MAX ingatkan Alex
tanya siapa lelaki dalam telefon bimbitnya dua hari lepas, nak selesaikan masalah
tu sendiri. Ni Alex angkut dia sekali. Ah, sangat menyeksa jiwa ini. Orang nak buat
kerja pun tak boleh. Terpaksa ambik
cuti semata-mata nak balas dendam kat si Adam tu. Apa dia ingat company tu company bapak dia punya ke? Dahlah baru sebulan aku kerja kat sana.
Kalau company bapak aku, takpelah
jugak. Ni company orang lain. Aku
kerja sebagai kerani je kat sana, tak lebih dari tu. Bos besar pun aku tak
pernah jumpa lagi.
Aku bukannya tak
nak kerja di syarikat chichi aku,
biarlah aku kerja dengan orang lain dulu sebelum aku kerja kat syarikat
sendiri. Timba ilmulah katakan. Max bermonolog di dalam hati.
“Max… kau kenal
tak pompuan yang duduk sebelah Adam
tu?” soal Alex.
Perempuan yang
disebut oleh Alex dilihatnya. “Tu? Manalah aku kenal. Jumpa pun tak pernah, nak
kenal pulak. Memang taklah!” beritahu Max sebal.
“Janganlah marah
sebab aku heret kau sekali ke sini.” Alex buat muka kesian. Raih simpati.
Max mencebik. “Otak
kau jangan marah. Aku punya keje
berlambak lagi kat atas meja tu. Siapa yang nak bereskan? Kau? Tak kan?” ujar
Max sinis.
“Dah ada company sendiri, nak jugak kerja dengan company orang lain.” Balas Alex tiada
perasaan.
Ketika ini Max
merasakan dia ingin membelasah Alex sehingga tiada kudrat. Baru puas hatinya.
Namun, dia tidak sampai hati untuk berbuat sedemikian rupa kerana Alex itu
kawannya. Walaupun perasaan marah dia terhadap Alex masih ada lagi, tetapi dia
tidak akan buat begitu. Kenapa? Kerana Alex kawannya.
“Weh… weh… dia dah nak kuar tu. Jom ikut.” Beritahu Alex
apabila melihat Adam keluar dari restoran yang diintai dari tadi.
Max berdecit. “Kau
gi ar sorang-sorang, aku tak nak.”
“TU la kau, aku
dah cakap jangan buat jangan buat. Kau buat jugak. Kang tak pasal-pasal aku terjebak sekali dalam pergaduhan ni.” Beritahu
Max geram.
Ah! Stressnya aku. Kalau kau tu bukan kawan
aku, aku takkan tolong kau. Dua lawan sepuluh tak termasuk Adam. Mana aci! Adam
bawak geng. Adam sebenarnya sudah
perasan yang ada orang mengikutinya sejak pagi tadi. Penyiasatan yang tidak
menjadi.
Belakang Max dan
Alex bersentuhan apabila konco-konco Adam mendekati mereka. Bersedia untuk
memukul Max dan Alex menggunakan kayu besbol. Tak aci guna barang! Jerit hati
Max.
Max memegang kayu besbol apabila orang suruhan
Adam ingin memukulnya. Kayu besbol itu dirampas. Taklah hebat sangat. Lembik je
aku tengok. Dengan sekali tarik, kayu besbol ni ada kat tangan aku. Senang kerja
aku.
Apabila melihat
Max sedang leka, salah seorang daripada orang suruhan Adam menumbuk mukanya.
Max berang. Orang suruhan Adam dipukul dengan menggunak kayu besbol yang
dirampas sebentar tadi. Dia memandang Alex sekilas. Alex bertumbuk dengan beberapa
orang suruhan Adam.
Satu persatu orang
suruhan Adam tewas ditangan Max. Sekali tumbuk, dah pecah bibir. Max menumbuk
bawah perut mereka dengan menggunakan lengan. Mereka jatuh lalu terbatuk-batuk.
Mereka tidak berdaya lagi untuk melawan Max.
Max tersenyum
sinis. Lembik rupanya lawan aku ni. Max menyapu tangannya yang berhabuk.
Pipinya yang ditumbuk tadi dipegang sebentar. Done! Lima lawan satu. Alex dipandangnya. Langsung tidak terlintas
dihatinya untuk menolong lelaki itu. Padan muka! Siapa suruh curah minyak atas
api? Tanggung ar sendiri.
“Max… tolonglah
aku.” Jerit Alex. Dia dah tak sanggup untuk berlawan lagi. Letih. Bagi Alex,
lima lawan satu sungguh tidak adil.
Max hanya melihat
Alex dibelasah oleh orang suruhan Adam. Apabila melihat Alex betul-betul tidak
terdaya untuk melawan lawannya, barulah Max membantunya untuk menewaskan lawan.
Seperti orang suruhan Adam yang ditewaskan olehnya sebentar tadi, dia juga buat
begitu kepada lawan Alex. Tidak sampai lima minit, lima orang orang suruhan
Adam bergelimpangan kerana kesakitan yang tidak dapat ditahan.
“Adam, kali ni aku
lepaskan kau.” Ucap Alex keras sambil berusaha untuk bangun apabila dibantu
oleh Max.
“BERLAGAK betullah
kau ni budak. Ada hati lagi cakap ‘Adam,
kali ni aku lepaskan kau.’ Eh, kau jangan mimpi yang aku akan tolong aku lagi.
Kau tengok pipi aku ni, sakit tahu tak?” Pipinya yang sakit ditunjukkan kepada
Alex.
“He he he! Sorry… Kau okey lagi, kena tumbuk kat pipi je. Aku… kena tumbuk kat
pipi, perut. Senak perut aku, pipi aku
sakit, bibir aku pecah. Lagi sadis.” Beritahu Alex dengan nadanya yang kesian.
“Padan muka kau. Sape suruh buat hal?” soal Max marah.
Stereng kereta dibelokkan ke kanan.
“Eh, kenapa kau
belok kanan? Bukan ke rumah kita kat kiri?” Soalan dibalas dengan soalan kerana
pelik.
“Eh, suka hati
akulah nak belok kiri ke kanan. Apa kau ingat aku ni siapa? Pembantu kau? Driver kau yang harus dengar apa yang
kau cakap? Dahlah aku yang kena drive.
Cam sial je!” bidas Max lancang.
“Kaukan kawan
lelaki aku. Kalau kau kawan perempuan aku, aku takkan buat kau macam ni. Aku
akan layan kau elok je, macam aku layan Risya dengan Ad. Kau, aku layan macam
Fasyinlah sebab kau lelaki.” Ujar Alex selamba.
Pantang Max
apabila jantinanya dibicarakan. Kereta yang dipandunya diberhentikan di tepi
jalan secara mengejut. Dia keluar dari kereta itu.
“Kau drive sendiri.” Beritahu Max lalu
berlari dari situ.
Alex meraup
mukanya ke belakang. Bergurau salah timinglah!
Max pun satu, mana sikap sporting dia
tu? Sape yang ambik?
MAX duduk memeluk
lutut di dalam hujan di bawah pokok yang besar. Dia tiada hati untuk balik ke
rumah. Dia sedih. Kenapa orang selalu mempertikaikan jantinanya? Bukannya dia
ingin menjadi seperti ini.
Gurauan kau
keterlaluan, Alex.
Max menangis di
bawah pokok itu. Dia selalu dengar Ad cakap, I love to walk in rain because no one knows that I am crying. Dia
juga jadi seperti itu.
Tiba-tiba dia
merasakan seseorang telah memayungi. Max memandang orang itu.
“Ojou… naze nai teru no (kenapa kamu
menangis)?” soal Michael sayu. Tanpa
Max sedari, Michael mencintainya. Michael sedaya upaya menarik perhatian Max
tetapi Max langsung tidak memandangnya. Mungkin kerana darjat dia dan Max
berlainan. Dia dan Max bagaikan langit dengan bumi.
“Apa salah aku
Michael? Kenapa semua orang selalu mempertikaikan jantina aku? Aku tak nak jadi
macam ni. Aku terpaksa!” bentak Max.
Michael duduk di
sebelah Max. Bahu majikannya dipegang. “Ojou…
look at me.” Suruh Michael.
Max akur. Wajah
Michael dipandangnya. “Kalau seseorang tu nak berkawan dengan ojou, dia takkan tengok dari segi
luaran. Diaorang akan tengok ni.” Michael melekapkan tangan kanan di dada
bidangnya. “Diaorang tak boleh judge
kita sesuka hati je. Kenapa? Sebab diaorang tak tahu hati budi kita.” Beritahu Michael
sebagai kata-kata perangsang kepada Max.
“Aku pun manusia
jugak. Punya hati, punya perasaan. Bila diaorang judge aku sesuka hati, sabar aku berada di tahap kritikal. So, what should I do?” soal Max seperti
budak kecil. Dia sudah kehilangan kata-kata untuk memberi kata-kata perangsang
kepada diri sendiri.
“What should you do? Kita tak perlu buat
apa-apa. Kita diam je. Jangan hiraukan mereka yang berusaha jatuhkanmu. Kerana
mereka akan kalah dengan sendirinya ketika melihatmu masih tegak berdiri.
Mereka takkan ganggu hidup kita lagi dah.” Michael mengulas senyuman manis
untuk meyakinkan Max.
“Tapi kalau
diaorang still nak ganggu hidup aku?
Apa aku perlu buat?” Dia memandang wajah Michael dengan penuh berharap agar
Michael menjawab soalannya.
“Let me know. I’ll finish him or her.” Beritahu
Michael dalam nada yang serius.
Max ketawa
mendengar kata-kata Michael. Akan kerjakan orang tu? Buat lawak? Aku boleh
selesaikannya sendiri. Kata hati Max.
Michael menyentuh
pipi Max yang merah kerana ditumbuk. “Siapa yang buat ni?”
Mata Max dan
Michael bertembung. Michael segera melarikan matanya lalu melihat ke tempat
lain. Jantung Michael bekerja lebih masa. Berdegup kencang. Ah! Aku dengan ojou tidak setaraf. Seperti langit
dengan bumi. Berbeza. Aku hanya pekerja dia dan dia majikan aku. Tapi… apakan
daya perasaan cinta ini datang dengan sendiri. Ojou, aishiteru.
No comments:
Post a Comment