“SEKEJAPNYA masa
berlalu. Lagi dua bulan kita jadi student
Tahun 2. And the important is
Andhika, Emeriez dan Ridzlan akan berambus dari sini.” Ujar Max. Dia menghela
nafas lega. Lagi lama diaorang ada kat sini, selagi tulah aku rasa tak sedap
hati.
“Ha’ahkan? Mesti best kalau diaorang takde.” Beritahu Risya. Tiba-tiba dia rasa
sayu. Dia merasakan baru semalam mummy dan
daddy meninggalkannya. Risya rindukan
mummy ngan daddy. Risya selalu doakan mummy
ngan daddy agar tenang di dunia sana.
“Ha’ah, memang best. Aman sikit dunia kalau diaorang takde.” Satu suara garau
menyokong kata-kata Risya.
Ad, Max dan
Risya ketawa mendengar kata-kata. Tawa Ad berhenti. Dia pelik, suara yang
membalas kata-kata Risya tadi? Takkanlah suara Max? Mustahil! Suara Max taklah
segarau ni.
“Siapa yang
cakap tadi? Kau ke Max?” soal Ad kepada Max.
Tawa Max dan
Risya terhenti.
“Bukan kau ke
yang cakap tadi, Ad?” soal Max naif.
Risya menyiku
Max.
“Pesal?” Dayana memuncungkan mulutnya
untuk memberitahu sesuatu.
Ad, Max dan
Risya berasa seperti ada tulang ikan tersekat di kerongkong. Lantas, mereka
tersenyum kambing, menutup malu.
“Kitaorang tak
habis exam lagi kauorang dah halau.”
Kata Ridzlan seperti berjauh hati. Lantak kaulah nak berjauh hati ke tak,
bukannya Max and the gang kisah pun.
Max berdecit.
Kalau aku sembang je, mesti diaorang kacau. Tak syok betullah! “Kau ni pehal? Tak boleh tengok orang senang
sikit.” Marah Max.
“Max, Risya, jom
chow! Sesak nafaslah aku dok sini. Busuk! Ada sampah.” Kutuk
Ad tanpa berselindung. Max dah ceritakan segala-galanya tentang tujuan mereka
ingin berbaik dengan kitaorang. Mereka buat semua tu sebab nak korek rahsia
siapa sebenarnya kami bertiga. Bak kata Max, baka!
“Amboi, kasarnya
bahasa.” Balas Andhika.
Ad mencebik. “Blahlah kau. Menyemak je!”
Ad, Max dan
Risya merempuh badan ‘sampah-sampah’ yang menghalang perjalanan mereka.
Andhika, Emeriez
dan Ridzlan mengaduh. Nampak muka macam lembut je, tapi ternyata kasar. Jadi, don’t judge a book by the cover.
KERETA ALPHARD
dipandu laju oleh Ad. Dia suka pandu kereta laju-laju tapi bila accident tahu pulak menyesal. Janji tak
nak buat lagi. Manusia, faham-faham jelah.
“Ad, agak-agak ar. Slowlah
sikit. Aku tak nak mati lagi. Kalau kau nak mati, kau mati sorang-sorang sudahlah. Tak payahlah ajak orang lain.” Risya
menutup matanya. Takut!
Max ketawa
mendengar kata-kata Risya. Dia biasa sahaja. Dah terbiasa. “Ad, slowkan sikit kereta ni. Aku tak kisah
kereta ni rosak, jangan muka kau rosak sebab cium stereng.” Max menasihati Ad.
Kesian melihat Risya yang berada dalam ketakutan.
Apabila
mendengar kata-kata Max, Ad memperlahankan pemanduannya. Dia menghormati ojou yang digeruni ramai ahli gangster.
Risya menghela
nafas lega. Sesak nafas aku dibuat Ad. Sebab tu aku tak kasi Ad drive. Kalau tak… paham-paham jelah.
“Hari ni, hari last kau drive kereta kalau aku jadi passenger.
Aku tak nak dah bagi kau drive. Aku
dah serik!” Risya menjadi gerun apabila mengingati had kelajuan yang dipandu
oleh Ad.
“Kenapa pulak?”
soal Ad tak puas hati.
“Lemah jantung
aku bila kau drive. Macam pelesit!”
Sebelum keadaan
menjadi lebih genting, Max terus menegah.
“Dah dah! Lagi
lama kauorang bertekak, lagi cepat kita dapat bala. Fokus semasa memandu. Tadi
beria-ia nak jemput ‘buah hati pengarang jantung pisang’ kau tu.” Sahut Max.
“Betul jugak! Ni
semua sebab Risya. Dia yang cari pasal dengan aku dulu.”
“Dia yang salah,
kita pulak yang dipersalahkan. Teruk betul!”
“Stop… stop it! Aku tembak jugak kauorang
ni.” Ugut Max dengan mimik muka yang serius.
Sekelip mata
sahaja, Ad dan Risya berhenti bertekak. Ojou
dah marahlah. Lebih baik diam kalau tak nak kena tembak.
Max mengulas
senyuman. Tahu pun takut!
“YO, bro! How
are you?” Ad bertanya khabar kepada ‘buah hati’nya. Mereka berpelukan
seperti lelaki. Muka nampak feminin, nama pun sama. Tapi perangai… faham-faham
jelah ye.
“Amboih! Cantiknya bahasa. Apa, Ad ingat
ni negara orang putih ke? Tegur orang yoyo? Lu
ingat wa ni yoyo ke?” soal ‘buah
hati’ Ad.
“La… wa
ingatkan lu dah tak pandai cakap
Bahasa Melayu. Maklumlah, dah lama tinggal kat negera omputeh.” Balas Max sebagai wakil Ad.
“Wa… Miss
Gangster ada la. Ingatkan dah tak sudi jemput kita ni.” Gurau Haikal.
Max mencebik.
“Tak payah buat muka mintak terajang
macam tu. Aku dah lama tak belasah orang ni. Kalau tak silap, last aku belasah orang… err... bila eh? Tak
ingat pulak aku. Lupakan.” Kata-kata Max mengundang tawa oleh Ad dan
Risya.
Giliran Haikal
pula yang mencebik. “Mentang-mentanglah kita ni tak pandai nak pertahankan
diri, dia nak belasah kita. Tak sukalah macam ni.” Suaranya seperti berjauh
hati.
Risya ketawa mengejek.
“Jantina je lelaki tapi lembik!” kutuk Risya.
“Blah ar kau! Riak je lebih.”
Ad, Max dan
Risya ketawa mendengar omelan daripada Haikal itu.
HAIKAL atau nama
penuhnya Alexander Haikal. Kacukan Melayu-Inggeris. Masa sekolah dulu orang panggil
dia, perpustakaan bergerak. Dia selalu dibuli sebab dia budak nerd atau lebih dikenali sebagai budak
skema. Nak pertahankan diri, tak pandai. Orang suruh belajar, tak nak. Dia
cakap, takpe… Ad kan ada.
Tapi masalahnya
sekarang, Ad hanya boleh back-up dia
sampai sekolah rendah je. Sekolah menengah dah tak boleh sebab Haikal
bersekolah kat sekolah berasrama penuh. Budak pandailah katakan. Maka, selalulah
dia dibuli, diperas ugut. Orang dah suruh belajar ilmu mempertahankan diri, tak
nak. Degil! Natijahnya, dia selalu kena buli.
Haikal tua tiga
tahun daripada Ad, Max dan Risya. Haikal ialah saudara susu Ad sebab tu
diaorang rapat. Ibu Haikal menyerahkan Haikal kepada keluarga Risya atas
sebab-sebab yang tertentu. Masa tu, Haikal berusia dua bulan. Lagipun mama dan
papa Risya berasa kesunyian kerana tiada cahaya mata sehinggalah Ad dilahirkan
ke dunia, tiga tahun kemudian.
Max tidak suka
penampilan Haikal. Baju kemeja berlengan pendek berkotak-kotak. Butang
dibutangkan hingga ke leher. Seluar slack
warna hitam hingga ke atas pusat. Rambut pulak dibelah tengah. Erghh, memang nerd giler. Sangat terpesong dengan penampilan dia yang stylo.
Di sebalik
kekeskemaannya, Haikal mempunyai seraut wajah yang tampan. Mempunyai sepasang
mata yang berwarna biru laut telah terlindung dengan kaca mata berbingkai
besar. Yang memang sesuai dipakai oleh orang sepertinya.
Max ingin
menukar penampilan Haikal supaya lebih up-to-date.
Penampilan sekarang ini Nampak lurus bendul. Tak stylo walaupun pakaiannya itu mahal. Dia mahu Haikal menjadi lelaki
sejati. Dia jugak yang jadi lelaki tiruan. Hu
hu hu !
“Haikal, aku tak
sukalah penampilan kau sekarang ni. Dari dulu, sampai sekarang tak pernah
berubah. Up-to-datelah sikit wei. Aku nak ubah penampilan kau, boleh
tak?” soal Max penuh berharap. Kita kena tanya tuan badan dulu, tak boleh main
aci redah je.
Terkebil-kebil
mata Haikal mendengar permintaan Max itu. Ramai juga orang yang mengkritik cara
pemakaiannya tetapi langsung tidak diendahkan. Dia ingin menukar penampilannya
tetapi tak tahu macam mana nak mula dulu. Alang-alang orang dah tanya, baik on je.
“Kau biar betul,
Max? Kau nak ubah penampilan, Haikal a.k.a
abang aku ni?” soal Ad seakan tidak percaya. Selama ini Max tidak pun
mengkritik penampilan Haikal.
Max mengangguk.
“Aku setuju
dengan Max. Cakap ‘ya’ je, Haikal. Semua kos Max akan tanggung. Aku berani
jamin!” Cakap macam dia je yang tanggung.
“Aku on je kalau semua kos Max yang
tanggung.” Mata nakal Haikal mengenyit mata kepada Max.
Max menjelir
lidah. “Eh eh, budak nerd ni. Banyak songeh pulak dah. Yelah-yelah aku yang
tanggung tapi tak semua. Tak gentleman
langsung kau ni.” Bebel Max.
“Bukan kau tu
lelaki ke? Buat apa aku nak gentleman
dengan kau? Geli aku!” Haikal sengaja mengapi-apikan Max. Haikal kalau dengan
Ad, Max dan Risya bolehlah nak sindir-sindir, kalau dengan orang lain… haram!
“Biadap!”
“Nak bukti?
Tengok dada kau tu, rata!” Haikal ketawa jahat. Disambut oleh tawa Ad dan
Risya.
Max menahan
marah. Asap dah keluar dari telinganya. “Tak senonoh betul kau ni. Tak padan
dengan nerd! Aku wresting jugak kau ni.” Muka Max merah menahan marah. “Mulut kau tu
langsung takde insurans. Aku ganyang mulut kau dengan lesung batu baru tahu.
Biar mulut cabul kau tu rosak. Baru nak menyesal!” Max memberi amaran.
Tertelan air
liur Haikal mendengar amaran daripada Max. Man ni bukannya boleh dibawa
berbincang. Kalau dia cakap A, maka A la. Takde dah B. Dengan mukanya yang
menyeringai, memang menakutkan!
Ad dan Risya
ketawa bagai nak rak melihat muka Haikal yang cuak itu. Padan muka!
DUA bulan
berlalu. Ini bermakna Ad, Max dan Risya sudah menjadi student Tahun 2. Pada masa yang sama jugak Andhika, Emeriez dan
Ridzlan dah berambus dari universti tu. Yahoo!!
Kini, Max dan
Haikal atau nama barunya Alex sedang berbual-bual di sebuah restoran sementara
menunggu makanan sampai. Maxlah yang tukar nama tu. Dia cakap baru style panggil Alex. Sesuai dengan gaya
Haikal sekarang ini.
“Eh, Max. Tak
sangka jumpa kau kat sini. Kau buat apa kat sini?” Emeriez terasa ingin menepuk
dahi kerana soalan bodoh itu jugak yang ditanya. Dah terang tang-tang ni restoran, mestilah orang
datang sini nak minum atau makan atau kedua-duanya sekali jika disabit
kesalahan. Erk? Apa yang aku tengah
melalut ni. Adoii!
Max mengangkat
muka untuk melihat gerangan yang menegurnya. “Aku tengah snorkeling. Tak nampak?” soal Max malas. Dah ni restoran mestilah
nak makan, nak minum. Apa punya soalan da?
Haikal senyum
mengejek. Dia kenal lelaki yang berada di hadapannya ini. Lelaki yang berlagak macho dan kuat. Pembuli terbesar di
sekolah semasa di sekolah berasrama penuh suatu ketika dahulu. Mungkin Emeriez
sudah tidak mengenalinya kerana penampilannya yang sangat berbeza dari dahulu.
Emeriez tersengih menutup malu. “Boleh aku join?” Dengan tak malunya dia duduk di
atas kerusi bersebelahan dengan Max.
“Kau ni memang
tak malukan?” soal Max tanpa berlapik. Buat apa nak berlapik dengan mamat
perasan bagus ni. Buang karan je.
Emeriez buat
muka selamba. Dia membuat pesanan selepas memanggil pelayan restoran. Matanya
teralih pada seraut wajah di hadapannya. Dia berasa dia seperti pernah melihat
wajah itu. Tetapi dia tidak ingat. Pedulikan semua tu.
“I’m Emeriez.” Emeriez memperkenalkan
dirinya kepada Haikal.
“Alex.”
Mereka
bersalaman. Haikal memegang tangan Emeriez kuat. Emeriez menahan kesakitan yang
sedang dialaminya. Dia memaniskan roman muka supaya tidak diketahui oleh Max
perasaan sakit yang dialaminya sekarang ini. Kalau Max tahu pun, ada Max kisah?
Max berasa seperti ada
aura hitam disaat Haikal memperkenalkan dirinya. Wajah Haikal dipandangnya. Dia
melihat Haikal melihat Emeriez seperti mahu menelannya hidup-hidup. Pandangan
maut! Kali pertama tengok muka Haikal macam tu. Ada sejarahkan antara Haikal
dengan Emeriez? Apakah sejarah itu? Max ingin tahu.