Followers

Friday 16 August 2013

On Rainy Days - Bab 29




   SEBULAN sudah Puan Mudrikah dan Encik Fayyadh pulang ke Malaysia. Rumah sentiasa riuh dengan gelak tawa nenek, datuk, emak dan ayah Max. Bermacam-macam cerita emak dan ayah memberitahu nenek dan datuk serta Max.

   Fakhriy? Hanya tiga kali sahaja menjenguk ayah dan emak di rumah. Rumahnya dengan rumah Max duduki sekarang ini, tidaklah jauh kerana Fakhriy tinggal di rumah Risya. Bukannya Fakhriy tinggal di tempat lain. Tetapi mengapakah Fakhriy berbuat demikian?

   Dulu, semasa ayah dan emak berada di Jepun, selalu sangat dia singgah di rumah ayah walaupun sebentar. Mungkin dia risau akan nenek dan datuk. Tidakkah dia berasa gembira ayah dan ibu balik ke Malaysia? Kenapa harus jadi begini?

   Max ke rumah Risya untuk bertemu dengan Fakhriy. Hari ini hari Sabtu, semestinya Fakhriy berada di rumah. Takkan ke tempat kerja pula, buat over time. Max rasa tidak perlu kerana dia boleh buat kerja di rumah juga.

   Salam diberi. Pintu diketuk beberapa kali. Setelah beberapa saat berlalu, pintu utama dibuka dari dalam.

   "Eh, Max. Masuklah." Mereka berdua bersalam dan berpelukan walaupun semalam baru bertemu.

   "Terima kasih. Risya, Fasyin ada kat dalam?" soal Max setelah menjejakkan kakinya ke dalam rumah Risya. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Fakhriy.

   Risya pelik kerana tiba-tiba Max mencari Fakhriy. Mesti ada perkara penting, kalau tak, mesti Max tidak datang ke sini pagi-pagi. Walaupun dia rasa pelik, dia tetap tidak mahu bertanya kerana dia merasakan ini hal antara Max dengan Fakhriy.

   "Dia ada kat ruang makan. Tengah breakfast. Dah breakfast?"

   "Thanks but no thanks. I've already eaten for breakfast. Panggil dia. Aku tunggu kat ruang tamu." jawab Max. Mukanya tidak menunjukkan apa-apa riak.

   Risya menurut perintah. Ceh, macam rajalah pulak Max ni!



   "ADA apa kau cari aku pagi-pagi ni?" soal Fakhriy pelik.

   Max berdiri dan mendekati Fakhriy. Max hanya takat telinga Fakhriy. Normallah tu, diakan perempuan.  Eh? Mengaku pulak perempuan.

   Risya awal-awal lagi blah. Tak nak masuk campur urusan dua beradik ni.

   Max tarik senyuman sinis. "Apa punya soalan kau ni?" Soalan dibalas dengan soalan.

   "Apa masalah kau ni?" Fakhriy dapat merasakan, sebentar lagi mereka akan bergaduh. Sebab apa? Masih belum diketahui.

   "Kau tanya aku apa masalah aku? Kau patut tanya diri sendiri, apa masalah kau?!" Dia menunjal dada bidang Fakhriy. Suara Max sudah meninggi.

   Fakhriy masih lagi cool. "Kenapa dengan kau ni, datang rumah orang... then, buat masalah. Aku tak pahamlah apa masalah kau ni, Sarah."

   Max menarik nafas dalam-dalam. "Aku nak tanya kau, dalam masa sebulan ni mak ngan ayah balik Malaysia, dah berapa kali kau jenguk diorang?" Max pandang muka Fakhriy.

   "Lebih kurang tiga kali."

   "Dan itulah masalahnya. Mak dan ayah balik Malaysia dah sebulan dan kau... baru tiga kali jenguk diorang. Kenapa? Sibuk? Banyak kerja? Rumah jauh?" soal Max bertubi-tubi.

   "Ye, aku banyak kerja. Maafkan aku." Fakhriy menunduk. Dia sedar akan kekhilafan diri.

   Max tersenyum sinis. Dia memalingkan wajahnya ke sisi lalu berpaling mengadap ke hadapan. Tangannya digenggam dan menumbuk muka Fakhriy.

   "Alasan lapuklah, Fasyin. Masa ayah dan emak balik pun, kau kata sibuk dan sekarang ni pun, kau kata sibuk. Alasan kau sangat bodoh, Fasyin. Aku kesal dengan kau... Fasyin. Apa kau ingat kau sorang je ke sibuk? Ada banyak kerja? Aku pun samalah. Ya, memang aku tinggal bersama dengan ayah dan ibu. Memang aku selalu jumpa dorang. Tapi masalah sekarang ni, rumah yang kau duduk, bukannya jauh sangat dengan rumah. Kau tau tak, ayah ngan mak, nak sangat jumpa kau. Tapi kau..."

   "Puas hati kau? Akukan dah mintak maaf. Aku tak fahamlah dengan kau ni. Selalu sangat gunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aku bukan budak kecik lagilah. Aku dah besar." Fakhriy meluahkan apa yang terbuku dihatinya sejak sekian lama. Dia mengelap darah di bucu bibir menggunakan ibu jarinya.

   "Dari dulu, sampai sekarang. Kerja kau... marah aku. Tumbuk aku. Aku adik kau, kau tau tak. Bukannya anak patung yang tak bernyawa. Aku ada hati, aku jugak ada perasaan."

   "Aku, takkan buat kau macam tu, kalau kau tak buat perangai. Ya, aku tau kau ada hati, kau ada perasaan. Tapi masalahnya sekarang, ada kau jaga perasaan ayah dan mak? Ada? Ada? Apa jenis anak kau ni, kau nak jadi anak derhaka? Nak?" 

   Baju t-shirt yang tidak berkolar yang dipakai oleh Fakhriy, dicengkam. Tangannya digenggam dan diangkat. Ingin menumbuk Fakhriy sekali lagi.

   "Stop it, Max. Kau dah tak sayangkan adik kau ke?" Pergelangan tangan Max dipegang.

   Max berpaling ke tepi. Alex. Apa dia buat kat sini? Kenapa dia berada di sini? 

   Max merentap tangannya. "Ni takde kena mengena dengan kau, Alex. Ni antara aku dengan Fasyin. Takde kena mangena dengan kau. Kau boleh blah dari sini." arah Max dengan kasar.

   Matanya merah. Dia tidak suka Alex memasuki urusannya. Dia tidak suka bertemu dengan Alex. "Sekali lagi aku cakap, tolong pergi dari sini. Kau pekak ke?" jerkah Max. Kesabarannya sudah berada di kemuncak.

   Alex ketawa sinis. "Mentang-mentanglah dah ada tunang, aku... kau jerkah ye?"

   Soalan itu telah menyentap tangkai hati Max. Senyuman sinis tersungging dibibirnya. "Bukan ke kau yang suruh aku buat-buat tak kenal kau?"   

   Alex baru sahaja ingin membuka mulut tetapi deringan telefon bimbit Max menghalang dia buat begitu.

   Max menyeluk kocek seluar untuk mengambil  telefon bimbit. "Assalamualaikum, nenek. Ada apa telefon Marsha?"

   "Waalaikumussalam. Marsha... nenek harap Marsha tabah."

   Dahi Max berkerut. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba. Seperti ada perkara buruk yang berlaku. "Kenapa nek?"

   "Tunang kamu..." Nenek menggantungkan ayatnya disitu.

   "Ye, nek! Kenapa dengan dia?"

   "Dia kemalangan dan kini dia ditempatkan di Hospital Serdang."

   Max mengucap panjang. Walaupun dia tidak mengenali siapakah tunangnya itu, dia tetap berasa sedih. "Okey nek, Marsha akan ke sana sekarang." Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar. Tanpa menghiraukan Fakhriy dan Alex, dia berlalu dari situ.

   "Max, ke mana kau nak pergi?" soal Alex.

   "Takde kena mengena dengan kau."

   Alex menghela nafas panjang.

   Fakhriy terus mendapatkan telefon bimbitnya di atas meja lalu mendail nombor rumah ayahnya untuk mengetahui perkara apa yang sudah berlaku.

   Setelah beberapa minit bercakap, Fakhriy memandang Alex. "Tunang Sarah kemalangan." Dia bergegas mengambil kunci kereta. Risya dipanggil untuk mengikutinya.

   "Aku ikut!" pinta Alex.

   Fakhriy mengangguk.



DUA MINGGU KEMUDIAN,

   Hari ini sepatutnya hari yang bersejarah buat Max. Tetapi apakan daya, manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.

   Dua minggu lalu, tunang Max kemalangan dan keadaannya cukup parah sekali. Tunangnya kehilangan banyak darah dan tidak dapat diselamatkan.

   Hari itu, hari pertama dan terakhir dia bertemu dengan tunangnya dan hari itu juga dia baru melihat rupa tunangnya. Nama tunangnya juga baru diketahui.

   Emeriez Iskandar... nama tunangnya itu. Dia telah pergi ke rahmatullah. Ya, tunangnya itu Emeriez.

   Dia berasa menyesal kerana tidak ingin mengambil tahu siapa dan nama tunang. Jikalau tidak, mesti dia tidak berasa menyesal sebegini. Dua hari sebelum kemalangan berlaku, Max ada berjumpa Emeriez sebagai kawan bukan sebagai tunang. Tidak Max sangka, hari itu ialah hari terakhir dia berjumpa Emeriez yang tersenyum dan bergelak ketawa.

   'Emeriez... maafkan aku!'



   

No comments:

Post a Comment