Followers

Tuesday 30 October 2012

On Rainy Days - Bab 5




   “SEKEJAPNYA masa berlalu. Lagi dua bulan kita jadi student Tahun 2. And the important is Andhika, Emeriez dan Ridzlan akan berambus dari sini.” Ujar Max. Dia menghela nafas lega. Lagi lama diaorang ada kat sini, selagi tulah aku rasa tak sedap hati.

   “Ha’ahkan? Mesti best kalau diaorang takde.” Beritahu Risya. Tiba-tiba dia rasa sayu. Dia merasakan baru semalam mummy dan daddy meninggalkannya. Risya rindukan mummy ngan daddy. Risya selalu doakan mummy ngan daddy agar tenang di dunia sana.

   “Ha’ah, memang best. Aman sikit dunia kalau diaorang takde.” Satu suara garau menyokong kata-kata Risya.

   Ad, Max dan Risya ketawa mendengar kata-kata. Tawa Ad berhenti. Dia pelik, suara yang membalas kata-kata Risya tadi? Takkanlah suara Max? Mustahil! Suara Max taklah segarau ni.

   “Siapa yang cakap tadi? Kau ke Max?” soal Ad kepada Max.

   Tawa Max dan Risya terhenti.

   “Bukan kau ke yang cakap tadi, Ad?” soal Max naif.

   Risya menyiku Max.

   “Pesal?” Dayana memuncungkan mulutnya untuk memberitahu sesuatu.

   Ad, Max dan Risya berasa seperti ada tulang ikan tersekat di kerongkong. Lantas, mereka tersenyum kambing, menutup malu.

   “Kitaorang tak habis exam lagi kauorang dah halau.” Kata Ridzlan seperti berjauh hati. Lantak kaulah nak berjauh hati ke tak, bukannya Max and the gang kisah pun.

   Max berdecit. Kalau aku sembang je, mesti diaorang kacau. Tak syok betullah! “Kau ni pehal? Tak boleh tengok orang senang sikit.” Marah Max.

   “Max, Risya, jom chow! Sesak nafaslah aku dok sini. Busuk! Ada sampah.” Kutuk Ad tanpa berselindung. Max dah ceritakan segala-galanya tentang tujuan mereka ingin berbaik dengan kitaorang. Mereka buat semua tu sebab nak korek rahsia siapa sebenarnya kami bertiga. Bak kata Max, baka!

   “Amboi, kasarnya bahasa.” Balas Andhika.

   Ad mencebik. “Blahlah kau. Menyemak je!”

   Ad, Max dan Risya merempuh badan ‘sampah-sampah’ yang menghalang perjalanan mereka.

   Andhika, Emeriez dan Ridzlan mengaduh. Nampak muka macam lembut je, tapi ternyata kasar. Jadi, don’t judge a book by the cover.



   KERETA ALPHARD dipandu laju oleh Ad. Dia suka pandu kereta laju-laju tapi bila accident tahu pulak menyesal. Janji tak nak buat lagi. Manusia, faham-faham jelah.

   “Ad, agak-agak ar. Slowlah sikit. Aku tak nak mati lagi. Kalau kau nak mati, kau mati sorang-sorang sudahlah. Tak payahlah ajak orang lain.” Risya menutup matanya. Takut!

   Max ketawa mendengar kata-kata Risya. Dia biasa sahaja. Dah terbiasa. “Ad, slowkan sikit kereta ni. Aku tak kisah kereta ni rosak, jangan muka kau rosak sebab cium stereng.” Max menasihati Ad. Kesian melihat Risya yang berada dalam ketakutan.

   Apabila mendengar kata-kata Max, Ad memperlahankan pemanduannya. Dia menghormati ojou yang digeruni ramai ahli gangster.

   Risya menghela nafas lega. Sesak nafas aku dibuat Ad. Sebab tu aku tak kasi Ad drive. Kalau tak… paham-paham jelah.

   “Hari ni, hari last kau drive kereta kalau aku jadi passenger. Aku tak nak dah bagi kau drive. Aku dah serik!” Risya menjadi gerun apabila mengingati had kelajuan yang dipandu oleh Ad.

   “Kenapa pulak?” soal Ad tak puas hati.

   “Lemah jantung aku bila kau drive. Macam pelesit!”

   Sebelum keadaan menjadi lebih genting, Max terus menegah.

   “Dah dah! Lagi lama kauorang bertekak, lagi cepat kita dapat bala. Fokus semasa memandu. Tadi beria-ia nak jemput ‘buah hati pengarang jantung pisang’ kau tu.” Sahut Max.

   “Betul jugak! Ni semua sebab Risya. Dia yang cari pasal dengan aku dulu.”

   “Dia yang salah, kita pulak yang dipersalahkan. Teruk betul!”

   “Stop… stop it! Aku tembak jugak kauorang ni.” Ugut Max dengan mimik muka yang serius.

   Sekelip mata sahaja, Ad dan Risya berhenti bertekak. Ojou dah marahlah. Lebih baik diam kalau tak nak kena tembak.

   Max mengulas senyuman. Tahu pun takut!



   “YO, bro! How are you?” Ad bertanya khabar kepada ‘buah hati’nya. Mereka berpelukan seperti lelaki. Muka nampak feminin, nama pun sama. Tapi perangai… faham-faham jelah ye.

   “Amboih! Cantiknya bahasa. Apa, Ad ingat ni negara orang putih ke? Tegur orang yoyo? Lu ingat wa ni yoyo ke?” soal ‘buah hati’ Ad.

   “Lawa ingatkan lu dah tak pandai cakap Bahasa Melayu. Maklumlah, dah lama tinggal kat negera omputeh.” Balas Max sebagai wakil Ad.

   “Wa… Miss Gangster ada la. Ingatkan dah tak sudi jemput kita ni.” Gurau Haikal.

   Max mencebik. “Tak payah buat muka mintak terajang macam tu. Aku dah lama tak belasah orang ni. Kalau tak silap, last aku belasah orang… err... bila eh? Tak ingat pulak aku. Lupakan.” Kata-kata Max mengundang tawa oleh Ad dan Risya.

   Giliran Haikal pula yang mencebik. “Mentang-mentanglah kita ni tak pandai nak pertahankan diri, dia nak belasah kita. Tak sukalah macam ni.” Suaranya seperti berjauh hati.

   Risya ketawa mengejek. “Jantina je lelaki tapi lembik!” kutuk Risya.

   “Blah ar kau! Riak je lebih.”

   Ad, Max dan Risya ketawa mendengar omelan daripada Haikal itu.



   HAIKAL atau nama penuhnya Alexander Haikal. Kacukan Melayu-Inggeris. Masa sekolah dulu orang panggil dia, perpustakaan bergerak. Dia selalu dibuli sebab dia budak nerd atau lebih dikenali sebagai budak skema. Nak pertahankan diri, tak pandai. Orang suruh belajar, tak nak. Dia cakap, takpe… Ad kan ada.

   Tapi masalahnya sekarang, Ad hanya boleh back-up dia sampai sekolah rendah je. Sekolah menengah dah tak boleh sebab Haikal bersekolah kat sekolah berasrama penuh. Budak pandailah katakan. Maka, selalulah dia dibuli, diperas ugut. Orang dah suruh belajar ilmu mempertahankan diri, tak nak. Degil! Natijahnya, dia selalu kena buli.

   Haikal tua tiga tahun daripada Ad, Max dan Risya. Haikal ialah saudara susu Ad sebab tu diaorang rapat. Ibu Haikal menyerahkan Haikal kepada keluarga Risya atas sebab-sebab yang tertentu. Masa tu, Haikal berusia dua bulan. Lagipun mama dan papa Risya berasa kesunyian kerana tiada cahaya mata sehinggalah Ad dilahirkan ke dunia, tiga tahun kemudian.

   Max tidak suka penampilan Haikal. Baju kemeja berlengan pendek berkotak-kotak. Butang dibutangkan hingga ke leher. Seluar slack warna hitam hingga ke atas pusat. Rambut pulak dibelah tengah. Erghh, memang nerd giler. Sangat terpesong dengan penampilan dia yang stylo.

   Di sebalik kekeskemaannya, Haikal mempunyai seraut wajah yang tampan. Mempunyai sepasang mata yang berwarna biru laut telah terlindung dengan kaca mata berbingkai besar. Yang memang sesuai dipakai oleh orang sepertinya.



   Max ingin menukar penampilan Haikal supaya lebih up-to-date. Penampilan sekarang ini Nampak lurus bendul. Tak stylo walaupun pakaiannya itu mahal. Dia mahu Haikal menjadi lelaki sejati. Dia jugak yang jadi lelaki tiruan. Hu hu hu !

   “Haikal, aku tak sukalah penampilan kau sekarang ni. Dari dulu, sampai sekarang tak pernah berubah. Up-to-datelah sikit wei. Aku nak ubah penampilan kau, boleh tak?” soal Max penuh berharap. Kita kena tanya tuan badan dulu, tak boleh main aci redah je.

   Terkebil-kebil mata Haikal mendengar permintaan Max itu. Ramai juga orang yang mengkritik cara pemakaiannya tetapi langsung tidak diendahkan. Dia ingin menukar penampilannya tetapi tak tahu macam mana nak mula dulu. Alang-alang orang dah tanya, baik on je.

   “Kau biar betul, Max? Kau nak ubah penampilan, Haikal a.k.a abang aku ni?” soal Ad seakan tidak percaya. Selama ini Max tidak pun mengkritik penampilan Haikal.

   Max mengangguk.

   “Aku setuju dengan Max. Cakap ‘ya’ je, Haikal. Semua kos Max akan tanggung. Aku berani jamin!” Cakap macam dia je yang tanggung.

   “Aku on je kalau semua kos Max yang tanggung.” Mata nakal Haikal mengenyit mata kepada Max.

   Max menjelir lidah. “Eh eh, budak nerd ni. Banyak songeh pulak dah. Yelah-yelah aku yang tanggung tapi tak semua. Tak gentleman langsung kau ni.” Bebel Max.

   “Bukan kau tu lelaki ke? Buat apa aku nak gentleman dengan kau? Geli aku!” Haikal sengaja mengapi-apikan Max. Haikal kalau dengan Ad, Max dan Risya bolehlah nak sindir-sindir, kalau dengan orang lain… haram!

   “Biadap!”

   “Nak bukti? Tengok dada kau tu, rata!” Haikal ketawa jahat. Disambut oleh tawa Ad dan Risya.

   Max menahan marah. Asap dah keluar dari telinganya. “Tak senonoh betul kau ni. Tak padan dengan nerd! Aku wresting jugak kau ni.” Muka Max merah menahan marah. “Mulut kau tu langsung takde insurans. Aku ganyang mulut kau dengan lesung batu baru tahu. Biar mulut cabul kau tu rosak. Baru nak menyesal!” Max memberi amaran.

   Tertelan air liur Haikal mendengar amaran daripada Max. Man ni bukannya boleh dibawa berbincang. Kalau dia cakap A, maka A la. Takde dah B. Dengan mukanya yang menyeringai, memang menakutkan!

   Ad dan Risya ketawa bagai nak rak melihat muka Haikal yang cuak itu. Padan muka!



   DUA bulan berlalu. Ini bermakna Ad, Max dan Risya sudah menjadi student Tahun 2. Pada masa yang sama jugak Andhika, Emeriez dan Ridzlan dah berambus dari universti tu. Yahoo!!

   Kini, Max dan Haikal atau nama barunya Alex sedang berbual-bual di sebuah restoran sementara menunggu makanan sampai. Maxlah yang tukar nama tu. Dia cakap baru style panggil Alex. Sesuai dengan gaya Haikal sekarang ini.

   “Eh, Max. Tak sangka jumpa kau kat sini. Kau buat apa kat sini?” Emeriez terasa ingin menepuk dahi kerana soalan bodoh itu jugak yang ditanya. Dah terang tang-tang ni restoran, mestilah orang datang sini nak minum atau makan atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Erk? Apa yang aku tengah melalut ni. Adoii!

   Max mengangkat muka untuk melihat gerangan yang menegurnya. “Aku tengah snorkeling. Tak nampak?” soal Max malas. Dah ni restoran mestilah nak makan, nak minum. Apa punya soalan da?

   Haikal senyum mengejek. Dia kenal lelaki yang berada di hadapannya ini. Lelaki yang berlagak macho dan kuat. Pembuli terbesar di sekolah semasa di sekolah berasrama penuh suatu ketika dahulu. Mungkin Emeriez sudah tidak mengenalinya kerana penampilannya yang sangat berbeza dari dahulu.

   Emeriez tersengih menutup malu. “Boleh aku join?” Dengan tak malunya dia duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Max.

   “Kau ni memang tak malukan?” soal Max tanpa berlapik. Buat apa nak berlapik dengan mamat perasan bagus ni. Buang karan je.

   Emeriez buat muka selamba. Dia membuat pesanan selepas memanggil pelayan restoran. Matanya teralih pada seraut wajah di hadapannya. Dia berasa dia seperti pernah melihat wajah itu. Tetapi dia tidak ingat. Pedulikan semua tu.

   “I’m Emeriez.” Emeriez memperkenalkan dirinya kepada Haikal.

   “Alex.”

   Mereka bersalaman. Haikal memegang tangan Emeriez kuat. Emeriez menahan kesakitan yang sedang dialaminya. Dia memaniskan roman muka supaya tidak diketahui oleh Max perasaan sakit yang dialaminya sekarang ini. Kalau Max tahu pun, ada Max kisah?

   Max berasa seperti ada aura hitam disaat Haikal memperkenalkan dirinya. Wajah Haikal dipandangnya. Dia melihat Haikal melihat Emeriez seperti mahu menelannya hidup-hidup. Pandangan maut! Kali pertama tengok muka Haikal macam tu. Ada sejarahkan antara Haikal dengan Emeriez? Apakah sejarah itu? Max ingin tahu.

  

1 comment:

  1. Dh follow blog akak yng baru ni. Cun! Haha. Guna template apa?

    ReplyDelete