Followers

Tuesday 19 November 2013

Cerpen : Apa Beza Kita Berdua?




   MAYA terkenal dengan sikap yang suka mainkan perasaan lelaki. Meskipun gadis itu baru berusia 17 tahun, itu tidak bererti dia tidak boleh melakukan perkara tersebut. Bukan salahnya jika dia suka mainkan perasaan lelaki, salah lelaki-lelaki itu kerana ingin berdamping dengannya.

   Dari awal lagi, sebelum Maya dengan lelaki-lelaki tersebut menjalinkan hubungan percintaan, Maya sudah mengatakan syarat-syarat yang harus dituruti. Semua lelaki ingin mendampinginya, harus menuruti syarat tersebut. 

   Sebelum memulakan hubungan tersebut, Maya sudah mengatakan bahawa dia tidak mencintai mereka. Terpulang kepada mereka ingin mempercayai atau tidak. Ingin menarik diri atau tidak.


Syarat-syarat : 

1) Hubungan ini hanya mampu bertahan selama satu bulan. Dalam masa satu bulan ini, dia dan lelaki tersebut boleh bertemu sekerap yang mungkin tapi tidak boleh mengganggu masanya untuk belajar.

2) No money, no date! Lelaki tersebut haruslah dari golongan orang yang berada. Dia bukan seorang yang suka meminta-minta namun, tempat yang ingin dituju haruslah tempat-tempat yang berkelas lima bintang.

3) Setiap kali ada pertemuan, lelaki tersebut semestinya membelikannya hadiah. Tidak kisah hadiah itu mahal atau tidak. Dia tetap menerimanya. Hatta lolipop yang berharga tidak sampai RM1, dia tetap terima.

4) Lepas sebulan, automatik hubungan itu terputus. No hard feeling.

5) Setiap lelaki yang ditemu janji hanyalah sekali seumur hidup. Tidak boleh diulang.

   


   MEMANG ramai pelajar tidak menyenangi dengan sikap Maya. Namun itu bukan sebab untuk dia bertukar sekolah. Dia sudah lali dengan cacian, makian dan hinaan yang diterima.

   Seringkali Maya dikaunseling oleh kaunselor sekolah. Sudah berapa kali dia keluar masuk bilik disiplin kerana bergaduh dengan pelajar-pelajar perempuan yang dikatakan merampas teman lelaki mereka.

   Sudah dia beritahu bahawa itu bukan salahnya kerana tidak akan sekali-kali mengajak lelaki berhubungan dengannya. Mereka yang sukarela menjadi teman lelakinya. Namun, pelajar-pelajar tersebut tidak mempercayai akan kata-katanya. Malah, menuduhnya perempuan murahan.

   Apabila ditanya oleh kaunselor mengapa dia berbuat demikian, dia akan menjawab ini adalah hobinya. Hobi yang disukai. Hobi yang baginya, agak mencabar. Dia bukannya melakukan hubungan yang terlarang dengan lelaki yang tersebut.

   Kalau setakat pegang tangan itu, satu perkara yang normal. Untuk melakukan perkara yang lebih teruk, dia merasakan tidak perlu. 

   Maya ialah pelajar yang pintar. She is the apple of teachers' eyes. Dia pelajar target untuk mendapat straight A dalam SPM kelak. Imejnya sedikit terjejas akibat perangainya yang sosial.



   SPM sudah berlalu beberapa hari yang lalu. Berada di rumah sepanjang hari membuatkan dia berasa bosan. Menonton drama yang tidak akan pernah menjadi realiti membuatnya berasa jemu.

   Dia berhasrat untuk mencari kerja. Ibunya pasti tidak menolak cadangannya itu. Ayah langsung tidak menghiraukannya sejak ayah dan ibunya bercerai lima tahun lalu. Maya ialah satu-satunya anak yang mereka miliki hasil perkahwinan mereka berbelas-belas tahun dahulu.



   "MAAFKAN, saya." ucap Maya apabila dia tertolak seorang lelaki akibat tolakan bertali arus yang diterimanya kerana ingin cepat ke sebuah kedai yang sedang mengadakan promosi.

   Lelaki itu menggeleng sebagai isyarat tidak mengapa. Mata nakalnya memerhatikan penampilan Maya.

   Jeans skinny yang berwarna hitam dipadankan kemeja berkotak-kotak yang berwarna merah jambu dan biru muda yang dilipat hingga siku. Sepasang wedges dibeli dari Vincci yang berwarna putih dipakai. Pergelangan tangannya dihiasi dengan jam tangan berjenama Alba. Rambutnya diikat satu.

   Penampilan yang ringkas tetapi menarik. Itu pendapat lelaki yang berbaju t-shirt PDI ini.

   "Anyway, my name is Irfan. Nice to meet you, Miss..." Lelaki yang bernama Irfan itu menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

   "Nice to meet you too, Encik Irfan." Maya menarik senyuman nipis. Maya menyambut huluran itu tanpa ingin memberitahu namanya.

   "Wanna have some drinks before you go?" soal Irfan. Dia tersenyum kacak.

   "Sure."  



   "KALI ni kau mainkan perasaan sape lagi?" soal Irfan berang. 

   Sakit hatinya apabila memikirkan perangai abangnya yang suka mainkan perasaan perempuan. Bulan ini sahaja, sudah lima orang perempuan 'meleleh' akibat perangai tidak matang lelaki itu.

   "Come on la, acik. Tak payahlah marah bagai. Macamlah tak biasa. Why not you just pretend like nothing happened? No need la kau masuk campur hal kau. Kau jaga hal kau sudah." selamba sahaja lelaki yang memanggil acik berkata-kata.

   Irfan mengetap bibir. 

   Geram. Sebal. Marah.

   "Along! Aku tak kisah sangat kalai kau nak mainkan perasaan minah-minah kat luar sana tapi tolong, jangan rosakkan mereka. Jangan biarkan mereka rosak sebab kau. Jangan jadi bodoh boleh tak?" marah Irfan. Penumbuknya dikepal.

   Along mengulas senyuman sinis. Ingin membakar lagi perasaan Irfan yang sudah terbakar. 

   "Acik, sayang. Alongkan dah cakap, jangan masuk campur hal Along. Kenapa tak faham-faham lagi ni?" perli Along sinis.

   Irfan mengeluh kesal. "Kalau ayah masih hidup, dia tentu menyesal ada anak macam kau dan jangan libatkan aku, angah dan adik kalau kau didakwa sebab rosakkan mereka." ucapnya lalu melangkah ke bilik tidur.



   ZAHRA satu-satunya sahabat yang Maya ada. Hanya gadis itu sahaja yang sudi berkawan dengan Maya. Maya menyenangi sikap Zahra yang tidak sombong.

   "Maya, saya ada sesuatu nak bagitau awak." Air CoolBlog yang baru sahaja dibeli, diminum.

   Maya menjongket kening. Isyarat supaya Zahra meneruskan kata-katanya.

   "Tapi malulah saya nak bagitau." kata Zahra. Dia memuncungkan mulutnya.

   "Come on la, Zahra. Cakap je." Dia melabuhkan punggungnya ke atas bangku berdekat.

   Zahra mengambil tempat di tepi Maya. "Saya ada suka kat sorang mamat ni." Zahra sudah mengulas senyuman lebar.

   Maya tidak menunjukkan sebarang riak. Baginya, lelaki semuanya sama sahaja. Hanya mementingkan paras rupa. Mereka tidak mengenal erti cinta sejati. Ah, hanya orang kolot sahaja tidak tahu akan kewujudan cinta sejati.

   Maya yakin lelaki yang diminati oleh Zahra akan menerimanya sebagai kekasih. Zahra mempunyai rupa yang menawan. Perlakuannya sopan dan dia juga seorang yang baik hati. Tambahan pula, Maya antara golongan dari keluarga yang berada. Hanya lelaki bodoh sahaja yang akan menolak Maya.

   "Maya..." Paha Maya ditepuk perlahan. Menyedarkan gadis itu dari terus mengelamun.

   Maya tersentak. Bahunya sedikit terangkat. Sempat lagi diri mengelamun. Dia tersengih untuk menutup kesalahannya.

   "Hehehe! Sorry. Dah confess feeling kat mamat tu?" 

   Zahra menjuihkan bibirnya. Lantas menggeleng. "Saya tak berani la. Macam mana kalau dia cakap dia tak suka saya? Malulah saya nanti." Roman muka Zahra keruh.

   "Hanya orang bodoh sahaja yang tolak awak, Zahra. Awak nak saya tolong ke?" Maya sudah arif bab mengayat. Baginya hal ini bukan satu masalah. Hal kecil yang mudah untuk diselesaikan.

   "Takpelah. Susahkan awak je."

   "Mana ada menyusahkan. Nanti whatsapp gambar dia. Nombor telefon dia sekali kalau ada. Kalau takde, nama facebook atau twitter." 

   Zahra mengangguk. Faham akan arahan yang diberikan oleh Maya. Walaupun Maya suka bersosial, baginya Maya baik. Hanya orang yang tertentu sahaja mengetahui perangai baik Maya.



   DARI jauh Maya melihat seorang perempuan menyimbah air ke muka seorang lelaki. Bibir Maya menguntum senyuman sinis. Pada hematnya, lelaki itu mempermainkan perasaan perempuan itu.

   Dan perempuan itu mengetahui hakikat itu. Bodohnya prempuan itu mencintai lelaki seperti itu. Maya melihat perempuan itu berlalu. Wajahnya tegang. Marah barangkali. 

   Dari mata kasar Maya, lelaki itu seorang playboy. Pemain perasaan perempuan. Perempuan tadi salah seorang mangsanya. Dia mrlihat wajah lelaki itu tidak beriak. Sudah biasa menghadapi masalah ini mungkin.


   DIA puas kerana dapat mainkan perasaan kaum hawa. Matanya melilau melihat sekeliling. Mujurlah ketika ini tidak ramai orang. Tidaklah dia terlalu malu. Matanya tertancap pada wajah seorang gadis.

   Baginya gadis itu kelihatan naif untuk dibuat barang mainan.Otaknya mendapat akal. "Mangsa baru." Lelaki ini ketawa di dalam hati.

   Telefon pintar di dalam kocek diambil. Ikon kamera ditekan. Dia menangkap gambar gadis itu. Nama, nombor telefon dan alamat gadis itu perlu diketahui untuk meneruskan misi.



   IRFAN berbaring di atas katil miliknya. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap mengiring ke kanan. Jam pada dinding dikerling sekilas. Sudah pukul 2:00 pagi.


   Selalunya ketika ini, dia sudah terlena dibuai mimpi yang kadang-kadang indah dan kadang-kadang buruk. Lengan diletakkan di atas dahi. Lantas bibirnya mengoyak senyuman kecil.

   Gadis yang dijumpai di shopping complex seminggu lalu telah menyebabkan jantungnya berdegup kencang. Sebelum ini, dia dingin dengan mana-mana perempuan. Entah mengapa dengan gadis itu, dia bertindak berani untuk berkenalan dan berjabat tangan.

   Baginya, perempuan itu mempunyai aura yang unik. Irfan menggigit bibir. Baru dia teringat bahawa gadis itu tidak memberitahunya akan namanya.

   Dia berhasrat untuk ke shopping complex itu lagi lusa. Mana tahu, ada rezeki untuk jumpa dengan gadis itu.



   "ZAHRA, saya dah bagitau kat mamat tu. Dia cakap dia nak jumpa awak esok." Maya mengoyak senyuman.

   Zahra tersenyum lebar. "Terima kasih, Maya." Senyumannya mengendur. "Saya tak berani nak keluar dengan dia je. Ayah saya mesti marah. Awak ikut, boleh?" Wajahnya menunjukkan bahawa dia memerlukan pertolongan Maya.

   "Maafkan saya. Kali ni memang saya tak boleh nak tolong. Lagipun esok saya dah start kerja. Awak suruhlah adik awak temankan." Maya menyelitkan rambutnya di belakang telinga apabila ada rambut menghalang penglihatannya.

   Kelihatan Zahra seakan-akan sedang berfikir. Pelipis digarunya. "Tengoklah macam mana nanti. Anything saya bagitau awak."

   Maya mengangguk faham. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh budak lelaki yang sedang menyiram bunga-bunga milik emak Zahra. Dia fikir lelaki itu anak kepada orang gaji Zahra.

   "Zahra..."

   "Ye?"

   "Siapa lelaki itu?" Maya masih lagi bertanya walaupun dia tahu akan kebenarannya.

   Zahra tertawa lucu. "Budak lagi tu Maya. Lagipun dia tu stok orang baik-baik." kata Zahra. Tawanya masih bersisa.

   Maya tersenyum kecil. Makan dalam betul kata-kata Zahra. Namun dia tidak mengambil hati. Baginya kata-kata tersebut bagai angin lalu. Lagipun dia tahu Zahra tiada niat untuk menyindirnya.



   TANGANNYA direntap. Kali pertama, dia menjumpai lelaki yang betul-betul nekad ingin mendampinginya. Dia bukannya telah ber'sara' dari hobinya itu tetapi dia tiada masa kerana kekangan masa.

   Dia mungkin kelihatan tidak berdisiplin kerana dia seorang yang sosial. Akan tetapi, apabila suatu keadaan yang memerlukan dia bersikap disiplin, dia akan berdisiplin. Dia akan menjadi tegas.

   "Awak ni dah kenapa? Sayakan dah kata, saya takde masa nak keluar dengan awak. Saya sibuk! Saya rasa, bukan sekali saya cakap. Dah banyak kali dan saya cakap dalam Bahasa Melayu. Takkan awak masih lagi tak faham?" tanya Maya sinis.

   Lelaki yang bernama Hariz ini kerap mengganggunya. Dia tidak kenal langsung akan lelaki itu. Pertama kali dia jumpa semasa di sebuah restoran tempoh hari. Sedarkah lelaki itu yang dia sedang bermain api?

   "I takkan kacau you kalau you terima I sebagai teman lelaki you."

   Maya ketawa kecil. Mungkin beginilah lelaki ini mengumpan mangsanya. "Dan saya tak berminat untuk jadikan awak sebagai teman lelaki saya. Bagi saya, awak langsung tiada tarikan. Kasanova macam awak, langsung tak sesuai untuk saya." bidas Maya. Dia sudah letih melayan kerenah Hariz.

   Hariz terkedu. Kali pertama perempuan berkata begitu dengannya. Nampaknya Maya jual mahal, fikir Hariz.

   Hariz mendapat akal. Dia mengulum senyuman sinis. "You, playgirl. I, playboy. Apa beza kita berdua? Masing-masing berperanan untuk mainkan perasaan orang." beritahu Hariz.

   Maya terkejut mendengar dua baris ayat yang meluncur dari mulut Hariz. 'You, playgirl. I, playboy.''Tidak dia sangka bahawa Hariz mengetahui akan rahsianya. Namun dia berlagak tenang. Dia perlu membalas kata-kata Hariz.

   "Beza awak dengan saya? Banyak! Awak kaya, saya tak. Saya jadi macam ni sebab masa silam saya, awak jadi macam ni sebab awak memang nak jadi macam ni. Awak kacak, saya takdelah cantik sangat. Awak beryou-I seperti playboy dan playgirl lain, saya bersaya-awak. Awak bangga bila awak perempuan menangis sebab awak, lelaki yang mendampingi saya tak menangis. Bukan sebab diorang malu tapi sebelum diorang faham akan syarat yang saya kenakan kepada mereka. Akhir sekali, awak pernah meniduri perempuan-perempuan tu, saya tak pernah." Maya menarik nafas panjang.

   Hariz mengangkat kening. Tidak dia sangka yang Maya tahu akan kelakuannya yang satu itu dam dia juga tertarik akan syarat yang dikata oleh Maya sebentar tadi. 

   "Syarat?"

   Maya hanya mengangguk sebagai jawapan dari soalan yang ditanya oleh Hariz.

   "Bagitau I apa syarat you dan I yakin I akan memenuhi akan syarat you itu."

   Maya ketawa sinis. Lantas dia menggeleng. "Saya tak berminat untuk beritahu awak tentang syarat-syarat tu sebab saya rasa awak takkan boleh turuti syarat-syarat tu." Dia berura-ura untuk meninggalkan tempat itu. Dia harus segera pergi dari tempat ini kerana hari hampir senja.

   Hariz berang dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh Maya. Dia menarik tangan Maya lalu ditolak ke dalam keretanya. Dengan kadar segera, dia menekan pedal minyak selepas dia menghidupkan enjin kereta.

   Maya tidak menyangka bahawa Hariz bertindak agresif begini. Tidak sempat untuk dia merentap tangannya dari pegangan Hariz. Lelaki itu terus menariknya untuk memasuki keretanya. 



Empat tahun kemudian,

   DARI jauh, Maya melihat Zahra bersama teman lelakinya. Teman lelaki yang ditackle oleh Maya kepada teman baiknya, Zahra. Mereka bakal bertunang. Lelaki itu, lelaki yang dijumpainya di pusat beli belah tempoh hari.

   Lelaki itu... Irfan. Ya, Irfan! Mula-mula, Irfan tidak bersetuju untuk menjadi teman lelaki kepada Zahra kerana dia meminati Maya. Namun, Maya memberitahu bahawa dia tidak menyukai lelaki yang baik-baik seperti Irfan. Irfan akur dalam keterpaksaan.

   Maya mengulas senyuman nipis. Dia bahagia melihat kawannya bahagia. Dia berundur beberapa tapak ke belakang. Dia perlu pergi dari sini. Selama empat tahun ini, Maya perasan bahawa Zahra sudah perlu pertolongannya lagi. Maya tidak kisah jika itu membuatkan Zahra bahagia.



   MAYA duduk bersila di atas pasir di pantai. Dia melihat kanak-kanak sedang bermain riang sesama mereka. Betapa nikmatnya menjadi seorang kanak-kanak. Tidak perlu memikirkan akan keadaan sekeliling. Hanya kegembiraan yang dicari. Tiada masalah yang bermain di fikiran.

   Namun, zaman kanak-kanaknya bukan seperti ini. Zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan kesunyian. Tiada siapa yang ingin berkawan dengannya. Kata mereka, mereka tidak ingin berkawan dengan anak kaki mabuk.  

   Sunyi. Kecewa. Sedih.

   Kepalanya didongakkan untuk melihat langit. Langit membiru. Awan memutih. Bayu petang menampar lembut pipinya. Cuaca yang redup. Namun, hatinya mendung. Hatinya sakit.

   Dia berdiri. Dia menghayunkan langkah ke pantai. Bermain di gigi pantai. Kakinya selangkah demi selangkah melangkah ke tempat yang dalam. 

   "Maya..."  

   Tiba-tiba ada suatu suara menyebut namanya. Pandangannya dialihkan untuk melihat gerangan manusia yang memanggilnya. Dia menghela nafas kasar. Darahnya mula menggelegak.

   Maya tidak menghiraukan akan panggilan itu. Dia melangkah lagi. Selepas empat tahun tidak berjumpa, akhirnya mereka ditakdirkan untuk bertemu kembali. 

   "Maya, tunggu!" jerit suara itu lagi. Dia berlari untuk mendapatkan Maya. Dia memeluk Maya dari belakang. Maka, bermulalah drama tidak berbayar di situ.

   Langkah Maya mati. Dia menutup matanya. Air matanya menitis laju.

   "Lepaskan saya." pinta Maya perlahan.

   "I takkan lepaskan you. I takkan biarkan you pergi lagi."

   Maya ketawa. Tawanya kedengaran agak sinis.

   "Saya takkan pergi kalau awak tak buat saya macam tu. Lepaskan saya. Jangan halang saya. Biarkan saya mati." kata Maya perlahan. Tenang sahaja Maya berkata begitu.

   Pakaian mereka sudah basah lencun akibat terkena air laut. Hariz menggeleng. "I takkan biarkan you bunuh diri. Izinkan I tebus balik kesalahan I."



Tiga tahun lalu,

   "TAHNIAH, Puan Maya. Awak mengandung." kata Dr. Asma.

   Air mata Maya bercucuran. Ini bukan air mata gembira, ini air mata kesedihan. Dia disahkan mengandung. Umurnya baru sahaja mencecah 18 tahun. Bagaimana dia akan menghadapi hidup-hidup yang bakal ditempuhi?

   Dihina, dimaki dan dicemuh orang sekeliling bukan permintaannya. Ini semua angkara Hariz! Hariz yang telah menyebabkan dia mengandung. Lelaki itu bertindak demikian kerana dia tidak ingin mendampingi lelaki itu.

   Ibu menghalaunya keluar apabila dia memberitahu akan hal itu. Malah ibu tidak mengakunya sebagai anak. Ah, itu sangat menyakitkan!

   Di saat insan sebayanya menyambung pelajaran ke menara gading, dia bekerja untuk mencari sesuap nasi. Dia berpindah ke Kelantan. Dia menumpang rumah ibu saudaranya. Mujurlah ibu saudaranya memahami.

   Apabila kandungannya semakin membesar, masyarakat sekeliling memandang serong terhadapnya. Sedih memang sedih. Namun itu takdirnya dan dia harus menghadapinya.
   
   Dia terpaksa mengatakan kepada masyarakat sekeliling bahawa ayah kepada anak yang dikandungnya telah meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya. Orang tidak akan percaya jika dia memberitahu mereka bahawa dia teraniaya. Jarang sekali orang sepertinya mendapat pembelaan.

   Malang tidak berbau. Pada suatu malam, rumah ibu saudaranya dimasuki perompak. Habis barang berharga di dalam rumah tersebut dirompak.

   Ibu saudara Maya ditikam kerana enggan menyerahkan barang kemas. Ibu saudaranya mati pada malam itu kerana kehilangan banyak darah. Maya terselamat walaupun perutnya disepak berkali-kali.

   Ketika itu, dia merasakan ajalnya sudah sampai. Namun Allah masih mahu dia bertawakal kepadanya. Perompak tersebut sempat melarikan diri sebelum jiran-jirannya datang.

   Anak yang bakal ditimang, gugur. Sesungguhnya, dia berasa kehilangan walaupun anak itu bakal lahir tidak berbapa. Anak itu memang tidak berbapa namun sebagai ibu, dia tetap menyayangi anak itu.



   "MAAFKAN saya. Saya tak boleh terima awak." tolak Maya. Hariz muncul kembali dalam hidupnya kerana ingin menebus kembali akan kesalahannya.

   Hariz menghela nafas panjang. Belum sempat Hariz membuka mulutnya, Maya terus memintas.

   "Awak patut dapatkan yang lagi baik. Bukan macam saya. Saya bekas orang." Tenang Maya berkata-kata begitu.

   Kata-kata Maya menyentap tangkai hati Hariz. "I yang buat you jadi macam tu. Maya, bagilah I peluang untuk tebus balik dosa I pada you. Maya, kita kahwin." pinta Hariz.

   Maya ketawa kecil. "Kalaupun awak kahwin dengan saya, apa yang saya boleh bagi kat awak? Anak?" Maya menggelengkan kepalanya. "Saya tak boleh bagi awak anak, Hariz. Rahim saya rosak akibat tendangan yang saya terima. Saya tak layak untuk mana-mana lelaki termasuk awak." kata Maya. Kolam matanya sudah bergenang mengingati akan hakikat itu.

   Air mata Hariz menitis. Sampai macam tu sekali kenyataan yang harus dihadapi oleh Maya. Semua ini kerana dia. Kalau bukan sebab dia, mesti Maya tidak jadi begini.

   "Maya, jangan cakap macam tu. You jadi macam ni sebab I. You tak boleh mengandung sebab I. Kalau bukan sebab I, you takkan jadi macam ni. Izinkan I jadi suami you. I akan jaga you hingga akhir hayat I." Hariz masih lagi cuba memujuk.

   "Saya tetap dengan keputusan saya. You should deserve better but not me."

   Maya bangun dari duduk. Kakinya dihayunkan untuk meninggalkan tempat itu.

   Keputusannya tetap tidak akan menerima Hariz sebagai suami. Dia tidak layak mendampingi mana-mana lelaki. Mana-mana lelaki tetap inginkan anak walaupun seorang. Dan dia tidak rela dimadukan.

   Baginya, itu adalah keputusan yang terbaik. Mungkin dia tiada jodoh dengan mana-mana lelaki di dunia ini. In Shaa Allah, di syurga nanti. Ini janji Allah kepada hamba-hambanya. Jika bukan sekarang, mungkin tahun-tahun yang akan datang. Jodoh, ketentuan, ajal dan maut sudah tercatat di Loh Mahfuz untuknya.


3 comments: