Followers

Thursday, 24 October 2013

Cerpen : Kami Buddies, Kami Takkan Terpisah! (Part 1)



   RABIATUL membelek buku teks mata pelajaran Matematik. Walaupun dia tidak suka mata pelajaran ini, dia tetap berusaha untuk mengulang kaji bab yang dia tidak fahami. Dia bukanlah golongan budak cerdik pandai di dalam kelas ini, namun dia berusaha untuk menjadi lebih baik dari ini.

   Dahinya berkerut melihat soalan yang perlu diselesaikan. Tanpa dia sedari, dia menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menghembus keluhan halus. 

   Kawannya di kiri di jeling sekilas. Kawannya itu sedang tidur mungkin kerana tidur lewat semalam. Lagipula, guru mata pelajaran Bahasa Melayu tidak masuk kelas kerana kursus. Kawannya itu bernama Afiqah. Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah. Tidak dia sangka yang dia akan sekolah menengah sekali dengan Afiqah. 

   Buku teks Matematik ditutup. Dia sudah tiada mood untuk menjawab soalan-soalan itu. Matanya melingas ke sekeliling kelas. Banyak perbuatan yang dilakukan oleh kawan sekelasnya. Ada yang membaca buku, ada yang berbual. Ada yang makan. Ada yang sedang menyiapkan kerja sekolah.

   "Korang dari mana?" soal Rabiatul kepada Zeti dan Hanis. Mereka berkawan rapat. Dalam kelas ini, perangai mereka berempat yang paling gila-gila. Telatah mereka membuat orang yang melihat ketawa dan ada juga tidak menyukai mereka. Biasalah tu.

   Zeti dan Hanis melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. "Bilik guru." Serentak mereka berdua menjawab. Lantas, mereka ketawa senang. 

   Afiqah, Hanis, Rabiatul dan Zeti pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 yang terletak di Kuala Krai, Kelantan. Pelajar berumur 14 tahun. First batch untuk PBS. Mereka pelajar yang happy-go-luckyNo hard feeling. Tak puas hati cakap, jangan pendam.

   Afiqah lahir pada 19 Januari 1999. Dia dipanggil Mekyu. Dialah yang paling tua dalam kalangan mereka. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Perwatakannya agak matang. Tapi bila datang penyakit nak pedajalkan orang, masa tu dia akan jadi macam budak-budak.

   Hanis lahir pada 22 Mac 1999. Dia dipanggil Mat Anis atau Hanis. Anak sulung daripada enam orang adik beradik. Hanis budak paling matang daripada keempat-empat orang ini. Jenis nak kenakan orang, last-last dia yang terkena. Tak pandai kenakan orang dan berpura-pura. Boleh lihat dari air muka kalau dia menipu. Mudah percaya apa yang orang cakap walaupun tak logik. Sukar kawal perasaan.

   Rabiatul lahir pada 06 April 1999. Dia dipanggil Etul atau Beto. Anak keempat daripada lapan orang adik beradik. Perwatakan Rabiatul agak kebudak-budakkan. Agak chubby dan paling rendah ketinggiannya daripada empat orang ini. Suka kenakan orang. Perangai yang selamba. Tak reti buat muka serius. Happy-go-lucky memanjang.

   Zeti lahir pada 22 April 1999. Dia dipanggil Zeti atau keluarganya memanggil Zeti dengan panggilan Echa. Anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Perwatakkanya sama macam Rabiatul, agak kebudak-budakkan. Zeti mempunyai perwatakannya yang menarik. Suka kenakan orang, perangai selamba. Jenis straight-to-the-point. Takde kias-kias. Bila bergabung dengan Rabiatul, maka adalah idea nak kenakan orang. Yang selalu kena haruslah Hanis dan Afiqah.



   AFIQAH menopang kepalanya menggunakan tangan. Kedengaran dia mengeluh. Entah kali ke berapa dia mengeluh. Gambar di hadapannya dilihat tidak berperasaan.

   Tangannya mencapai gambar itu. Dia ingin mengoyak gambar itu, namun akalnya menegah. Afiqah merasakan dia harus menunjukkan gambar itu kepada hamba Allah tersebut.

   Gambar itu disimpan di dalam sebuah buku rujukan mata pelajaran Sejarah. Buku rujukan itu diletakkan di bawah bantal tidurnya.

   Dia harus menghirup udara yang segar di serambi rumah. Afiqah merasakan otaknya tidak dapat berfikir dengan betul kerana masalah yang timbul ini. Sejujurnya dia benci dengan masalah. Tiada sesiapa yang ingin masalah. Termasuklah dia.

