Followers

Friday 1 March 2013

On Rainy Days - Bab 22 (ii)



Pada keesokan harinya....


   "WEH, teman aku kejap." Tanpa memberi salam, Alex terus menyapa Max yang kini sedang enak makan nasi goreng buatan neneknya. Nak tunggu Max masak? Memang lambatlah lagi. Entah bila dapat merasa air tangan Max ni.

   Suapan Max terhenti seketika. Dia memandang Alex dengan pandangan membunuh. Mujur aku tak tercekik tadi. Kalau tak, mampuslah Alex lepas ni. Bentak Max di dalam hati. Berani ke Max nak bunuh Alex? Kawan sehidup semati tuh!

   Alex menggaru belakang kepala yang tiba-tiba rasa gatal. Dia tersengih. Salah timelah. Huhuhu!

   Max meneruskan makannya sehingga habis sepinggan. Alex hanya berdiri melihat perbuatan Max. Takde pun tanda-tanda nak pergi dari situ ataupun duduk.

   Pinggan yang digunakan Max dibasuh. Alah, satu pinggan je. Tak banyak pun. Tisu yang berada di atas meja dicapainya untuk mengelap mulut.

   "Kau nak pergi mana? Sampaikan nak suruh aku teman bagai?" soal Max malas. Max semuanya malas. Nak tanya malas, keluar malas, buat kerja malas. Yang dia rajin, baca komik, tonton TV. Hobi dari kecik lagi tuh.

   "Nak jumpa kengkawan kat PICC. Pendek kata, ada reunion. Dah lama aku tak jumpa kawan-kawan aku kat Adam Smith Private School. Rindu pulak kat diaorang."

   "PICC je? Dekat siott!" ujar Max lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa di ruang tamu.

   "Ha'ah! Memang dekat pun. Kalau dah tahu dekat, jomlah teman aku."

   "Eh eh! Bila masa aku cakap aku nak teman kau? Kau pergilah sorang-sorang. Aku malas. Lagipun tu kawan-kawan kau, bukannya kawan-kawan aku." Alat kawalan jauh dicapainya lalu menekan channel  411.

   "Ala... bolehlah!" Alex masih berusaha memujuk Max supaya wanita itu mengikutnya ke PICC.

   Max mencebik. "Kenapa kau tak ajak si Ad tu? Aku... kau ajak, adik sendiri tak ajak. Bodohlah kau ni!" sinis Max berkata-kata.

   "Aku dah ajak dia, tapi dia tak nak ikut."

   Max mengangkat kening. "Dia tak nak ikut? Aku pun tak nak jugak!" tegas Max berkata-kata.

   "Please... Aku tambah 10 buah lagi komik. Amacam?" Harap-haraplah dengan tawarannya ini, Max akan terpujuk.

   "Are you serious? So, sekarang ni kau kena bagi aku 20 buah komik? Double wow!" 20 buah komik, bukannya sikit. Banyak tuh. Tak payahlah aku keluarkan duit untuk dua bulan ni. Muahaha!

   Alex mengangguk. Dengan cara ni je, Max akan melting. Kalau tak, memang taklah!




    "AKU tak nak masuk. Kau masuk sengsorang."Tangannya ligat menangkap gambar persekitaran PICC ini.Sebenarnya, Max lagi suka menjadi seorang fotografi daripada menjadi seorang bussinesswoman.

   Alex mengeluh. "Max..."

   Klik!

   Max menangkap gambar Alex. Dia tersengih apabila melihat Alex menjegil matanya persis ikan emas. "Aku ikut kau datang sini, dah cukup bagus tau. Aku tak sukalah majlis-majlis ni. Rimas kau tau tak?" Max merengus.

   "Kat dalam ada ramai pompuan cun." Alex cuba mengumpan.Cermin mata hitamnya, dibetulkan.

   Max menunjukkan penumbuknya. "Kau nampak ni? Silap hari bulan, berterabur gigi kau. Apa kau ingat aku ni lesbian ke? Eee... tolonglah! Geli aku."

   "La... kau perempuan rupanya, ingatkan lelaki. Dengan berpakaian macam ni. He he he! By the way, even kau tu PEREMPUAN tapi kau pernah buat jugakkan?" Alex mengangkat keningnya berkali-kali. Perkataan 'perempuan' itu sengaja ditekannya.

   Max mengetap bibir. "Yelah yelah! Aku ikut. Kejap je tau? 30 minit je kalau lebih 30 minit tu, aku keluar. Aku tunggu kau kat luar." Max memberikan kata putus.



   EMERIEZ dan Ridzlan keluar dari kereta. Mereka berjalan dengan penuh karisma. Sesuai dengan jawatan yang disandang sekarang ini.

   Gadis-gadis yang ingin ke destinasi yang sama seperti Emeriez dan Ridzlan terhenti apabila melihat ketampanan kedua-dua lelaki ini. Ada yang memuji ketampanannya, ada yang ternganga dan ada juga yang berhasrat untuk menjadi kekasih lelaki-lelaki ini. Sungguh besar cita-citanya itu.

   Emeriez dan Ridzlan memandang gadis-gadis yang memandangnya. Seulas senyuman dihadiahkan kepada mereka. Senyuma itu sedekah. Tak gitu?

