Followers

Thursday 3 January 2013

On Rainy Days - Bab 21




   EMERIEZ dan Ridzlan memandang surat itu dengan pandangan yang kosong. Hati mereka berbelah bahagi untuk pergi ke majlis itu atau tidak. Berjumpa dengan kawan-kawan yang sama-sama belajar di Adam Smith Private School. 11 tahun kot, mereka tak berjumpa.

   Kalau mereka berdua tidak pergi, mereka berasa serba salah. Yelah, selama ni pun mereka tidak pernah menghadiri majlis-majlis tersebut. Perasaan malas untuk pergi ke majlis-majlis begitu selalu menguasai diri.

   “Ridz, kau nak gi ke tak nak?” Muka Ridzlan dipandang.

   Ridzlan menjongket bahu. “Tak tahu! Aku ikut kau.” Beritahu Ridzlan. Ridzlan ni memang, selalu je ikut Emeriez. Memang tak boleh gi sorang-sorang.

   Emeriez meraup rambut ke belakang. “Aku akan pergi ke majlis ini. Kesian kat diaorang. Letih-letih invite kita tapi kita tak gi. Dah banyak kali kot kita tak hadir. Lagipun lusa, aku tak busy. Bolehlah aku menghadirkan diri ke majlis ini.” Putus Emeriez. Emeriez kini bukan Emeriez yang dulu lagi. Emeriez kini sudah jauh lebih matang.

   Ridzlan mengangkat kening. Dia gembira dengan perubahan Emeriez. Emeriez sudah menjadi matang. Pandai menghargai apa yang orang buat. Bukan macam dulu, tak kisah langsung dengan apa yang orang buat.



   “FASYIN, kamu tidur kat sini eh malam ni?”

   Fakhriy mengangkat kening. “Doushite, ojiisan (kenapa, tok)?”

   “Nampak sangat tak nak tidur kat sini. Takpe takpe, atuk faham.” Atuk seakan-akan berjauh hati dengan Fakhriy.

   Fakhriy kehilangan kata-kata. Atuk dah merajuklah. Tak padan ngan tua, nak merajuk. Kutuk Fakhriy di dalam hati. Astaghfirullah Alazim. Tak baik kutuk atuk sendiri. Tanpa Fakhriy sedari, dia menggeleng-gelengkan kepala.

   Atuk pelik melihat tingkah laku Fakhriy. Lantas itu, dia menggeleng kepala.

   “Fasyin!” panggil nenek dari dapur.

   “Ya, nek. Ada apa?”

   Nenek memandang Fakhriy. “Malam ni, kamu dan Risya tidur kat sini. Boleh kan? Kalau tak boleh, buat-buat boleh. Ajak Ad dengan abangnya sekali. Mama dan papa mereka jugak.” Kata-kata nenek lebih kepada arahan.

   Fakhriy menggaru kepala. “Tapi kenapa nek?” Pelik betul. Tiba-tiba je suruh tidur kat sini. Kalau Ad dan Alex tu bolehlah kot tidur kat sini. Kalau mama dan papa mereka, confirmlah mereka tak nak. Seganlah wei!

   “Nenek nak buat makan-makan sikit malam ni.” Jawab nenek selamba.

   Fakhriy menepuk dahi. “Alahai… Nak buat makan je kot. Tak payahlah suruh diaorang tidur kat sini. Lagipun, diorang dah besar. Mestilah diaorang segan. Rumah diaorang bukan jauh pun, dekat je. Tak sampai lima minit jalan kaki dah sampai ke rumah ni. Apalah nenek ni.” Fakhriy menggeleng-gelengkan kepalanya.

   Nenek mencebik. “Bagi kamu, memanglah besar. Bagi nenek, tak!”

   Risya yang dari tadi mendengar perbualan mereka berdua, ketawa kecil. Lawak je diaorang ni. Diaorang bukan macam nenek dengan cucu tapi macam kawan-kawan.

   Fakhriy mendekati Risya yang sakan mengetawakannya walaupun Risya tidak ketawa terbahak-bahak. “Apa yang lawak sangat?” Tawa Risya mati.

   “Takde pape ah!” Tidak sampat dua minit, Risya ketawa kembali.



   AD mendekati mamanya yang sedang khusyuk membaca. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi bersebelahan dengan mamanya.

   “Ma…” panggil Ad lembut.

   Mama berpaling ke sisi untuk melihat wajah anak perempuannya. Tersungging senyuman manis dibibirnya. Buku diletakkan di atas meja. “Ada apa sayang?”

   “Malam ni, nenek Max suruh kita makan kat sana.” Dia melentokkan kepalanya di bahu mamanya.

   Mama mengangguk faham. Dia mengenali nenek Max. Malah dia sememangnya rapat dengan nenek Max walaupun kadang-kadang mereka bersua.

   “Ma, Ad ada soalan yang nak ditanya.” Tangan mamanya digenggam erat.

    Mama pelik akan tingkah laku Ad. “Tanyalah.” Balas mama sepatah.

   “Kalau Ad tanya, mama jangan marah eh?” Mama mengangguk. “Ma, kenapa papa selalu takde kat rumah? Papa pergi mana? Papa dah tak sayang kita lagi ke ma?” Bertubi-tubi Ad bertanya soalan kepada mamanya.

   Sejak akhir-akhir ini, papa selalu tiada ke rumah. Selalunya, jika papa outstation, dia akan memberitahu Ad. Tetapi kini tidak lagi. Papa sudah menjadi dingin dengannya. Tetapi kenapa? Atas sebab apa papa berbuat sedemikian?

   Mama tersenyum kelat. “Papa outstation sayang.” Kepala Ad digosok-gosok dengan penuh kasih sayang.

   “Tapi ma… selalunya kalau papa outstation, papa akan bagi tahu Ad. Tapi sejak akhir-akhir ni, dia tak cakap dah. Ad dah lama tak jumpa papa. Dah dua minggu ma. Mama ada sorok apa-apa ke dari Ad?” soal Ad dengan penuh curiga.

   “Semalam papa dah balik, Ad. Tapi hari ni dia terpaksa ke luar negara untuk menyiapkan kerja yang tergendala dua bulan lepas. Papa cakap, papa minta maaf sangat-sangat sebab dia tidak sempat berjumpa dengan Ad.” Maafkan mama, Ad. Mama terpaksa. Kata hati mama.

   Ad mengeluh.

   Alex yang menyorok di sebalik dinding, mengeluh kesal. Sampai bila mama nak sorok semua ni dari Ad? Bila Ad akan tahu kebenarannya? Ad harus tahu kebenarannya, ma.



 “NEK! Orang cakap tak nak, tak naklah! Kenapa susah sangat nenek nak faham? Tolonglah nek, jangan paksa-paksa Max lagi.” Marah Max. Dia tahu, perbuatan itu agak kurang ajar tetapi dia sudah tidak tahan lagi. Kali ini dia berasa sangat tertekan kerana dipaksa oleh nenek untuk memakai pakaian yang dia tidak suka. Kalau setakat tudung tu, okey lagi. Ni suruh orang pakai baju kurung. Erghh, pleaselah!

   “Umur kamu berapa sekarang?” soal nenek. Wajahnya membengis.

   “Dua puluh empat.” Jawab Max pendek.

   “Tau pun umur dah 24 tahun. Tak reti-reti nak berubah ke? Dengan pakaian kamu macam ni, ada ke lelaki nak kat kamu? Mak kamu tu, nak sangat-sangat kamu ni jadi macam orang lain. Macam perempuan lain. Jadi macam Risya dan Ad. Apa nak jadi dengan kamu ni? Ni nenek nak tanya, Marsha sayang tak kat chichi dan haha?”

   Max mengangkat kening. “Apa punya soalan ni nek? Mestilah Max sayang kat diaorang. Tanpa diaorang, takdelah Max kat dunia ni. Tak gitu?” Max tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.

   “Kalau kamu sayangkan haha dan chichi kamu, berubahlah. Be a true muslimah. Don’t be like this again.” Hah tudia! Nenek aku speaking.

   “Power ar nek, speaking tuh!! Jarang benar orang Jepun boleh speaking nek. Bravo! Marvellous! I’m proud be your granddaughter.” Max menepuk-nepuk tangannya.

   Nenek menjegilkan mata sebesar yang mungkin. “Bertuah punya cucu. Orang bagi nasihat, boleh pulak dia main-main. Ingat pesanan nenek ni Max. Tutup aurat. Jangan jadi macam ni lagi. Kamu tahu tak, masa di akhirat nanti, chichi kamu pun kena tarik masuk neraka jugak sebab kamu tak tutup aurat. Sebab kamu melanggar perintah Allah. Kalau kamu sayangkan chichi kamu, berubahlah. Sempat lagi. Ada masa lagi sebelum sakaratul maut tiba.” Nenek terus meninggalkan Max yang termangu-mangu sendirian.

   Max menyelerakkan rambutnya sehingga menjadi kusut masai. Tertekan! Dah jadi macam orang gila mungkin melihat keadaan Max ini.



   “TERIMA KASIH sebab pelawa kami makan. Susah-susah je.” Ucap mama Ad kepada nenek Max. Dia mengukir senyuman manis.

   Nenek membalas senyuman mama. “Apa yang susahnya? Takdelah! Bukannya selalu. Kadang-kadang je. Dah lama kita tak berkumpul macam ni. Mungkin kalau ada mummy dan daddy Risya lagi seronok. Tapi malangnya mereka telah dijemput oleh Allah S.W.T. Semuanya telah menjadi kenangan.” Balas nenek.

   Mama mengangguk. “Rindu kat arwah. Pejam celik pejam celik, dah enam tahun mereka meninggalkan kita. Sekejapnya masa berlalu. Baru semalam je rasa mereka ‘pergi’.” Tiba-tiba rasa sebak menggigit tangkai hatinya.

   Nenek baru sahaja ingin membuka mulut tetapi seseorang telah mematahkan bicaranya.

   “Nek! Malam ni boleh Haikal tidur kat sini?” soal Alex. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Membodek! Takde cara lain ke nak buat?”

   Mama mencubit perut Alex. “Haikal! Kamu tu dah besar, bukannya budak kecil lagi. Malulah sikit.” Tegur mama.

   “Ala…

   “Takpelah Ani. Biarkan je. Bukannya tak biasa.” Bela nenek.

   “Entahlah mama ni. Nenek tak cakap apa-apa pun. Mama yang lebih-lebih tu kenapa? Macam dia pulak tuan rumah.” Kata Alex.

   Mama menarik telinga Alex. “Haikal! Be matured, please. Kamu tu dah besar. Dah boleh jadi bapak orang dah pun. Be professional can you?”

   Alex mengerang sakit. “Aduh, ma! Sakit… sakit. Ampun ma, ampun.” Alex merapatkan kedua-dua belah tangannya. Sebagai tanda minta maaf.

   Nenek menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Alex. Dah besar pun perangai macam kanak-kanak ribena lagi.

   “Biarkan dia tidur dekat sini Ani. Bukannya selalu. Lagipun esokkan cuti? Biarkan je. Kesian budak tu.” Ujar nenek lagi.

   “Yelah yelah! Kamu jangan buat hal kat rumah ni Haikal.” Mama memberi amaran kepada Alex seolah-olah Alex ni berumur sembilan tahun.

   “Yes, ma’am!” Alex mengangkat tabik.

   Mama memandang nenek. “Sorrylah, Haikal buat hal. Tak padan dengan tua. Perangai mengalahkan budak darjah satu. Segan pulak saya dengan okaasan.” Ya, memang mama memanggil nenek Max, okaasan. Sejak dari dulu lagi. Chichi Max sendiri yang menyuruhnya. Tambahan pula, dia sudah tiada ibu. Jadi, dia boleh berkongsi kasih sayang dengan nenek Max walaupun dia berasa segan.


1 comment:

  1. Cepat2 post bab yang seterusnya ... x sabar nak bace ah .. :)

    ReplyDelete