   Afiqah merasakan otaknya serabut memikirkan masalah ini. Fikirannya kusut dan hatinya tidak tenang. Dia perlukan penjelasan.



   HANIS melihat majalah-majalah di rak-rak buku di kedai buku itu. Sebuah majalah yang berjudul EPOP dicapai. Memang wajib dia beli majalah ini setiap bulan. Peminat Kpop la katakan.

   Jika bukan dia sendiri yang turun ke bandar, dia akan menyuruh ayahnya membeli majalah. Ibu bapa Hanis memang sudah masak dengan perangai Hanis yang meminati Kpop. Namun, dia bukan peminat tegar Kpop kerana dia hanya meminati segelintir kumpulan sahaja. Kumpulan yang paling dia minat ialah U-KISS.

   Hanis menyerahkan sekeping not RM10 kepada jurujual yang bertugas. Baki yang dihulur oleh jurujual tersebut diambil. Dia perlu cepat ke kereta kerana ayahnya sedang menunggu. Lagipula, awan mendung menunjukkan hujan akan membasahi bumi sekejap lagi.

   Namun semasa dia berjalan menuju ke kereta milik ayahnya, seorang perempuan merempuh bahunya dengan kuat. Akibat rempuhan itu, Hanis terjatuh dan plastik yang mengandungi majalah kegemarannya termasuk ke dalam longkang berdekatan.

   Hanis berang. "Woi, minah! Kau buta ke?" tempik Hanis. Dia berasa sedih kerana majalah itu majalah terakhir yang berada di kedai buku tadi. Sukar untuk dia mendapatkan majalah itu di sini.

   Perempuan itu berhenti melangkah dan memalingkan wajahnya untuk melihat wajah mencuka Hanis. Perempuan itu mengulum senyuman sinis dan dia berlalu dari situ.

   Wajah itu akan terus melekat di fikiran Hanis sehingga dia bertemu kembali dengan perempuan itu. Dia harus membalas perbuatan yang perempuan itu walaupun dia tahu perempuan itu tidak sengaja. Hanis menjadi sakit hati kerana perempuan itu langsung tidak meminta maaf dengannya. Malah perempuan itu menghadiahi dia senyuman sinis yang sangat menjengkelkan.



   SCROLL BAR ditekan ke bawah. Dia membaca status-status yang dipost oleh sahabat mayanya. Ada yang boleh dibuat iktibar, ada yang menjengkelkan, ada yang jiwang, ada yang lawak dan ada juga yang sedih.

   Status yang menjengkelkan hatinya dipost oleh hotstuffHotstufflah sangat. Kerek gilerBajet cun, bajet kaya dan bajet alim. Kat alam maya bolehlah, kat dunia realiti orang kenal pun tak. Lainlah kalau memang dia tu terkenal. Mestilah orang kenal.

   Namun, 'LIKE' tetap ditekan walaupun menjengkelkan hati. Kadang-kadang tak baca pun, 'LIKE'! Kaki'LIKE'kan.

   Yang buat Rabiatul berasa lucu, ada jugak yang post status perkara yang sepatutnya dia seorang je yang tahu. Dibagi tahu kepada sahabat-sahabat dalam Facebook. Bagi Rabiatul, itulah status yang paling bangang! Ada ke patut beritahu yang dia tengah ABC?

   Tak patut tak patut. Rabiatul ketawa kecil seraya menggeleng-gelengkan kepalanya apabila teringatkan akan status itu. Budak-budak baru nak hot la katakan. Lawok sunggoh!



   NOVEL diletakkan ke atas meja. Inilah kerja Zeti apabila dia sudah selesai menyiapkan kerja sekolah. Kakinya melangkah ke katil.

   Zeti duduk di atas katil. Entah kenapa dirinya sangat gembira untuk menghadapi hari esok. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.

   Matanya tertancap pada jam dinding di dinding bilik tidurnya. Jarum jam baru menjejakkan pada angka sembilan. Ini menandakan baru pukul sembilan malam.

   Dia merasakan dia masih lagi tidak mengantuk dan tidak ingin tidur. Dia memutuskan untuk ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Dia melihat sesusuk tubuh manusia sedang khusyuk menonton televisyen.

   Zeti melabuhkan punggungnya ke atas sofa L. Badannya disandarkan. "Citer apa ni ma?" soal Zeti kepada mamanya. Mamanya sedang menonton cerita Korea yang masih belum diketahui apa tajuknya.