   Mereka tersipu-sipu malu. Ada juga yang hampir pitam melihat senyuman itu. Kemaruk benar nampaknya. Mereka lihat, senyuman lelaki-lelaki tadi manis. Lebih manis daripada madu. Dari sekolah lagi, mereka sangat menggilakan dua orang lelaki ini. Lelaki yang sangat terpengaruh di Adam Smith Private School suatu ketika dahulu.

   Sudah lama mereka ingin bertemu dan berbual-bual dengan jejaka-jejaka ini. Hari ini, mungkin mereka akan memenuhi hasrat mereka sejak sekian lama menunggu peluang ini.



   "NAMA?" tanya seorang wanita berumur lebih kurang 25 tahun yang bertugas menjadi penyambut tetamu.

    "You don't know who am I, miss?" soal lelaki berkaca mata hitam itu.

   "Saya rasa tak perlu kot awak tanya semua tu. Hanya cakap nama awak. Tak perlu menghabiskan masa dengan soalan-soalan awak yang mungkin tak masuk akal tu. " tegas wanita itu berkata-kata.

   "Alexander Haikal. My name is Alexander Haikal." Dua kali Alex memberitahu namanya supaya gadis itu sedar siapa yang berada di hadapannya kini.

   Gadis itu mengangkat muka. Dia menilik wajah Alex. Sudah lain benar berbanding dulu.

   Alex menanggalkan cermin mata hitamnya. Dia melirik senyuman sinis. "Now, do you know who I am, miss? By the way, awak masih lagi sombong macam dulu." Lantas itu, Alex menarik tangan Max supaya masuk ke dalam dewan PICC ini.



   MAX hanya duduk di atas kerusi yang disediakan di sini. Langsung tiada hati untuk menyertai Alex yang kini berbual-bual dengan rakan sekelasnya pada masa dahulu. Terbit rasa cemburu melihat Alex melayan kawan-kawan perempuannya. Sedangkan dia, langsung tidak dihiraukan oleh Alex walhal Alex yang mengajaknya datang ke sini.

   Walaupun beberapa orang perempuan mendekatinya untuk berkenalan tetapi Max tidak menghiraukannya. Mereka pergi dengan perasaan hampa.

   "Kenapa duk sensorang kat sini? Tak bosan ke?" Tiba-tiba satu suara garau menegur Max.

   Max kenal suara itu. Dia mengangkat muka. Dia mengulum senyuman. "Duduklah, bos." Walaupun sudah lama Max berhenti bekerja di syarikat Emeriez, dia tetap memanggil Emeriez dengan panggilan 'bos'.

   Emeriez menggaru kepala. "Tak payah berbos-bos sangatlah. Kau tu bukan pekerja aku lagi." Terasa kekok pula membahasakan dirinya 'aku'. Tidak tahu mengapa.

   Emeriez tidak pelik mengapa Max berada di sini. Dia pernah melihat Max berjalan dengan Alex. Bukan sekali, malah banyak kali. Tapi yang dia pelik, kenapa Alex boleh berada di sini? Baru dia teringat, Alex ialah Haikal. Teman sekelasnya beberapa tahun yang lepas. 

   "Tau pun. Aku saja je nak tengok reaksi kau." beritahu Max sinis.

   Senyuman tersungging di bibir Emeriez. "Kau masih lagi tidak berubah, Max. Ayat yang keluar dari mulut kau mesti ayat 'pedas' punya." kata Emeriez. Tiada niat untuk menyindir.

   "Dah sebati dalam hidup aku. Dah takleh buang dah. Mana kawan kau? Apa nama dia? Ridzlan?"

   "Amboihh! Mentang-mentanglah dah lama tak jumpa, kau dah lupa nama aku ya? Sampai hati." Ridzlan seakan-akan berjauh hati dengan Max.

   "Tak kesah ah. Bukan masalah aku pun. Aku keluar dululah. Rimaslah aku duk kat sini lama-lama. Bye!" Tangannya dilambai. Sebelum dia keluar dari tempat ini, dia mengambil beberapa keping gambar Emeriez dan Ridzlan untuk dibuat kenangan.



   Beberapa hari kemudian di Alamanda...

   ALEX menunaikan janjinya. Di tangan Max kini, ada dua plastik yang berisi komik. Cashier tadi tercengang apabila melihat Max membawa 10 buah komik manakala Alex menolong Max untuk membawa 10 buah komik lagi. Memang otaku sungguh Max ni.

   Mereka singgah di sebentar McDonald untuk membeli aiskrim McFlurry Oreo kegemaran Max. Kali ini, Max yang belanja Alex.

   "Kau nak aiskrim apa?" soal Max.

   "Terpulang." ujar Alex sepatah.

   Sejak dua menjak ini, perangai Alex berubah. Max berasa yang berada dengannya sekarang ini, bukan Alex yang dulu. Apatah lagi Haikal. Alex bersikap dingin selepas mereka pergi ke PICC beberapa hari lalu.

   "Kau ada masalah ke Alex?" soal Max prihatin.

   Alex membiarkan soalan itu sepi.

   Max mengeluh hampa.



1 comment:

  1. nice... done follow you dear... have time singgah kat blog kita lagi... :)

    ReplyDelete