Kehidupan aku seperti orang lain. Yang mempunyai ibu, ayah dan
adik-beradik. Adik-beradik? Macam ramai je adik-beradik yang aku ada. Okey, aku
ada seorang adik. Dalam kad pengenalan dia, jantina dia lelaki. So, aku ada seorang ada adik
lelaki.
Nama dia Muhammad
Fakhriy Fasyin. Umur 18 tahun. Aku tak pasti dia still single or not. Kalau dia ada girlfriend, tahulah aku nak
buat macam mana. Tak habis study lagi
dah gatal nak couple. Actually dia ni pencinta wanita. Dia
cakap dia tak nak orang perempuan-perempuan kat Malaysia ni andartu atau
andalusia. Alasan yang langsung tak munasabah. Tak logik dek akal. Sekarang ni
dia belajar kat University
of Sheffield, United Kingdom. Awek-awek dia, majoriti dia tinggal kat Malaysia.
Angkut sekali ke sana pun ada.
Nama chichi pulak Fayyadh. Muhammad Fayyadh.
'Chichi' perkataan Jepun yang bermaksud ayah. Chichi aku berasal dari Negara Matahari
Terbit iaitu negara Jepun. Nama sebenar chichi aku ialah Sho
Nakamura. Berhijrah ke Malaysia untuk meluaskan empayar perniagaan.
Sehinggalah dia bertemu dengan haha aku. Chichi terus
bermastautin kat Malaysia setelah minta izin dengan sofu dan sobo iaitu datuk dengan nenek
aku. Sebelum berkahwin, mestilah chichi aku kena memeluk agama
Islam kalau tak, haram. Tak boleh kahwin! Kalau dah nama pun haram, mesti dosa.
Lepas chichi aku masuk Islam, sofu dengan sobo aku pulak yang
masuk Islam. Chichi aku
tak ajak adik-beradik dia masuk Islam jugak sebab chichi aku anak tunggal. Chichi aku jugak seorang yakuza generasi
ketiga dari Nakamura Family.
Nama haha aku ialah Mudrikah. Walaupun
sudah berusia tetapi masih lagi nampak muda. Bukan kerana jasa susuk atau
barang kosmetik tetapi kecantikan semula jadi. Haha aku kurang berkenan untuk
memakai barangan kosmetik sebab aku pun tak tahu sebab apa. Kalau nak tahu,
tanyalah empunya badan. Hehe! Susuk pula tak boleh
pakai sebab dosa. Syirik! ALLAH murka pada orang yang syirik. Minta
dijauhkanlah. Amin! Lagipun susuk ni ada banyak pantang larang.
Nama aku Marsha
Maisarah. Orang panggil aku Max. Bukan Ultraman Max tu. Umur? Sweet
18 years old. Apa? Sama dengan umur adik aku si Fasyin tu?
Umur aku memang sama dengan dia pun, kitaorang kembar tak seiras. Jantina pun
tak sama, takkanlah muka nak seiras. Kan kan kan? Kepandaian aku dengan dia tak
sama. Dia lagi pandai sebab tu sambung pelajaran ke luar negara. Aku jugak yang
sambung belajar dalam negara. Dalam negara pun dalam negaralah, asalkan
belajar. Betul tak?
Sekarang ni aku
menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai UKM.
Masih lagi single.
Takde masa nak couple.
Buang masa! Siapalah nak kat aku nikan? Hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong. Lagipun siapa nak kat tomboy macam aku ni? Pakaian macam
lelaki. Kasar pun macam lelaki. Takkanlah lembut cam lelaki pulak? Tu bukan
lelaki, tu pondan! Nama je macam wanita Melayu terakhir tapi perangai macam…
macam… Apa-apa jelah!
Aku ada dua orang kawan
baik. Diaorang ni perempuan sejati bukan macam aku ni, lelaki tiruan! Takpelah
asalkan aku bahagia. Ada sebab aku jadi macam ni. Hmm...
Nama kawan aku tu Alya
Adriana dan Dayana Batrisya. Aku panggil Alya Adriana, Ad dan Dayana Batrisya pulak Risya Kitaorang berkawan dari kecil. Kalau tak silap aku,
dah 15 tahun kitaorang kawan. Tadika sekali, sekolah rendah sekali, sekolah menengah
sekali dan menuntut kat uni pun di tempat yang sama. Macam mana boleh jadi macam tu? Dari
kecil lagi kitaorang berjanji akan belajar bersama. Walau ni mana jua. Tak kiralah masa sekolah
rendah ke menengah ke ataupun uni. Itu janji kami. Kitaorang jiran. Rumah aku
ada tengah-tengah antara rumah Ad dengan Risya. Rumah kami rumah
banglo. Tinggal di perumahan kawasan elit. Semestinya semua orang yang ada kat
sini orang yang berharta. Aku bukannya nak riak tapi tulah hakikatnya. Harap
maklum!
Antara aku, Ad dengan Risya ni akulah yang paling tua. Bukan angka umur aku yang lagi
banyak daripada diaorang tapi aku dilahirkan pada bulan Januari. Ad pada
bulan Februari dan Batrisya pada bulan Mei. Mei ya, bukan Mac. Sebagai ‘orang
yang paling tua’ daripada dua orang ni, menjadi kewajipan aku untuk mendengar
rintihan mereka dan memberi nasihat kepada mereka. Walaupun aku ni kasar dan
nakal tapi akulah orang yang paling matang. Seperti yang aku katakan tadi, aku
bukan nak riak tapi tulah kenyataannya.
Okeylah, setakat ni
ajelah aku tulis. Dah lenguh tangan aku ni lagipun ada orang tengah membebel
tu. Bingit telinga aku dibuatnya. Bye. GTG! Thanks Mr.Diary sebab sudi dengar apa yang aku
nak cakap. J
Yang
selalu buat hal,
Marsha Maisarah.
“WEH, dah dah la tu mencoret diari. Kitaorang dah nak
pergi ni. Kejap lagi mesti jammed
kalau lambat bertolak. Aku berani jamin.” bebel Ad. Geram. Itu
perasaannya tika ini. Siapa yang tak geram kalau orang nak cepat, dia buat
macam kura-kura? Slow!
Max tersengih mendengar bebelan dari Ad itu. Dia
terus menyimpan diarinya ke dalam beg sandang. Mana boleh letak rata-rata nanti
orang baca, malu!
“Dari tadi lagi aku berhenti menulis. Aku tunggu kau. Tak pasal-pasal
aku kena bebel.” Rungut Max. Walhal memang dia yang lambat.
Ad mencebik. “Banyaklah kau! Aku yang tunggu kau dari tadi.
Sesedap rasa je kau cakap kau yang tunggu. Blah
ar wei!” ujar Ad tidak puas hati.
Max ketawa mendengar kata-kata Ad.
“Woi! Woi! Woi! Ada masalah
apa ni? Kauorang tau tak suara kauorang ni lantang? Kalau nak gaduh pun, volume tu slowkan sikit tapi bukan sekarang. Sekarang ni aku nak balik. Cepat
sikit!” Risya menegur Ad dan Max.
Ad dan Max menggaru kepala dan menunjukkan barisan
gigi yang putih bersih.
“Tak payah nak tunjuk sangatlah gigi kauorang yang berkarat tu. Geli aku
tengok!” Risya menyindir. Sekadar gurauan.
Ad dan Max menyeringai mendengar sindiran itu.
“Apa yang kau cakap tadi? Aku tak dengar?” soal Max. Dia
mengulum senyuman penuh makna. Senyumannya sungguh mengerikan.
Menegak bulu roma Risya melihat senyuman itu. Sangat
menyeramkan! Sebelum apa-apa yang terjadi, lebih baik aku ‘cabut’.
Selangkah demi selangkah Risya berundur ke belakang. Satu…
Dua… Tiga… Apalagi… Cabut!!
Maka, berkejaranlah Risya dengan Max. Ad tersenyum kecil melihat mereka dua. Walaupun sudah tua bangka tapi perangai
masih lagi seperti budak kecil. Okey, statement
‘tua bangka’ tu memang kejam. Tapi, ada aku kesah?
Ad membulatkan matanya apabila melihat beberapa orang sedang
rancak berbual di hadapan Risya dan Max yang sedang
berkejaran itu.
“Max… Risya… watch out!”
beritahu Ad lantang. Harapannya supaya Rrisya dan Max dapat mendengar apa yang dikatanya itu.
Risya dan Max dapat mendengar butir bicara yang
dikata oleh Adr. Mujurlah Risya sempat brek tetapi tidak
pada Max.
Gedebush!
Seperti nangka busuk Max jatuh di hadapan seorang lelaki.
Lelaki itu juga jatuh. Mujur lelaki itu jatuh di sebelahnya, kalau tidak tak
tahulah apa yang nak dikata.
Maka, ramailah orang melihat ‘kemalangan’ itu. Mujurlah perasaan malu di
dalam diri Max tu kurang, takdelah malu sangat.
Ramai mahasiswi menjerit, terlolong melihat jejaka idaman mereka jatuh.
Ramai mahasiswi yang menolong lelaki idaman mereka. Max jugak yang
kena bangun sendiri.
Max melihat peminat lelaki itu menangis melihat lelaki itu
jatuh. Minat giler la katakan.
Jelas kerisauan di wajah Ad dan Risya melihat Max yang jatuh seperti nangka busuk itu.
“Kau tak apa-apa?” soal Risya. Mujurlah dia tidak jatuh kalau
tak jatuh saham. Kurang duit hantaran nanti.
“Aku okey je. Taklah macam dia tu, jatuh sikit je dah macam kena langgar
dengan lori kontena.” Sindir Max. Matanya dilirikkan ke arah lelaki
yang dilanggarnya tadi. Masih tak bangun-bangun dan dihurungi oleh
mahasiswi-mahasiswi. Kawan-kawan lelaki itu hanya melihat. Langsung tak nak
tolong.
Lelaki itu terus berdiri apabila mendengar sindiran itu. Dia mendengus
marah.
“Bukannya nak minta maaf ke apa. Ni tak, terus sindir.” Ujar lelaki itu
marah.
Max mengulum senyuman sinis. “Aku tak minta maaf lagi ke? Hmm… Walaupun aku tahu aku yang langgar
kau tapi kau pun salah jugak sebab kau tak elak.” Bidas Max sinis.
Kata-katanya mengundang perasaan marah kepada peminat-peminat lelaki itu
walaupun Max tidak menujukan kata-kata itu kepada mereka. Cubit
paha kiri, paha kanan terasa.
Lelaki itu berdecit. “Kurang ajar!” Lelaki itu ingin menumbuk Max tetapi Max terus melarikan diri.
“Pengecut!” ucap lelaki itu kasar.
“Ada aku kesah?” tanya Max mengejek. Dia terus berlalu dari situ.
Suara Max yang serak-serak basah dan penampilannya yang
seperti lelaki sejati cukup untuk mengaburkan idenditinya yang sebenar. Lelaki
itu salah seorang daripada orang yang tertipu oleh penampilan Max.
Kerana penampilan dan suara Max seperti seorang lelaki tulen,
lelaki itu ingin menumbuk wajah mulus Max.
p/s : sorry klau xbest. ;)
wahh.. saya pun tertipulah ni.. ingat max lelaki.. hehehe.. =)
ReplyDeletehehehe ! BTW , tengs sbb baca . :)
ReplyDelete