SEMUA orang terdiam apabila bos mengamuk. Entah
angin monsun mana yang melandanya, tiba-tiba je nak marah. Nak kata orang ni
curi tulang, tak. Walaupun aku ni agak main-main tetapi aku ni buat kerja
bersungguh-sungguh.
Dia ingat aku ni apa? Tunggul?
Mentang-mentang dia bos, sesuka hati je nak buat aku macam ni. Kadang-kadang
bagi kerja yang tak sepatutnya dia bagi. Kerja dia, suruh aku buat. Sepatutnya
suruhlah dia punya pembantu peribadi dia tu. Aku ni kerani je. Aku ulang sekali
lagi ya, aku ni kerani je.
Takkanlah dia punya pembantu peribadi nak
hidup senang je? Kerja sikit je. Kenapa? Sebab bos suruh aku buat kerja yang
sepatutnya pembantu peribadi dia yang buat. Bestnya
dia, boleh goyang kaki je. Ke pembantu peribadi bos ni, guna khidmat
bomoh? Takpe-takpe, one day mesti dia akan terima balasan.
Disebabkan aku nak sangat kerja ni, aku buat
je. Diakan bos, akukan pekerja dia. Aku berani jamin, kalau dia tahu siapa aku,
mesti dia tak berani nak buat aku macam ni. Mungkin kerja aku, dia yang
siapkan. Hahaha! Mimpi je lebih.
Pekerja tetap pekerja, mana boleh jadi bos. Akukan, berangan je lebih.
Aisyah cakap, lepas lunch nanti bos besar nak datang. Aisyah cakap lagi, bos besar
jarang ada kat pejabat atas sebab-sebab yang tertentu. Aku malas nak amik port. Buang karan je. Dia nak datang, datang. Tak nak, sudah. Senang.
Aisyah cakap lagi, bos besar handsome, berbadan tegap. Ramai orang
yang minat kat bos besar tu. Aku tak heranlah
setakat lelaki yang handsome dan
berbadan tegap ni. Kalau dah nama big
boss, mestilah poket penuhkan? Mesti ramai pompuan yang tergila-gilakan dia. Tapi ada aku kesah? Aku dah ada Haikal. Erk?
Apa yang aku melalut ni?
Sebelum aku melalut lebih panjang lagi, baik
aku mengundur diri. Bye, Mr. Diary. Thanks sebab sudi luang masa dengan aku.
Rehat dah habis, mesti officemate aku
akan balik office. Aku tak nak
diaorang baca aku punya diari ni. Malu weii!
Apa kau tau? Aku yang malu, bukannya kau! Bye,
got to go. Assalamualaikum. J
Yang selalu buat hal,
Marsha Maisarah. J
“MAX, bos besar dah datanglah!” Aisyah yakni
kawan sepejabatnya memberitahu. Lengan Max disikunya.
Aisyah berdiri lalu menundukkan wajahnya. “Good afternoon, boss!” Lelaki itu hanya
tersenyum. ‘Boleh cair aku tengok senyuman dia. Manis sangat! Kalah madu
lebah.’ Ucap Aisyah di dalam hati.
“Selamat tengah hari, bos!” ucap Max. Dia
masih lagi tidak melihat wajah bos besarnya. Dia hanya menunduk kerana dia
sedang menyusun kerja-kerja yang bosnya memberikan kepadanya. Sungguh tidak
beradab Max ini.
Lelaki yang mendera Max mendekatinya. “Kerja
I dah siap?” soalnya.
Max mencebik. Baru je bagi semalam, dahlah
banyak! Kalau sikit je, takpe. Bagi semalam, minta hari ni. Memang mendera!
Mujurlag Max sempat menyiapkan kerja-kerja itu semalam. Kalau tak, lagi banyak
perkara yang dibebelnya.
“Dah.” Balas Max pendek.
Shahir merangkap CEO syarikat ini juga
merangkap bos kepada Max ini tersenyum senang. Ni best ni dapat pekerja macam Max. Cepat membuat kerja walaupun itu
bukan kerjanya.
“Actually,
I bukan nak harini. Minggu depan.”
“So?” tanya Max tidak berperasaan. Shahir
dipandangnya.
Shahir mengangkat kening. Takde perasaan ke
budak ni? Kalau orang lain, memang dah melenting.
“Nah, ambik
ni. Tak payah nak suruh saya yang hantarkan ke bilik bos pulak! Suruhlah pembantu peribadi bos
yang bawakkan kertas-kertas ni ke
bilik bos. Saya ada banyak lagi kerja yang perlu saya siapkan.”
Senyuman sinis tersungging di bibir Shahir.
“You ke I yang bos? Suka hati I
lah nak suruh siapa pun. Ramai orang lagi nak kerja ni, I boleh bagi kat diaorang tapi you
jugak yang I pilih. Bersyukurlah
sikit.” Sungguh tajam kata-kata Shahir itu.
