Followers

Wednesday 24 October 2012

On Rainy Days - Bab 2





 SUASANA yang tenang tiba-tiba menjadi riuh apabila beberapa orang senior lalu di hadapan mereka. Para mahasiswa menjerit kegembiraan kerana dapat melihat pujaan hati. Mahasiswa-mahasiswa pula hanya berdiri tegak dan menunduk hormat apabila senior-senior itu lalu di hadapan sebagai tanda hormat.


   "Pelik betul aku dengan diaorang ni. Kenapa nak tunduk bagai bagai tanda hormat? Ni negara Malaysialah bukannya negara Jepun nak tunduk bagai. Kalau tunduk kepala je, okaylah jugak. Ni, sekali dengan badan. Pe kes?" beritahu Max. Suaranya jelas memberitahu yang dia tu tengah cemburu.

   Ad dan Risya menggeleng kepala mendengar kata-kata Max itu.

   "Max... kalau kau jealous, cakap jelah jealous. Tak payahlah nak kutuk orang." beritahu Ad.

   "Kalau kau nak sangat jadi macam diaorang tu, kau dedahkan jelah identiti kau sebagai anak Tan Sri. Senang! Bila... " kata Risya.

   "Bila diaorang dah tahu yang kau tu anak Tan Sri, secara automatik diaorang akan hormat kau. Ni tak, kau cakap ayah kau tu kerja driver. Mana diaorang nak hormat kau? Keji adalah!" Ad menyambung kata-kata Risya.

   Max merengus kasar. "Gila kau! Kalau aku cakap pekerjaan chichi aku yang sebenar, confirm diaorang datang kat aku dan bodek aku. Bukannya aku tak kenal dengan diaorang tu." cemuh Max.

   "Tau pun. Tapi bukan semua. But one day diaorang akan tau jugak pekerjaan chichi kau tu." ujar Ad.

   Max tersenyum sinis. "Eleh! Cakap kat orang, kauorang pun sama."

   Ad dan Risya tersengih hingga menampakkan barisan gigi yang putih bersih. Macam iklan ubat gigi Darlie pun ada.

   "Tak payah tunjuk sangatlah gigi kauorang tu. Dah boleh buat iklan ubat gigi. Jom gi kafe. Melantak sebelum masuk kelas." beritahu Max. Max... personalitinya sukar untuk diketahui. Seorang yang agak misteri bagi sesiapa yang tidak mengenalinya.

   Terus wajah Ad dan Risya cemberut. Max memang suka membidas orang dengan kata-katanya yang 'tajam' itu.



   "EMERIEZ, sorry I tak sengaja." Terketar-ketar mahasiswi itu meminta maaf. Airnya telah terjatuh di atas baju Emeriez kerana tidak dapat mengimbangi badannya daripada terjatuh.

   Emeriez sangat digeruni oleh para mahasiswa, mahasiswi, pensyarah dan juga kakitangan universiti ini. Tak lupa juga, ramai orang meminatinya. Almaklumlah, anak orang kaya. Bapak dia orang berpangkat Tan Sri. Bapak Emeriez ni, orang yang sangat terpengaruh di kolej ini. Tidak ada seorang pun termaksud dekan yang berani membuang Emeriez dari kolej ini kerana ayahnya.

   Emeriez nilah ramai orang yang tergila-gilakan dia. Yang sampai terbongkok menghormati dia.

   Emeriez tersenyum sinis. "Kau cakaplah senanglah. Baju aku yang kotor, bukan baju kau!" Mahasiswi itu dijerkah. Dia menanggalkan bajunya di khalayak ramai. Bajunya dicampakkan ke muka mahasiswi itu lalu terjatuh ke lantai. Badannya ditutupi dengan single berwarna hitam yang dipakai di dalam kemejanya. Lengannya yang berketul-ketul terserlah dari mata kasar. Peminat-peminatnya menjerit teruja apabila melihat Emeriez menanggalkan bajunya di hadapan mereka.'Seksi' habis!

   Dia mencengkam kolar baju mahasiswi itu. Kawan-kawan mahasiswi itu membiarkan kawannya dilakukan sedemikian. Jika ditegur, dia juga yang kena. Peminat-peminat lelaki itu hanya tersenyum sinis melihat pujaan hati mereka melakukan begitu kepada perempuan itu. Tangannya diangkat untuk menampar perempuan itu.

   Max yang melihat musuh tidak rasminya ingin menampar perempuan itu terus menegah. "Woo.. woo.. woo.. bro! Tak gentleman bhai tumbuk perempuan. Dayus!" beritahu Max. Sempat lagi memerli Emeriez.

