Followers

Monday, 28 December 2015

Cerpen : Kenapa Aku?



   PINTU bilik diketuk. Perempuan yang berusia 16 tahun itu masih bersabar menunggu orang di dalam bilik itu walaupun sudah berkali-kali pintu bilik tersebut diketuk. Terlintas juga difikirannya untuk meninggalkan sahaja namun dia tidak boleh berbuat demikian kerana itu kerjanya. Rutin harian lebih tepat.

   "Haqim tak bangun lagi?" soal Puan Sofia, mama Haqim.

   Pantas gadis itu membuang pandangannya ke arah wajah wanita itu. Dia melemparkan senyuman lantas menggeleng. "Belum lagi, puan." jawab gadis itu lembut.

   Puan Sofia melepaskan keluhan nipis. "Pergi ambik kunci spare kat sana." Jari telunjuknya dihalakan ke arah kotak yang menyimpan gugusan kunci pendua. "And make sure he wakes up before 6:30. Faham?" Tegas Puan Sofia memberi arahan. Dia mengorak langkah ke arah kamar tidurnya.

   Segera gadis itu pergi ke tempat yang diarah oleh Puan Sofia dan mengambil kunci pendua. Dia kembali ke bilik Haqim, anak bongsu Puan Sofia. Pintu bilik itu dibuka dari luar menggunakan kunci pendua yang baru diambil.

   "Tuan muda." panggil gadis itu lembut.

   "Diam la. Aku nak tidur. Dari tadi memekak. Bingit ah!" rungut Haqim. Dia mendengus kasar. Dia menutup selimut sehingga menutup seluruh badan serta muka.

   "Puan arahkan saya untuk kejutkan tuan muda. Bangun la...." Selimut yang menutupi batang tubuh Haqim, ditarik. Memaksa Haqim bangkit.

   Dengan malas, Haqim buka mata. Terpampang di kornea matanya, anak orang gaji rumahnya, Ayih. Dia duduk bersila di atas katil. Mata ditutup kembali.

   "Tak penat ke asyik kejutkan aku je?" soalnya perlahan. Mata masih lagi tertutup.

   "Kalau saya tak kejutkan awak, awak bangun ke? Tak kan?" balas gadis bernama Ayih itu sinis. Soalan berbalas soalan.

   Haqim mencebir bibir. "Pape jelah. Pukul berapa sekarang?" soal Haqim lagi.

   "6 pagi." jawab Ayih pendek.

   Haqim menguap. Sengaja. "It is still early. Let me sleep about 5 minutes more." Haqim menarik selimutnya kembali. Dia merebahkan badannya ke katil.

   "Haqim!" Panggil Puan Sofia agak lantang. Cukup untuk menggegarkan seisi bilik Haqim.

   "Ye ma." sahut Haqim perlahan.

   "Wake up! Pukul 6 dah ni. You should go to your school by 7 o'clock. By hook or by crook, you should wake up. Now!" arah Puan Sofia. Tudiaaaa keluar dah kuasa vetonya sebagai seorang ibu.

   "Yelaaaaaaa.." balas Haqim meleret.

   Haqim bangun dari duduk. Dia pandang Ayih. Dia sengih nakal.

   "Mandikan aku. Please?"

   Ayih pandang Haqim dengan muka tidak berperasaan. Malas nak layan perangai tak matang Haqim. Dia mengorak langkah untuk meninggalkan lelaki itu seorang diri di dalam bilik itu.

   "Alahh.. tak sporting la kau ni. Dulu boleh je. Siap mandi bersama lagi." Haqim mencebik. Dengan malas dia mencapai tuala di penyidai di tepi bilik air di dalam biliknya.

   "Tu kat pool woi! Bukan dalam bilik air. Dah la malas aku nak layan kau." balas Ayih bengang. Kakinya melangkah keluar dari bilik lelaki itu. 



   HAQIM menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Mukanya mula menunjukkan riak menyampah. Dia menutup mulutnya dengan tangan kanan kerana menguap. Bosan mendengar bebelan dari pengawas yang bertugas di pagar sekolah.

   "Nak bagi kitorang masuk ke tak ni? Bingit la wei!" kata Haqim kepada pengawas itu.

   Nanti mesti dia kena dengar bebelan Ayih pulak sebab dia penyebab mereka sampai lewat ke sekolah. Tadi dah kena tadah telinga dengar bebelan mama. Mujurlah papa tidak membebel, mau gila dia nanti.

   "Kalau lagi sekali korang lambat, korang akan dikenakan tindakan." Pengawas itu memberi amaran.

   Haqim melemparkan senyuman sinis. "Macam tak biasa." Sengaja dia berkata begitu supaya pengawas itu bengang dengannya. Tak padan dengan junior, ada hati nak denda senior. 

   Mereka berdua masuk ke dalam perkarangan sekolah. Masing-masing berjalan menuju ke dalam kelas. 

   Kening Haqim bertemu. Pelik dengan Ayih hari ini. "Takde pape nak bagitau ke?" soal Haqim kepada Ayih. Sebab selalunya kalau mereka sampai lambat ke sekolah, minah ni la yang volunteer nak bebel macam mak nenek.

   "Aku dah penat dah, Qim." jawab Ayih malas.

    Haqim gelak. "That's my girl. Kepala gadis itu digosok lembut.

   Ayih tolak tangan Haqim. Wajahnya mencuka. "How many times aku perlu bagitahu kau? Jangan la sentuh kepala aku. Tak suka." marah Ayih.

   "Chill la. I'm your big bro kot. Semua orang tahu." 

   Ayih diam je. Malas nak berbalas kata dengan Haqim. Dia tahu kemenangan bukan berpihak kepadanya. Dia masuk ke dalam kelas.

   Haqim senyum. Dia memang suka buat Ayih marah. Dia juga suka tengok Ayih marah. Tambah-tambah lagi bila lihat reaksi muka Ayih yang mencuka. Macam ape tah. Bengis nak mampus!



   AYIH mendengar keterangan yang diberitahu oleh Sir Hadi dengan fokus. Penglihatan dan pendengaran terarah kepada guru tersebut. Baginya walaupun subjek ini subjek pembunuh tetapi dia sangat menggemari subjek ini. Tambahan pula guru yang mengajar subjek addmath ini sangat comel macam teddy bear.

   "So anyone who don't understand my explaination?" soal Sir Hadi. Matanya tertumpu kepada pelajar-pelajar kelas 4 Cheetah.

   Diam. Tiada sesiapa yang mengangkat tangan mahupun mengaku jika mereka tidak memahami. Biasalah... pelajar. Nanti bila cikgu bagi soalan, kalut tanya kawan sebelah.

   "Now we proceed to the exercises." Tangan lelaki itu ligat menulis soalan pada papan putih. Para pelajar mula menulis soalan yang ditulis oleh guru mereka di dalam buku latihan masing-masing.

   "Saya bagi 15 minit untuk kalian jawab soalan-soalan ni. After that, I'll choose someone randomly to answer those question." beritahu Sir Hadi. Para pelajar bertungkus lumus untuk menyiapkan soalan itu. Bersedia jika cikgu itu memilih mereka.

  15 minit pun berlalu dengan pantas. Sir Hadi mengotakan kata-katanya. Seperti biasa, Ayih selalu menjadi salah seorang mangsa. Beliau juga memilih beberapa pelajar lain untuk menjawab soalan-soalan yang lain.

   "Okey good. Siapa yang tak faham? Let me know." soal Sir Hadi selepas melihat jawapan-jawapan yang ditulis oleh pelajar-pelajarnya.

   "So, let's call it a day. Till we meet again next period." Semua pelajar bangun dari duduk untuk memberi penghormatan kepada lelaki itu dan mengucapkan terima kasih.



   "HOW is your day, girl?" soal Haqim kepada Ayih apabila gadis itu menghulurkannya mug yang berisi air coklat panas.

   "Okey." balas Ayih sepatah. Dia ingin berlalu dari situ kerana ingin membantu emaknya memasak untuk makan malam nanti. Namun langkahnya mati apabila Haqim menarik lengan bajunya.

   "Duduk la dulu. Kau memang sukakan tinggal aku sorang-sorang?" sayu sahaja suara Haqim menampar gegendang telinga Ayih. 

   Ayih pandang wajah Haqim. Dia tengah buat muka kesian pulak. Tak sampai hati nak tinggalkan lelaki itu namun dia perlu tolong mak masak.

   "But I need to help my mum, tuan muda." beritahu Ayih perlahan.

   "But I need you more than she does." rayu Haqim.

   "Yela yela. Kau ni bab merayu memang terer kan?" Ayih melepaskan keluhan halus. Dia mengambil tempat di hadapan Haqim.

   Haqim sengih. "Well~ See the leg la."

   Ayih mencebik. Menyampah dengan sikap bangga diri Haqim. "Kaki berbulu macam monyet, ada hati nak tunjuk kaki kau kat aku. Please la." kutuk Ayih tidak berlapik. Bab mengutuk memang boleh bagi kat Ayih.

   "Mulut kau memang takde insurans kan? Suka hati je kutuk aku. Bagitahu kat mak kau nanti kan, baru tahu."

   Senyum sinis terhias di bibir Ayih. "Silakan TUAN MUDA." Perkataan TUAN MUDA sengaja ditekankan.

   Haqim mengherotkan bibirnya. Bengang dengan sikap Ayih. Ayih selalu menang kalau bab menganjing orang.

   "Kau menang kali ni, minah! And stop calling me that fucking tuan muda. Weh tanya boleh?" tanya Haqim.

   Ayih angkat kening. "Tanya apa Tuan Muda Haqim?" Soalan berbalas soalan.

   "Pernah couple tak?"

    "What kind of question is it? Of course la penah." balas Ayih bersahaja. Tanpa segan, dia mengambil mug Haqim. Air itu disisip perlahan. Siapa suruh tak minum kan? Buat penat je dia hulur.

   "Woii air aku!" Mug ditangan Ayih direbut.

   "Takyah la minum, Qim. Kang tak pepasal cium tak langsung." Ayih tidak mahu kalah. Dia tarik mug yang direbut oleh Haqim.

   Haqim mendengus. "Fine! Baik takyah bagi aku air ni kalau kau yang nak minum."

   Ayih gelak. Jarang woii nak tengok minah ni gelak. "Siapa suruh kau tak minum. Aku minum la. Sejuk nanti tak best la."

   Haqim mengalah. Melihat Ayih gelak cukup buat jantung bekerja lebih laju. "Okey back to the topic. Berapa kali? Tak sangka kan, orang hati konkrit macam kau ni couple." kutuk Haqim tanpa sedar.

   Kutukan itu langsung tidak memberi kesan kepada Ayih. Ayih angkat jari telunjuknya. Sebagai jawapan kepada soalan Haqim sebentar tadi. Riak wajahnya berubah tiba-tiba.

   "Lorhhh sekali je? Ingatkan banyak kali. Weh weh chill la. Jangan nangis." Melihat perubahan Ayih,Haqim mula rasa serba salah sebab tanya soalan begitu. 

   Ayih senyum kecil. "Takde pape la weh. Lagi? Apa yang kau nak tahu?" soal Ayih. Kepala ditongkatkan menggunakan tangan kanan.

   "Bila kau couple?"

   "Tahun ni. Januari lepas."

   "Wuuu~ Lama gak kan? Ni dah bulan Oktober, so kau dah couple ngan mamat malang tu dah 10 bulan kan?" Haqim tepuk tangan. Menganjing.

   Ayih senyum senget. "Kalau tak clash, memang la 10 bulan. Dah clash bulan Mei lepas." kata Ayih tidak berperasaan.

   Haqim jatuh rahang. Terkejut gak ah dengar statement Ayih. "Alah empat bulan je? Duhh! Asal clash? Dia dumped kau ke?"

   "He was dumped by me."

   Haqim buat muka tak percaya. "Like seriously? Asal?"

   "Couple is fucking boring. Kau pun tau kan? Lagipun I guess dia tak serius pun. Selalu sangat aku nampak dia keluar dengan minah mana tah. Orang lain-lain lak tu. Dahlah most of them lawa kebabom!"

   Haqim ketawa mendengar kata-kata Ayih. Lawa kebabom huh? Lawa bebeno nampak gayanya. "Jeles?" soal Haqim. Kening tebalnya diangkat. Lengan Ayih ditolak-tolak.

   "Like hell I will! Aku tahu la aku tak lawa cam minah-minah tu tapi takyah la buat aku ceni. Aku pun tak tahu cane aku boleh couple ngan mamat tu. Totally forgot it. Weh takyah la tengok aku camtu. Seram la!" omel Ayih geram. Rambut lelaki itu ditarik. Perasaan malu mula menguasai diri.

   Haqim ketawa. Kuat. Namun tidak berniat untuk menghalang Ayih daripada menarik rambutnya.

   "Tak sangka kau ada perasaan malu." Haqim membetulkan rambutnya selepas Ayih melepaskan tangannya.

   Ayih mencebik. Geram dengan kenyataan yang keluar dari mulut Haqim. "Blah ahh!" Ayih bangkit dari duduk. Ingin meninggalkan Haqim.

   "Ayih dah merajuk la. Jangan la merajuk sayang, nanti penat Abang Aqem nak pujuk."

   Ayih tidak menghiraukan kata-kata Haqim. Dia meninggalkan Haqim keseorangan di luar rumah. Dia bukan merajuk tapi malas nak layan perangai tak matang Haqim.



   SEKUMPULAN pelajar lelaki dalam lingkungan lima orang sedang berkumpul di belakang bangunan sekolah. Kawasan yang kerap dilalui oleh tukang kebun dan tukang cuci sekolah namun jarang dilalui oleh para pelajar dan guru. Mereka sedang ponteng kelas dan menghisap rokok. Barangan yang diharamkan oleh golongan bawah umur.

   "Weh, kau tak nak try ke?" Pelawa salah seorang daripada mereka kepada Haqim.

   Haqim geleng. Menolak sopan. "Aku bukan smoker." Kata Haqim. Niatnya untuk join kumpulan ini hanya untuk ponteng kelas.

   "Sebatang je weh. Rugi kalau tak try." Kata pelajar lelaki yang lain.

   Haqim tetap menolak. 

   "If you say so." Lelaki itu akur. Namun dia tetap meletakkan sebatang rokok di dalam kocek seluar Haqim.

   Haqim melunjurkan kakinya dan bersandar pada dinding bangunan. Kedua dua belah tangan diletakkan di belakang kepala. Buku tulis yang dibawa bersama diletakkan di atas muka. Niatnya untuk ponteng kelas hanya untuk tidur.

   "Hey! Apa korang buat kat ni hah?" Jerit Cikgu Daniel, guru disiplin sekolah yang sangat dikenali dengan sikap garang dan tegas.

   Belum sempat mereka berlima melarikan diri, mereka dicekup oleh Cikgu Daniel dan beberapa orang pengawas yang kebetulan bersama guru tersebut. Mereka diheret ke bilik disiplin untuk dikenakan tindakan selanjutnya.



   SELEPAS dirotan dan dibrainwash oleh Cikgu Daniel, mereka dibenarkan untuk berlalu ke bilik darjah masing masing kecuali Haqim. Haqim diminta untuk berada di situ untuk lebih lama. 

   "Haqim, kamu ni bukannya pelajar yang tidak pandai, in fact kamu antara calon target untuk mendapat straight A+ untuk SPM nanti. Kamu tahu apa yang buruk dan baik. Tahun ni je dah berapa kali muka kamu ada kat sini. Kamu tahu tak, it will effect your result nanti? Apa masalah kamu sebenarnya?" Beritahu Cikgu Daniel panjang.

   Haqim pandang Cikgu Daniel tidak beriak. Diam. Tiada niat untuk menjawab soalan itu.

   "Haqim, I'm talking to you." Cikgu Daniel masih lagi merendahkan suara.

   "Saya takde pape masalah cikgu. Cuma bosan. I need something interesting to do." 

   "And u think ponteng kelas and smoking is something interesting?" Komen cikgu Daniel.

   "Saya tak merokok la cikgu. Saya ponteng kelas je."

   "Dah rasa cukup bijak ke?"

   "I'm not."

   "So?"

   "I rather belajar sorang-sorang dari berada dalam kelas yang membosankan tu." 

   "Awak tak boleh bersikap macam ni. Your parents will disappointed sebab awak bersikap macam ni. Fikir about their feeling jugak."

   "Should I alone to care about their feeling?" Haqim pandang wajah Cikgu Daniel tajam. 

   Cikgu Daniel mengeluh halus. Tidak ingin meneruskan soalan. Dia tebak Haqim mempunyai masalah keluarga.

   "Kalau awak langgar peraturan sekolah lagi, parents awak akan dipanggil dan saya takkan teragak-agak untuk kenakan awak tindakan yang lebih keras. You may go now." Ujar Cikgu Daniel. Memberi amaran.

   Haqim bangkit. Selepas membongkokkan sedikit badannya, dia berlalu dari situ tanpa ucapan terima kasih.



  HAQIM berdiri lama di hadapan bilik utama di dalam rumahnya. Hatinya berbelah bahagi sama ada ingin mengetuk pintu itu atau tidak. Jika dia berbuat demikian, pasti dia akan mengganggu mama dan papanya yang sibuk sedang menyiapkan kerja masing-masing.

   Dia mengambil keputusan untuk mengetuk pintu itu. Pintu bilik diketuk. Tanpa menunggu lebih lama, pintu bilik itu dibuka. Mama dan papa diperhati. Fokus mereka langsung tidak terganggu dengan kehadirannya. Haqim rasa sedikit berkecil hati.

   Namun, cepat-cepat Haqim halau rasa itu dari dalam dirinya. Jelas senyuman tawar terpapar dibibir Haqim. Dia agak kecewa dengan sikap mama dan papa yang lebihkan kerjaya mereka. Dia faham. Tapi...

   "MA, pa. Jom gi PD esok. Gi Pantai Teluk Kemang." ajak Haqim. Memandangkan dia baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM. Nak release stress la kononnya.

   "Kami sibuk esok, Qim. Lain kali la." balas papa Haqim, Tuan Eddy. Matanya langsung tidak melihat wajah anak bongsunya itu. 

   Dua pasang mata itu terlalu ralit menghadap laptop masing-masing. Menyiapkan kerja yang diberikan oleh pihak atasan. Papanya seorang arkitek manakala ibunya seorang pereka dalaman. Mereka memang selalu sibuk sehingga tinggalkan anak bongsunya bersama pembantu rumahnya.

   "Ma, pa. Please..." rayu Haqim.

   "Haqim, please. Please faham kami." kata mama Haqim, Puan Sofia. Fokusnya terganggu. Kepala diangkat untuk melihat wajah anaknya.

   Hilang terus senyuman yang terhias di bibir Haqim. Senyumannya mati. "Fine! Memang mama ngan papa tak sayangkan Haqim? Korang lebih sayang kerja dari Haqim. Fine by me then." ujar Haqim dengan perasaan kecewa. Dia sudah tidak tahan lagi. Kaya dengan duit je buat apa kalau hidup tidak bahagia dan miskin kasih sayang?

   Puan Sofia dan Tuan Eddy tidak menghiraukan kata-kata anak bongsunya itu. Mereka buat semua ni untuk kesenangan anaknya itu. 



   PINTU bilik Ayih diketuk lalu dibuka. Tanpa pamitan dia masuk ke dalam biliknya. Dia baring di atas katil. Riak wajahnya sugul.

   "Asal ngan kau ni, Qim? Tiba-tiba je masuk bilik aku. Keluar la wei. Tak selesa la." beritahu Ayih. Tiada niat untuk menghalau. Namun dia tidak selesa untuk berdua-duan dalam bilik walaupun pintu bilik terbuka luas.

   Fokusnya untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru pada hari cuti hujung tahun agak terganggu. Dia melangkah ke arah Haqim. Lengan baju Haqim ditarik. Menuju ke kerusi batu di hadapan rumah. Tempat mereka selalu lepak.

   Haqim hanya menurut. Ayih duduk di atas kerusi di sebelah Haqim.

   "Tell me what your prob."

   "Nak hug." pinta Haqim. Tangannya didepakan supaya Ayih berada di dalam pelukannya.

   Ayih angkat kening. Terkejut dengan permintaan Haqim sebenarnya. Dahi lelaki itu dijentik kuat.

   "Sorry." Haqim menjatuhkan tangannya. "Aku sedih aaa weh." luah Haqim.

   "Asal?"

   "Mama ngan papa la. Dorang memang tak sayangkan aku. Dorang lebih sayangkan duit dari aku. Kalau aku mati pun memang takkan bagi kesan at dorang." luah Haqim lagi.

   Ayih dengar luahan hati Haqim. Dari pemerhatiannya, memang mama dan papa Haqim jarang luangkan masa dengan Haqim. Haqim agak kesunyian. Tambahan pula, abangnya jarang balik rumah kerana kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

   "Tak boleh la cakap camtu." pujuk Ayih. 

   Haqim mencebik. "Asal lak? Dah memang dorang tak sayangkan aku pun. Tadi aku ajak gi PD but they turn it down." Keluhan berat dilepaskan.

   "Kau pandai drive kan? Why not you go there by yourself?" cadang Ayih.

   "Temankan aku." pinta Haqim.

   "No way! Ajak la member kau. Asal aku lak?" rungut Ayih. Menolak permintaan Haqim.

   "Please? Aku ajak gak member aku tapi aku nak kau ikut gak."

   "What?! Weh I need..."

   Haqim senyum. Senyuman yang sukar ditafsirkan. "Bolehkan? Thanks a lot, sayang. Esok pagi sediakan sandwich or whatever yang sesuai untuk picnic. Kita gi sana dalam kul 7:30 pagi. Ok bye." Haqim meninggalkan Ayih bersendirian di situ.

   "Haqim, aku benci kau! Moron!" jerit Ayih. Geram dengan sikap Haqim yang suka buat keputusan sendiri. Ayih bengang. Dari jauh kedengaran Haqim gelak jahat.



   HAQIM tengok Ayih atas bawah. Dia berdecit.

   "Kau nak gi PD macam ni?" soal Haqim bengang. Suaranya masih dapat dikawal.

   Ayih tengok penampilannya. Dia sengih. Lantas dia menganggukkan kepalanya.

   "Dengan tracksuit ni? Weh at least pakai la slack ke jeans ke. Gi tukar sekarang. Jangan malukan aku wei." Haqim pegang kepala. Pening memikirkan tentang Ayih yang sengaja buat-buat buta fesyen.

   "Kau ni memang buta fesyen ke ape? Nak aku ajarkan ke cane?" sambung Haqim lagi setelah melihat Ayih masih berdiri statik.

   Ayih mencebik. 

   "Alaa Qim. Saya tak nak ikut. Saya malu dengan member-member awak." Pujuk ayih dengan membahasakan dirinya 'saya'. Jarang dia bercakap begitu dengan Haqim.

   Haqim garu kepala. Ni buat dia buntu. Ayih dah merayu. Siap cakap gitu lagi dengan dia. Ni buat dia cair.

   "Ayih sayanggggg. Saya tak kira, saya nak awak ikut gak." Haqim pun bermain game yang dicipta oleh Ayih.

   "Tapi awak, saya takde baju yang sesuai nak gi sana. Lagipun saya ada banyak keje nak kena setel. Kesian la kat mak saya terpaksa buat keje sorang-sorang." Ayih tak mahu kalah.

   "Saya dah bagitahu mak awak sal ni. Dia okey je. And sal pakaian tu, kau jangan nak tipu aku la. Cepat bersiap!" Badan Ayih ditolak perlahan. Tolak kuat-kuat kan, ada jugak orang cium lantai nanti.

   Ayih mencebik. Dia masih tidak berganjak. Tidak ingin tukar pakaian.

   "Kau nak pakai sendiri ke aku yang pakaikan?" tanya Haqim geram.

   Tanpa berkata apa-apa Ayih berlalu ke bilik tidurnya. Rela dalam terpaksa. Lebih kurang 10 minit kemudian, mereka berdua ke destinasi yang ingin dituju. Ayih hanya mendiamkan diri. Mogok!



   "DAH lama tunggu?" soal Haqim kepada dua orang kawannya setelah keluar dari kereta.

   "Boleh tahan gak ah." jawab salah seorang kawan Haqim.

   "Sorry. Ada hal sikit tadi. Dah breakfast ke belum?" soal Haqim. Semua kawan-kawannya menggelengkan kepala. "Ayih, hidangkan makanan." arah Haqim.

   Dengan malas, Ayih akur akan arahan Haqim. Tikar di ambil dari but kereta lalu dibentangkan di atas pasir di bawah pokok yang rendang. Bakul makanan yang dibawa diletakkan di atas tikar. Dia menghidangkan nasi goreng yang digorengnya di dalam tiga biji pinggan untuk Haqim dan kawan-kawannya.

   "Ayih? Sape tu weh?" soal kawan Haqim yang memakai cermin mata Rayban.

   Haqim hanya senyum. Tiada niat untyk membalas akan soalan itu.

   "Mana Aril?" soal Haqim. Matanya meliar untuk mencari kelibat Aril.

   "Jap lagi dia sampai la."

   "Jemput makan." pelawa Ayih. Senyuman kecil dilemparkan kepada kawan-kawan Haqim. Pinggan-pinggan yang berisi nasi goreng dihulurkan.

   "Duduk ah weh." ajak Haqim.

   "Terima kasih." ucap dua orang lelaki itu lalu mereka duduk bersila di atas tikar tersebut.

   "Tak makan ke?" soal salah seorang kawan Haqim. Sekadar berbasa-basi.

   Ayih geleng.

   "Nama I Farid. You?" Kawan Haqim yang memakai kaca mata RayBan memperkenalkan dirinya.

   "Ayih." Balas Ayih sepatah.

   "Ayih? Unik nama you. How old are you?" soal Farid lagi.

   "16. How bout you?" soal Ayih pula selepas dia menjawab soalan Farid.

   "18. By the way, sedap nasi goreng ni. You masak sendiri ke? If you don't mind, tolong sendukkan nasi goreng tu lagi untuk I."

   Ayih angguk. "Sure." Dia ambik pinggan yang digunakan oleh Farid.

   "Nama saya Zarif. 17." Kawan Haqim yang satu lagi memperkenalkan diri.

   "Ayih, 16." balas Ayih ala kadar.

   "Apa lagi yang awak bawak?" soal Zarif.

   "Cheese cake dan sandwich. Nak ke? Boleh saya hidangkan." pelawa Ayih. 

   Zarif senyum kacak. "Sure. Why not? I bet semua yang awak masak sedap." puji Zarif. Jujur.

   "I pun nak jugak." ujar Farid. Dia sengih.

   Haqim tengok je Ayih layan Farid dan Zarif. Siap senyum bagai. Ingat Ayih ni beku. Tak reti senyum dan layan orang.

   "Ehem!" Haqim berdehem. Dia baru je nak buka mulut namun ada orang yang potong stim.

   "Sorry lambat bhai. Aku ada hal sikit tadi. Kau makan apa ni? Nak gak." pinta Aril. Dia mengambil tempat di sisi Haqim.

   "Hidangkan nasi untuk kawan aku yang baru datang ni." arah Haqim tanpa melihat wajah bengang Ayih.

   Ayih menurut. Tanpa melihat wajah kawan Haqim yang baru datang, dia menghidangkan nasi goreng kepada lelaki itu. Tidak tahu kenapa dia berdebar-debar. Adakah ini jodoh? Ayih buang semua angan-angan karut di fikirannya. 

   Dia menghulurkan pinggan berisi nasi goreng kepada kawan Haqim. Masih lagi tidak memandang wajah lelaki itu. Ayih perasan kawan Haqim pandang dia. Lama. Terkesima dengan kecantikannya mungkin. Ayih gelak dalam hati. Mana mungkin. Mustahil!



   "JOM selfie." ajak Haqim. 

   Ayih diam. Hatinya masih sebal dengan sikap Haqim. Dia melangkah ke gigi pantai. Kasutnya telah dia tanggalkan.

   "Sayang..." panggil Haqim. Memujuk.

   Aril, Farid dan Zarif berjalan menuju ke arah Haqim dan Ayih. "Jom selfie. Bukan selalu kita lepak." ajak Zarif.

   "Sure. Why not?" Laju sahaja Haqim bersetuju dengan ajakan Zarif.

   "Ayih pun join la sekali." ajak Farid pula apabila melihat Ayih seakan-akan tidak menghiraukan ajakan Zarif.

   Aril sekadar menjadi pemerhati.

   "I'll pass. Sorry. Need go to ladies." tolak Ayih. Dia mengulas senyuman nipis.

   "Alaaaa.."

   "Sorry guys. Enjoy your selfie." Ayih cepat-cepat berlalu dari situ.



   FARID sentuh bahu Haqim. "Awek baru?" soalnya. Kening diangkat-angkat.

   Haqim geleng. "Adik angkat aku la." Pandangannya ditebarkan ke laut.

   "Haa... ye la. Mula-mula adik angkat lepas tu berangkat. Cliche." ujar Zarif sinis.

   "Rapat betul kau ngan adik angkat kau sampai ikut kau datang sini." beritahu Aril. Wajahnya tidak beriak.

   "Asal? Dah tangkap cintun dengan minah tu ke atau dia dah ikat perut korang dengan masakan dia tadi?" Haqim tukar topik.

   Farid dan Zarif gelak lepas. Aril hanya sengih. 

   "She looks quite interesting." beritahu Aril. Wajah Haqim dipandang. Dia senyum nakal.

   "Not her, Aril. Minah lain boleh la kau buat stok tapi please bukan dia." tegas Haqim memberitahu.

   "I've no intention to play with her." kata Aril sinis. 

   "Wei wei cool down. Jangan sebab minah tu korang nak gaduh. Tapikan aku tengok Ayih ni boleh tahan lawa." puji Farid.

   Haqim gelak sinis. "Lawa huh? Kau tak tengok lagi bad side dia. Nanti kalau kau dah tau, memang you guys menyesal sebab puji dia." kutuk Haqim. Sengaja. Bila lagi nak kutuk belakang kan?

   Zarif, Aril dan Farid gelak apabila mendengar kutukan yang keluar dari mulut Haqim.

    "Your precious ADIK ANGKAT dah datang." Zarif menudingkan jarinya ke arah Ayih. Perkataan 'adik angkat' sengaja ditekankan.

   Haqim cebik bibir. Dia meninggalkan kawan-kawannya untuk mendekati Ayih.

   "Nak balik." pinta Ayih. Wajahnya muram. Moodnya betul-betul hilang.

   "Tunggu la kejap lagi."

   Mereka berdua berjalan menuju ke arah kawan-kawan Haqim. Mereka tidak berbual. Lebih selesa mendiamkan diri.

   "Aku balik dulu weh. Ada hal sikit kat rumah. Nanti lepak lagi. Chow!"

   "Nak balik camtu je? Jap la wei. Aku ngan Farid nak selfie ngan Ayih. Bukan selalu dapat kenal perempuan lawa cam dia." kata Zarif.

   Ayih paksa diri untuk mengulas senyuman. "Sure why not." Ayih menghayunkan langkah ke arah Zarif dan Farid. Mereka selfie menggunakan telefon pintar Farid. Ayih tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun.

   "Ayih, ada IG tak?" soal Farid.

   "Ada. Tapi tak aktif sangat. Nanti mintak ngan Haqim. Boleh kan?"

   Farid angguk faham. "Qim, nanti wasep ig ayih."

   "Kalau aku ingat, aku wasep la." jawab Haqim malas.

   "Wasep tau. Jangan buat-buat lupa lak." pesan Zarif.

   Haqim angguk. Akur dengan permintaan kawan-kawannya. "Aku chow dulu. Ayih pun dah blah. See ya." Dia berlari anak untuk menyamai kedudukan dengan Ayih.



   TEMPAT DUDUK kosong di hadapan Tuan Eddy diambil. Haqim lihat papanya yang sedang elok lepak di atas kerusi di luar rumah. Jarang sekali papanya akan buat demikian. Sekali sebulan pun belum tentu.

   Tuan Eddy perasan akan kehadiran Haqim. Suratkhabar dilipat dan diletakkan di atas meja. Wajah anak bongsunya dilihat.

   "How is your life?" soal Tuan Eddy.

   "Okey." balas Haqim sepatah.

   "Tau bila abang balik?"

   "Have no intention to know." 

   Tuan Eddy menggelengkan kepalanya. Dah la anak tak ramai, yang ada ni pun yang jenis malas nak ambik tau pasal family.

   "Result spm bila keluar?

   "Lagi tiga bulan."

   "Plan nak sambung study katne?"

   "Tak tau. Doesn't have time to think something minor like this."

   "Oversea ke local?"

   "Tah la pa. Malas nak fikir."

   "You suka Ayih?"

   "No way! Haqim tak suka dia la." Cepat-cepat Haqim menafikan kata-kata Tuan Eddy.

   Tuan Eddy angkat kening. "Kalau tak suka dia asal selalu ngan dia?" soal Tuan Eddy. Ingin tahu.

   "Why huh? She was there when I'm in blue."

   "Tak elok bawak anak dara orang ke hulu ke hilir, son." nasihat Tuan Eddy. Wajah Haqim ditatap penuh kasih.

   "Pa, I'm lonely. Sape lagi nak temankan Haqim selain dia? Mama? Papa? Abang? Tak kan?" soal Haqim penuh emosi. Wajah Tuan Eddy dipandang tajam.

   "Watch your words, Haqim. Papa tak pernah ajar Haqim biadap dengan orang tua." marah Tuan Eddy. Suaranya masih dapat dikawal. Hati tuanya tersentap apabila Haqim berkata begitu. Namun dalam diam dia mengiyakan kata-kata Haqim.

   "Tapi papa jugak tak pernah ajar Haqim how to polite with old citizens." balas Haqim sinis. Tiada niat untuk menyakiti hati Tuan Eddy, papanya.

   Tuan Eddy menghembuskan nafasnya. Cuba untuk bersabar. Lantas dia senyum penuh makna. "Papa ngan mama plan nak jodohkan kamu dengan Ayih." Tuan Eddy meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

   "What papa? No! You gotta be kidding me. She doesn't like me either." 

   "Who said? Have you asked her?"

   Haqim gelisah. "But papa, I'm only 17 and she is only 16. I bet she already had the one she loves."

   "Just kidding, Qim. Don't take it serious." 

   "Not funny papa." Dalam diam Haqim menghembus nafas lega.

   Papa gelak. Lucu dengan respon Haqim. "So you suka sape?"

   "Doesn't have anyone."

   "Abang balik minggu depan." beritahu Tuan Eddy tiba-tiba.

   Haqim diam. Dia sebenarnya dah tahu tapi pura-pura tak tahu. Memang dari dulu lagi hubungan abang dan dia kurang akrab sebab abangnya selalu sibuk. Harini dia balik dengan gelaran doktor falsafah dalam bidang perakaunan. Abangnya kini sudah berumur 26 tahun. Sembilan tahun lebih tua darinya.

   "Papa nak korang betulkan bond between both of you. You've grown up. Dah boleh fikir."

   "Give me time, pa."



   DULANG yang berisi jus epal dihidangkan di atas meja di ruang tamu. Jus dituangkan di dalam gelas. Gelas-gelas itu dikeluarkan dari dulang lalu diletakkan di atas meja.

   "Welcome back home, Tuan Muda Hairul." ucap Ayih sopan. Seulas senyuman dihadiahkan kepada Hairul, abang Haqim.

   Haqim mencebik. 'Ngan aku takde sopan santun macam ni. Fake!" Rungut + kutuk hati kecil Haqim.

   Hairul senyum kacak. "You are so gorgeous. How old are you right now?" 

   "16." balas Ayih pendek.

   "You've grown up. It's been a long time no see you." luah Hairul. Tangan dihulur untuk berjabat tangan.

   Haqim pukul tangan Hairul. "Don't you dare to touch her."

   Ayih buat kening double jerk. Pelik dengan sikap Haqim.

   Hairul menjatuhkan tangannya.

   "Gotta go since I've some task to complete." Ayih minta diri.

   "Oh sure." balas Hairul. Dia menghantar Ayih sekadar dengan lirikan mata.

   Haqim tendang kaki Hairul. Terserlah wajah bengang Haqim. "Takyah nak flirting depan aku la. Benci betul aku tengok." marah Haqim.

   Hairul ketawa lucu. "What? I just gave her a compliment. Jealous? Sebab aku tak puji kau?"

  "Like hell I will."

   Hairul gelak. Jus epal diambil lalu diteguk perlahan-lahan.

   "Mama ngan papa mana?"

   Haqim jongket bahu. "Don't know. Alah... abang faham-faham la. Dorang bukannya selalu ada kat rumah." beritahu Haqim malas.

   Kedengaran Hairul melepaskan keluhan berat. Kecewa dengan sikap mama dan papa. Walaupun mereka sudah sedia maklum akan kepulangannya, namun mereka tetap tiada di rumah. Masih lagi dengan tuntutan kerja.

   "Bertabahlah dik." Bahu Haqim ditepuk berkali-kali.

   "Dah biasa. Fortunately ada Ayih. Takde la aku bosan sangat."

   Hairul buat muka simpati. "So, dia tempat kau lepaskan bosan je la? How could you..." Hairul mula menganjing. Sengaja provok Haqim.

   "Mulut tu kau jaga sikit eh. Aku anggap dia adik kot."

   Jelas senyuman sinis tersungging di bibir Hairul. "Adik huh? Okey..."

   "Takyah nak menganjing aku la gila!" Haqim bengang. Bantal kecil yang sudah sedia ada di atas kerusi di ambil lalu dilemparkan ke arah Hairul.

   Hairul sempat mengelak. "Mana de. Dah la dik, aku penat. Esok pagi kejutkan abang eh? Thanks. Love you." Ubub-ubun Haqim dicium. Sengaja ingin menaikkan darah Haqim.

   "Geli sia! Kau gay ke pe?" marah Haqim.

   Hairul hanya gelak melihat reaksi adiknya itu. Dia melambaikan tangannya.



   HAQIM melangkah ke dapur sambil mengangkat dulang dan gelas yang digunakannya tadi. Dulang itu diletakkan di atas meja. "Cuci benda ni sekali." suruh Haqim. Kebetulan pula Ayih sedang membasuh kutleri. "Yang kau senyum like crazy ni pehal?" soal Haqim pelik.

   Ayih garu kepala yang tidak gatal. Dia sengih seperti kerang busuk. "Crush aku dah balik la. Dia puji aku lak tu. Gila tak happy." Senyumannya masih lagi tidak hilang dari bibir.

   Haqim cebik. "Wei dia nak ambik hati kau jela. Dia crush kau? Come on la.. He is old." 

   "Taste aku. Sukati aku la. Kau sibuk pehal?" marah Ayih. Senyumannya mati. Haqim ni spoiler betul la.

   "Tell me how your taste then."

   "Buat pe aku bagitahu kau?"

   Haqim berdecit. "Bagitahu jela."

   Ayih senyum. "First of all make sure dia lelaki."

   Haqim buat muka menyampah. "Alaa... buat lawak pulak. Serius la. Sepak kang!"

   Ayih buat muka toya. "Chill la. Nak marah asal? Okey, aku nak tinggi dia about 15-20 cm dari aku. Hensem? Bonus la kalau ada. And umur dia lima hingga 10 tahun tua dari aku. Kau, memang awal-awal lagi la aku reject. Badan nak tough. Taknak gemuk. Kurus macam papan tu pun reject. Badan yang terlebih sado tu tak nak la. Dan semua kriteria tu ada pada Abang Hairul." beritahu Ayih. Dia menarik nafas.

   "Amboi, taste kau! Boleh tahan gak kan? Sape je nak kat kau? Badan kau pun rata depan belakang ada hati nak mamat badan tough." Haqim gelak jahat.

   Kecik besar kecik besar je Ayih nampak Haqim. "Aqem! Ada gak orang nak kena middle finger ngan aku ni kang."

   "Kau buat la. Aku cium kang nanti." ugut Haqim. 

   "Perv! Asal la suka sangat cium orang kau ni hah? I suggest you kawen ASAP. Cium la bini kau puas-puas. Nak buat lebih dari tu pun boleh."

   "Maksud lebih dari tu ape?" Haqim sengih seram. Dia menongkatkan dagunya menggunakan kedua-dua tangannya.

   Wajah Ayih mula merona merah. Mulutnya tertutup rapat. Tak sangka Haqim boleh buat perangai malam ni.

   Haqim mendekati Ayih. Pili air ditutup. Tergendala kerja Ayih untuk mencuci pinggan.

   "Bagitahula..." Haqim buat muka naif.

   Ayih dah mula gabra perlahan-lahan dia menjauhi Haqim. Namun tetap juga tidak menjauh sebab Haq mendekatinya.

   "Kau nak buat ape ni, Qim?" Suara Ayih agak perlahan. Tenggelam.

   "Mak. Tolong." panggil Ayih. Ayih mendengus kasar. Baru dia ingat bahawa emaknya pulang ke kampung kerana datuknya sakit. Sekarang yang berada di dalam rumah ini hanyalah Haqim, Hairul yang sedang lena tidur dan dia..

   "Mak kau takde. Remember?"

   Ayih kini terperangkap. Belakangnya dinding dan dihadapannya Haqim. Tangan Haqim menyentuh dinding. Wajah Haqim dan wajahnya hanya sejengkal jaraknya. Deruan nafas Haqim menampar pipinya.

   "Aqem please. Jangan buat aku macam ni." rayu Ayih.

   "Aku tak buat pape pun. Aku cuma nak tahu maksud lebih dari tu."

   "Kau nak tau?"

   Haqim angguk kepala. Dia senyum.

   "Lebih dari tu, ni haaaa..." Dia menendang celah kangkang Haqim. Pipi lelaki itu ditampar. Geram. Nak bergurau pun agak-agak ah.

   "Tak kelakar, Aqem."

   " Aduh! Boleh tahan gak kau ye? Kalau aku mandul nanti, kau kena tanggungjawab." Haqim menahan sakit. Dia terduduk akibat terkena tendangan Ayih.

   "Tanggungjawab? Memang tak ah!" Ayih masuk bilik dan kunci pintu dari dalam. Sikap Haqim sebentar tadi betul-betul buat dia berdebar-debar walaupun dia tahu niat Haqim hanya ingin bergurau.



   "NAK gi sana ngan apa?" soal Hairul apabila Ayih meminta izin untuk keluar.

   "Teksi." balas Ayih pendek. Tangannya ligat menaip mesej dalam telefon pintar.

   "Jumpa kawan?" 

   Ayih angguk.

   "Pompuan?"

   Ayih geleng.

   "Lelaki?"

   Ayih angguk sekali lagi.

   "Kawan ke boyfriend?" tanya Hairul. Ingin kepastian.

   "Kawan. Used to be my boyfriend." jelas Ayih. Telefon pintar dimasukkan ke dalam tas tangan.

   "Abang ikut. Nanti kalau jadi apa-apa abang yang kena tanggungjawab."

   Ayih jadi serba salah. "Tapi Abang Hairul, tak menyusahkan ke?"

   Lelaki itu menggelengkan kepalanya. "Lagi menyusahkan kalau anything happen kat you. Dahlah nak jumpa ex. Kalau dia apa-apakan you, macam mana?" kata Hairul. Prihatin.

   "He won't."

   "How can you be so confident?" Hairul angkat kening.

   Ayih melepaskan keluhan kecil. "Yelaaaaaa abang ikut." Dia memberi kata putus.

   Hairul gelak. "Jom." ajak Hairul. Kunci kereta diambil.

   Haqim yang kebetulan baru turun ke tingkat bawah berasa pelik apabila melihat Hairul dan Ayih berura-ura untuk keluar dari rumah. Haqim mendekati mereka berdua. Langkah Ayih dan Hairul tergendala.

   "Nak gi mana?" tegur Haqim.

   "Nak keluar. She wanna meet her friend." balas Hairul.

   "So nak tinggal aku sorang-sorang la kat rumah? Aku ikut gak. Tak kira!" 

   Ayih mengeluh halus. Dia tepuk dahi. Namun terpaksa akur.



   DENGAN langkah yang perlahan, Ayih mendekati lelaki yang sedang ralit menghadap telefon pintar. Di atas meja di hadapan lelaki itu terdapat segelas air milo ais.

   "You." panggil Ayih. Tanpa dipelawa, dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan lelaki itu.

   Lelaki mengangkat kepala. Senyuman manis jelas terhias dibibirnya. Lelaki yang memakai beanie itu meletakkan telefon pintar di atas meja. 

   "Sayang. Lama tak jumpa." Senyumannya masih tidak lekang. 

   Belum sempat Ayih membalas kata-kata itu, pelayan dari kedai itu datang untuk mengambil pesanan. Namun, pelayan kedai itu berlalu apabila Ayih mengatakan dia tidak ingin memesan apa-apa makanan dan minuman.

   Ayih balas senyuman manis itu dengan senyuman sinis. "Don't you ever call me 'sayang' if you aren't mean it." 

   "Sorry. You know what sayang? I miss the old us." luah lelaki itu. Wajah gadis di hadapannya ditatap.

   "Tak pernah rindu. Maaf." kata Ayih. Suaranya kedengaran agak dingin.

   Lelaki itu ketawa. "You are so mean, sayang."

   "Ada apa nak jumpa?" soal Ayih. Dia tidak ingin berlama-lama di sini. 

   "Nothing. Cuma rindu."

   Ayih ketawa sinis. "Fuck you, Aril." sumpah Ayih. Dia benar-benar menyampah dengan manusia yang sweet talker seperti Aril.

   "Fuck me huh? You've become more interesting, sayang." Aril gelak. "You are so cute, sayang." puji Aril.

  "Don't say something I know." Ayih angkat bakul. Dia senyum senget.

   Aril gelak lagi. "Seriously ni you? You changed."

   "I'm not. I just grew up."

   "You come here by what and with who?" Aril tukar topik. 

   "By car and dengan your precious buddy." balas Ayih. Jam di tangan ditatap sekilas. Baru 10 minit berlalu tapi kenapa dia rasa lama sangat?

   "Do you mean Aqem? Asal tak ajak dia sekali?"

   "Gotta go, Aril." Ayih tidak ingin menjawab soalan Aril.

   "How fast. Nak gi mana?"

   "Bukan hal you. Bye." Ayih berjalan laju untuk meninggalkan Aril. Dia sudah betah berada di situ lebih lama. Entah kenapa hati dia sakit sangat.

   "Wait for me." pinta Aril.

   "No! Between us, dah takde pape urusan. Kalau girlfriend you nampak I keluar dengan you, naya I nanti." Ayih membalas kata-kata Aril tanpa melihat muka lelaki itu. Kakinya tetap menapak.



   HAQIM dan Hairul berada di dalam kereta. Lebih selesa mendiamkankan diri. Hanya lagi di corong radio menemani kesunyian antara mereka.

   "Dik..." panggil Hairul tiba tiba.

   "Hm..." Haqim menggumam. Menyahut panggilan Hairul.

   "Abang nampak apa yang kau buat kat budak tu semalam." Radio diperlahankan. Wajahnya adiknya dilihat.

   Haqim dah mula menggelabah. "Apa yang aku buat?" Tak sangka kantoi gak dia kacau Ayih semalam. Dia tiada niat lain, hanya bergurau.

   Hairul menggeleng. Dia gelak perlahan. "Yang kau buat camtu asal? Nak cabul dia ke ape?"

   Haqim ketap bibir. Bahu abangnya dipukul kuat. "Mulut kau jangan puaka sangat eh. Aku nak gurau je."

   "Kasar gurauan kau, dik" balas Hairul sinis.

   "Alah kau sibuk pehal?"

   "Dia pompuan, dik. Jangan buat dia fobia dengan laki."

   "Ngan kau memang la pompuan. Ngan aku dia jadi laki. Kalau tak, takde la sampai dia tendang kangkang aku ni haa."

   "Kau nak cakap dia ada dua gender ke cane?"

   Haqim geleng. "No. Dia cuma kecelaruan identiti."

   Tawa Hairul meletus. "Kalau dia dengan nanti, ada gak orang berabang sayang nanti." sindir Hairul. Bukannya dia tak tahu, kalau Haqim buat Ayih merajuk, Haqim akan pujuk dengan panggilan yang macam tu.

   Haqim garu pelipis. Tak sangka abang tahu. Kantoi lagi. Huhhh.

   "Kau stalk aku ea bang?"

   "Stalk amendenya? Kau mana pernah nak sorok apa yang kau buat. Siap pujuk dia kat public lagi. Entah-entah mak dia pun pernah tengok kau panggil dia sayang. Who knows right?" ujar Hairul.

   "Alah. Mak dia tak cakap pape pun yang kau sibuk pehal?"

   "Abang kesian kat budak tu je dik. Kesian sebab dapat tuan cam kau." 

   "Mulut kau memang puaka kan bang?"

   "Well~ Sama je cam kau, dik. Lagi teruk ada ah."

   Haqim tidak sempat untuk membalas kutukan Hairul kerana ada adegan yang lebih menarik berlaku.

   "Eh, bang. Tengok tu. Ayih and a guy. Who is he? And why it seems like he holds her hand? Eh, tak. Mamat tu kejar. I need to go there." Pintu kereta dibuka. Dia pantang benar apabila melihat seseorang kacau Ayih. Bukan sebab dia suka minah tu ke ape tapi don't know why, dia rasa macam he should protect her no matter what.

   "Bro, what's wrong? Ayih, kau okey?" Jelas terpampang riak risau di wajahnya.

   "I'm okay. Totally okay. Just have a minor problem. By the way Qim, he is my ex, Aril." Ayih memperkenalkan bekas kekasihnya kepada Haqim.

   "Your ex?" Badan dipusingkan untuk melihat wajah lelaki itu. Dia berasa tidak sedap hati.

   "Hai, Qim." Sapa Aril. Selamba.

   Haqim terkejut. Sangat terkejut. "Aril? Kau? Kau ex minah ni? You've gotta be kidding me. Weh come on. Please telling me the truth. How can both of you know each other and become partner? Tak kelakar weh! Serious tak kelakar."

   "Sape buat lawak? How can we know and become partner it is not your problem, Qim." ujar Haqim malas. "By the way Aril, since we have no business anymore, if you don't mind, will you let both of us go? Thank you." Tanpa menunggu kata-kata dari Aril, Ayih terus meninggalkan Aril bersama Haqim.

   "Urusan kita tak habis lagi, bro. We should meet ASAP." Haqim meninggalkan Aril yang tersenyum sinis.



   HAIRUL melihat riak muka Haqim berubah. Marah mungkin kerana wajahnya yang agak putih kini agak merah atau mungkin sekadar terkena haba kerana matahari kian meninggi. 

   Ayih? Tiada apa-apa reaksi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. Such a cool girl.

   Haqim menghempas pintu kereta agak kuat. Rambut diraup ke belakang. Siku ditongkatkan di atas paha. Tangan menutup wajah.

   Ayih diam. Tidak memberikan apa-apa reaksi. Tas tangan diletakkan di sisi. Pandangan dihalakan ke luar tingkap.

   Suasana berubah. Menjadi tegang.

   "What's wrong with the atmosphere?" tegur Hairul. Kereta masih lagi statik. Tidak bergerak.

   Diam. Haqim dan Ayih tidak membuka mulut untuk memberikan respon. Hairul seakan-akan bertanya soalan itu kepada kerusi.

   "I'm talking to both of you. Not to this fucking seat!" kata Hairul agak kasar. Geram barangkali kerana soalan dibiarkan tiada jawapan.

   "Ask your lil bro." balas Ayih.

   "Haqim." panggil Hairul. Perlukan penerangan.

   "Asal aku? Ask that fucking bitch. She makes me likes shit and she asked me to explain everything? Fuck!"

   Hairul mengeluh. Dia mengambil keputusan untuk diam sebelum pergaduhan antara Ayih dan adiknya menjadi lebih besar.

   "We are heading to IOI right now. I have to meet my buddies." Gasaklah budak-budak ni tak setuju ke apa. I'm the one who are driving right now. Not them.

   Handbrake ditolak begitu juga dengan gear. Stereng dipulas. Kereta bergerak menuju ke destinasi seterusnya.



   PINTU rumah dikuak. Terpampang wajah keletihan Ayih. Dengan langkah yang perlahan, dia berjalan menuju ke bilik tidurnya. Jam tangan dikerling sekilas. 5.30 petang. Hari ini dia pulang lewat ke rumah kerana perlu menghadiri kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah.

   "Kenapa lewat sangat balik hari ni?" soal mak Ayih. Anak perempuannya itu didekati.

  Tangan wanita itu dikucup. Pipi wanita itu dicium lembut. Ayih senyum.

   "Ada kelas, mak." Pintu bilik dibuka. Beg sandang dan beg LK diletakkan di tepi katil. Badan direbahkan di atas katil.

   "Mandi dulu. Lepas tu solat, rehat. Takyah la tolong mak." beritahu mak Ayih. Dia menutup pintu bilik sebelum melangkah ke ruang dapur.

   Ayih bangun. Tudung sekolah ditanggalkan lalu diletakkan di dalam bakul baju kotor. Dia perlu membersihkan diri secepat mungkin kerana dia masih belum menunaikan solat Asar. Tambahan pula, dia perlu menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.



   USAI makan malam, Ayih menolong emaknya mencuci pinggan mangkuk. Walaupun ditegah berkali-kali oleh emak, namun dia tetap juga berkeras untuk menolong. Dia tahu emak faham akan situasinya namun dia juga faham situasi emak.

   "Mak, kerja Ayih dah setel." beritahu Ayih.

   "Okey. Pergilah buat kerja sekolah." suruh emak Ayih.

   Ayih menurut. Dia menuju ke bilik tidur. Zip beg sekolah dibuka. Kotak pensil diambil. Board di dalam beg LK diambil lalu diletakkan di atas meja belajar. Begitu juga t-square, sesiku set dan jangka lukis. Soalan diletakkan atas board lalu diselitkan dibawah pembaris yang sudah sedia ada pada board. Dia duduk atas kerusi.

   Ikatan rambut dikemaskan. Pensil mekanikal dan pemadam dikeluarkan dari kotak pensil. Belum sempat dia membuat soalan itu, kedengaran pintu bilik diketuk. Fokus Ayih terganggu.

   "Sape?" tanya Ayih. Suaranya dikuatkan sedikit supaya orang di luar mendengar soalannya.

   "Aqem."

   Ayih bangkit. Langkah dihayunkan. Pintu bilik dibuka.

   "Bosan la." beritahu Haqim.

   "Tido la, Qim. Aku ada banyak homework nak kena complete." ujar Ayih.

   Haqim garu kepala. Seriously sekarang ni tengah bosan gila.

   "Awal lagi ni wei. Baru kul 8 kot."

   "Seriously weh aku ada banyak homework nak kena setel. Most of them nak kena submit esok."

   Haqim sengih. "Homework mende?"

   Ayih angkat kening. Pelik dengan reaksi yang diberikan oleh Haqim. "LK, TK, addmath and chemistry."

   "Let me help you complete your homework. Please? Bosan tahap dewa dah ni." Haqim buat muka kesian.

   "Seriously?" Mata Ayih dah bersinar. Sebenarnya dia malas nak stay up untuk siapkan kerja-kerja ni tapi memandangkan semua kerja sekolah ni nak kena hantar esok terpaksalah dia stay. Alang-alang Haqim nak tolong, apa salahnya kan?

   Haqim angguk.



   HAQIM menggeliat, membetulkan urat apabila kerja sekolah Ayih siap. Dia siapkan kerja sekolah Kimia dan Teknologi Kejuruteraan (TK). Dia sangat menyukai kimia. TK? Dia budak sains akaun bukan sains teknikal. Dia hanya tulis apa yang disuruh.

   Buku-buku tersebut disusun. Wajah khusyuk Ayih dilihat. Gigih benar dia menyiapkan kerja Lukisan Kejuruteraan (LK).

   Dia perasan dari awal lagi gadis itu lebih selesa mendiamkan diri. Dia tidak memahami apa yang dilakar oleh Ayih. Cara Ayih melakarkan lukisan tersebut sangat kemas. Walau kerap kali dia lihat Ayih memadam apa yang dilukisnya.

   Ayih bukanlah pelajar cemerlang namun, dia akan buat yang terbaik selagi di mampu. Dia boleh dikategorikan dalam kalangan orang yang berusaha keras.

   Ayih berhenti melukis. "I'm done!" ujar Ayih. Keluhan kesal dilepaskan. Pensil mekanikal diletakkan di atas board.

   "Asal?" soal Haqim prihatin.

   Ayih lihat Haqim. Kolam matanya berair.

   Haqim menggelabah. "Asal weh?" soal Haqim lagi apabila Ayih tidak menjawab soalannya malah dibalas dengan air mata.

   "Banyak soalan aku tak boleh buat." Ayih meletakkan kepalanya di atas meja. Lengan diletakkan di bawah dahi.

   Haqim ketawa lucu. Tak sangka minah brutal di hadapannya ini sebenarnya budak cengeng. Tak boleh buat soalan pun nangis.

   "Manja gak kau ni. Ingatkan brutal je memanjang." Haqim mendekati Ayih. Kepala gadis itu digosok lembut.

   "Kau tak faham, Aqem. Aku bukan budak bijak macam kau. Tak belajar pun tetap pandai. Kau memang dari kecik genius." kata Ayih. Kepala diangkat. Air mata disapu menggunakan lengan baju.

   "Dahlah, takyah nangis. Nah, minum air ni!" Mug berisi air coklat dihulurkan kepada Ayih.

   Huluran itu disambut. "Terima kasih." ucap Ayih. Air itu disisip perlahan lahan.

   "Takyah la nangis kalau tak boleh buat. Buruk la. Dahlah kau tu memang tak lawak." kutuk Haqim. Tadi pujuk. Puii!

   Ayih mencebik. Alatan LK disimpan di dalam beg. Semua homeworknya siap kecuali LK. Dia perlu tanya kawannya esok.



   PERGERAKAN Ayih terhenti. Tangannya terketar-ketar. Mujur sahaja dia selesai menuang air ke dalam cawan. Tanpa menunggu lebih lama, dia masuk ke dalam bilik.

   Dia terus merebahkan badannya ke atas katil. Pandangannya dihalakan ke arah syiling. Kolam matanya bergenang. Entah kenapa dia berasa patah hati setelah mendengar kata-kata Hairul tadi.

   "Ni bukan masalah kau." kata Ayih kepada diri sendiri.

   Dia bangkit lalu melangkah ke luar bilik. Dia berdiri di hadapan pintu bilik tidurnya. Ayih berasa badannya agak lemah.

   "Kau okey?" soal Haqim yang setia menunggu Ayih dari luar bilik setelah perasan akan perubahan Ayih. 

   "Okey." jawab Ayih perlahan. Mukanya tidak memandang wajah Haqim.

   "Kau nampak macam tak okey. Betul ke okey?" Kaki dihayunkan ke hadapan perempuan itu.

   "Don't bother me."

   "Brokenheart sebab Abang Hairul cakap dia nak kawen dengan minah yang dia bawak tu kan?" tebak Haqim.

   Ayih pernah beritahu bahawa lelaki seperti Hairul merupakan lelaki idamannya dan kata Ayih, kata-katanya hanyalah sekadar kata-kata namun dia tahu bahawa Ayih benar-benar memaksudnya. Ayih mungkin banyak merahsiakan tentang dirinya tetapi dia dapat kesan jika gadis itu menipu.

   "What? It doesn't make sense. Aku penat je weh." kata Ayih lemah.

   "Then take a rest."

   "Takpe la, Aqem. Nanti nanti la aku rehat."

   "This is an order!"

   "Aqem! Tolong la jangan paksa aku. I need to serve them." Ayih pandang Haqim.

   "And let your heart break over and over?"

   "What do you mean by over and over? Even though I love him, he won't love me. Never and never. He gonna married and aku kena terima kenyataan. Hati aku sakit ke tak, ape kau kesah? And for your information Aqem, dia crush aku je weh. Normal la kalau patah hati ke ape. Nama pun crush, memang menghancurkan." beritahu Ayih panjang lebar. Air matanya mengalir.

   "Kalau kau suka dia sal kau tak cakap?"

   "Sape je aku ni? I don't deserve to him and even for a moron like you." Ayih senyum. Air mata dilap.

   Haqim jentik dahi Ayih. "Moron like me huh? I'm a moron who cares about you. Yang kau gi suka mamat tu pehal? Kalau kau suka aku, bahagia hidup kau."

   "Bahagia? Dengan kau? Takkan capai punya." Ayih gelak. Haqim ditinggalkan di belakang.

   "So mean. Kalau aku takde nanti, sunyi hidup kau." Haqim membuntuti Ayih.

   "Oh yes? Aku rasa hidup kau yang akan sunyi kalau takde aku." kata Ayih selamba. Kek cawan yang baru siap dibakar dikeluarkan lalu diletakkan di atas pinggan untuk orang yang berada di ruang tamu.



   "TAHNIAH lerr sebab dapat 10A+ dalam SPM. As expected from a moron likes you." ucap Ayih. Siap pakej kutukan lagi.

   Pandangan ditebarkan ke arah bekas pelajar tingkatan 5 tahun lepas. Ada yang gembira. Menangis. Bergelak sakan. Hanya berdiam diri. Pelbagai ragam. Lelaki yang berada di hadapannya ini tidak menunjukkan sebarang riak. Gembira? Tidak. Sedih? Pun tidak. Tidak dapat dia tebak.

   "Moron moron aku pun, aku dapat apa yang aku nak. Kau?" Haqim menjongket kening. Bibirnya menguntum senyuman sinis.

   Ayih pandang Haqim lalu mencebik. Jengkel dengan respon Haqim. "Blah la wei." Kaki lelaki itu disepak perlahan.

   Haqim gelak lepas. "Tu la jangan sesuka hati je panggil orang moron."

   Ayih ingin membalas kata-kata Haqim, namun terpaksa dia mematikan niatnya kerana awek Haqim ada di situ tiba-tiba. Dia sangat mengenali gadis itu.

   "Tahniah sayang." ucap gadis yang berbaju sekolah kuning. Berjawatan pengawas.

   Ayih pandang gadis itu sinis. Namun tidak berkata apa-apa. "Chow!" Tanpa menunggu lebih lama dia meninggalkan Haqim dan kekasihnya.



   HAQIM sekeluarga sedang menjamu selera di restoran lima bintang di bandar untuk meraikan Haqim yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

   "Tahniah, Haqim. Kamu betul-betul buat mama dan papa bangga." kata Puan Sofia. Dia tersenyum lebar.

   Haqim hanya senyum ala kadar. Tiga pasang mata terarah kepada Haqim.

   "Tak sangka bijak gak kau, dik." kata Hairul. Tiada niat untuk menyindir. Haqim yang selalu keluar masuk bilik kaunseling sebab bergaduh dan membuat masalah disiplin dapat mencapai keputusan yang membanggakan. Memang sangat mengejutkan.

   "Come on la, bang. Kau ingat kau seorang je ke bijak?" balas Haqim selamba.

   Puan Sofia dan Tuan Eddy ketawa senang. Jarang benar mereka dapar berkumpul begini. Semua sibuk dengan kerja masing-masing.

   "So, sekarang ni Haqim nak hadiah apa as reward dapat result flying colour?" soal Tuan Eddy.

   Mendengar akan soalan itu, Haqim terdiam sebentar. Tidak mahu melulu memberi jawapan. Haqim minum strawberry smoothie menggunakan straw. Kereta? Dah ada. Same goes on smartphone. Dia mendapat akar.

   "Aqem tak mintak banyak, ferrari sebijik pun dah okey." kata Haqim. Dia menahan tawa.

   Mendengar akan permintaan Haqim, Tuan Eddy tersedak.

   Hairul melopong.

   Puan Sofia menggelengkan kepalanya. Wajah Haqim dilihat. "Nak mintak something tengoklah kemampuan keluarga kita." kata Puan Sofia.

   Haqim ketawa. Kelakar melihat reaksi masing-masing. "Gurau je la." beritahu Haqim.

   Riak Haqim berubah. Menjadi serius. Atmosfera disekeliling turut berubah. Wajah Puan Sofia dan Tuan Eddy dilihat bersilih ganti.

   "Aqem nak kawen."

   Giliran Hairul pula tersedak. Dia pandang wajah adiknya dengan pandangan yang tidak percaya. Begitu juga dengan Puan Sofia dan Tuan Eddy.

   "You only 18 kot. Takkan dah nak kawen? Jeles ngan aku ke pe dik? Kau nak bagi makan bini kau apa nanti? Pasir? Batu? Kayu? Belajar la dulu." bebel Hairul. Kepala digelengkan.

   Tawa Haqim meletus. Lawak gila tengok reaksi tiga orang di hadapannya. Tak sangka lakonannya menjadi.

   "Aqem gu...." Belum sempat Haqim meneruskan kata-katanya Tuan Eddy dan Puan Sofua memotong serentak.

   "Okey. Kami setuju."

   Mendengar kata-kata itu, Haqim tersedak. "Pa, ma. Aqem gurau je la." Haqim menggelabah. Kalut menjelaskan niatnya.

   Hairul pandang muka mama dan papanya. Memang muka serius. Tidak bergurau. They really mean it!



   "KAU biar betul, Aqem? Bila? Ngan sape?" soal Farid bertalu-talu.

   Zarif dan Aril lebih selesa mendiamkan diri. Otak mereka masih mencerna apa yang dikatakan oleh Haqim. Kenyataan yang diberitahu tadi benar-benar memberi kejutan kepada mereka.

   "Tak gurau kan?" soal Zarif. Ingin kepastian.

   Haqim melepaskan keluhan berat. "Mana de gurau. Tak nampak ke muka aku tengah kusut ni?"

   "Tu la. Sape suruh buat lawak tak kelakar? Tak pepasal makan diri." kata Aril bersahaja. Cawan berisi air teh pudina diambil lalu disisip perlahan.

   "Kau ni kan! Bukan nak release stress aku, lagi semakkan otak aku ada la." omel Haqim setelah mendengar kata-kata Aril.

   "Tak, masalah sekarang ni, bila kau nak kawen? Ngan sape? Kau tak jawab lagi soalan aku." kata Farid. Bengang kerana soalannya tidak dihiraukan.

   "Mana la aku tahu ngan sape, bila. Aku tak tahu! Weh tolong la. Dengan minah mana tah parents aku nak kawenkan aku. Aku taknak weh." ujar Haqim sayu.

   "Apa susah? Kau kawen la dengan adik angkat kau tu." cadang Zarif.

   "No way!" Serentak Haqim dan Aril membantah.

   "Ko pehal, Aril?" soal Farid pelik.

   Aril tersedar bahawa dia sudah terlanjur kata walhal sejarah dia dan gadis itu hanya diketahui oleh dia dan Haqim. "Dia calon spm kan? Takkan nak ganggu konstrensasi dia pasal ni." terang Aril.

   "Aku anggap dia adik je weh." jelas Haqim.

   Farid dan Zarif angguk faham. Wajah Haqim yang tengah kusut dipandang.

   "Tak cuba nego dengan ke dengan parents kau?" soal Zarif. Kesian tengok member yang tengah mati kutu.

   "Kau tu dah la perangai cam budak bawah umur, takkan dah nak kawen?" kutuk Farid.

   "Kau kawen je la dengan awek kau." cadang Aril pula.

   Haqim mencebik. "Taknak aku. Minah tu kaki kikis kot."

   Aril gelak. "Dah tau kaki kikis, kau couple ngan dia asal?"

   Haqim senyum sinis. "Kau sembang macam kau tak buat."

   "Kau kawen je la dengan adik angkat kau tu. Mesti dia faham keadaan kau." beritahu Zarif. Masih lagi dengan ideanya.

   "Nanti la aku fikir." Haqim sudah malas memikirkan tentang perkahwinannya. Gurauan yang dicipta telah makan diri. Dia mengeluh berat.



   "KAMI bukannya apa, tak elok tinggal mereka berdua-duaan dalam rumah ni. Kami pun bukan selalu ada kat rumah. Hairul pun dah kerja sekarang. Malam baru ada kat rumah. Awak pun sekarang ni, selalu balik kampung. Tinggal mereka berdua jelah dalam rumah ni. Jadi kami cadangkan untuk jodohkan mereka berdua untuk mengelakkan fitnah." kata Puan Sofia panjang lebar kepada mak Ayih.

   Mak Ayih diam. Tidak terus memberikan jawapan. Wajah kedua-dua majikannya dilihat bersilih ganti. Dia buntu. Ada betulnya kata-kata Puan Sofia namun anaknya masih berada di alam persekolahan untuk mendirikan rumah tangga.

   "Nanti saya bagitau Ayih. Maafkan saya kalau jawapannya akan mengecewakan tuan dan puan." kata mak Ayih sopan. Tidak berniat untuk mengecilkan hati majikannya.

   Tuan Eddy mengulas senyuman nipis. "Kami harap jawapannya positif." Kata-kata Encik Eddy seperti mengharapkan anak-anak mereka dijodohkan.

   Mak Ayih hanya senyum.



   "WHAT? Mak, taknak. Ayih taknak kawen lagi. No way!" Tanpa menunggu lebih lama, selendang diambil dan dipakai ala kadar. Dia keluar dari rumah itu. Meninggalkan mak.

   Kaki dilangkah tanpa hala tuju. Tanpa dia sedari, dia sudah sampai ke taman permainan di kawasan perumahan itu. Melihat kanak-kanak sedang bermain buaian, gelongsor dan permainan yang lain membuatkan Ayih berasa cemburu dengan mereka. Tiada masalah yang perlu dipikul. Hanya kegembiraan yang dicapai.

   Di sebelah taman permainan itu terdapat sebuah padang kecil yang selalu dipenuhi oleh remaja-remaja yang berusia lebih kurang 13 hingga 17 tahun. Dia kurang mengenali budak-budak di kawasan perumahan ini. Dia hanya mengenali beberapa orang sahaja. Itupun sebab mereka sekolah di tempat yang sama.

   Ayih duduk di atas bangku yang telah disediakan di tempat itu. Fikirannya melayang. Memikirkan perkara yang diberitahu oleh mak tadi.

   Kahwin dalam usia yang muda bukan pilihannya. Dia tidak ingin menerima lamaran itu. Namun untuk menolaknya, dia tidak sanggup kerana keluarganya banyak terhutang budi dengan Puan Sofia dan Tuan Eddy.

   Keluhan dilepaskan. Masa berlalu dengan pantas sekali. Kedengaran azan Maghrib di surau berdekatan berkumandang. Dia tiada niat untuk pulang ke rumah.

   Dia mengambil keputusan untuk ke surau untuk mendirikan solat Maghrib secara berjemaah. Di situ, mungkin dia dapat menenangkan fikirannya.



   TANGAN lelaki itu dicium lembut. Hari ini, dengan berwalikan datuknya, dia sah menjadi isteri kepada Haqim. Menjadi isteri pada usia yang muda dan masih perlu menjalani peperiksaan SPM buat beberapa bulan.

   Majlis akad nikah hanya dibuat secara kecil-kecilan bersama Hairul. Hanya saudara yang terdekat sahaja yang hadir. Aril, Farid dan Zarif juga turut hadir.

   Majlis persandingan Ayih dan Haqim bakal dibuat pada hujung tahun nanti. Selepas Ayih tamat menduduki SPM. Namun begitu, majlis Hairul akan dibuat hujung bulan ini.

   Selepas Ayih mencium tangan Haqim, Haqim mencium dahi Ayih. Dia dapat merasakan air mata Ayih jatuh ke tangannya semasa perempuan itu mencium tangannya. Tidak dia pasti sama ada air mata itu air mata kegembiraan atau kesedihan.



   "TAHNIAH, Aqem." ucap Aril, Farid dan Zarif serentak.

   "Terima kasih." kata Haqim.

   "Tak sangka kau kawen dengan minah tu. Minah yang kau awal-awal tolak atas alasan kau anggap dia adik je." kata Aril sinis.

   Haqim senyum tawar. Dia tahu Aril menyimpan hati terhadap Ayih. Namun dia tidak dapat buat apa-apa memandangkan Ayih merupakan pilihan ibu bapanya.

   Farid menyiku lengan Aril. Tidak menyenangi kata-kata sahabatnya itu.

   "Kami harap kau bahagia." kata Zarif pula.

   Sahabat-sahabat Haqim meminta diri apabila mereka selesai berbual walaupun atmosfera yang diciptakan oleh Aril agak tegang. Namun dia tidak menghiraukan semua itu.



   "MAAF, Aqem. Aku tak sedia lagi." kata Ayih. Pandangannya dibuang ke arah jendela yang terbuka luas.

   Mereka berdua berada di dalam bilik Haqim. Pada mulanya, Ayih enggan untuk memasuki bilik ini. Namun setelah berkali-kali dipaksa oleh emaknya, dia akur. Dia sedar bahawa dia sudah menjadi isteri Haqim. Jadi, tempatnya di sisi Haqim.

   Haqim hanya mendiamkan diri. Tidak membalas kata-kata isterinya itu. Lebih selesa melihat syiling.

  "Kenapa aku?" soal Ayih. Perlukan kepastian. Setelah emak memberitahu tentang lamaran itu, Ayih berusaha untuk menjauhkan diri dari Haqim. Mereka tidak berbual sejak tiga bulan lalu. Dia yang menciptakan benteng antara mereka.

  "Because you know me than anyone else." balas Haqim. Mereka seakan-akan bercakap dengan objek yang berlainan kerana mata mereka terarah ke tempat yang berlainan.

   Badan dipusingan 180 darjah. Melihat Haqim yang sedang berbaring di atas katil. Tiada niat untuk mendekati lelaki itu.

   "What will happen kalau awek kau tau pasal ni?"

   "Dah clash la. Takyah la cakap sal dia lagi. We should talk about our future." beritahu Haqim. Dia mengiring ke kanan. Melihat wajah gadis yang baru dikahwininya.

   "Lepaskan aku kalau kau rasa takleh nak go on dengan semua ni." kata Ayih sebak. Air matanya jatuh ke lantai.

   Haqim bangkit. Dia menuju ke arah Ayih. Dia lap air mata yang gugur di pipi Ayih menggunakan jari jemarinya.

  "Baru first day kot, chill la." Ubun-ubun isterinya dikucup lembut.

   Ayih terkedu. Terkejut dengan kelakuan Haqim. Wajah Haqim ditatap.

   "Aqem..." Laju sahaja air matanya mengalir.

   "Asal ni? Tak habis-habis dengan perangai cengeng. Dah la jangan nangis." Tubuh Ayih dibawa ke pelukan.

   "You actually love me right?"

   Ayih geleng. Menafikan akan soalan Haqim. "Tak, mana ada." Dia membalas pelukan Haqim.



    DARI dulu lagi Haqim mengambil keputusan untuk tidak memasuki mana-mana IPTA pada tahun ini walaupun banyak tawaran yang diterimanya. Dia ingin menunggu Ayih. Belajar di tempat yang sama dengan Ayih walaupun kos berlainan.

   "Sayang, jawapan ni salah. It is supposed to be 6. Bukan 5. 2 x 3 = 6. Ni bukan tambah, darab. Ni la masalahnya bila selalu jawab soalan susah. Soalan senang macam ni pun boleh salah." Jawapan salah yang ditulis oleh Ayih dibulatkan.

   Ayih memadam jawapannya yang salah. Wajahnya mencuka. Disebabkan esok peperiksaan Matematik Tambahan, dia dipaksa oleh Haqim untuk menjawab set soalan Matematk Tambahan.

   "I've had enough!" Pemadam dilemparkan ke atas lantai.

   "Jangan degil! Jawab soalan ni sampai habis. Dua soalan je lagi." tegas Haqim.

   Ayih berpeluk tubuh. "I'm done!" Ayih tatap mata Haqim. Berlawan mata.

   "Sayang please. This is for your own sake." pujuk Haqim. Tak guna dia berkeras dengan orang keras kepala macam Ayih.

   "Aqem please. Penat la wei." Ayih buat muka kesian.

   "This is an order!" Tudiaa keluar kuasa vetonya sebagai seorang suami.

   Ayih mengeluh. Pensel diambil. "Fine! Dulu saya kena ikut cakap awak sebab awak majikan saya. Sekarang ni sebab awak suami saya. Okey fine! Fine!" Ayih memberontak. Namun begitu, tangannya ligat menulis jawapan pada kertas jawapan. Mujurlah soalan-soalan itu senang.

   Haqim ketawa. Lucu mendengar kata-kata Ayih. "This is for your own good."

   Ayih tidak menghiraukan kata-kata Haqim. "Mak! Aqem buli Ayih." Adu Ayih kepada emaknya apabila mak Ayih menghantar air dan coklat bar kepada anak dan menantunya.

   Mak hanya senyum melihat gelagat mereka berdua. Keputusannya untuk menjodohkan Haqim dan anaknya adalah keputusan yang bijak. Sekurang-kurangnya ada juga yang akan menjaga anaknya jika dia sudah tiada di dunia ini nanti.

   "Mak! Jangan la diam je. Back up la." omel Ayih apabila emak hanya menghadiahkannya senyuman dan berlalu pergi.

   "Boo!" Haqim menganjing.

   Ayih geram. Bengang. Semua ada. "Tidur kat luar malam ni." Ayih berlari menuju ke bilik tidur mereka. Pintu bilik dikunci dari dalam. Mogok!

   Haqim mengejar Ayih. Belum sempat dia menghalang daripada isterinya menutup pintu, Ayih telah kunci pintu dari dalam. Pintu diketul berkali-kali.

   "Ayih, bukak pintu ni."

   "Tak nak!"

   "Bukak!"

   "Tak nak!"

   "Tak baik buat camni. Nak masuk neraka ke?" ugut Haqim. Dia tersengih.

   Tang ni Ayih tak suka. Bila bab masuk neraka, dia jadi lemah. "Okey fine!" Lambat-lambat dia buka pintu.

   "Tak aci la main kuasa veto camni." rungut Ayih.

   Haqim tersenyum sinis.

   Ayih geram. Dia terus cubit lengan Haqim. Kuat. Terjerit kecil lelaki itu.

   "Benci la macam ni." Ayih berpeluk tubuh. Pandangan dihalakan ke luar jendela. 

   Haqim mendekati Ayih. Bahu Ayih dipeluk. "Benci? lama-lama sayang jugak."

   Ayih hanya membiarkan Haqim buat begitu. Ayih buat muka menyampah. "Kenapa aku?" Soalnya.

   "Apa?"

   "Yang selalu jadi mangsa kau." ujar Ayih geram. Dia ketap gigi.

   Mendengar akan kenyataan itu, tawa Haqim meletus. Ayih selalu buat hidupnya ceria seperti pelangi. Dia mengharapkan hubungan mereka berdua kekal hingga akhir hayat. Walau apa pun rintangan yang mendatang.



Lama tak buat cerpen. Huh! Skill yang dah tumpul lagi makin tumpul sebab lama tak asah. Pape pun, enjoy it. :)



2 comments:

  1. I like. Congrates. Nti lepas exam boleh buat duit dgn semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. I'll be trying my best. :)

      Delete