EMERIEZ dan Ridzlan memandang surat itu
dengan pandangan yang kosong. Hati mereka berbelah bahagi untuk pergi ke majlis
itu atau tidak. Berjumpa dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar di Adam
Smith Private School. 11 tahun kot, mereka tak berjumpa.
Kalau mereka berdua tidak pergi, mereka
berasa serba salah. Yelah, selama ni pun mereka tidak pernah menghadiri
majlis-majlis tersebut. Perasaan malas untuk pergi ke majlis-majlis begitu
selalu menguasai diri.
“Ridz, kau nak gi ke tak nak?” Muka Ridzlan dipandang.
Ridzlan menjongket bahu. “Tak tahu! Aku ikut
kau.” Beritahu Ridzlan. Ridzlan ni memang, selalu je ikut Emeriez. Memang tak
boleh gi sorang-sorang.
Emeriez meraup rambut ke belakang. “Aku akan
pergi ke majlis ini. Kesian kat diaorang. Letih-letih invite kita tapi kita tak gi.
Dah banyak kali kot kita tak hadir. Lagipun lusa, aku tak busy. Bolehlah aku menghadirkan diri ke majlis ini.” Putus Emeriez.
Emeriez kini bukan Emeriez yang dulu lagi. Emeriez kini sudah jauh lebih matang.
Ridzlan mengangkat kening. Dia gembira
dengan perubahan Emeriez. Emeriez sudah menjadi matang. Pandai menghargai apa
yang orang buat. Bukan macam dulu, tak kisah langsung dengan apa yang orang
buat.
“FASYIN, kamu tidur kat sini eh malam ni?”
Fakhriy mengangkat kening. “Doushite, ojiisan (kenapa, tok)?”
“Nampak sangat tak nak tidur kat sini. Takpe takpe, atuk faham.” Atuk seakan-akan berjauh hati dengan Fakhriy.
Fakhriy kehilangan kata-kata. Atuk dah
merajuklah. Tak padan ngan tua, nak
merajuk. Kutuk Fakhriy di dalam hati. Astaghfirullah Alazim. Tak baik kutuk
atuk sendiri. Tanpa Fakhriy sedari, dia menggeleng-gelengkan kepala.
Atuk pelik melihat tingkah laku Fakhriy.
Lantas itu, dia menggeleng kepala.
“Fasyin!” panggil nenek dari dapur.
“Ya, nek. Ada apa?”
Nenek memandang Fakhriy. “Malam ni, kamu dan
Risya tidur kat sini. Boleh kan? Kalau tak boleh, buat-buat boleh. Ajak Ad
dengan abangnya sekali. Mama dan papa mereka jugak.” Kata-kata nenek lebih
kepada arahan.
Fakhriy menggaru kepala. “Tapi kenapa nek?”
Pelik betul. Tiba-tiba je suruh tidur kat sini. Kalau Ad dan Alex tu bolehlah
kot tidur kat sini. Kalau mama dan papa mereka, confirmlah mereka tak nak. Seganlah wei!
“Nenek nak buat makan-makan sikit malam ni.”
Jawab nenek selamba.
Fakhriy menepuk dahi. “Alahai… Nak buat
makan je kot. Tak payahlah suruh diaorang tidur kat sini. Lagipun, diorang dah
besar. Mestilah diaorang segan. Rumah diaorang bukan jauh pun, dekat je. Tak
sampai lima minit jalan kaki dah sampai ke rumah ni. Apalah nenek ni.” Fakhriy
menggeleng-gelengkan kepalanya.
Nenek mencebik. “Bagi kamu, memanglah besar.
Bagi nenek, tak!”
Risya yang dari tadi mendengar perbualan
mereka berdua, ketawa kecil. Lawak je diaorang ni. Diaorang bukan macam nenek
dengan cucu tapi macam kawan-kawan.
Fakhriy mendekati Risya yang sakan
mengetawakannya walaupun Risya tidak ketawa terbahak-bahak. “Apa yang lawak
sangat?” Tawa Risya mati.
“Takde
pape ah!” Tidak sampat dua minit,
Risya ketawa kembali.
AD mendekati mamanya yang sedang khusyuk
membaca. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi bersebelahan dengan mamanya.
“Ma…” panggil Ad lembut.
Mama berpaling ke sisi untuk melihat wajah
anak perempuannya. Tersungging senyuman manis dibibirnya. Buku diletakkan di
atas meja. “Ada apa sayang?”
“Malam ni, nenek Max suruh kita makan kat
sana.” Dia melentokkan kepalanya di bahu mamanya.
Mama mengangguk faham. Dia mengenali nenek
Max. Malah dia sememangnya rapat dengan nenek Max walaupun kadang-kadang mereka
bersua.
“Ma, Ad ada soalan yang nak ditanya.” Tangan
mamanya digenggam erat.
Mama pelik akan tingkah laku Ad.
“Tanyalah.” Balas mama sepatah.
“Kalau Ad tanya, mama jangan marah eh?” Mama
mengangguk. “Ma, kenapa papa selalu takde kat rumah? Papa pergi mana? Papa dah
tak sayang kita lagi ke ma?” Bertubi-tubi Ad bertanya soalan kepada mamanya.
Sejak akhir-akhir ini, papa selalu tiada ke
rumah. Selalunya, jika papa outstation,
dia akan memberitahu Ad. Tetapi kini tidak lagi. Papa sudah menjadi dingin
dengannya. Tetapi kenapa? Atas sebab apa papa berbuat sedemikian?
Mama tersenyum kelat. “Papa outstation sayang.” Kepala Ad
digosok-gosok dengan penuh kasih sayang.
“Tapi ma… selalunya kalau papa outstation, papa akan bagi tahu Ad. Tapi
sejak akhir-akhir ni, dia tak cakap dah. Ad dah lama tak jumpa papa. Dah dua
minggu ma. Mama ada sorok apa-apa ke dari Ad?” soal Ad dengan penuh curiga.
“Semalam papa dah balik, Ad. Tapi hari ni
dia terpaksa ke luar negara untuk menyiapkan kerja yang tergendala dua bulan
lepas. Papa cakap, papa minta maaf sangat-sangat sebab dia tidak sempat
berjumpa dengan Ad.” Maafkan mama, Ad. Mama terpaksa. Kata hati mama.
Ad mengeluh.
Alex yang menyorok di sebalik dinding,
mengeluh kesal. Sampai bila mama nak sorok semua ni dari Ad? Bila Ad akan tahu
kebenarannya? Ad harus tahu kebenarannya, ma.
“NEK! Orang cakap tak nak, tak naklah! Kenapa
susah sangat nenek nak faham? Tolonglah nek, jangan paksa-paksa Max lagi.”
Marah Max. Dia tahu, perbuatan itu agak kurang ajar tetapi dia sudah tidak
tahan lagi. Kali ini dia berasa sangat tertekan kerana dipaksa oleh nenek untuk
memakai pakaian yang dia tidak suka. Kalau setakat tudung tu, okey lagi. Ni
suruh orang pakai baju kurung. Erghh,
pleaselah!
“Umur kamu berapa sekarang?” soal nenek.
Wajahnya membengis.
“Dua puluh empat.” Jawab Max pendek.
“Tau pun umur dah 24 tahun. Tak reti-reti
nak berubah ke? Dengan pakaian kamu macam ni, ada ke lelaki nak kat kamu? Mak
kamu tu, nak sangat-sangat kamu ni jadi macam orang lain. Macam perempuan lain.
Jadi macam Risya dan Ad. Apa nak jadi dengan kamu ni? Ni nenek nak tanya,
Marsha sayang tak kat chichi dan haha?”
Max mengangkat kening. “Apa punya soalan ni
nek? Mestilah Max sayang kat diaorang. Tanpa diaorang, takdelah Max kat dunia
ni. Tak gitu?” Max tersengih sehingga
menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.
“Kalau kamu sayangkan haha dan chichi kamu,
berubahlah. Be a true muslimah. Don’t be like this again.” Hah tudia! Nenek aku speaking.
“Power
ar nek, speaking tuh!! Jarang
benar orang Jepun boleh speaking nek.
Bravo! Marvellous! I’m proud be
your granddaughter.” Max menepuk-nepuk tangannya.
Nenek menjegilkan mata sebesar yang mungkin.
“Bertuah punya cucu. Orang bagi nasihat, boleh pulak dia main-main. Ingat
pesanan nenek ni Max. Tutup aurat. Jangan jadi macam ni lagi. Kamu tahu tak,
masa di akhirat nanti, chichi kamu
pun kena tarik masuk neraka jugak sebab kamu tak tutup aurat. Sebab kamu
melanggar perintah Allah. Kalau kamu sayangkan chichi kamu, berubahlah. Sempat lagi. Ada masa lagi sebelum sakaratul maut tiba.” Nenek terus
meninggalkan Max yang termangu-mangu sendirian.
Max menyelerakkan rambutnya sehingga menjadi
kusut masai. Tertekan! Dah jadi macam orang gila mungkin melihat keadaan Max
ini.
“TERIMA KASIH sebab pelawa kami makan.
Susah-susah je.” Ucap mama Ad kepada nenek Max. Dia mengukir senyuman manis.
Nenek membalas senyuman mama. “Apa yang
susahnya? Takdelah! Bukannya selalu. Kadang-kadang je. Dah lama kita tak
berkumpul macam ni. Mungkin kalau ada mummy
dan daddy Risya lagi seronok. Tapi
malangnya mereka telah dijemput oleh Allah S.W.T. Semuanya telah menjadi
kenangan.” Balas nenek.
Mama mengangguk. “Rindu kat arwah. Pejam
celik pejam celik, dah enam tahun mereka meninggalkan kita. Sekejapnya masa
berlalu. Baru semalam je rasa mereka ‘pergi’.” Tiba-tiba rasa sebak menggigit
tangkai hatinya.
Nenek baru sahaja ingin membuka mulut tetapi
seseorang telah mematahkan bicaranya.
“Nek! Malam ni boleh Haikal tidur kat sini?”
soal Alex. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Membodek! Takde cara lain ke nak buat?”
Mama mencubit perut Alex. “Haikal! Kamu tu
dah besar, bukannya budak kecil lagi. Malulah sikit.” Tegur mama.
“Ala…”
“Takpelah Ani. Biarkan je. Bukannya tak
biasa.” Bela nenek.
“Entahlah mama ni. Nenek tak cakap apa-apa
pun. Mama yang lebih-lebih tu kenapa? Macam dia pulak tuan rumah.” Kata Alex.
Mama menarik telinga Alex. “Haikal! Be matured, please. Kamu tu dah besar.
Dah boleh jadi bapak orang dah pun. Be professional
can you?”
Alex mengerang sakit. “Aduh, ma! Sakit…
sakit. Ampun ma, ampun.” Alex merapatkan kedua-dua belah tangannya. Sebagai
tanda minta maaf.
Nenek menggeleng-gelengkan kepalanya melihat
telatah Alex. Dah besar pun perangai macam kanak-kanak ribena lagi.
“Biarkan dia tidur dekat sini Ani. Bukannya
selalu. Lagipun esokkan cuti? Biarkan je. Kesian budak tu.” Ujar nenek lagi.
“Yelah yelah! Kamu jangan buat hal kat rumah
ni Haikal.” Mama memberi amaran kepada Alex seolah-olah Alex ni berumur
sembilan tahun.
“Yes,
ma’am!” Alex mengangkat tabik.
Mama memandang nenek. “Sorrylah, Haikal buat hal. Tak padan dengan tua. Perangai mengalahkan
budak darjah satu. Segan pulak saya dengan okaasan.”
Ya, memang mama memanggil nenek Max, okaasan.
Sejak dari dulu lagi. Chichi Max
sendiri yang menyuruhnya. Tambahan pula, dia sudah tiada ibu. Jadi, dia boleh
berkongsi kasih sayang dengan nenek Max walaupun dia berasa segan.
Cepat2 post bab yang seterusnya ... x sabar nak bace ah .. :)
ReplyDelete