HUJAN lebat mencurah-curah membasahi bumi. Risya sedang menunggu
kepulangan ibu bapa tercinta dengan sabar. Sudah seminggu dia tidak bertemu
dengan mummy dan daddy kerana mereka ke luar negara untuk merehatkan minda. Kerja
yang tidak pernah sudah telah memaksa daddynya
untuk bercuti. Itu saranan doktor peribadi daddynya.
Risya ingin
menjemput daddy dan mummynya di lapangan terbang tetapi
dihalang keras oleh mereka. Kata mereka ada kejutan. Percakapan mummynya agak pelik semasa bercakap
dengannya di talian sebentar tadi.
“Mummy dan daddy nak Risya tahu yang kami sangat menyayangi Risya. Kami saying
Risya lebih daripada segalanya-galanya. Risyalah satu-satunya anak mummy dan daddy. Kalau mummy dan daddy tak sampai-sampai lagi ke rumah
dalam masa 30 minit lagi, tabah ya, nak? Mummy
tau Risya kuat. Jaga diri baik-baik ya nak.” Tanpa menunggu Risya membalas
kata-katanya, dia terus menutup talian.
Risya mengimbas
kembali kata-kata mummynya. Dia
berasa tidak senang. Berdiri rasa tak kena, duduk rasa tak kena. Hatinya kuat
mengatakan yang mummy dan daddynya mendapat musibah.
Risya
menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak, semua tu takkan terjadi. Mummy dan daddy muda lagi. Belum tiba masanya lagi. Sengaja Risya berkata
begitu, untuk menyedapkan hati sendiri.
Jam di tangan di
kerling sekilas. “Mana diaorang ni? Dah sejam aku tunggu. Tak jugak
sampai-sampai. Rumah ni dengan airport
bukannya jauh sangat, 15 minit dah sampai.” Mulut comel Risya membebel.
“Sabar ya,
sayang? Kejap lagi sampailah diaorang tu.” Ujar nenek Risya.
Belum sempat
Risya membalas kata-kata neneknya, telefon rumah berdering. Laju sahja Risya
mengangkat panggilan itu. Lambat-lambat dia menekapkan gagang telefon itu ke
telinga. Entah mengapa hatinya berdetak laju. Seperti ada malapetaka yang akan
menimpanya.
“Ya, saya Dayana
Batrisya. Kenapa? Apa?!” Risya terkulai jatuh menyembah bumi. Nenek terus
mendapatkannya Risya yang jatuh itu.
Hati tuanya kuat
mengatakan yang anak dan menantunya telah ditimpa musibah.
“Risya, kenapa
sayang? Siapa yang telefon?” soal nenek. Prihatin.
Tangisan Risya
bergema. “Nenek… mummy dan daddy , nek.” Risya tidak dapat
meluahkan apa yang ingin dikata.
Wajah nenek
Risya berkerut. Tidak faham apa yang dikata oleh cucunya. “Kenapa dengan mummy dan daddy?”
“Nek… mummy dan daddy dah takde. Diaorang dah tinggalkan Risya, nek.” Semakin kuat
tangisan Risya bergema.
Nenek beristighfar
panjang. “Astaghfirullah Alazim. Risya tak tipu nenek, kan?” Risya menggeleng.
Air mata nenek jatuh jua. Ibu mana tak sedih kalau dapat tahu yang anak
menantunya dah pergi.
“Jom kita pergi
hospital. Tunggu kejap nenek nak telefon Ad dan Max.” Punat telefon rumah
ditekan. Beberapa ketika kemudian, nenek Risya meletak gagang telefon ke tempat
asal. “Kejap lagi mereka datang. Jangan nangis ya sayang? Istighfar
banyak-banyak. ALLAH nak duga kita. ALLAH lebih sayangkan mummy dan daddy, Risya.”
Nenek mengelap air mata Risya.
“Lina, ambil
tudung Risya. Cepat!” arah nenek Risya kepada pembantu rumah yang bernama Lina.
RISYA meraung
melihat kedua-dua ibu bapanya yang terbujur kaku. Perasaan sedih menular di
dalam dirinya. Mummy dan daddy meninggalkannya dalam masa satu
hari. Siapa yang tak sedih?
Ad memujuk Risya
supaya bersabar. “Risya, tak elok meratapi orang yang telah ‘pergi’. Mummy dan daddy kau mesti tak suka tengok kau sedih macam ni. Relakan mereka
pergi. Diaorang takkan tenang kalau kau terus bersedih. Sabar, Risya. Semua ni
takdir. Telah dirancang.”
“Kau cakap
senanglah. Yang ‘pergi’nya mummy dan daddy aku. Bukannya mama dan papa kau!”
kata Risya seperti orang yang tidak beriman.
Ad beristighfar.
Dia sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa Risya ini.
“Risy, listen here. Listen to me. Kau mesti relakan mummy
dan daddy kau ‘pergi’. Roh
diaorang takkan tenang kalau kau berperangai macam ni. Usahlah kau meratapi
kematian daddy dan mummy. Risy, kita berkawan dah lama.
Dari kecik lagi. Aku dah anggap kau macam saudara aku sendiri. Cubit paha kiri,
paha kanan terasa. Aku pun sedih apabila dapat tahu yang mummy dan daddy kau
‘pergi’. Risy, kau boleh anggap haha dan
chichi aku as parents kau. Kau jangan jadi seperti orang yang hilang akal.
Walaupun parents kau dah takde, tapi
kau still ada ALLAH. Ada aku, Ad dan
nenek kau. ALLAH takkan uji hambanya kalau DIA tak sayang kau. ALLAH takkan
duga kau kalau semua tu di luar kemampuan kau. ALLAH uji kau semua ni sebab DIA
tahu yang kau mampu hadapi. Ingat tu!!” Panjang lebar Max memberi nasihat
kepada Risya. Terserlah kematangannya disitu.
“Tak! ALLAH tak
sayang aku. That’s why DIA ambik mummy dan daddy aku.”
Max
beristighfar. “Risya! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau cakap macam
orang takde iman. Istighfar Risya… istighfar banyak-banyak. Kau kena tabah!
Jangan biarkan syaitan menguasai diri kau.”
Risya
beristighfar. Mengikut saranan Max. “Maafkan aku.” Air matanya dilap. Risya
memeluk Max. Dia menangis semahunya di bahu Max.
Kalau orang yang
tidak kenal siapa mereka, mesti mereka diibaratkan seperti sepasang kekasih.
Dengan Max berpakaian macam lelaki. Sesiapa pun akan salah anggap.
TAHLIL sudah
berakhir setengah jam yang lalu. Tetapi belum ada tanda-tanda yang Risya ingin
berganjak dari tanah perkuburan ini. Sudah beberapa kali dia membaca surah
Yaasin secara hafizah. Dia ditemani oleh Ad dan Max.
“Risy, ingat apa
yang aku cakap. Usah meratapi orang yang takde. Tak baik!” Max mengingati Risya.
“Risya, jom
balik.” Pujuk Ad.
Ad membantu
Risya berdiri.
Risya menurut.
KINI, Risya suka
termenung. Masanya banyak dihabiskan dengan termenung. Termenung dan termenung.
Badannya mula susut. Pipinya juga agak cengkung.
Puas neneknya
memujuk untuk menyuruh Risya makan. Tetapi Risya menolaknya. Sehinggakan nenek
terpaksa menelefon Ad dan Max supaya memujuk Risya makan. Usahanya cuma sia-sia
kerana Risya tetap menolak.
”Ad, Max… kenapa
hidup aku jadi macam ni? On rainy day, my
parents were accident. In the same time, both of my parents were gone. Rain
cause my parents die.” Risya memaksa dirinya untuk ketawa walaupun perit.
Ad dan Max
memandang Risya sayu.
“Jangan salahkan
hujan. Hujan salah satu rahmat dari ALLAH. Ajal diaorang dah sampai. Jodoh,
ketentuan, ajal, maut di tangan Tuhan. Kalau kau salahkan hujan atas kematian mummy dan daddy kau, kau salah! Semua tu dah tercatat di Loh Mahfuz.” Max
tidak letih untuk menasihati Risya. Dia tahu Risya tidak boleh terima
kenyataan.
“Risya, kau
jangan macam ni. Kuliah, dah seminggu kau ponteng. Esok kau pergu kuliah, eh?”
Ad memujuk Risya seperti anak kecil.
Risya mengukir
senyuman nipis. Dia mengangguk. Dia sedar, dia telah merisaukan nenek, Ad dan
Max. Dia harus tabah. Dia tidak boleh terus meratapi kematian kedua-dua ibu
bapanya.
“Nilah Dayana
Batrisya yang kitaorang kenal. Bukan Dayana Batrisya yang selalu bersedih tu.”
Max berseloroh.
Risya ketawa
mendengar kata-kata Max.
Tawanya
mengundang kelegaan di hati Ad dan Max. Hati mereka berasa cemas apabila
melihat Risya yang selalu murung sejak seminggu lalu.
Di sebalik
pintu, nenek menghela nafas lega apabila mendengar cucu kesayangannya ketawa.
Alhamdulillah. Semuanya seperti sediakala. Dia memanjat doa kepada YANG MAHA
ESA kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Risya.
No comments:
Post a Comment