Followers

Wednesday 17 October 2012

Sinopsis : On Rainy Days



   Bagi Dayana, hujan membawa bala. Kedua-dua ibu bapanya meninggalkannya buat selama-lamanya kerana terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kemalangan itu terjadi pada hari hujan.

   Marsha menyatakan bahawa hari hujan akan membuatkan dia tenang. Otak yang beku boleh menjadi cair. Dia sangat sukakan hujan. Bukankah hujan itu satu rahmat?

   Adriana akan menangis apabila hujan turun. Kenapa? Pada hari hujan, dia ditinggalkan oleh insan yang dia sayangi. Apabila hujan turun membasahi bumi, dia akan termenung mengenangkan akan kenangan pahit itu.



          'Aku kehilangan kedua ibu bapa pada hari hujan. Hujan? Bukankah itu satu rahmat? Tetapi kenapa ia mendatangkan bala kepadaku?' - Dayana

          'Hari hujan. Hujan selalu memberikan aku ilham untuk berkata-kata. Pada hari itu juga, aku tenang untuk membuat kerja. Pasti idea akan muncul pada hari hujan.' - Marsha

          'Aku ditinggalkan pada hari hujan. Aku suka menangis dalam hujan. Kenapa? Orang takkan nampak aku menangis dalam hujan.' - Adriana



   Masa terus berjalan sehinggalah mereka mengenal erti sebuah kehidupan. Adakah hujan masih lagi pembawa bala kepada Dayana? Membuatkan Adriana termenung mengenangkan memori lama? Adakah hari hujan akan selalu membawa ketenangan kepada Marsha?

2 comments:

  1. i'm waiting 4 this story....^_^

    ReplyDelete
  2. Hah ? Speechlessnya ,, ade org baca .
    Thanks sbb baca . ^^

    ReplyDelete