AD, Max dan
Risya berbual-bual di bawah pokok yang rendang. Keadaan Risya sudah seperti
sedia kala. Tipulah kalau Risya tidak bersedih lagi, sekali-sekala adalah
jugak.
“Boleh kitaorang
join?” Entah siapalah yang tegur
mereka bertiga.
Tanpa melihat
wajah yang menegurnya, Max terus tidak membenarkannya.
“Tak boleh!
Lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk join
kitaorang.”
“Kau tu bukan
‘lelaki’ ke?” soal Emeriez menyindir.
Max mengetap
bibir. Ad menggosok-gosok belakang Max supaya terus bersabar.
Ad dan Risya
melihat lelaki-lelaki yang menegur mereka. Buang tabiat ke apa diaorang ni? Tak
pernah-pernah nak tegur macam ni. Hari ni tiba-tiba je tegur. Kalau fan diaorang tengok, mampus kitaorang kena ‘kerja’.
“Kitaorang orang
miskin je. Tak layak nak ajak kauorang berbual. Kauorangkan anak orang kaya.”
Beritahu Risya sinis. Bukannya Risya tak tahu yang Emeriez, Ridzlan dan Andhika
hanya berkawan dengan orang kelas atasan je. Kelas bawah ni, tak mainlah.
Kolot!
Emeriez, Ridzlan
dan Andhika terasa dengan kata-kata Risya. Dulu, diaorang memang macam tu,
sejak kenal Ad, Max dan Risya yang dari kelas ‘bawahan’, diaorang dah berubah.
Berubah sebab nak korek rahsia dari mereka bertiga.
“Tak payah nak touching-touching bagai. Meluat aku
tengok!” bidas Ad.
Lelaki-lelaki
‘idaman’ Malaya ini mengeluh apabila mendengar kata-kata ‘tajam’ yang terluah
dari bibir Ad dan Risya.
“Kitaorang
datang ni bukannya nak gaduh, kitaorang nak berdamai. Cukuplah perli-perli
kitaorang. Please…” Andhika buat muka
comel. Comellah sangat tapi memang comel pun.
“Berdamai otak
kau!” Kata-kata itu hanya terluah di dalam hati Max. Dia cukup tidak berkenan
dengan makhluk-makhluk yang ada di hadapannya sekarang ini. Menyampah! Meluat!
Dan seangkatan dengannya.
“Apa mimpi kauorang tiba-tiba je datang jumpa
kitaorang nak berdamai?” soal Max dingin.
“Kita ni Islam,
tak elok bergaduh. Dosa!” ujar Emeriez.
“Tahu pulak
dosa, selama ni buli orang tak ingat pulak kat dosa?” bidas Max.
Emeriez menggaru
kepala. What should I do? Somebody help me! Jerit hati Emeriez.
Mata Ridzlan dan
Andhika jatuh kepada tangan Ad, Max dan Risya. Wow! Jam tangan Franck Muller. Jenama jam yang Rosmah Mansor pakai
tu. Ni ke yang mereka kata miskin?
“Bagi tahu
kitaorang apa niat kauorang datang sini?” Ad malas untuk melayan tiga orang
lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini.
Ridzlan
mengangkat kening. Takkan diaorang tahu apa yang ada dalam fikiran kitaorang?
Dia bermonolog di dalam hati.
“Sure kauorang nak tahu?” soal Andhika.
Ridzlan dan
Emeriez membulatkan mata. Biar betul dia ni nak bagi tahu?
“Hmm...”
“Kitaorang nak
jadi berkawan dengan kauorang. Tu je, kitaorang minta. Tak lebih dan tak
kurang.” Beritahu Andhika. Ridzlan dan Emeriez menghela nafas lega.
Ad, Max dan
Risya ketawa sinis.
“Kauorang nak
berkawan dengan kitaorang? Buat lawak? Kalau tak aku nak gelak.” Kata Risya
serius. Tiga orang lelaki yang ada di depan aku ni, tak layak nak berkawan
dengan aku, Max dan Ad. Tak layak langsung! Jadi musuh bolehlah.
Andhika, Emeriez
dan Ridzlan mendengus kasar. Sakit hati kerana dipermainkan. Diaorang patut
bersyukur sebab kitaorang nak berkawan dengan kauorang. Ramai lagi orang yang
nak berdamping dengan kitaorang, kauorang jugak yang kami pilih.
Max menyiku Ad
dan Risya. Dia mengisyaratkan supaya cepat beredar dari sini. Dia tahu yang
Andhika, Emeriez dan Ridzlan mendekatinya, Ad dan Risya atas sebab-sebab yang
tertentu.
“Kitaorang chow lu, bye bye! Aku terima kau jadi kawan kitaorang tapi…” Max sengaja
menggantungkan ayatnya di situ.
Andhika dan
Ridzlan menelan liur, Emeriez pula berdebar-debar. “Tapi?” soal mereka
serentak.
Max mengulum
senyuman penuh makna. “Jangan menyesal!” Dia terus berlalu dari situ. Diikuti
dengan Ad dan Risya.
“JANGAN
menyesal?” soal Ridzlan pelik.
“Maksud dia
apa?” Emeriez menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Andhika
mengangkat bahu. “Entah! Aku pun tak faham.” Andhika buntu. Apakah maksud
perkataan itu?
“Tak payah fikir
lagi pasal tu. Diaorang pun dah terima kita as
kawan diaorang. Dah boleh start
operasi kita.” Beritahu Emeriez. Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam poket
seluar lalu menekan nombor seseorang. “Mulakan.” Dia menutup talian.
“‘Miskin’kan
diaorang tu? Pakai jam berjenama Franck Muller. Beg sandang berjenama Nike,
Adidas. Kasut pun sama. Aksesori kat tangan pun dah mencecah puluhan ribu ringgit
malahan boleh mencecah ratusan ribu. Jam tangan Franck Muller tu bukannya
murah. Kalau tak silap aku, jam tangan yang diaorang pakai tu, limited edition. Harganya lebih kurang
RM300 000. Tambah dengan beg sandang, kasut dan pakaian lagi. Tu ke yang
diaorang cakap miskin?” ujar Ridzlan.
“Aku yang kaya
ni nak beli jam Franck Muller yang berharga ratusan ribu tu pun kena tanya ayah
dulu. Kauorang faham-faham jelah ayah aku tu. Berjimat-cermat! Diaorang yang
‘miskin’ boleh beli jam macam tu? Aku pakai jam Rolex je. Tak sampai pun RM5
000.” Balas Andhika.
“Tu kau! Aku on je nak beli jam Franck Muller. Tapi
aku je yang tak nak. Aku pakai jam Rolex je. Aku ingatkan jam aku yang paling
mahal di uni ni tapi ada orang lain.” beritahu Emeriez riak.
Andhika
mencebik. Takleh blah!
Ridzlan
menggeleng. Dah besar panjang pun nak gaduh macam budak lagi ke? Aku debik jugak dua orang ni.
Tiba-tiba telefon
bimbit milik Emeriez menjerit minta diangkat.
“Apa? But why? Kalau macam tu, bagi balik duit
yang aku bayar tu!!” Marah betul Emeriez kali ini.
Andhika dan
Ridzlan saling berpandangan.
“What’s wrong?”
“Spy yang aku upah untuk mengintip Max,
undur diri. Dia cakap dia tak sanggup. Kantoi!” Emeriez meraup rambutnya ke
belakang.
“Kantoi? Bukan
ke spy yang kau upah tu, spy yang bertauliah ke?” soal Andhika
pelik.
“Tulah pasal.
Aku pun pelik jugak. Macam mana boleh kantoi? Dah banyak spy aku upah dan semuanya kantoi. Diaorang datang jumpa aku, semuanya
bibir pecah. Mata lebam. Barang bukti pun takde. Semuanya dihapuskan. Diaorang
cakap lagi, orang yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam yang
belasah mereka. Sadis betul aku tengok.” Ujar Emeriez kesal.
Terkejut Andhika
dan Ridzlan mendengarnya. Penyiasatan harus diteruskan sehingga
mendapat tahu siapa Ad, Max dan Risya yang sebenar.
MAX
memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia keluar dari kereta itu. Senyuman
sinis diukir.
Ad dan Risya
terpinga-pinga. Pelik kerana Max memberhentikan kereta secara mengejut.
“Kenapa kau
berhenti kat sini? Rumah kita kat depanlah.” Ad menggerutu. Dahlah sekarang ni
perutnya lapar. Nak melahap tadi, tak sempat sebab mamat tiga orang tulah.
Menyibuk je!
Max memandang Ad
dan Risya. “Kauorang tunggu sini. Aku ada hal yang nak diselesaikan.” Dia
berlalu meninggalkan Ad dan Risya terpinga-pinga.
Ad pandang
Risya. Risya pandang Ad. Spontan mereka menjongket bahu.
MAX mencekak
kolar baju milik penyiasat upahan Emeriez. Nak menyiasat pun agak-agaklah.
Nampak sangat Emeriez upah penyiasat yang tidak bertauliah. Belum apa-apa lagi
dah kantoi!
“Siapa yang upah
kau?!” soal Max kasar. Walhal dia dah tahu siapa yang upah, saja tanya.
Kot-kotlah salah orang. Malu!
Lelaki itu
hanya berdiam diri.
Max berang. Dia
menumbuk muka lelaki itu. Bersembur darah yang keluar dari mulutnya. “Kau nak
cakap ke tak nak?” Max ingin menumbuk lelaki itu sekali lagi.
“A… a… aku
cakap.” Max menurunkan tangannya. “Emeriez Iskandar yang upah aku untuk siasat
kau.”
Max tersenyum
sinis. “Emeriez Iskandar?” Lelaki itu mengangguk laju. Tak nak dah kena tumbuk.
Sakit! “Berapa dia upah kau?” soal Max.
“RM10 000.”
Lelaki itu terus menjawab soalan Max.
Max mengangkat
kening. RM10 000? Tak berbaloi langsung! Upah banyak-banyak tapi kerja hampeh! Takpelah, asalkan dia bahagia.
“Kau jangan bagi
tahu apa-apa pasal aku kat Emeriez tu. Duit RM10 000 tu, kau pulangkan balik.
Esok, jumpa aku di Mid Valley. Tunggu aku kat KFC. Ada hal yang belum selesai
antara kau dengan aku. Ingat, jangan bagi tahu apa-apa pasal aku kat Emeriez.
Kalau tak, lagi teruk aku kerjakan.” Max menggertak lelaki itu.
Kecut perut
lelaki itu mendengar ugutan Max. Dia tumbuk sekali pun dah macam kena tumbuk
berkali-kali. Kalau lagi teruk, ICU lah jawabnya.
“SILA hantar assignment masing-masing.” Prof. Zul
member arahan kepada pelajar-pelajarnya.
Maka,
berduyun-duyunlah orang yang menghantar assignment
masing-masing kecuali Max. Max memang suka cari pasal dengan Prof. Zul. Sampai
Prof. Zul pening nak melayan kerenah Max.
“Prof., assignment yang prof. suruh buat tu saya
tak buat lagi.” Dengan selamba badaknya, Max berkata begitu.
Semua orang di
dalam kelas itu tertumpu pada muka ‘hensem’ Max.
“Max… saya bagi
masa dua bulan untuk siapkan assignment
ni.”
Max buat muka toya. Ad dan Risya menggeleng kepala
mengenangkan sikap Max yang agak nakal itu. Memang wajib agaknya cari pasal
dengan Prof. Zul.
“Max… saya cakap
dengan awak ni, bukannya dengan tunggul kayu!” marah Prof. Zul. Tak sempat tua
lagi aku, muka dah berkedut. Nasib badan!
“So?”
Soalan Max
menyebabkan Prof. Zul beristighfar. “Saya bagi masa satu hari untuk awak
siapkan assignment ni. Esok, saya nak
awak hantar assignment saya. Kalau
tak, tunggulah hukumannya nanti.” Keras Prof. Zul memberi arahan.
Tiba-tiba
kedengaran Max ketawa. “Sorry, prof. Actually, saya dah siapkan assignment tu. Saya buat gimik sikit je,
dah gelabah.”
Kata-katanya
disambut dengan gelengan. “Max… Max… kalau hari-hari macam ni, tak lamalah saya
boleh tengok dunia ni. Cepat hantar assignment
awak.”
“Kalau prof.
nak, prof. datanglah sini. Ambil assignment
ni sendiri.”
Prof. Zul
mengeluh. “Max… saya cakap hantar, hantar.” Suara Prof. Zul mengendur
menandakan dia sedang marah. Silap hari bulan, pemadam yang ada kat papan putih
tu, melambung kena tepat pada muka Max. Memang tak boleh dibayangkan. Ngeri!
Max menelan
liur. Prof. Zul kalau mengamuk, boleh tahan amarah dia. Semua barang yang ada
dekat dengan dia dicampak. Kalau kena kat muka ‘hensem’ aku ni, jatuhlah
populasi nanti. Simpang malaikat empat puluh empat. Tak mau aku!
“Okey prof. saya
hantar, saya hantar. Jangan buat muka macam tu, prof. Gerun!” Terkocoh-kocoh
Max menghantar assignmentnya. Rakan
sekelasnya ketawa dengan celoteh Max.
Prof.Zul hanya
menggeleng. Macam-macam! Ni baru seorang, kalau ada sepuluh orang student perangai macam Max, jenuh nak
dilayan. Tak nak aku! Ni yang pertama dan terakhir. Prof. Zul berkata-kata di
dalam hati.
No comments:
Post a Comment