AD menarik Alex ke
dalam biliknya. “Abang! Apa abang dah buat kat Adam?” soal Ad marah. Walaupun
Adam telah menyakitinya tetapi dia tidak rela melihat Adam disakiti oleh
sesiapa termasuklah abangnya sendiri.
Alex mengangkat
kening. “Adam? Sape tu?” tanya Alex.
Buat-buat tak tahu.
Ad mengeluh.
“Kenapa abang pukul Adam?” Wajahnya menunduk. Tidak berani bertentangan mata
dengan Alex. Dia tahu dia akan kalah nanti.
“Siapa cakap abang
pukul Adam? Abang langsung tak kenal siapa lelaki yang Ad sebut tu.” Beritahu
Alex bersahaja.
“Abang jangan nak
tipu Ad lah. Adam dah bagitahu semuanya kat Ad. Abang tahu tak, Adam tu kekasih
Ad? Ad sangat cintakan dia.”
Alex tersenyum
sinis. “Apa yang Adam cakap? Abang pukul dia?” Ad mengangguk. “What a stupid joke! By the way, Ad kata Ad cintakan dia kan? Dia cintakan Ad ke tak?
Tak kan? Kauorang dah clash, abang
tahu. Takyah nak berdalih lagilah.”
Bidas Alex sinis. Suaranya naik seoktaf.
“Abang!! Abang,
jangan nak masuk campur urusan Ad lah. Ad dah besar. Ad boleh jaga diri Ad.
Abang tak payah susah-susah nak campur urusan Ad lagi. Seperti yang Ad cakap
tadi, Ad dah besar.” Suara Ad juga naik seoktaf. Cukup untuk seluruh isi rumah
ini mendengar pergaduhan antara Ad dengan Alex.
“Belalah, jantan sial
tu. Bela! Ad sanggup menaikkan suara Ad kat abang, semata-mata untuk lelaki
yang bernama Adam tu. That’s why
abang tak kasi Ad couple. Nilah bahananya. Ad jadi kurang
ajar. Dah tak hormat abang as abang
Ad. Ye… abang sedar sape abang. Abang bukannya abang kandung
Ad. Hanya saudara susu. Tapi abang buat semua ni untuk Ad. Sebab abang sayang
Ad. Apa yang abang dapat? Hanya jerkahan Ad. Start from now, abang
takkan ambik tahu pasal Ad lagi. Ad
buatlah apa yang Ad nak buat. Abang takkan ambik
kesah. Maafkan abang seandainya, kehadiran abang dalam hidup Ad ni
menyusahkan Ad.” Beritahu Alex dengan nada yang kesal. Dia kesal dengan sikap
Ad.
Kata-kata Alex
terkesan di hati Ad. Tiba-tiba rasa bersalah mula menular di dalam hatinya.
Abang, maafkan Ad. Abang betul, Ad salah. Tetapi kata-kata itu hanya bergema di
dalam hatinya. Bukannya realiti. Egonya tinggi untuk berkata-kata seperti itu.
“Kenapa dengan
kauorang berdua ni? Riuh je. Kat bawah pun dengar suara kauorang bergaduh. Apa
masalah kauorang ni?” soal mama Ad risau. Alex dipandangnya untuk mendapatkan
kepastian.
Alex tersenyum
sinis. “Mama tanyalah anak mama ni. Siapalah Haikal ni kan, nak dibandingkan
dengan Adam tu. Haikal ni bukan sape-sape
dalam hidup dia.” Beritahu Alex lalu berlalu dari situ.
Mama pandang Ad.
“Siapa Adam, Ad?” soal mamanya. Tajam anak matanya memandang anak daranya ini.
Dia tidak suka Ad berkawan dengan orang sembarangan. Dia tidak kisah jikalau
lelaki itu miskin tetapi dia ambil kisah bila lelaki yang menjadi kekasih Adam
ini seorang yang tidak bertanggung jawab.
Ad menunduk. Dia
hanya mendiamkan diri. Tidak ingin langsung memberitahu siapa Adam. Dia
bimbang, mamanya akan memarahinya.
“Ma, Ad penat ni.
Mama boleh tak pergi?” Perlahan sahaja suara Ad berkata-kata.
Mama Ad menurut.
Dia turun ke bawah dengan perasaan yang kesal. Ad langsung tidak ingin
menceritakan hal sebenar.
“OBAASAN, ojiisan (nenek, datuk). Anata
no ryōhō ga koko ni tōchaku shita toki (bila kamu berdua sampai)?” soal Max
kehairanan.
Masuk rumah je, tengok datuk ngan nenek aku ada kat ruang tamu.
Kenapa datuk ngan nenek aku tiba-tiba
je datang Malaysia? Dahlah tak cakap pape
pun. Mesti ada udang di sebalik mi ni.
“Tak cakap dalam bahasa Jepun pun takpe.
Nenek faham. Lagipun kita ni ada kat negara Malaysia, bukannya Jepun.” Bidas sobo Max.
Max hanya tersengih. “Suminasen.” Terkeluar dalam bahasa Jepun lagi. Sabo jelah!
Sobo
melihat penampilan Max dari atas ke bawah. Lantas itu dia beristighfar.
Walaupun dia seorang mualaf tetapi dia tahu bagaimana pemakaian yang mengikut
syarak. “Kamu dari mana Marsha? Dengan pakaian yang macam lelaki ni. Dah, pergi
tukar pakaian kamu. Pastikan yang menutup aurat. Bukannya seluar tiga suku.
Baju lengan pendek. Topi kamu ni, biar nenek simpan.” Sobo menarik topi dari atas kepala Max.
Max dah agak dah. Mesti ada udang di sebalik
batu. Kalau tidak, memang jaranglah diaorang nak datang sini.
“Tapi nek, Max nak pakai baju yang macam
mana? Baju Max semuanya macam ni.” Max menunjukkan pakaian yang dipakainya
sekarang ini. “Mana ada baju yang macam nenek pakai ni.” Tangannya ditudingkan
ke arah baju kurung yang dipakai oleh sobonya. “Lagipun, Max tak sukalah pakai
pakaian macam tu. Rimas tau tak? Kena pakai kain lagi.” Selamba badak sahaja Max
berkata begitu.
Sobo
membulatkan matanya mendengar panggilan Max memanggil dirinya. Fayyadh, macam
manalah kamu didik anak dara kamu ni? “Nama kamu Marsha, bukannya Max.” Telinga
Max ditarik. Max mengaduh sakit. “Nenek tahu, haha kamu ada belikan kamu baju kurung. Nenek dah sediakan baju
kurung. Ada atas katil di dalam bilik tidur kamu. Tudung pun nenek dah sediakan
sekali. Lepas ni kamu pergi shopping
baju yang tutup aurat. Bukannya baju yang tah
pape macam ni.” Telinga Max masih tidak dilepaskannya.
Sofu
hanya menggeleng kepala melihat gelagat cucu dan isterinya itu. Tetapi dia
langsung tiada hati untuk masuk campur.
“Nek, sakitlah telinga Max ni.” Sobo melepaskan telinga Max. Max terus
menggosok telinga yang sakit dek kerana ditarik oleh sobo yang terchenta ni.
“Kalau kamu tak ikut arahan nenek, lagi
teruk nenek buat kat kamu. Cepat, pergi bersiap. Nenek dah suruh Fasyin
temankan kamu nanti.”
“Tapi nek…” Max cuba memujuk.
“Muktamad! Kalau kamu tak dengar apa yang
nenek cakap, kamu tak boleh keluar rumah.”
Max akur akan arahan yang diperintahkan oleh
sobonya itu. Okaasan, otousan… sampai hati buat Max macam ni. Sob… sob… sob…
“RISY, Fasy nak kuar jap. Nak ikut tak?”
soal Fakhriy kepada Risya.
“Kuar
gi mana?” soal Risya yang kini sedang membaca majalah. Dia malas untuk
keluar sekarang ini.
Fakhriy mendekati Risya. Majalah ditangan
Risya ditariknya. “Gi shopping. Betul
ni tak nak ikut?” Wajah Risya dipandang.
Risya mengusap dagu. Berfikir. Nak pergi,
malas. Kalau tak pergikan bahaya walaupun dah dah beberapa orang pembantu rumah
dan tukang kebun. Yelah, pasal penculikan tempoh hari. Mana tahu anak buah
Andhika tak puas hati dengannya lalu mencarinya di rumah ni.
Risya menggeleng. Dia tak nak pergi!
Keputusan dah muktamad. “Risya tak nak pergi. Sorry…” Dia tersengih sehingga menampakkan barisan gigi yang susun
teratur.
“Tapi…”
“Kalau Fasyin risaukan Risya, Risya akan dok umah
Max. Bolehkan?”
“Sukati
Risyalah.” Fakhriy sudah malas memujuk Risya.
“KAU ke ni Max? Cantiknya…” ucap Risya
meleret. Alangkah baiknya kalau Max begini buat selama-lamanya.
Max menjuihkan bibirnya. “Tak payah nak
perli sangatlah. Aku buat pun terpaksa.”
Kata-kata Max menyebabkan hati Risya sedih.
Takpe, ada masa lagi untuk Max berubah. Mungkin kehadiran nenek dan datuk Max
dari Jepun membuatkan Max berubah menjadi seorang muslimah. Bukan lagi seorang
‘lelaki’.
“Nenek dengar Marsha.” Beritahu neneknya
yang sedang menonton televisyen.
“Whateverlah
nek. Dah memang orang buat semua ni terpaksa.” Balas Max selamba.
“Kamu cakap macam orang takde iman. Kamu
ingat masuk neraka tu sekejap ke?” Soalan maut ini jugak yang ditanya oleh
neneknya.
“Yelah yelah. Nenek menang.” Max sudah malas
berbahas dengannya kerana terang tang-tang
dia akan kalah.
Risya hanya mendengar Max dan neneknya
berbahas. Langsung tidak ingin masuk campur. “Meh, aku betulkan sikit tudung kau. Kenapa kau pakai tudung bawal?
Tudung ekspreskan ada. Senang!” Awning
tudung Max dibetul-betulkan.
Max menjongket bahu. “Nenek yang sediakan,
aku pakai jelah. Tak pakai kang kena
tarik telinga. Baju kurung ni pun kena paksa jugak pakai.” Sindir Max.
Nenek menjeling. “Nenek okey je kalau orang
tu tak nak keluar rumah. Pakailah baju yang cam
laki tu lagi.” Jawab nenek selamba.
“Pape
jelah nek. Max chow lu. Bye!”!”
No comments:
Post a Comment