadikan kau sebagai isteri aku."

   "Ini lawak. Untuk pengetahuan awak, Encik Fiqri. Saya tak perlukan lelaki macam awak untuk jadikan suami saya."

   "Tapi I perlukan you untuk jadikan isteri I."

   "Saya perlukan orang yang betul-betul cintakan saya untuk jadikan suami saya."

   "Dan I betul-betul cintakan you. Humairah, tolong berikan I peluang untuk betulkan kesilapan I yang lalu."

   "Saya akan berikan Encik Fiqri peluang sebab saya cinta awak."

 

 
P/s : Tak best kan? Sorry sebab saya tak reti buat cerpen.



4 comments: