Followers

Saturday 23 March 2013

On Rainy Day - Bab 24



   "KALAU awak sedih atau kecewa, menangislah... Mungkin itu tidak dapat menyelesaikan masalah awak tetapi ia akan buat awak berasa lebih tenang." kata Ad kepada lelaki yang dijumpainya tempoh hari.

   Lelaki itu mengangkat muka. "Apa yang kau merepek ni budak?" tanya lelaki itu bengang.

   "Saya nampak semuanya. Dari mula sampai dia pergi." kata Ad. Dia berasa kasihan dengan lelaki itu.

   "Kau stalk aku ke budak?"

   Ad ketawa. "Takde masa saya nak buat semua tu. Saya ada banyak lagi kerja yang perlu dibereskan. Kalau bukan sebab jumpa client tadi, saya takkan jumpa awak dan yang paling penting saya takkan nampak dia buat awak macam ni."

   Lelaki itu menundukkan wajahnya.

   "Awak nak share masalah dengan saya tak?" tanya Ad. Dia berasa kasihan melihat keadaan lelaki ini.

   Lelaki itu melirik senyuman sinis. "Semua pompuan sama je! Lepas dapat duit aku, blah macam tu je. Habis madu, sepah dibuang. Langsung tak ucap terima kasih. Kalau dulu, bukan main lagi cakap takkan tinggalkan aku. Tapi bila dah dapat apa yang dia nak, terus mintak putus. Langsung tak hiraukan perasaan aku." Tanpa lelaki itu menyedari, dia telah meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

   Ad nampak mata lelaki itu berair. Ad pernah rasa apa yang lelaki itu rasa. Ad dipermainkan dengan orang yang sama. Tapi semua tu, dah tinggal sejarah. Hubungan Ad dengan Adam dah putus sejah beberapa tahun yang lalu.

   "Kalau awak dah tahu pompuan tu macam tu, kenapa awak bagi jugak?" sinis Ad bertanya.

   "Sebab aku sayangkan dia. Dulu, aku tak dengar kata-kata kawan aku. Kawan aku cakap dia tu main kayu tiga. Tapi aku tak percayakan dia malah aku tumbuk dia. Sekarang, aku sedar apa yang dia cakap tu benar-benar belaka."

   "Awak nak ikut saya tak?"

   "Ke mana?"

   "Ke satu tempat yang mungkin awak tak pernah pergi."



   RISYA menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tak nak!"

   "Makan!" Fakhriy masih lagi memaksa Risya untuk makan masakannya. Bukannya tak sedap, semua orang cakap sedap. Dia sorang je tak nak makan.

   "Orang tak naklah! Orang tak suka!"

   "Awak tu dahlah sakit. Tak nak makan pulak. Kita risaukan dia, dia pulak seksa diri sendiri. Takpelah kalau tak nak makan." Fakhriy meletakkan pinggan di atas meja. Dia berlalu dari situ dan meninggalkan Risya seorang diri di meja makan. Dah orang tak nak, buat apa paksa-paksa kan?

   Risya menutup mulutnya. Aiyyokk, suamiku merajuk. Macam mana nak pujuk ni? Adoii!! Padan muka aku, sape suruh tak nak makan. Kan dia dah merajuk. Risya mengetuk kepalanya berkali-kali.

   Risya memanjat anak-anak tangga untuk ke bilik utama. Pintu bilik diketuk beberapa kali.

   Tiada respon.

   Pintu bilik diketuk lagi.

   Juga tiada respon.

   Tombol pintu dipulas. Dia melihat Fakhriy tiada di situ. Tiba-tiba kedengaran seseorang sedang bermain piano. Tak lain tak bukan, semestinya Fakhriy.

   Dia mendekati bilik yang penuh dengan alat-alat muzik. Risya berdiri di depan pintu bilik itu. Dia tidak ingin masuk kerana dia tahu Fakhriy sedang kecil hati dengannya.

   Fakhriy suka muzik. Alat muzik yang paling dia minat, piano. Risya pulak suka biola. Apabila piano digabung dengan biola, semestinya hasil muzik itu akan menarik.

   Satu persatu kekunci ditekan oleh Fakhriy. Itulah kerja Fakhriy jika dia tertekan atau sedih.

   Kenapa sedih sangat muzik yang dimainkan oleh suami aku ni? Kalau tak silap tajuk lagu tu, The Rest of My Love by Bruno Mars. Perghh!! Memang sedih ah. Lupa pulak yang dia tengah sedih dengan sikap aku ni. Risya menghayati muzik yang dimainkan oleh suaminya itu.

   Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. "Dah lama buat kerja ni?" soal Fakhriy dingin.

   "Erk! Hehehe!! Tak lama, baru je tadi." Risya menggaru kepala. Tak sedar pulak yang Fakhriy dah habis main piano. Khusyuk sangat!

   "Menjawab."

   "Dah abang tanya. Risya jawablah." beritahu Risya selamba.

   Fakhriy buat muka serius tapi dalam hati dah tersenyum lebar dengan sikap Risya ni.



   "ALEX, aku ada cadangan." Hubungan Alex dan Max dah baik sejak dua hari lalu. Max pun tak tahu angin apa yang menyerang Alex ni, kejap baik kejap tak baik.

   Alex mengangkat kening. "Cadangan apa pulak kau ni? Mesti mengarut kau punya cadangan ni." beritahu Alex.

   Max tersengih. "Nak tak kita couple? But just for one month. And lepas satu bulan tu, kita buat macam takde apa-apa yang berlaku. And the most important is no hard feeling. Deal?" Max mengangkat keningnya. Mencabarlah kononnya tu.

   "Nonsense! Don't be silly, can you? Ni melibatkan perasaan kau tau tak? Pikir guna otak, bukan guna lutut!" marah Alex. Dia mengeluh.

   "Yang kau nak emo ni pesal?  I think kau takde perasaan kat aku? Apa salahnyakan? Lagipun, setahu aku, kau takde girlfriend lagi. Betul tak?"

   "Sape cakap takde? Aku ada girlfriend la! Kau jangan buat-buat lupa yang aku ni model. Even aku model part time. Model mestilah banyak skandal. Kau jangan pandang rendah kat aku. Aku bukan macam kau. Take a note!" bidas Alex.

   "Oh yeah? Baguslah kalau macam tu. Takdelah kau jadi bujang terlajak. Tak gitu?" Max pura-pura ketawa. Dia seakan-akan tidak boleh terima kenyataan dengan apa yang dikata oleh Alex.

   Alex berasa seperti ada yang tak kena dengan Max. Ketawa dia... lain. "Max, ketawa kau ketawa pura-pura. Kau ada masalah ke?" soal Alex prihatin.

   Tawa Max terhenti dengan sekelip mata. Alex... boleh kesan? Kenapa? Max berasa hendak menangis. "Eh, tak... takde! M... mana ada. Perasaan kau je kot. Aku... aku takde masalah, aku okey je." jawab Max tergagap-gagap.

   "Aku kenal kau dah lama. Dari kecik kita berkawan. Aku tahu macam mana kau ketawa dan macam mana keadaan kau apabila kau bersedih." kata Alex.

   Max tersenyum hambar. "Kau jangan bimbang. Aku takde pape. Aku okey. Aku nak masuk dulu, aku nak berehat kejap. Kalau ada masa, kita sembang lagi." Max berlalu dari situ.

   "Max, tunggu kejap!"

   Langkah Max terhenti. Dia tidak memandang wajah Alex. Dia tak nak Alex tengok keadaan dia sekarang ni.

   "Aku setuju dengan cadangan kau."

   

No comments:

Post a Comment