Followers

Monday 10 December 2012

On Rainy Days - Bab 15




  "MAX, sorrylah. Aku bukannya tak nak cakap kat kau tapi ni memang cita-cita aku dari kecik. Aku jadi model sambilan je. Diaorang je yang lebih-lebih cakap aku ni model yang terkenal." Alex sedaya upaya ingin memujuk Max supaya Max tidak bersikap dingin dengannya lagi.

   Senyap. Tiada respon yang diberikan oleh Max. Dia masih lagi membaca komik. Tetapi di dalam hatinya mengata Alex itu dan ini. Banyaklah kau punya cita-cita. Sedarlah diri tu sikit. Kalau bukan aku yang ubah penampilan kau, takde maknanya kau nak jadi model. Phuii!

   "Max, please... Jangan buat aku macam ni. Cakaplah dengan aku. Janganlah diam macam ni." gesa Alex. Sesungguhnya di rasa bersalah kerana tidak memberitahu akan kerjanya yang satu ini.

   Senyap lagi.

   "Marsha, jangan buat Haikal macam ni. Please say something."

   Nak termuntah Max mendengar Alex membahasakan dirinya dengan panggilan Haikal. Nama manjalah kononnya. 

   Alex mara ke hadapan supaya jarak dia dengan Max lebih dekat.

   "Stay away from me. Kau pergi dari sini sekarang. You broke my heart, Haikal. I hate you!" Komik yang dibaca sebentar tadi diletakkan di atas meja bersebelahan dengan sofa yang dia duduki sekarang ini.

   Alex mengerutkan dahinya. "Pardon?"

   Max mengeluh. "Sampai hati kau buat aku macam ni." Max mencapai kunci kereta di atas meja. Dia ingin berlalu dari sini secepat yang mungkin. 

   Alex mengejar Max lalu menyambar tangan Max. "Aku tak faham. Apa maksud kau?"

   Max tersenyum sinis. Dia merentap tangannya dari genggaman Alex namun tidak berjaya. "Don't treat me like trash, Haikal. I have feeling too." marah Max.

   Kerutan di dahi Alex bertambah. "What are you talking about? I really really not understand." Memang dia betul-betul tidak faham apa yang dikata oleh Max.

   "Let me go, Haikal." Sekali lagi Max merentap tangannya. Belum sempat dia melarikan diri daripada Alex, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

   "Moshi moshi (helo)." ucap Max untuk memulakan perbualan.

   Suaranya meninggi apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Michael. "Nani (apa)?"

   "Dochira (di mana)? Hai." Dia terus menyimpan telefon bimbitnya di dalam kocek seluar.

   "Siapa yang call?" soal Alex ingin tahu.

   Max tidak menghiraukan soalan yang ditanya oleh Alex malah terus meninggalkannya terpinga-pinga di situ bersendirian.




   FAKHRIY memegang kepalanya yang berasa sakit. Keadaan sekeliling diperhatikan. Tempat yang terlalu asing baginya. Fakhriy cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Namun gagal. Dia tidak dapat berfikir dengan kepalanya yang sakit.

   Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Matanya terbuntang apabila melihat keadaan Risya yang kelihatan dalam ketakutan. Tangan Risya diikat di belakang. Mulutnya ditutup menyebabkan dia sukar untuk berbicara.

   Hati Fakhriy sakit melihat keadaan Risya itu. "Lepaskan isteri aku, sial!" suruh Fakhriy kasar.

   S ketawa kuat melihat Fakhriy yang sedang diamuk perasaan marah. "Apa kau cakap? Lepaskan? Buat lawak ke apa kau ni?" tanya S. Suaranya seakan-akan menyindir.

   "Siapa kau? Apa yang kau nak dari kami?" Fakhriy cuba merungkai tali yang mengikat tangannya. Mereka tidak sedar  siapa lawan mereka. Setakat lima orang je, aku boleh settlelah. Korang ingat badan korang besar, aku goyang ke? Malam sikit! Kata hati Fakhriy bongkak.

   "Apa yang aku nak? Aku nak bunuh kau dengan betina ni, boleh?" soal S diselangi dengan ketawa.

   "Apa alasan kau nak bunuh aku dan isteri aku?" soal Fakhriy bersahaja.

   S hanya mendiamkan diri mendengar soalan yang terpacul dari mulut Fakhriy. Dia mengeluarkan pistol dari poket seluarnya lalu mengacukannya kepada Risya. Picu pistol ditarik perlahan-lahan.

   Peluh merenek di dahi Risya. Ya ALLAH, janganlah kau menarik nyawaku lagi. Aku ingin hidup lagi, Ya ALLAH. Aku ingin meminta maaf kepada Fasyin kerana aku banyak buat salah dengannya. Aku mengabaikan tanggung jawabku sebagai seorang isteri, Ya ALLAH. Risya menutup matanya kerana takut.

   Mata Fakhriy membuntang melihat S ingin Risya. Tidak dapat dibayangkan jika Risya mati. Tali yang mengikat tangannya baru berjaya dirungkainya. Dia ingin menyelamatkan Risya namun...

   PANG! PANG!

   Bibirnya menguntum senyuman. Semuanya berjalan dengan lancar. Kakinya dihayunkan untuk membawa Risya pergi dari sini. Fakhriy ditinggalkannya. Biarlah anak-anak buahnya sahaja yang menguruskan Fakhriy.



   EMERIEZ dan Ridzlan berbual-bual tentang bisnes masing-masing sambil menunggu seseorang. Mereka berdua mendapat surat untuk datang ke sini tanpa memberitahu siapa pengirim surat itu. Semasa mereka berjumpa di sini, mereka berasa pelik. Tetapi hati mereka mengatakan ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan.

   "Sorry sebab lambat." ujar satu suara yang sudah lama Emeriez dan Ridzlan tidak dengar.

   "Max?" soal Emeriez dan Ridzlan serentak. Terkejut.

   "Yes, I am." jawab Max senada. Bibirnya langsung tidak terhias dengan senyuman.

   "Kauorang tahu kenapa aku suruh kauorang datang sini?" soal Max serius.

   Emeriez dan Ridzlan menggeleng. Macam mana nak tahu kalau tak bagi tahu? Cer fikir.

   Max menggamit pelayan untuk memesan makanan. "Makan?" soal Max kepada Emeriez dan Ridzlan. Mereka berdua menggeleng. Mereka tiada hati untuk makan. "Minum?"

    "Apple juice." balas Ridzlan.

   "Dua jus epal." beritahu Max. Pelayan itu berlalu.

   "First of all, apa motif kau nak berbaik dengan aku, Dayana dan Adlina tiga tahun lepas?" Tajam mata Max merenung dua lelaki yang berada di hadapan matanya sekarang ini.

   Emeriez mengangkat kening. "Just untuk berkawan. Why?"

   "Takde sebab lain selain hanya nak berkawan?" Satu persatu soalan yang keluar dari mulut Max. Dia hanya mahukan kepastian, tiada sebab lain.

   Emeriez menggeleng.

   "Syawal Andhika... kawan kauorang kan?"

    Ridzlan dan Emeriez mengangguk.

   "Kau tahu tak dia kat mana sekarang ni?" Tiada respon yang ditunjukkan oleh Emeriez mahupun Ridzlan. Max meneruskan kata-katanya. "He is in jail now."

   "What? Are you kidding with us?" soal Ridzlan terkejut.

   Max mengulum senyuman sinis.

   Pelayan tadi datang semula dengan membawa pesanan yang dipesan sebentar tadi.

   "Minum dulu. Jangan panik-panik."

   "Aku takde masa nak bergurau tahu tak?!" marah Ridzlan. Suaranya yang agak lantang menarik perhatian pelanggan-pelanggan di restoran itu.

   Max tergelak mendengar amarah Ridzlan. "Dia pembunuh, that's why dia masuk jail. Aku tak sangka kawan kauorang ni seorang pembunuh. Membunuh kerana ingin mendapatkan harta. Well, perkara ni biasa pernah kita dengar. Dalam suratkhabar memang banyak kes macam ni dan..."

   Belum sempat Max meneruskan kata-katanya, Ridzlan terus memotong. "I don't believe it! Kau tipu, kau penipu!" tempik Ridzlan dengan perasaan marah. Dia tidak percaya dengan apa yang dikata oleh Max. Andhika seorang pembunuh!

   "Ridz, bawak bertenang." Emeriez memegang bahu Ridzlan untuk menenangkannya. "Dan?" soal Emeriez berdebar-debar.

   "Dan yang paling aku tak sangka, orang yang nak dibunuh tu kawan aku, Dayana Batrisya. Aku tak kesah kalau dia nak bunuh orang lain tapi kalau dia nak bunuh orang yang aku sayang, aku minta maaf. Aku takkan berdiam diri." Max menoktahkan kata-katanya disitu.

   Mata Emeriez dan Ridzlan terbuntang mendengar kata-kata Max. Andhika ingin membunuh Dayana? Tetapi kenapa? Atas sebab apa dia ingin membuat perbuatan yang tidak bermoral itu kepada Dayana? Apa salah dia?

   "Gotta go. Aku ada banyak lagi urusan yang perlu aku uruskan." Max mengeluarkan sekeping not bernilai RM50 lalu diletakkan di atas meja makan.

   Dia meninggalkan Emeriez dan Ridzlan di dalam restoran itu.


No comments:

Post a Comment