Max ketawa sinis. “Apa bos ingat saya ni
kemaruk sangat ke nak kerja ni?” soal Max sinis. Staf-staf yang berada di situ
melihat perbalahan antara Max dengan Shahir. “Memang ramai orang yang nakkan
kerja tapi bukan saya, bos! Saya harap bos faham.” Sepucuk surat diambil dari
beg sandangnya.
“Nah, ambik
kertas ni. Saya resign!” Suara
Max naik seoktaf sehingga dapat didengari oleh bos besar mereka.
“Apa yang kecoh-kecoh ni, Shahir?” Bos besar
masih tidak melihat wajah Max. Sama seperti Max, masih tidak melihat wajah bos
besarnya kerana sedang mengemas barang-barangnya,
“Takde papelah,
bang.”
Max mengangkat muka untuk melihat wajah bos
besarnya. Dia terlopong. Biar betul aku bekerja di bawah syarikatnya? Sangat
sukar untukku mempercayainya.
“Emeriez…”
Emeriez memandang wajah Max. Dia membesarkan
matanya. Max bekerja dengannya? Tapi kenapa?
“Max, apa kau buat kat sini?”
Shahir menjadi pelik kerana Max dan Emeriez
saling mengenali. Diaorang ni kawan ke?
“Aku kerja kat sini. Tak sekarang ni tak
dah. Aku dah resign!” beritahu Max
sinis sambil matanya melirik wajah Shahir.
Usai menyimpan barang-barangnya, Max berlalu
dari situ tanpa mengambil gaji. Dia tidak hairanlah kalau gaji pun, RM1 500 je.
Aku tak hadap! Kata hati Max angkuh. Aisyah seperti tidak merelakan pemergian
Max kerana Max seorang yang sporting.
Dia sangat suka berkawan dengan Max.
“SHAHIR, kau tahu siapa dia?” soal Emeriez
ingin tahu.
Shahir menggeleng kepala. “Tak, aku tak
kenal dia. Abang, macam mana abang boleh kenal dengan Max tu?” tanya Shahir
pula.
“She’s
my ex-junior.” Beritahu Emeriez. Max… perempuan yang berwatakan lelaki.
Semua orang tahu itu.
“What?
Are you serious?” Shahir seakan-akan tidak mempercayai kata-kata Emeriez.
Emeriez mencebik. “Kau ingat aku ni bergurau
ke? Come onlah wei! Anyway, bila kita
akan berjumpa dengan klien dari FM Corporation?”
“Next
week.” Jawab Shahir.
“Okey. You
can go now.” Shahir hanya menurut.
AD memanggil Risya. “Risya, sini kejap.
Cepat sikit!”
“Apa?” soal Risya malas.
“Sini jelah!” gesa Ad bersungguh-sungguh.
“Apa?” Risya mendekati Ad yang sedang
membuka laman sesawang Facebook. Takde kerja lain!
Ad menjuih bibir menunjuk gambar yang
dilihatnya. Beraninya Fakhriy memuat naikkan gambarnya bersama perempuan lain.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ini, siapakah perempuan itu? Mengapakah
perempuan itu sangat familiar
baginya? Ad sedaya upaya memerah otak untuk memikirkan siapakah perempuan di
dalam gambar ini?
“So?”
“So?
Kau tanya so? So kau tanya? Kau ni takde perasaan ke? Fasyin bersama perempuan
lain, boleh kau tanya SO?”
Risya tidak menghiraukan amarah Ad
kepadanya. Dia menggerakkan tetikus, LIKE ditekannya. Dia sangat suka melihat
gambar ini walaupun perempuan itu bukan dirinya.
Ad pelik dengan tingkah laku Risya. Langsung
tiada perasaan cemburu. Orang ke robot si Risya ni?
“Kau nak tahu siapa perempuan ni?” Laju
sahaja Ad mengangguk. “Dia tu, kakak ipar aku. Aku yang ambik gambar ni. Aku yang suruh Fasyin upload gambar ni ke dalam Facebook. Buat apa aku nak jealous? Lagipun, diaorang tu muhrim.
Tak kesahlah.” Alangkah baiknya jika
Max betul-betul berhijab. Sejuk mata memandang. Pasti ramai lelaki yang akan
menyukainya.
“Kakak ipar kau? Setahu aku kakak ipar kau
tak bertudung, berpakaian seperti lelaki. Kakak ipar kau tu, kawan kita, Max.
Dia mana ada kakak selain Max. Wait wait
wait… jangan-jangan perempuan yang di dalam gambar ni, Max? Kau biar betul?”
soal Ad seakan-akan tidak percaya.
Risya mengangguk. “Tapi, dia pakai tudung
sebab nenek dia yang suruh. Bukan kerana dia nak.” Ucap Risya sayu.
Ad mengeluh. Seandainya Max juga berhijab
seperti mereka, kan lebih baik. Bukannya dia tidak menyukai Max yang sekarang
ni tetapi dia tidak suka masyarakat setempat mencaci, menghina Max. Dia sangat
menyayangi Max. Harapannya sama seperti Risya, harap Max akan berhijab
sepenuhnya suatu hari nanti. InsyaAllah.