   Emeriez melepaskan kolar baju perempuan itu. Max menyuruh perempuan itu cepat berlalu dari situ. Biar dia aje yang uruskan mamat perasaan bagus ni.

   "Kau siapa nak halang-halang aku?" Bahu Max ditolak kasar.

   Memang sah! Lelaki perasan bagus ni dalam kategori lelaki dayus. Tapi tak boleh nak salahkan dia jugak sebab Max berpakaian seperti lelaki.

   "Agak-agak ar bro. Takyah ar main kasar macam ni." Max menepis tangan Emeriez yang ingin menolak bahunya.

   "Kau pehal tak puas hati ngan aku? By the way, kau ni budak lelaki yang langgar aku masa tu, kan? Budak tahun 1?" 

   Max tidak menghiraukan pertanyaan Emeriez. "Aku cuma nak nasihatkan kau, jangan berkasar dengan perempuan. DAYUS! Kau pun tahu apa maksud dayus tu kan?" Perkataan 'dayus' itu sengaja ditekankan.

   Emeriez berang dengan kata-kata Max. Dia terus menumbuk pipi Max.

   Max mengelap pipinya yang berasa kebas. Bibirnya berdarah. Max tanpa menunggu lama terus menumbuk pipi Emeriez. Suasana kafe menjadi riuh-rendah apabila aksi bertumbuk itu berterusan.

   Ad dan Risya menyudahkan makan mereka dahulu sebelum menahan Max daripada beradu tenaga. Diaorang bukan hairan pun dengan Max tumbuk orang. Dah beratus orang lebam biji mata kena tumbuk dengan dia.

   Radzlan dan Andhika yakni kawan kepada Emeriez terus memegang lengannya dengan kejap supaya Emeriez terus berhenti bertumbuk. Emeriez meronta ingin dilepaskan. Dia tidak puas lagi bertumbuk dengan Max. Kali pertama dia bertemu lawan yang sebegitu ampuh. Tumbukkannya sungguh berbisa. Lawannya itu hanya mengelak daripada terkena tumbukannya. Melawan jika perlu. Dia sahaja yang bersungguh untuk menumbuk Max.

   "Siapa kau sebenarnya?" tanya Emeriez terketar-ketar kerana bibirnya pecah. Dia sangat malu kerana tewas di tangan budak Tahun 1.

   "Aku student dari Kelas Perniagaan. Student Tahun 1. Tak puas lagi nak bertumbuk dengan aku? Cari aku di kelas tu." ucap Max bersahaja. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

   Peminat-peminat Emeriez memberi laluan kepada Max untuk beredar dari situ. Mulut mereka ternganga melihat kejadian itu. Sungguh tragis!

   Radzlan dan Andhika hanya menahan gelak daripada terhambur apabila melihat 'orang kuat' tersungkur ditumbuk oleh student Tahun 1. Memang Radzlan dan Andhika tabik giler dengan 'lelaki' itu sebab boleh menumpaskan Emeriez yang terkenal dengan pandai berlawan. Confirm populariti Emeriez menurun kerana kalah.



   "DAH puas bertumbuk?" soal Risya kepada Max.

   Max tersenyum sinis. "Dia bukan lawan akulah. Kalau dengan pompuan bolehlah berlagak kuat. Ni Max la..." Riak sungguh Max berkata-kata.

    “Bertumbuk pun bertumbuk jugak. Jangan disebabkan perbuatan kau, identiti yang kau simpan tu bocor. Orang macam tu bukannya reti berdiam diri. Confirm dia upah orang untuk jatuhkan kau.” Beritahu Ad.

   Max… walaupun perbuatannya agak kasar tetapi pemikirannya sangat matang daripada Ad dan Risya.

   Max mengangguk. “Don’t worry. Aku hanya nak sedarkan dia je, aku takkan buat dia macam tu kalau dia tak buli orang. Dah lama aku nak sedarkan dia tapi tak berkesempatan. Alang-alang dia nak buli orang, baik aku tumbuk dia.”

   Ad dan Risya mengangguk faham.

   Mereka berjalan menuju ke kelas. Masa yang diambil untuk ke sana, mengambil masa lebih kurang lima minit. Tu kalau Max, Ad dan Risya kalau orang lain, lagi lama.



   PINTU kelas diketuk oleh seseorang.

   “Sorry ganggu prof. Dekan panggil Max. Dia kata ada hal.”

   Semua orang memandang Max dengan renungan yang tertanya-tanya. Ada juga orang yang berbisik-bisik. Dua orang sahabat baik Max iaitu Ad dan Risya tidak memberikan sebarang reaksi. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

   “Max… awak ada buat perkara yang tak betul ke sampai dekan panggil awak?” soal Prof. Zul atau Zulqarnain.

   Max membuat muka toya. Dia menjongket bahu.

   “Gambatte, Max! Ada apa-apa roger kat kitaorang.”

   Max membalas dengan mengangkat ibu jari.

   Prof. Zul menggeleng melihat gelagat tiga orang pelajarnya ini. Macam-macam! Muka Max selamba habis. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Bukannya dia tidak tahu yang Max ada buat kesalahan.



   “MARSHA MAISARAH.”

   “Ya saya. Ada masalah ke dengan nama saya? By the way, don’t call me Marsha Maisarah but Max.” ujar Max bersahaja.

   Terkejut Emeriez apabila mendengar nama student Tahun 1 itu. Lawan aku perempuan? Biar betul?! Namanya seperti wanita Melayu terakhir tapi hakikatnya ialah sebaliknya. Arghh! Tak… aku tak percaya. Aku kalah dengan perempuan. Aku tak boleh terima kenyataan.

   “Awak tahu tak peraturan kolej ni?” Max mengangguk. “Kalau dah tahu, kenapa awak masih lagi melanggarnya?”

   Max tersenyum sinis mendengar persoalan itu. “Wahai dekanku yang bijak lagi handsome, kalau dia boleh kenapa saya tak boleh?” Telunjuknya di tunjukkan ke muka Emeriez.

   Soalan Max membuatkan Encik Fakhrul iaitu dekan university ini terkedu. Dia merangka ayat untuk membalas soalan Max itu. Takkanlah dia nak jawab, ‘Emeriez ni anak Tan Sri.’ Berat sebelah tu namanya. Lagipun Max ni pun bukan calang-calang orang jugak. Cuma dirahsiakan sahaja.

   “Sebab aku orang kaya. Kau tu apa yang ada? Orang kebanyakan. Takde duit, maruah yang digadaikan.” Mudah sahaja Emeriez menjawa soalan Max itu.

   Max menahan sabar. “Sungguh cabul mulutmu itu wahai ORANG KAYA. Kau cakap elok-elok sikit ye. Kan aku sumbat kau ke dalam wad ICU baru tahu.” Keras Max membalas kata-kata Emeriez. Perkataan ‘orang kaya’ sengaja ditekankan. Memang kurang ajar betul orang kaya yang ada depan aku ni. Monolog Max di dalam hati.

   “Berani ke?” Emeriez sengaja menduga.

   Max tersenyum sinis. “Kalau aku tak berani, taklah kau pakai spec hitam tu.” Perli Max.

   Emeriez menggigit bibir. Di sebalik kaca mata hitam ini, mata Emeriez jadi macam panda. Lebam. Semuanya sebab minah tomboy ni la.

   Sebelum pergaduhan ini berlarutan, Encik Fakhrul terus menegah Max dan Emeriez daripada terus bertekak. Pening kepalanya dibuat oleh dua orang ini. Tak pernah-pernah lagi ada kes macam ni. Hari ni je baru terjadi. Student-student kat sini semuanya menikus apabila berada di hadapannya. Lain pula dengan Max dan Emeriez ni. Siap bertekak lagi. Kalau pelajar-pelajar lain, nak bercakap pun tak terkeluar suara, nikan pula nak bergaduh.

   “Dah… dah… Kalau saya dengar kamu berdua bergaduh lagi, saya takkan teragak-agak untuk membuang kalian dari universiti ini. Sebarang surat-menyurat takkan dilayan.” Encik Fakhrul memang memaksudkan kata-katanya. Dah keluar kuasa veto sebagai dekan universiti.

   Emeriez terkaku mendengar kata-kata dekan.

   Max tersenyum sinis. “Dekan tak takut kena pecat ke?” soalnya.

   “Saya buat kerja betul!” beritahu Encik Fakhrul. Bukannya dia tidak tahu, Max sedang memerlinya.

   “Bagus! So Emeriez, kau dah takde back-up. Kau dah tak boleh nak buli orang.”

   “Biadap! Watch your mouth, tomboy!”

   Max senyum mengejek.

   “Dah, sudah! Tak payah bergaduh lagi. Saya nak korang dan saling minta maaf dan berjanji takkan buat lagi.” Ujar Encik Fakhrul geram.

   “Apa? Minta maaf? Saya? No.. no.. no..!” Serentak Emeriez dan Max berkata-kata. Mereka berpandangan. “Kau pesal ikut cakap aku?” Serentak lagi.

   Dengan perasaan bengang, Max keluar dari pejabat dekan. Boleh giler aku kalau hari-hari macam ni.

   Di dalam pejabat dekan, Emeriez mengeluh. Dia termenung di atas sofa yang terdapat di situ. Tak bestlah hidup aku kalau tak buli orang.

   “Tolong tarik balik apa yang encik cakap tadi. Please…”

   “Takde takde!” Tegas Encik Fakhrul berkata-kata. Dia membiarkan Emeriez termenung memikirkan hari-hari yang bakal dia lalui.



   DUA bulan telah berlalu, semenjak kejadian Max dan Emeriez bertumbuk. Kehidupan Max biasa-biasa sahaja. Berbeza pula dengan Emeriez. Dia kelihatan murung sejak diberi amaran supaya tidak membuli para mahasiswa dan mahasiswi.

   “Emeriez, aku tengok kau ni makin hari makin monyok. Macam orang hilang bini pun ada.” Radzlan berseloroh. Ingin menceriakan suasana. Selorohnya disambut dengan ketawa milik Andhika.

   “Takkan kau tak tahu, Radz? Dia jadi macam ni sebab hobi membulinya terpaksa di’hapus’kan. Kalau tak, dekan akan buang dia dari uni.” Beritahu Andhika. Menganjing Emeriez.

   “Kau biar betul, Andy?” soal Radzlan tidak percaya.

   “Betul la, buat apa aku tipu kau?”

   Radzlan dan Andhika ketawa jahat. Memerli Emeriez.

   “Diamlah kauorang! Bukannya nak meringankan bebab aku ni. Makin kusutkan ada la. Bengang betul aku dengan kauorang ni. Nama aje kawan tapi langsung tak tolong aku.” Kedengaran seperti Emeriez merajuk. Tak padan dengan lelaki!

   Radzlan dan Andhika saling berpandangan lalu ketawa.

   “Weh! Ada orang merajuklah.”

   “Mana ada aku merajuk!” sanggah Emeriez kasar.

   Radzlan dan Andhika mencebik.

   “Kalau kau nak buli orang sangat, kau panggillah awek tomboy tu.” Andhika memberikan pendapat yang kurang bernas,

   “Kau sedar tak apa yang kau cakap tu? Kau suruh aku lawan dengan pompuan? Pleaselah… Aku tak nak jadi dayus, okey!” Emeriez memegang mulutnya. Sejak bila aku kisah dengan dayus ni? Soal Emeriez kepada diri sendiri.

   Radzlan dan Andhika tergelak sinis.

   “Selama ni kau buli perempuan, tak pulak kau fikir dayus ke tak. Tiba-tiba je hari ni kau cakap cam kau ni gentleman. Pe kes?” Radzlan sengaja mengapi-apikan Emeriez.

   “Ha’ahlah. Aku rasa bukan sebab tu… tapi sebab lain. Dia tak nak lawan dengan perempuan tu sebab dia tahu yang dia akan kalah. Mana nak letak muka kalau kalah ngan pompuan buat kali kedua?” bidas Andhika sinis.

   Emeriez mendengus kasar. “Tak payahlah kauorang nak perli-perli aku lagi. Tapikan… kauorang tak rasa pelik ke? Aku yang kuat ni boleh dengan dia. Tumbukan dia… perghh! Macam kena tumbuk banyak kali di tempat yang sama. Pedih! Perit!” Cerita Emeriez bersungguh-sungguh. Siap ada gaya lagi.

   “Ye ke? Tak tahu pulak aku sebab bukan aku yang kena tapi kau!” Andhika mengejek Emeriez.

   Radzlan mengusap dagunya yang licin. “Apa kat kita siasat siapa budak ‘lelaki’ tu?” Cadangnya.

   “Good idea!” Andhika memetik jari, bersetuju dengan cadangan Radzlan.

   “Takde masa aku. Baik upah orang je.” Bongkak Emeriez berkata-kata.

   “Upah spy mahal! Diaorang nak duit je, kerjanya hampeh.”

   Emeriez mengangguk setuju. “ Okey, aku setuju. Tapi dalam masa yang sama jugak, kita kena upah jugak spy. Kalau kita bertiga je, susah!”

   Andhika dan Radzlan bersetuju dengan pendapat Emeriez. Kadang-kadang otak Emeriez ni, ada jugak gunanya; Selalunya, otak beku!

2 comments: