sumber : google |
TEKAN [SINI] KALAU NAK JOIN!
TAJUK CERPEN : KASIH SEORANG SAHABAT
SEORANG GADIS yang berumur sekitar 15 tahun
menangis teresak-esak. Muka diletakkan di atas lutut. Dia menangis semahunya di
situ. Tiada sesiapa pun di situ.
“Kat sini rupanya kau. Puas aku cari.” Intan
tercungap-cungap. Mungkin letih kerana mencari Jannah sebentar tadi. “Eh,
kenapa kau menangis?” soal Intan prihatin. Hatinya bagai disiat-siat melihat
sahabat karibnya menangis. Siapakah gerangan yang membuat sahabatnya menjadi
begini?
Intan duduk di sebelah Jannah. Ingin memujuk
sahabatnya itu. Sahabat yang sudah dianggap sebagai adik sendiri. Tangannya
menyentuh bahu Jannah. Dia berharap, dengan sentuhan itu, tangisan Jannah
menjadi lebih reda.
“Jannah...”
“Ada apa sayang?” Intan selalu memanggil Jannah
dengan panggilan itu. Tidak kira semasa dia sedih atau gembira. Sehingga ada
sesetengah pihak menuduh mereka mempunyai hubungan yang lebih sebagai seorang
sahabat iaitu pasangan kekasih. Bagi Intan, memang hubungan mereka lebih dari
hubungan persahabatan, namun bukan sebagai hubungan kekasih tetapi hubungan
kekeluargaan. Mereka sudah lali dengan tanggapan segelintir individu itu.
Biarlah mereka dengan tanggapan mereka.
Jannah terus memeluk Intan. Dia menangis
lagi kuat daripada tadi.
Intan hanya dapat menepuk-nepuk belakang
badan sahabatnya itu. Kalaupun dia memaksa Jannah untuk menceritakan kepadanya
tentang apa yang telah terjadi kepanya, dia tahu Jannah tidak akan menceritakan
kepadanya sehinggalah dia betul-betul bersedia.
“Intan, Firdaus dah ada girlfriend,” adu Jannah.
Tawa Intan meletus kuat.
Lawak. Kelakar. Lucu.
Itu yang Intan rasa sekarang ini. Jannah
memanglah. Selalu sangat buat orang risau kerana hal remeh temeh ini. Baginya,
sia-sia sahaja Jannah menangis kerana lelaki itu. Kata orang, bazirkan air mata
sahaja.
“Yang kau nak menangis bagai nak rak ni dah
kenapa? Come on lah. Firdaus je kot.
Tak payahlah nak meleleh bagai. Buang masa je. Lagipun, kau dengan dia bukannya
ada apa-apa hubungan pun. Kau hanya minat dia dari jauh. Orang putih cakap, you’re crush on him. Dah nama pun crush, mestilah sakit sikit. Maksud crush yang lagi satu kan, menghancurkan.
Sebab tu sakit.”
“Kau tak faham, Intan. Yang rasanya, aku.
Bukannya kau. Bila kau dah rasa, baru kau tahu betapa seksanya.” Sanggah Jannah.
Dia berasa tersindir dengan kata-kata Intan sebentar tadi.
“Please
don’t waste your time! There are many guys outside. I think, you don’t need cry
like this. Stop crying. Wipe your tears please. I can’t see you like this.”
“Tapi…”
Intan menarik tangan Jannah, menyuruh gadis
itu berdiri.
“Jangan disebabkan seorang lelaki, kau
berubah jadi orang bodoh. Nanti, kau akan jumpa orang yang sesuai untuk kau. Cepat
atau lambat tapi aku rasa lambat lagi sebab umur kau baru 15 tahun. Bukannya 25
tahun. Kau kena janji dengan aku, mulai dari saat ini, lupakan semua lelaki
yang kau minat. You should concentre to
your studies.”
“INTAN, aku tak fahamlah apa yang cikgu ajar
tadi. Boleh kau terangkan?” pinta Jannah. Dia buat muka comel. Meminta simpati.
Senyuman sinis terukir di bibir Intan. “Tadi
cikgu tanya faham ke tak, kau cakap faham. Sekarang, kau datang kat aku, kau
cakap tak faham. Kau dah tipu cikgu, dosa tau? Kau tak takut dosa ke?”
Jannah menjuihkan bibirnya mendengar
kata-kata Intan. Sahabatnya itu bagaikan mak nenek. Suka sangat membebel.
“Stop
nagging, grandma. I’m tired of this. When I wanna you explain any topic that I
don’t understand, you’ll nag at me. Nagging, nagging and nagging. Don’t you
feel tired?” soal Jannah. Dia buat muka bosan.
“Kalau bukan sebab kau, aku takkan
membebellah. Yang mana kau tak faham?” Intan mengambil buku teks Matematik
milik Jannah lalu membelek helaian tajuk-tajuk kecil yang dipelajari beberapa
ketika tadi.
Intan walaupun kuat membebel, namun dia
tetap menuruti permintaan Jannah. Perangai itulah yang menyebabkan Jannah
terasa disayangi oleh seorang insan yang bergelar sahabat. Jika di rumah, dia
jarang dimarahi, dibebel mungkin disebabkan itu, perangainya agak manja. Apa
sahaja yang dimintanya, pasti akan dituruti memandangkan dia berada dalam
keluarga yang sangat selesa.
“Yang ni…” Jari telunjuk Jannah menunjukkan
tajuk yang tidak difahaminya.
Intan ketawa. “Tajuk ni senang giler! Kau tak faham? Kalau kau nak cari
sudut ni…”
TUDUNG BAWAL SATIN yang terdapat di pasar
malam itu menarik perhatian Jannah. Jannah menarik lengan Intan untuk memasuki
gerai tersebut. Tudung bawal satin tersebut disentuh satu persatu. Nampak
menarik!
Jannah mengeluh halus.
Keluhan Jannah menarik perhatian Intan.
Wajah Jannah dipandang. Dia tersenyum kecil. Tahulah apa sebabnya.
“Belum cuba belum tahu, Jannah,” kata Intan.
Jannah mencebik. “Tak payah cuba, dah tahu jawapannya.
Muka aku tak sesuai pakai tudung bawal. Tak kisahlah tudung bawal satin ke apa
ke. Semua tak menjadi.”
“So?
Kau masih lagi ada niat nak beli?”
Jannah menggeleng. “Beli inner tudung
jelah.” Beberapa helai inner tudung yang berlainan warna diberitahu kepada
penjual tersebut untuk dibeli.
“Lagi kau nak beli apa?” soal Intan. Dia ke
pasar malam ini, hanya untuk menemani Jannah. Dia tidak sanggup untuk
membiarkan Jannah datang ke sini seorang diri walaupun jarak pasar malam dengan
rumah tidak jauh.
“Kau tak nak beli apa-apa ke?” Jannah tidak
menjawab soalan Intan malah dia membalas soalan itu dengan soalan.
“Jangan jawab soalan dengan soalan. Aku tak
suka.” Ujar Intan. Wajahnya tidak memberikan apa-apa reaksi. Tenang sahaja.
Sedang mereka berjalan, seorang lelaki
terlanggar bahu Intan. Kebetulan, keadaan pasar malam itu agak padat. Jadi,
tidak mustahil untuk lelaki itu terlanggar bahu Intan.
Lelaki itu meminta maaf.
Intan melihat gerangan yang mengucapkan kata
maaf itu. Bibirnya mengulas senyuman sinis. Mungkin menyindir lelaki itu kerana
tidak berhati-hati semasa berjalan.
“Tak mengapa.” Balas Intan.
“INTAN! Saya ada bawa barang yang ibu awak
suruh hantar.” beritahu Hamdi. Tiba-tiba sahaja lelaki itu datang ke rumah
Intan. Intan tinggal seorang diri di sebuah rumah berdekatan dengan rumah
Jannah. Itu permintaannya. Ayah dan ibunya tidak membantah memandangkan Intan
seorang yang suka memencilkan diri.
Intan mengambil barangan tersebut.. Intan
tidak menjemput Hamdi masuk ke dalam rumahnya memandangkan mereka bukan mahram.
Hamdi ialah penghantar barangan peribadi ibu dan ayah Intan.
“Langsung tak ucap terima kasih. Agak kurang
beradab. ” rungut Hamdi seperti selalu.
Kedatangan Jannah ke rumah Intan
menyelamatkan Intan. Dia memang malas melayan sikap Hamdi yang selalu merungut.
Tak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.
“Intan, aku ada bawak mi bandung. Masa tu
kau kata nak makan mi bandung kan?” Jannah menghulurkan mangkuk tingkat kepada
Intan. Gayanya seperti hendak pergi berkelah pula.
“Balik,” suruh Intan kepada Hamdi.
Tanpa melengahkan masa, dia menutup pintu
rumahnya. Meninggalkan Hamdi yang terpinga-pinga. Sungguh dingin layanan Intan
kepada Hamdi. Seperti sebelum-sebelum ini.
“SIAPA lelaki itu?” soal Jannah ingin tahu.
Jannah tertarik dengan lelaki itu memandangkan lelaki itu mempunyai paras rupa
yang kacak. Perempuan mana tak cair jika berjumpa dengan lelaki seperti itu.
Intan hanya mendiamkan diri. Tiada hati
untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh Jannah. Jannah tidak perlu tahu
siapa lelaki itu.
Intan mendekati meja untuk makan mi bandung
yang dibawa oleh Jannah sebentar tadi. Semasa Intan menjamah makanan tersebut, tiba-tiba
Intan batuk. Intan menutup mulutnya.
Batuk Intan yang berulang kali menarik
perhatian Jannah yang sedang leka menonton rancangan TV. Pandangannya dihalakan
ke arah Intan. “Kau tak apa-apa ke? Kalau tak, kita pergi ke klinik.” Kata Jannah.
Prihatin. Risau tentang kesihatan Intan.
Intan bangun dari kerusi. Pandangannya
dihalakan ke arah dapur. “Aku tak apa-apa. Jangan risau.” Dia tidak sanggup
untuk melihat wajah ceria Jannah bertukar menjadi risau. Risau dengan
kesihatannya.
Tangannya yang berdarah dibasuh secepat
mungkin. Dia tidak ingin Jannah mengetahui yang dia mempunyai masalah
kesihatan. Dia tidak ingin sahabat baiknya risau. Biarlah dia seorang sahaja
yang mengetahui.
SEBOTOL UBAT diambil dari beg sandang milik
Intan. Dilihat label-label yang tertulis di botol ubat itu. Alangkah baiknya
jika dia seorang pegawai farmasi. Boleh juga dia tahu jenis ubat ini.
“Jannah, apa yang kau buat ni?” soal Intan.
Nadanya agak tinggi. Ubat yang berada di genggaman Jannah dirampas kasar.
Jannah terkejut dengan tindakan drastik Intan.
Kali pertama dia mendengar Intan menegurnya dengan nada yang tinggi. Perubahan
yang agak ketara.
“Tak payahlah marah-marah. Tegur baik-baik
sudahlah.” Kedengaran suara Jannah agak merajuk.
Intan tidak menghiraukan rajuk Jannah. Dia
menyimpan ubat tersebut di dalam beg sandangnya. Intan mengambil botol air di
sisi beg sandangnya. Penutup botol dibuka dan dia meneguk air dengan rakus. Terlalu
dahaga barangkali. Intan batuk lagi. Tidak sempat untuk dia menutup mulutnya
menggunakan sapu tangan yang dibawa, darah dari mulut tersembur atas meja tulis
di dalam kelas. Kebetulan ketika ini masa rehat, tiada sesiapa yang berada di
dalam kelas.
Mata Jannah terbuka luas melihat darah
tersebut. Terkejut. Kaget. Terkesima. Badannya kaku. Lidahnya kelu. Tidak tahu
reaksi apa yang harus ditunjukkan.
Cepat-cepat Intan mengelap darah yang
tersembur di atas meja menggunakan sapu tangan.
“Intan…” Terketar-ketar Jannah menyebut nama
kawan baiknya.
Intan hanya mampu mengulas senyuman tawar.
“Sampai hati kau…”
“Maafkan aku.”
INTAN berpeluk tubuh. Agak geram dengan
perangai Jannah yang memaksanya untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan
rawatan lebih lanjut.
“Kalau ajal dah sampai, kita tetap akan
mati.” Beritahu Intan selamba.
Jannah agak sedih kerana Intan berkata-kata
begitu. Hilang sudah Intan yang dikenalinya. Intan yang takkan berputus asa
selagi nyawa dikandung badan.
“Tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha.”
“Ajal kita dah ditetapkan di Loh Mahfuz,
sayang. Walau apapun yang terjadi, kita tetap akan mati. Kau. Aku. Kita. Tetap
akan mati.”
“Intan, kau tak sayang aku ke?” soal Jannah
sebak. Air mata sudah bergenang di kolam mata. Tunggu masa untuk turun ke pipi.
“Sayang.” Balas Intan sepatah.
“Tapi perbuatan kau tak menunjukkan kau
sayang aku.”
Wajah Intan terus berubah apabila mendengar
setiap bait yang meluncur dari mulut Jannah. Dia tahu, dia salah. Dia tidak
sepatutnya berkata begitu. Kata-katanya sudah melukakan hati Jannah.
“Masa aku dah tak lama, Jannah. Kau perlu
tahu itu. Kau patut telan hakikat ini walaupun pahit.”
“Aku tak sanggup, Intan. Aku tak boleh bayang
kalau kau tiada di sisi aku.”
“Kau boleh hidup tanpa aku. Percayalah.”
Air mata Jannah gugur. Dia tidak dapat
bayangkan jika Intan tiada di sisinya. Siapakah yang sanggup melayan kerenahnya
selain Intan? Sejak dari dulu lagi, tiada seorang pun yang sudi berkawan
dengannya. Setelah Intan muncul di dalam hidupnya, sinar mula wujud di dalam
hidupnya tapi tidak lama lagi, sinar itu akan sirna dan tiada.
“JANNAH, watch
out!” jerit Intan apabila sebuah kereta yang agak laju meluru ke arah Jannah
yang ingin mengambil seekor kucing yang kelihatan sakit.
Intan berlari ke arah Jannah dan menolak
Jannah ke tepi jalan untuk mengelakkan kereta tersebut melanggar Jannah. Namun,
malang tidak berbau. Kereta itu merempuh badan Intan. Badan Intan melayang
kira-kira enam meter dari tempat kejadian.
Jannah terkesima. Terkejut dengan tindakan
Intan yang ingin menyelamatkan dirinya daripada dilanggar kereta. Kucing di
dalam pelukannya di letakkan di sisi. Dia terus berlari ke tempat Intan
berbaring.
Darah keluar dari kepala, mulut dan hidung.
Jannah menangis semahunya.
Ramai orang pergi ke tempat kejadian. Salah
seorang daripada mereka menelefon ambulans. Pemandu kereta tadi lari kerana
takut jika apa-apa tindakan yang dibuat kepadanya nanti.
“Intan! Kenapa kau sanggup ambil risiko
untuk selamatkan aku?” Kepala Intan diletakkan ke atas pahanya.
Walaupun sukar, Intan cuba untuk mengulas
senyuman kepada sahabatnya itu. “Kerana kasih seorang sahabat.” Hanya itu yang keluar
dari mulut Intan. Selepas mengucap ucapan suci Lailahailallah, Intan menghembus
nafasnya yang terakhir.
Air mata Jannah turun dengan lebat. Dia
terharu dengan jawapan Intan tetapi dalam masa yang sama, dia berasa sedih
kerana Intan akan meninggalkannya lebih awal daripada apa yang dijangkakan.
Jannah bangga kerana dapat berkawan dengan
Intan. Seorang yang sangat mementingkan hubungan persahabatan. Sanggup
mengambil risiko untuk menyelamatkan sahabat walaupun dia tahu nyawanya akan
melayang.
Walaupun persahabatan Intan dan Jannah tidak
berpanjangan di dunia, Jannah yakin yang dia akan bertemu Intan di syurga. In
Shaa Allah.
Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai sahabat,
hargailah mereka sebelum apa-apa berlaku. Apa yang akan berlaku pada masa
hadapan, tiada sesiapa yang tahu melainkan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T.
Nice story :) keep it up
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi baca cerpen yang tak seberapa ni. :)
Deletedtg tgk cerpen.
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletehttp://www.bengkelwebsite.com/index.php?ref=KHAIRINA
ReplyDeletehttp://www.loginwang.com/?a=WirdatulKhairina
ReplyDelete