SUASANA yang tenang tiba-tiba menjadi riuh apabila
beberapa orang senior lalu
di hadapan mereka. Para mahasiswa menjerit kegembiraan kerana dapat melihat
pujaan hati. Mahasiswa-mahasiswa pula hanya berdiri tegak dan menunduk hormat
apabila senior-senior itu
lalu di hadapan sebagai tanda hormat.
"Pelik betul aku dengan
diaorang ni. Kenapa nak tunduk bagai bagai tanda hormat? Ni negara Malaysialah
bukannya negara Jepun nak tunduk bagai. Kalau tunduk kepala je, okaylah jugak.
Ni, sekali dengan badan. Pe kes?"
beritahu Max. Suaranya jelas memberitahu yang dia tu tengah cemburu.
Ad dan Risya menggeleng kepala
mendengar kata-kata Max itu.
"Max... kalau kau jealous, cakap jelah jealous. Tak payahlah nak kutuk
orang." beritahu Ad.
"Kalau kau nak sangat jadi
macam diaorang tu, kau dedahkan jelah identiti kau sebagai anak Tan Sri.
Senang! Bila... " kata Risya.
"Bila diaorang dah tahu
yang kau tu anak Tan Sri, secara automatik diaorang akan hormat kau. Ni tak,
kau cakap ayah kau tu kerja driver. Mana diaorang nak hormat kau? Keji
adalah!" Ad menyambung kata-kata Risya.
Max merengus kasar. "Gila
kau! Kalau aku cakap pekerjaan chichi aku
yang sebenar, confirm diaorang
datang kat aku dan bodek aku.
Bukannya aku tak kenal dengan diaorang tu." cemuh Max.
"Tau pun. Tapi bukan semua. But one day diaorang akan
tau jugak pekerjaan chichi kau
tu." ujar Ad.
Max tersenyum sinis. "Eleh!
Cakap kat orang, kauorang pun sama."
Ad dan Risya tersengih hingga
menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Macam iklan ubat gigi Darlie pun
ada.
"Tak payah tunjuk sangatlah
gigi kauorang tu. Dah boleh buat iklan ubat gigi. Jom gi kafe. Melantak sebelum masuk
kelas." beritahu Max. Max... personalitinya sukar untuk diketahui. Seorang
yang agak misteri bagi sesiapa yang tidak mengenalinya.
Terus wajah Ad dan Risya
cemberut. Max memang suka membidas orang dengan kata-katanya yang 'tajam' itu.
"EMERIEZ, sorry I tak sengaja."
Terketar-ketar mahasiswi itu meminta maaf. Airnya telah terjatuh di atas baju
Emeriez kerana tidak dapat mengimbangi badannya daripada terjatuh.
Emeriez sangat digeruni oleh
para mahasiswa, mahasiswi, pensyarah dan juga kakitangan universiti ini. Tak
lupa juga, ramai orang meminatinya. Almaklumlah, anak orang kaya. Bapak dia orang berpangkat
Tan Sri. Bapak Emeriez
ni, orang yang sangat terpengaruh di kolej ini. Tidak ada seorang pun termaksud
dekan yang berani membuang Emeriez dari kolej ini kerana ayahnya.
Emeriez nilah ramai orang yang
tergila-gilakan dia. Yang sampai terbongkok menghormati dia.
Emeriez tersenyum sinis.
"Kau cakaplah senanglah. Baju aku yang kotor, bukan baju kau!"
Mahasiswi itu dijerkah. Dia menanggalkan bajunya di khalayak ramai. Bajunya
dicampakkan ke muka mahasiswi itu lalu terjatuh ke lantai. Badannya ditutupi
dengan single berwarna hitam yang dipakai di dalam kemejanya. Lengannya yang
berketul-ketul terserlah dari mata kasar. Peminat-peminatnya menjerit teruja
apabila melihat Emeriez menanggalkan bajunya di hadapan mereka.'Seksi' habis!
Dia mencengkam kolar baju
mahasiswi itu. Kawan-kawan mahasiswi itu membiarkan kawannya dilakukan
sedemikian. Jika ditegur, dia juga yang kena. Peminat-peminat lelaki itu hanya
tersenyum sinis melihat pujaan hati mereka melakukan begitu kepada perempuan
itu. Tangannya diangkat untuk menampar perempuan itu.
Max yang melihat musuh tidak
rasminya ingin menampar perempuan itu terus menegah. "Woo.. woo.. woo.. bro!
Tak gentleman bhai tumbuk
perempuan. Dayus!" beritahu Max. Sempat lagi memerli Emeriez.
Emeriez melepaskan kolar baju
perempuan itu. Max menyuruh perempuan itu cepat berlalu dari situ. Biar dia aje
yang uruskan mamat perasaan bagus ni.
"Kau siapa nak
halang-halang aku?" Bahu Max ditolak kasar.
Memang sah! Lelaki perasan bagus
ni dalam kategori lelaki dayus. Tapi tak boleh nak salahkan dia jugak sebab Max
berpakaian seperti lelaki.
"Agak-agak ar bro. Takyah ar main
kasar macam ni." Max menepis tangan Emeriez yang ingin menolak bahunya.
"Kau pehal tak puas hati ngan aku? By the way, kau ni budak lelaki
yang langgar aku masa tu, kan? Budak tahun 1?"
Max tidak menghiraukan
pertanyaan Emeriez. "Aku cuma nak nasihatkan kau, jangan berkasar dengan
perempuan. DAYUS! Kau pun tahu apa maksud dayus tu kan?" Perkataan 'dayus'
itu sengaja ditekankan.
Emeriez berang dengan kata-kata
Max. Dia terus menumbuk pipi Max.
Max mengelap pipinya yang berasa
kebas. Bibirnya berdarah. Max tanpa menunggu lama terus menumbuk pipi Emeriez.
Suasana kafe menjadi riuh-rendah apabila aksi bertumbuk itu berterusan.
Ad dan Risya menyudahkan makan
mereka dahulu sebelum menahan Max daripada beradu tenaga. Diaorang bukan hairan
pun dengan Max tumbuk orang. Dah beratus orang lebam biji mata kena tumbuk
dengan dia.
Radzlan dan Andhika yakni kawan
kepada Emeriez terus memegang lengannya dengan kejap supaya Emeriez terus
berhenti bertumbuk. Emeriez meronta ingin dilepaskan. Dia tidak puas lagi
bertumbuk dengan Max. Kali pertama dia bertemu lawan yang sebegitu ampuh.
Tumbukkannya sungguh berbisa. Lawannya itu hanya mengelak daripada terkena
tumbukannya. Melawan jika perlu. Dia sahaja yang bersungguh untuk menumbuk Max.
"Siapa kau
sebenarnya?" tanya Emeriez terketar-ketar kerana bibirnya pecah. Dia
sangat malu kerana tewas di tangan budak Tahun 1.
"Aku student dari Kelas
Perniagaan. Student Tahun 1. Tak puas lagi nak
bertumbuk dengan aku? Cari aku di kelas tu." ucap Max bersahaja. Lain yang
ditanya, lain yang dijawab.
Peminat-peminat Emeriez memberi
laluan kepada Max untuk beredar dari situ. Mulut mereka ternganga melihat
kejadian itu. Sungguh tragis!
Radzlan dan Andhika hanya
menahan gelak daripada terhambur apabila melihat 'orang kuat' tersungkur
ditumbuk oleh student Tahun 1. Memang Radzlan dan
Andhika tabik giler dengan 'lelaki' itu sebab boleh
menumpaskan Emeriez yang terkenal dengan pandai berlawan. Confirm populariti Emeriez
menurun kerana kalah.
"DAH puas bertumbuk?"
soal Risya kepada Max.
Max tersenyum sinis. "Dia
bukan lawan akulah. Kalau dengan pompuan bolehlah
berlagak kuat. Ni Max la..." Riak sungguh Max berkata-kata.
“Bertumbuk pun bertumbuk jugak.
Jangan disebabkan perbuatan kau, identiti yang kau simpan tu bocor. Orang macam
tu bukannya reti berdiam diri. Confirm
dia upah orang untuk jatuhkan kau.” Beritahu Ad.
Max…
walaupun perbuatannya agak kasar tetapi pemikirannya sangat matang daripada Ad
dan Risya.
Max
mengangguk. “Don’t worry. Aku hanya
nak sedarkan dia je, aku takkan buat dia macam tu kalau dia tak buli orang. Dah
lama aku nak sedarkan dia tapi tak berkesempatan. Alang-alang dia nak buli
orang, baik aku tumbuk dia.”
Ad
dan Risya mengangguk faham.
Mereka berjalan menuju ke kelas. Masa yang diambil untuk ke sana,
mengambil masa lebih kurang lima minit. Tu kalau Max, Ad dan Risya kalau orang
lain, lagi lama.
PINTU kelas diketuk oleh seseorang.
“Sorry ganggu prof. Dekan panggil Max.
Dia kata ada hal.”
Semua orang memandang Max dengan renungan yang tertanya-tanya. Ada juga
orang yang berbisik-bisik. Dua orang sahabat baik Max iaitu Ad dan Risya tidak
memberikan sebarang reaksi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Max…
awak ada buat perkara yang tak betul ke sampai dekan panggil awak?” soal Prof.
Zul atau Zulqarnain.
Max
membuat muka toya. Dia menjongket bahu.
“Gambatte, Max! Ada apa-apa roger kat kitaorang.”
Max
membalas dengan mengangkat ibu jari.
Prof. Zul menggeleng melihat gelagat tiga orang pelajarnya ini.
Macam-macam! Muka Max selamba habis. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Bukannya
dia tidak tahu yang Max ada buat kesalahan.
“MARSHA MAISARAH.”
“Ya
saya. Ada masalah ke dengan nama saya? By
the way, don’t call me Marsha
Maisarah but Max.” ujar Max bersahaja.
Terkejut Emeriez apabila mendengar nama student Tahun 1 itu. Lawan aku perempuan? Biar betul?! Namanya
seperti wanita Melayu terakhir tapi hakikatnya ialah sebaliknya. Arghh! Tak… aku tak percaya. Aku kalah
dengan perempuan. Aku tak boleh terima kenyataan.
“Awak tahu tak peraturan kolej ni?” Max mengangguk. “Kalau dah tahu,
kenapa awak masih lagi melanggarnya?”
Max
tersenyum sinis mendengar persoalan itu. “Wahai dekanku yang bijak lagi handsome, kalau dia boleh kenapa saya
tak boleh?” Telunjuknya di tunjukkan ke muka Emeriez.
Soalan Max membuatkan Encik Fakhrul iaitu dekan university ini terkedu.
Dia merangka ayat untuk membalas soalan Max itu. Takkanlah dia nak jawab,
‘Emeriez ni anak Tan Sri.’ Berat sebelah tu namanya. Lagipun Max ni pun bukan
calang-calang orang jugak. Cuma dirahsiakan sahaja.
“Sebab aku orang kaya. Kau tu apa yang ada? Orang kebanyakan. Takde
duit, maruah yang digadaikan.” Mudah sahaja Emeriez menjawa soalan Max itu.
Max
menahan sabar. “Sungguh cabul mulutmu itu wahai ORANG KAYA. Kau cakap elok-elok
sikit ye. Kan aku sumbat kau ke dalam wad ICU baru tahu.” Keras Max membalas
kata-kata Emeriez. Perkataan ‘orang kaya’ sengaja ditekankan. Memang kurang
ajar betul orang kaya yang ada depan aku ni. Monolog Max di dalam hati.
“Berani ke?” Emeriez sengaja menduga.
Max
tersenyum sinis. “Kalau aku tak berani, taklah kau pakai spec hitam tu.” Perli Max.
Emeriez menggigit bibir. Di sebalik kaca mata hitam ini, mata Emeriez
jadi macam panda. Lebam. Semuanya sebab minah tomboy ni la.
Sebelum pergaduhan ini berlarutan, Encik Fakhrul terus menegah Max dan
Emeriez daripada terus bertekak. Pening kepalanya dibuat oleh dua orang ini.
Tak pernah-pernah lagi ada kes macam ni. Hari ni je baru terjadi. Student-student kat sini semuanya
menikus apabila berada di hadapannya. Lain pula dengan Max dan Emeriez ni. Siap
bertekak lagi. Kalau pelajar-pelajar lain, nak bercakap pun tak terkeluar
suara, nikan pula nak bergaduh.
“Dah… dah… Kalau saya dengar kamu berdua bergaduh lagi, saya takkan
teragak-agak untuk membuang kalian dari universiti ini. Sebarang surat-menyurat
takkan dilayan.” Encik Fakhrul memang memaksudkan kata-katanya. Dah keluar
kuasa veto sebagai dekan universiti.
Emeriez terkaku mendengar kata-kata dekan.
Max
tersenyum sinis. “Dekan tak takut kena pecat ke?” soalnya.
“Saya buat kerja betul!” beritahu Encik Fakhrul. Bukannya dia tidak
tahu, Max sedang memerlinya.
“Bagus! So Emeriez, kau dah
takde back-up. Kau dah tak boleh nak
buli orang.”
“Biadap! Watch your mouth, tomboy!”
Max
senyum mengejek.
“Dah, sudah! Tak payah bergaduh lagi. Saya nak korang dan saling minta
maaf dan berjanji takkan buat lagi.” Ujar Encik Fakhrul geram.
“Apa? Minta maaf? Saya? No.. no..
no..!” Serentak Emeriez dan Max berkata-kata. Mereka berpandangan. “Kau pesal ikut cakap aku?” Serentak lagi.
Dengan perasaan bengang, Max keluar dari pejabat dekan. Boleh giler aku kalau hari-hari macam ni.
Di
dalam pejabat dekan, Emeriez mengeluh. Dia termenung di atas sofa yang terdapat
di situ. Tak bestlah hidup aku kalau
tak buli orang.
“Tolong
tarik balik apa yang encik cakap tadi. Please…”
“Takde
takde!” Tegas Encik Fakhrul berkata-kata. Dia membiarkan Emeriez termenung
memikirkan hari-hari yang bakal dia lalui.
DUA bulan telah berlalu,
semenjak kejadian Max dan Emeriez bertumbuk. Kehidupan Max biasa-biasa sahaja.
Berbeza pula dengan Emeriez. Dia kelihatan murung sejak diberi amaran supaya
tidak membuli para mahasiswa dan mahasiswi.
“Emeriez, aku tengok kau ni
makin hari makin monyok. Macam orang hilang bini pun ada.” Radzlan berseloroh.
Ingin menceriakan suasana. Selorohnya disambut dengan ketawa milik Andhika.
“Takkan kau tak tahu, Radz?
Dia jadi macam ni sebab hobi membulinya terpaksa di’hapus’kan. Kalau tak, dekan
akan buang dia dari uni.” Beritahu Andhika. Menganjing Emeriez.
“Kau biar betul, Andy?” soal
Radzlan tidak percaya.
“Betul la, buat apa aku tipu
kau?”
Radzlan dan Andhika ketawa
jahat. Memerli Emeriez.
“Diamlah kauorang! Bukannya
nak meringankan bebab aku ni. Makin kusutkan ada la. Bengang betul aku dengan
kauorang ni. Nama aje kawan tapi langsung tak tolong aku.” Kedengaran seperti
Emeriez merajuk. Tak padan dengan lelaki!
Radzlan dan Andhika saling
berpandangan lalu ketawa.
“Weh! Ada orang merajuklah.”
“Mana ada aku merajuk!”
sanggah Emeriez kasar.
Radzlan dan Andhika
mencebik.
“Kalau kau nak buli orang
sangat, kau panggillah awek tomboy tu.” Andhika memberikan pendapat
yang kurang bernas,
“Kau sedar tak apa yang kau
cakap tu? Kau suruh aku lawan dengan pompuan?
Pleaselah… Aku tak nak jadi dayus,
okey!” Emeriez memegang mulutnya. Sejak bila aku kisah dengan dayus ni? Soal
Emeriez kepada diri sendiri.
Radzlan dan Andhika tergelak
sinis.
“Selama ni kau buli
perempuan, tak pulak kau fikir dayus ke tak. Tiba-tiba je hari ni kau cakap cam kau ni gentleman. Pe kes?”
Radzlan sengaja mengapi-apikan Emeriez.
“Ha’ahlah. Aku rasa bukan
sebab tu… tapi sebab lain. Dia tak nak lawan dengan perempuan tu sebab dia tahu
yang dia akan kalah. Mana nak letak muka kalau kalah ngan pompuan buat kali kedua?” bidas Andhika sinis.
Emeriez mendengus kasar.
“Tak payahlah kauorang nak perli-perli aku lagi. Tapikan… kauorang tak rasa
pelik ke? Aku yang kuat ni boleh dengan dia. Tumbukan dia… perghh! Macam kena tumbuk banyak kali di tempat yang sama. Pedih!
Perit!” Cerita Emeriez bersungguh-sungguh. Siap ada gaya lagi.
“Ye ke? Tak tahu pulak aku sebab bukan aku yang kena tapi kau!”
Andhika mengejek Emeriez.
Radzlan mengusap dagunya
yang licin. “Apa kat kita siasat siapa budak ‘lelaki’ tu?” Cadangnya.
“Good idea!” Andhika memetik jari, bersetuju dengan cadangan
Radzlan.
“Takde masa aku. Baik upah
orang je.” Bongkak Emeriez berkata-kata.
“Upah spy
mahal! Diaorang nak duit je, kerjanya hampeh.”
Emeriez mengangguk setuju. “
Okey, aku setuju. Tapi dalam masa yang sama jugak, kita kena upah jugak spy. Kalau kita bertiga je, susah!”
Andhika dan Radzlan
bersetuju dengan pendapat Emeriez. Kadang-kadang otak Emeriez ni, ada jugak
gunanya; Selalunya, otak beku!
suasana yg riuh tiba2 menjadi riuh?
ReplyDeletehehe.. silap. tengs sbb tegur :)
Delete