“Andy, betul ke
apa yang aku dengar ni? Kau nak bunuh Dayana? Cakap tidak, Andy. Katakan yang
kau tidak bersalah. Katakan yang kau bukan pembunuh itu.” Ridzlan masih tidak
boleh menerima kenyataan bahawa Andhika cuba membunuh perempuan itu.
Andhika mengeluh.
“Ya, memang aku yang nak bunuh Dayana. Bukan orang lain. Ridz, aku dah bunuh
ramai orang. Bukan dia seorang je. Aku sedar akan kesilapan aku, Ridz. Aku
menyesal, aku dah insaf. Aku tidak perasan yang Dayana bukan lawan aku. Max,
kawannya itu berketurunan yakuza. Aku tidak sempat untuk membunuh Risya kerana
Max sempat sampai. Aku betul-betul bodoh. Disebabkan duit, aku nak bunuh orang.
Aku buat perbuatan yang terkutuk tu. Aku berdendam dengan dia kerana aku ingat
kemalangan yang terjadi kepada papa dengan mama disebabkan perbuatan daddynya. Rupa-rupanya orang lain. Musuh
perniagaan papa aku yang lain. Kemalangan yang terjadi kepada daddy dan mummy Dayana tu, aku yang rancang. Aku upah orang untuk langgar
kereta mereka. Aku banyak buat dosa dengan dia, Ridz. Aku malu dengan kau. Kau
berkawan dengan pembunuh. Aku minta maaf.” Ucap Andhika kesal. Dia benar-benar
menyesal sekarang ini. Dulu, dia buta kerana wang ringgit.
Ridzlan meraup
rambutnya ke belakang. “Kenapa Andy kenapa? Kenapa kau bodoh sangat nak bunuh
orang semata-mata untuk wang? Wang tak boleh bawa ke kubur, ke akhirat. Kau dah
kecewakan aku. Aku tak sangka perangai kau macam ni sekali.”
“Maafkan aku Ridz.
Aku tahu Ridz aku tahu. Aku dah menyesal sekarang. Aku takkan buat kerja tu lagi
dah. Aku akan tebus balik dosa-dosa aku kepada Dayana selepas aku dibebaskan.
Aku janji.” Beritahu Andhika bersemangat.
“Aku pegang janji
kau.”
“Aku sebagai kawan
Andhika, ingin memohon maaf atas apa yang dia telah buat kepada kau orang berdua.”
Emeriez menundukkan kepalanya. Dia malu atas apa yang terjadi. Tetapi apakan
daya, semua itu tidak dapat dielakkan. Semuanya telah menjadi sejarah.
Fakhriy mencekak
baju Emeriez. Wajahnya membengis. “Apa kau ingat dengan kata-kata maaf kau tu,
boleh undur masa? Tak, kan?” soal Fakhriy sinis.
Risya memegang
tangan Fakhriy supaya Fakhriy bertenang. “Fasy, let bygone be bygone. Semuanya telah terjadi. Dah jadi kenangan
silam. Janganlah emo sangat. Risya tak apa-apa.” Beritahu Risya tenang. Dia
tidak ingin hal lama diungkit lagi. Sungguh menyakitkan!
“Tapi…”
Belum sempat
Fakhriy meneruskan kata-katanya, Risya terus memotong. “Fasy, please jangan besar-besarkan perkara ni
lagi. Andhika pun dah masuk penjara kan? It’s
gonna be okay. InsyaALLAH.”
Jikalau itu yang
dikata oleh Risya, Fakhriy tidak boleh buat apa-apa. Tetapi hatinya sakit
mengenangkan peristiwa itu. Risya hampir dibunuh!
“Terima kasih,
Dayana. Aku sendiri pun tak sangka Andhika akan buat keputusan yang teruk itu.
Dia telah dibutakan dengan kemewahan duniawi. Aku memang tak tahu kenapa dia
tegar buat perkara yang terkutuk itu. Sekali lagi aku minta maaf.” Emeriez
menundukkan wajahnya lagi. Dia terpaksa merendahkan egonya kerana kawannya,
Andhika. Inilah dipanggil kawan sejati.
“Aku kena pergi
sekarang. Dayana, sekali lagi aku berterima kasih dengan kau sebab kau sudi
memaafkan Andhika walaupun dia dah hampir-hampir bunuh kau. Aku pergi dulu.
Assalamualaikum.”
Risya dan Fakhriy
hanya memandang Emeriez berlalu dari sini. Mereka berdua juga berlalu, menuju
ke parkir kereta.
Risya memandang
wajah Fakhriy dengan pandangan yang tidak puas hati ketika Fakhriy mula memandu
untuk pulang ke rumah. “Fasyin, kenapa dengan awak ni? Emo semacam je. Datang bulan eh?” tanya Risya dalam nada yang
bergurau.
Fakhriy
menjegilkan matanya. Boleh pulak dia cakap kita ni datang bulan? Kalau dia tu,
betullah. Marah hati Fakhriy. “Fasyin jealouslah
tengok Risya ngan laki tadi.”
Risya mengerutkan
dahinya. “Jealous? Tah pape ar awak
ni. He just my ex-senior not more than that. Tak dapat pape pun kalau awak jealous ngan Emeriez tuh.
Buang karan je.” Beritahu Risya
bersahaja.
Fakhriy menjuihkan
bibirnya. “Ex- senior ke ex-boyfriend?” Sengaja Fakhriy berkata
begitu untuk menguji Risya.
Risya menunjukkan
penumbuknya kepada suaminya. “Nampak ni? Cakap bek-bek sikit eh. Kang
tak pasal-pasal makan penumbuk ni tak ke menyesal tak sudah?” marah Risya. Ala.. bukan marah betul-betul pun.
Marah-marah sayang. Tak ke dosa marah suami tanpa alasan yang kukuh.
“Amboihh, garangnya. Orang gurau jelah.
Tak payahlah emo sangat. Datang bulan
eh?” Fakhriy menganjing Risya.
“Awak!! Tak nak ah
kawan ngan awak. Nak merajuklah macam
ni.” Bibirnya memuncung. Mulutnya dikembungkan. Geram.
Fakhriy ketawa
besar mendengar kata-kata Risya. Buat lawak antarabangsalah pulak. “Dayana
Batrisya, Muhammad Fakhriy Fasyin hanya bergurau. Tak lebih dan tak kurang.
Jangan ar merajuk. Nanti Muhammad
Fakhriy Fasyin merajuk jugak. Lagipun Muhammad Fakhriy Fasyin tak reti sangat
bab-bab memujuk ni. Tak belajar lagi. So,
Dayana Batrisya jangan merajuk eh? Nanti Muhammad Fakhriy Fasyin belanja
aiskrim Tutti Fruity. Nak tak? Tapi Dayana Batrisya kena janji ngan Muhammad Fakhriy Fasyin yang Dayana
Batrisya tak merajuk dengan Muhammad Fakhriy Fasyin dah. Boleh?” Sengaja
Fakhriy menyebut nama panjangnya dan nama panjang Risya supaya kedengaran
kelakar.
Risya ketawa kecil
mendengar Fakhriy berkata-kata seperti itu. Comel sangat! Suami sape la ni eh?
MAX melihat Alex
dengan pandangan yang dingin. Ni lagi satu masalah yang belum selesai. Masalah
antara Alex dengan Max. Bilalah agaknya nak selesai ni eh?
“Apa mimpi kau
cari aku?” soal Max selepas melabuhkan punggung di atas kerusi di taman mini. Orang
baru je nak tidur, tiba-tiba dia datang. What
the hell?
Alex mendengus. “Aku
nak tanya kau, kau kenal tak laki ni?” Telefon bimbitnya diberikan kepada Max.
Gambar Adam yang dibluetooth olehnya
sebentar tadi tanpa pengetahuan Ad.
Telefon bimbit
Alex diambil malas. Dia mengangkat kening. Adam. Buat apa Alex tanya aku pasal
jantan sial ni? “Kenapa kau tanya?”
“Just answer my question, Marsha Maisarah!”
ucap Alex serius.
Max mencebir
bibir. “What’s wrong with you ahh?
Kalau nak tanya orang, tanyalah betul-betul. Tak payahlah marah-marah.” Bentak
Max tidak puas hati. Dia bangkit dari duduk, dia ingin ke dalam. Tiada hati
untuk menjawab soalan Alex.
Tidak tahu
mengapa, sejak dua menjak ini dia selalu teringat akan kata-kata Alex tempoh
hari. Be my girlfriend. Ayat tu sukar
untuk dia buang dari kotak fikirannya. Sakit hati ini apabila Alex ingin
mempermainkan perasaannya.
“Max please… Don’t make me like this. Pasal pekerjaan kedua aku tu, I’m so sorry. Aku rasa tak salah kalau
aku menceburi bidang tu.”
Langkah Max
terhenti. Tersungging senyuman sinis di bibirnya. “Yes! Memang tak salah. Aku yang salah. Aku yang salah sebab tukar
penampilan kau. Kau ingat dengan penampilan kau yang stylo ni, kau boleh mempermainkan perasaan perempuan-perempuan kat
luar sana? Sorry ar wei! Just forget it.” Tiba-tiba sahaja Max
berkata begitu.
Kening Alex
bercantum. Kenapa tiba-tiba keluar pasal perasaan ni? Tak masuk topik langsung!
“Apa masalah kau ni Max? Tiba-tiba je cakap pasal ni.” Beritahu Alex pelik.
Max meraup
wajahnya. Ah, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku bersikap seperti ini? Di mana
hilangnya sikap professional aku? Ah!
Semua ni salah kau, Alex. Ya, memang tak salah lagi. Memang salah kau. Ujar
hati Max.
“Sorry… aku takde mood sekarang ni. Aku
nak tidur.” Beritahu Max tiada nada.
“Tak kesahlah kau nak tidur ke tak tapi kau
kena jawab soalan aku. Sape laki ni?”
Max merengus.
“Adam. Jantan sial, pakwe Ad. Jantan
yang tak reti banding kaca dengan permata.” Max terus memasuki rumahnya.
“Wei wei… before kau tidur tu, jangan lupa solat dulu. Azan Zohor baru je
berkumandang tadi. Jangan nak bagi alasan yang kau tu ABC la. Eh, kaukan laki
mana ada ABC. DEF jauhlah.” Alex tersengih melihat muka merah menyala Max.
“Haikal!! Kurang
ajar kau. Aku tak nak kawan dengan kau.” Entah kali ke berapa Max berkata
begitu kepada Alex. Tak boleh kira dengan jari.
Alex merapatkan
kedua-dua belah tangannya. Tanda minta maaf. Mukanya dibuat muka bersalah.
Tidak sampai seminit, dia menghamburkan tawanya.
Alololoolo cweet oh !!!.. Ahh best giler .. I like this !
ReplyDeleteTengs yaw ! :)
ReplyDelete