HUBUNGAN antara Ad dengan Max menjadi seperti sedia kala.
Tiada lagi bermasam muka. Keadaan sudah menjadi seperti dulu. Inilah hikmahnya
jika Max merendahkan egonya yang tinggi melangit itu.
Akan tetapi, hubungan Max dengan Fakhriy masih
lagi seperti dulu. Jika chichi dan haha mengadakan makan
bersama keluarga, mereka akan bertemu. Jikalau tidak, haram! Memang taklah.
Musuhlah katakan!
“Max...” panggil Ad meleret.
Max mengangkat mukanya, memandang Ad. Dia
mengangkat kening, sebagai tanda menyoal.
Ad menggaru kepala yang tidak ditutupi dengan
tudung. Kini, mereka berdua berada di dalam bilik Max. Tidak perlu menutup
aurat kerana tiada lelaki. “Kalau aku tanya, kau jangan marah eh?” soal Ad
berhati-hati. Bimbang jika Max akan memarahinya.
Max meletakkan komiknya di sisi. Kini, tumpuannya
terarah kepada Ad. “Tanyalah.” suruh Max.
“Err… macam mana
eh aku nak tanya kau ni. Kau masih tak nak berbaik dengan adik kau si Fasyin tu
ke? Kesian aku tengok dia tu. Kau seorang je kakak yang dia ada. Dah takde
orang lain. Kau tempat dia mengadu. Bahu kau tu tempat dia menangis. Aku tahu,
kau still sayangkan dia. Lagipun, tu
adik kau. Darah daging kau sendiri. Bukan orang lain dah. Cuma ego kau je
yang melangit. Tak nak maafkan dia. Aku
yang bukan darah daging kau ni, kau maafkan. Takkan adik kau sendiri pun, kau
tak nak maafkan?” ujar Ad panjang.
Keluhan berat
dikeluh. ‘Otoutosan, gomen nasai.’
Ujarnya di dalam hati.
Max memandang Ad
dengan pandangan yang sukar difahami. Ad menelan liur. “Salah ke apa yang aku
cakap tadi? Aku rasa betul je.” Gumam Ad.
Ad hanya menggumam
tetapi dapat didengari oleh Max. “Betullah apa yang kau cakap tadi tu. Tak
salah langsung. Aku yang salah. Aku yang ego. Tak boleh nak maafkan adik
sendiri. Aku kakak yang teruk. Kakak yang bertanggung jawab. Yang selalu
menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.” Ujar Max sayu.
Wajahnya menunduk. Memang dia yang bersalah dalam hal ni. Terus menghukum
Fakhriy tanpa usul periksa.
Ad berasa menyesal
kerana menanyakan soalan itu kepada Max. “Max, aku minta maaf sebab tanya
soalan yang tak patut aku tanya. Tapi aku buat semua ni untuk kebaikan kau
jugak. Seteruk mana pun perangai adik kau tu, he still your younger brother.” Beritahu Ad.
Max mengangguk.
“Ya, walau apapun yang terjadi, dia tetap adik aku. Air dicincang takkan putus,
kan?”
“So now, kau dah maafkan dia?” soal Ad
teragak-agak.
Max hanya
mengangguk. Dia adik aku. Darah daging aku. Sakit dia, sakit aku. Masalah dia,
masalah aku. Sedih dia, sedih aku. Dia gembira, aku pun turut gembira. Kenapa?
Kerana kami adik-beradik. Saudara kembar.
AD menghirup udara
segar di sebuah taman. Syukurlah, orang di sini menjaga kebersihan alam
sekitar. Inilah contoh manusia yang bertanggung jawab.
Matanya melingas
melihat sekeliling. Ada sebuah keluarga yang sedang berjalan-jalan mengelilingi
taman ini bersama-sama. Ciri-ciri keluarga yang bahagia.
Kanak-kanak sedang
bermain sesama mereka diselangi dengan gelak tawa. Sangat comel! Ad sangat
merindui zamannya ketika masih kecil. Bermain-main bersama Alex, Fakhriy, Max
dan Risya. Namun itu semua hanya kenangan lalu. Kenangan yang tidak dapat
dilupakan.
Ad melihat
sepasang kekasih sedang duduk di atas sebuah bangku sambil bergurau senda. Ad
tergamam melihat orang yang sangat dia sayangi sedang bermesraan dengan
perempuan lain. Lelaki itu lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya beberapa
tahun yang lalu. Insan yang sangat dia cintai, bermain kayu tiga.
Apa salah dia?
Tidak cukupkah kemewahan yang diberikan olehnya kepada Adam? Dia sanggup beri
apa sahaja untuk Adam. Wang, rumah dan kereta telah diberikan kepada Adam. Apa
yang tidak cukup lagi? Apa?!
Dia sanggup
dimarahi oleh papa dan mamanya semata-mata untuk memberikan kemewahan kepada Adam.
Ini yang dia dapat? Bukan kebahagiaan yang dia dapat malah penderitaan!
Patutlah semasa dia mengajak Adam ke majlis di university tempoh hari, dia
menolak. Katanya neneknya yang sakit. Tetapi semua itu hanyalah dusta. Adam
penipu besar!
Dulu, dia ditinggalkan
oleh Adam. Dan kini, dia yang harus meninggalkan Adam. Inilah dipanggil hukum
karma. Aku tahu, Adam tidak akan menyesal jika aku meninggalkannya. Aku pasti.
Dengan wajah
tenang yang dibuat-buat, dia mendekati sepasang kekasih itu. “Hai, Adam.”
Sapanya mesra. Dia tidak ingin dipandang lemah.
Terkejut bukan
kepalang Adam apabila Ad menyapanya. Pecah tembelang! Perempuan di sebelah Adam
memandang Ad dengan pandangan yang jelik.
“Err… Alya. Apa
awak buat kat sini?” soal Adam tergagap-gagap.
“Seronok duduk kat
sini? Lepak dengan perempuan yang bukan mahram awak? Siapa saya dalam diri
awak? Sanggup awak buat saya macam ni. Apa salah saya awak? Apa?! Kalau awak
bencikan saya, kenapa awak terima saya kembali dalam hidup awak? Saya ni macam
orang bodoh awak tahu tak? Mencintai awak bagai nak gila, tapi ni balasan awak
untuk saya? Saya setia, awak pulak yang curang. Mana janji-janji awak dulu?
Takkan tinggalkan saya lagi. Akan berada di sisi saya semasa saya sedih. Mana?”
Mata Ad berkaca-kaca. Bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh.
“Hey, perempuan. You ni siapa? Tiba-tiba je cakap macam tu kat boyfriend I.” marah
perempuan yang berada di sebelah Adam tadi.
Adam mati akal.
“Alya… dengar penjelasan saya dulu. Ni bukan apa yang awak sangkakan.” Adam
cuba untuk menegakkan benang yang basah.
Ad tersenyum
sinis. “Bukan apa yang saya sangkakan? Awak ingat saya ni bodoh sangat ke? Dah
terang-terang yang awak main kayu tiga. Tang mana lagi yang bukan saya
sangkakan? Kalau awak dah tak sukakan saya, cakap je. Saya boleh lepaskan awak
tapi bukan ni caranya awak! Mana Adam yang saya kenal dulu? Adam dulu dengan
Adam sekarang memang berbeza. Goodbye
Adam. Saya tahu, awak memang tidak inginkan saya lagi. Terima kasih atas
segala-galanya. Terima kasih kerana menggembirakan saya walaupun sekejap.
Maafkan kerana mengganggu kamu berdua. Saya pergi dulu.” Ad mengulum senyuman
sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.
Tiba-tiba hujan turun dengan
lebatnya. Orang yang berada di taman ini berlari-lari mencari tempat untuk
berteduh. Begitu juga dengan Adam dan perempuan tadi tetapi tidak buat Ad.
Hujan seakan-akan memahami gelora hati Ad. Ad menangis semahunya di dalam
hujan. Sekali lagi dia menggunakan kata-kata ini, I love walking in the rain because no one knows I’m crying. Puisi
yang pernah dia baca juga telah terjadi kepadanya.
On the rainy days you came and find me,
Torturing me through the night,
When the rain starts to stop,
You follow slowly, little by little, you will stop as well.
What can I do about something that already ended?
I’m just regretting after like a fool I am,
Rain always fall so it will repeat again,
When it stops as well.
ALEX mendekati Ad
yang kelihatan termenung. Bahu Ad disentuh lembut untuk menyedarkan Ad daripada
terus mengelamun. Punggungnya dilabuhkan di atas bangku berdekatan dengan kolam
renang.
Lamunan Ad
berkecai. Dia mengulum senyuman kepada Alex.
“Ad, ada masalah
ke? Ceritalah kat abang.” Jika Ad dan Alex sahaja ada di situ, Alex akan
membahasakan dirinya abang.
Ad menggeleng
perlahan. “Takdelah bang. Ad mana ada masalah.” Ad menundukkan wajahnya. Dia
tidak ingin Alex melihat wajahnya yang mendung itu.
“Ad jangan tipu
abang. Abang kenal adik abang. Dia takkan jadi macam ni kalau takde masalah.
Ceritalah Ad, mungkin abang boleh tolong.” Alex sedaya upaya memujuk Ad supaya
menceritakan masalahnya kepada dia.
Wajah Alex
ditenung lama. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh jua. Menangis
mungkin tidak akan menyelesaikan masalah tetapi menangis dapat menenangkan
kita.
“Hey, what’s wrong? Abang ada buat salah
ke?” soal Alex prihatin. Dia sangat menyayangi Ad. Sesiapa yang berani
menyakiti Ad, orang itu sedang menempah bala, mungkin maut.
Ad
menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak, abang mana ada buat salah dengan Ad.”
Bibirnya mengoyak senyuman hambar.
“Kalau abang takde
buat salah, kenapa Ad nangis? Cakap siapa yang berani buat Ad nangis.” Wajah
Alex bertukar menjadi serius. Jarang sekali untuk melihat wajah ceria Alex
menjadi serius.
Ad hanya
mendiamkan diri. Tiada hati untuk menceritakan hal yang sebenar.
“Ad…”
“Abang, Ad
mengantuklah. Ad masuk dulu, nak tidur. Good
night. Assalamualaikum.” Lebih baik dia berlalu dari situ sebelum Alex
menanyakan soalan yang bukan-bukan.
Alex menjawab
salam Ad di dalam hati.
Kesian Ad kan ? Jahatkan Adam nie ! Ish siap lah kau Adam.. nanti aku smackdown kau cukup2 ! .. Huh
ReplyDeleteapepun.. Terbaik weh ! gerek sehh
Smackdown ? Hahaha ! Jgn jgn . Kesian dia . Knp xbunuh je ? :)
ReplyDelete