   Mama Zeti sangat gemar menonton drama Korea. Begitu juga dengannya namun tidak selalu dia menonton drama kerana kesuntukan masa.

   "Tak tahu. Mama tengok aje." balas Mama Zeti selamba.

   Zeti menepuk dahi. "Adeh!"

   Mama Zeti hanya meletuskan ketawa kecil melihat reaksi anak bongsunya itu.



   ZETI mengambil buku rujukan Sejarah milik Afiqah. Dia membelek helaian yang ingin dirujuk. Terdapat satu gambar yang terdapat di dalam buku rujukan.

   Gambar itu ada dua orang manusia. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki itu dia kenal. Tidak terlalu kenal tapi kenallah jugak sebab Afiqah ada perkenalkan lelaki itu kepadanya.

   Matanya tertala ke arah perempuan di dalam gambar itu. Perempuan yang begitu asing baginya. Tidak dia kenal siapakah gerangan perempuan itu. Pada pandangannya, perempuan itu cantik. Cantiklah jugak. Bolehlah tahan!

   Perkara yang menjadi tanda tanya difikirannya kini, mengapakah Afiqah mendapat gambar itu? Siapakah yang menghantar gambar tersebut dan apakah motif si penghantar?

   Dia meletakkan kembali gambar itu di tempat asal apabila Afiqah mendekatinya. Zeti bereaksi seperti tiada apa yang berlaku.



   AFIQAH terkejut apabila melihat Zeti sedang menggunakan buku rujukan Sejarahnya. Dia berharap sangat supaya Zeti tidak menjumpai gambar yang diterimanya beberapa hari yang lepas. Sebentar tadi, dia ke kelas 2 KRK 3 kerana mempunyai sedikit hal yang harus dibereskan.

   Tiba-tiba Afiqah berasa ingin mengetuk kepalanya berkali-kali kerana dia meletakkan gambar itu di dalam buku rujukan Sejarahnya. Sepatutnya gambar itu dia letakkan di dalam almari. Bukannya dalam buku rujukan yang selalu orang guna. Haish! 'Bijak' betul!

   "Dah selesai guna buku tu?" Bibirnya dimuncungkan untuk menunjukkan ke arah buku rujukan Sejarah miliknya.

   Zeti mengangguk berkali-kali. "Dah dah!" Buku rujukan itu diserahkan kepada Afiqah. 

   Buku itu diambil. Satu keping gambar yang terselit di dalam buku itu diambil dan disimpan di dalam beg sandangnya.

   Suasana kelas menjadi riuh apabila beberapa orang rakan kelasnya masuk ke dalam kelas. Masing-masing menceritakan kepada rakan-rakan mereka tentang cerita sensasi. Sensasi ke? Pun boleh!



   "WEH, tadi masa aku nak pergi kantin. Aku nampak budak baru." cerita Rabiatul. 

   Hanis mengangguk mengiyakan apa yang diberitahu oleh Rabiatul.

   "So?" soal Zeti tidak berperasaan.

   Afiqah hanya mendengar. Tidak ingin menyampuk apa yang dikata Rabiatul. Dia tiada mood sekarang ini. Cukuplah sekadar dia menjadi pendengar.

   "Budak tu akan masuk kelas kita dan kita akan ada kawan baru." beritahu Rabiatul teruja.

   Hanis mengulas senyuman sinis. "Tak hingin aku ada kawan macam minah tu. Nampak macam poyo. Mesti bajet cun! Go die la!" Tiba-tiba Hanis menjadi emosional tanpa sebab.

   Rabiatul dan Zeti memandang Hanis dengan pandangan yang pelik. Budak ni dah kenapa? Tiba-tiba aje hangin satu badan.

   "Kau nak tau something tak? Lupa pulak aku nak citer kat korang pagi tadi."

   "Mende?" soal Zeti. Afiqah dan Rabiatul memandang muka Hanis. Berminat untuk mendengar cerita yang bakal disampaikan oleh gadis itu.

   Hanis mengembungkan pipinya. Dia menarik nafas. Macam penting sangat perkara yang nak dicakap. "Aku tak nak citer panjang. Dipendekkan cerita, budak baru tu yang buat taik ngan aku dua hari lepas. Dia langgar aku, then buat tak tahu. Aku pun marahlah dia. Boleh dia bagi aku senyum sinis? Bukannya nak mintak maaf. Bingai betul! Memang nak mampuslah budak tu." ujar Hanis. Amboihh! Bahasa. Belum pernah mereka dengar Hanis berkata demikian. Marah sangat kot sebab tu tak boleh kawal emosi.

   Kedengaran Afiqah dan Rabiatul ketawa. 

   "Perghh! Bahasa kau. Cantik sangat. First time dengar." kata Zeti.

   Hanis menjuihkan bibirnya. "Sakit hati punya pasai!"

   Afiqah memandang muka Zeti. Lantas dia menjongketkan keningnya. "Takde idea nak kenakan budak baru tu, Zeti?"

   Zeti melihat muka Rabiatul. Rabiatul menjongketkan keningnya berkali-kali. Dia tersengih.

   "Permainan bakal bermula." kata Afiqah.

   Empat sekawan itu ketawa. Tawa mereka menarik perhatian rakan sekelas mereka. Mereka melihat Afiqah, Hanis, Rabiatul dan Zeti itu dengan pandangan pelik. 



   "KITA putus." beritahu Afiqah kepada teman lelakinya. Raut wajahnya langsung tidak menunjukkan dia kecewa atau bersedih. Ini keputusannya, buat apa dia bersedih?

   Hilman terkejut. "Tapi kenapa?" soal lelaki berjeans Levis itu.

   Afiqah mengulas senyuman sinis. "Dah takde keserasian antara kita dan saya dah mulai bosan dengan sikap awak." kata Afiqah tidak berperasaan.

   "Saya akan cuba ubah sikap saya yang awak bosan tu."

   Afiqah menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tak perlu awak ubah sikap awak sebab saya rasa awak tak boleh sikap awak. Don't treat me like a fool, Hilman! Saya dah tau semuanya. Awak curang kat belakang saya. Awak ingat saya tak tau?" Suara Afiqah masih lagi mendatar. Sekarang ini, dia boleh bersabar. Dia rasa sakit melihat muka lelaki di hadapannya ini.

   "Awak tak boleh tuduh saya kalau awak takde bukti." beritahu Hilman. Suaranya agak meninggi. Namun tidak menarik perhatian orang yang berada di situ. Tembelang dah pecah! Umur tak sampai 18 tahun dah pandai mainkan perasaan orang. Apa nak jadi dengan mamat ni?

   Sekeping gambar diambil dari beg sandangnya. Gambar itu dilemparkan ke muka Hilman. "Dah terang lagi bersuluh, awak tak setia. Jangan tegakkan benang yang basah!" Tudiaa! Afiqah berperibahasa.

   Hilman mengambil gambar itu. Dia agak terkejut tetapi dia berlagak tenang. "Saya boleh terangkan tentang gambar ni." kata Hilman. 

   "Tak perlu. Saya tak terlalu bodoh untuk mentafsir gambar itu. Mulai dari saat ini, kita putus. Jangan cari saya dan kalau awak terjumpa saya, buat macam tak kenal saya. Got to go!" Afiqah meninggalkan lelaki itu di taman permainan itu bersendirian.



   NOVEL BERBAHASA INGGERIS dibaca dengan khusyuk sekali. Novel itu bertajuk Hunger Games. Walaupun dia sudah menonton cerita itu dalam laptop kerana novel itu sudah diadaptasikan menjadi sebuah movie tetapi dia tetap ingin baca. Dia dapat merasakan membaca novel ini lebih detail berbanding movie. Novel ini dia pinjam dari Zeti.

   Tiba-tiba adiknya mengetuk pintu biliknya. Kotrensasi Hanis terhadap membaca terganggu. Dia mendengus. Time yang best nilah, nak kacau. Masa part tak best, tak pulak dia ganggu.

   "Ada apa?" soal Hanis. Dia pandang wajah adiknya dengan pandangan yang menikam. Bajet garang. Anak sulung kan.

   "Mak panggil. Mak ada kat dalam bilik." jawab adiknya. Langsung dia tak 'goyang' dengan pandangan yang Hanis berikan padanya.

   Hanis mengangguk faham. Dia berdiri lalu melangkah ke bilik tidur utama iaitu bilik tidur milik abah dan emaknya. Sampai sahaja di hadapan bilik itu, pintu bilik diketuk. Tanpa menunggu arahan daripada emaknya, dia terus masuk.

   "Ada apa mak panggil Hanis?" Dia duduk di atas katil emaknya. Dia baring di atas katil.

   Emak Hanis sedang melipat pakaian. "Mak nak mintak tolong Hanis isikan markah band dalam internet ni. Mak dah buat sikit tadi. Disebabkan ada kain yang tak terlipat, mak nak suruh Hanis isikan markah tu sebab mak tau Hanis malas nak lipat kain." kata emak Hanis. Ada jugak perlian dalam ayatnya sebentar tadi.

   Hanis menjuihkan bibirnya. Terasa kerana diperli. "Okey." Hanis menurut. Malas dia membalas perlian itu kerana dia tahu yang dia akan kalah.



   LIGAT jari jemarinya menekan papan kekunci komputer ribanya. Rabiatul perlu menyiapkan kerja khususnya hari ini juga kerana esok adalah hari terakhir untuk menghantar kerja itu. Jika tidak, guru yang mengajar mata pelajaran Geografinya tidak akan menerimanya lagi.

   Inilah akibat suka menangguhkan kerja. Apabila tarikh nak tamat, baru kalut nak buat kerja itu dan ini. Mulalah tidur lewat dan esok dia akan mengantuk di dalam kelas. Walaupun Rabiatul tidak pernah tidur di dalam kelas ketika mengajar, dia akan menguap berkali-kali sehingga tidak dapat memberi perhatian semasa cikgu sedang mengajar di hadapan.

   Jam dinding berdekatan dengan televisyen dipandang. Sudah pukul 12:30 malam. Mujurlah ada si adik, sebagai peneman. Bukannya dia takut tapi tak berani dok sorang-sorang tengah malam. Bila takde orang kat sekeliling kita, macam-macam kita boleh dengar. Tengah malam woii! Sape yang tak takut?

   "Etul, lambat lagi ke nak siap kerja kau tu?" soal adik Rabiatul.

   Rabiatul melihat adiknya itu. Dia sedar yang adiknya itu kerap menguap dan matanya juga terpejam. "Dah siap. Terima kasih sebab teman aku buat kerja. Esok aku belanja kau lolipop." Rabiatul tersengih.

   Adik Rabiatul hanya mengangguk. Matanya sudah tertutup. Dia terlalu mengantuk walaupun selalunya dia tidur lewat. Mungkin petang tadi tidak tidur sebab itu sudah mengantuk.

   "Pergilah tidur. Aku nak ke tandas kejap."



   LAJU sahaja kakinya menekan brek motosikal. Zeti mengurut dadanya. Alhamdulillah, mujurlah tak terlanggar motor dihadapannya.

   Kalaulah dia tak sempat menekan brek tadi, memang motor yang telah memblock motosikalnya itu remuk. Sekali dengan  motor dia pun remuk. Hailah, mamat ni! Nak tegur, tegurlah elok-elok. Ni pe kes block-block orang punya motor?

   "Zeti, nak pergi mana?" soal lelaki itu. Dia tersengih.

   Riak wajah Zeti menunjukkan riak yang tidak senang. Dahlah tak hensem, nak sekat orang bagai! Pigidahh! "Nak amik mama kat depan. Tepilah sikit. Orang nak lalu ni. Tak payahlah buat roadblock!" kata Zeti menyampah.

   Selepas lelaki itu mengetepikan motornya, tanpa menunggu lagi Zeti memecut. Haishh! Apa nak jadilah dengan budak kampung ni.

   Apabila sampai di tempat mamanya menunggu, Zeti berhenti. "Sori ma, Echa lambat. Tadi ada orang buat roadblock!" kata Zeti. Dia mengulas senyuman.

   "Roadblock? Sape yang buat?" soal mamanya pelik. Belum pernah lagi orang buat roadblock di kampung ini.

   "Echa tak tau nama dia apa tapi Echa ingat muka dia." kata Zeti.

   Mamanya mengangguk. "Pedulikanlah. Jomlah kita balik." putus mama Zeti.

   Zeti menurut. Baginya, tiada guna memikirkan perkara yang tidak penting. Buang masa. Buat sakit otak kata orang.



   KEDENGARAN budak baru menjerit. Rakan disebelahnya terkejut apabila mendengar jeritan perempuan itu. Kalut dia bertanya itu dan ini. Untuk pengetahuan korang, perempuan itu merupakan kenalan Afiqah dan saudara jauh Zeti. Namun itu bukan halangan untuk mereka berempat mengenakan perempuan itu.

   Afiqah dan Zeti tidak berkenan dengan sikap perempuan itu yang gedik. Inginkan perhatian lelaki. Erghh! Sungguh menjengkelkan.

   Afiqah, Hanis, Rabiatul dan Zeti menahan tawa. Permainan sudah bermula. Siapa suruh bermain dengan api? Perempuan yang bernama Ain itu menangis. Tidak boleh bangun sebab seluarnya telah terlekat pada kerusi.

   Mereka berempat belum pernah mengenakan orang seperti itu. Sekadar mereka-rekakan cerita yang mustahil untuk dipercayai adalah. Bukan seteruk ini.

   Rakan sekelas mereka berkerumun di meja Ain untuk menolong perempuan itu bangun. Afiqah, Hanis, Rabiatul dan Zeti tiada hati untuk menolongnya. Buang masa! Biar dia rasa.

   Hanis puas! Puas dapat membalas dendam kepada perempuan itu. Belum pernah lagi dia mengenakan orang kerana apabila dia mengenakan orang, akhirnya dia akan terkena juga. Itu pun dia kenakan Afiqah, Rabiatul dan Zeti. Orang lain tak pernah.

   "Relaks, tak payah nangis-nangis. Biar saya panggil cikgu." Atikah merangkap ketua kelas kelas ini, menenangkan Ain. Dia dan Aliah bergegas ke bilik guru untuk memaklumkan tentang hal ini kepada guru yang bertugas minggu ini.



   KECOH satu sekolah apabila mendengar berita tersebut. Belum pernah lagi perkara itu terjadi. Kiranya itu kali pertama. Kalau ada pun, sebelum sekolah ini jadi sekolah kawalan.

   Namun, Afiqah, Hanis, Rabiatul dan Zeti berpura-pura tidak bersalah. Kalau bukan perempuan itu yang mulakan dahulu, perkara ini tidak akan terjadi. Salah merekakah? Tidak seorang pun yang tahu itu angkara mereka.

  "Hantar buku tulis yang saya bagi latihan semalam." kata Cikgu Salmah merangkap guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mereka. Masa untuk mata pelajaran ini hampir tamat.

   Separuh pelajar dalam kelas itu menghantar buku tulis itu dan separuh lagi tidak hantar. Termasuklah budak baru itu. Budak baru sepatutnya menunjukkan perangai yang baik. Budak baru kan? Tak gitu! Ni belum apa-apa lagi dah buat hal.

   "Sape yang tak hantar buku ni, sila berdiri dan bagi sebab." tegas Cikgu Salmah berkata-kata.

   Empat sekawan itu mengulas senyuman sinis apabila melihat Ain termasuk dalam golongan yang tidak menghantar buku itu. Tak padan dengan budak baru.

   Seorang demi seorang memberi sebab kepada Cikgu Salmah. Majoritinya menjawab 'tertinggal kat rumah.' Ada jugak yang cakap belum siap.

   "Esok hantar." kata Cikgu Salmah.



   AFIQAH, Rabiatul dan Zeti duduk di atas buaian di taman permainan yang berdekatan di sekolah mereka. Hanis tidak dapat menyertai mereka bertiga kerana ada urusan keluarga. Tujuan mereka ke sini untuk berlatih drama. Kalau bukan sebab band takde maknanya diorang nak buat.

   Mereka baru sahaja selesai berlatih. Mereka ketawa kegembiraan. Berasa lucu apabila terfikirkan tentang latihan yang dibuat sebentar tadi.

   Tiba-tiba datang dua orang perempuan mendekati mereka. Seorang perempuan itu mereka kenal dan seorang perempuan lagi mereka tidak kenal.

   "Nilah pompuan-pompuan tu . Sorang lagi takde. Mungkin dah mampus." kata Ain. Dia ketawa jahat.

   "Kau ni dah kenapa? Datang sini, buat perangai yang tak senonoh. For your information Ain, kau punya mak dan bapak, suruh aku perhatikan kau punya perangai. Cuba kau bayangkan, mak dengan bapak kau pun suruh aku yang perhatikan kau sebab mak bapak kau tak percayakan kau. Sobehave Ain and you, Alia tak payah nak berlagak samseng sangatlah." kata Zeti sinis.

   "Baliklah Ain, Alia. Korang jangan buat kacau kat sini." beritahu Afiqah. Dia tidak ingin hal ini diperbesarkan sebab dia tidak ingin sebarang kekecohan berlaku di sini.

   Alia dan Ain mendengus kasar lalu melangkah ke tempat lain. Mungkin malu apabila mendengar kenyataan yang diberitahu oleh Zeti.


5 comments:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 38
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete