AD
mempercepatkan langkahnya apabila melihat seorang nenek yang cacat penglihatan
ingin melintas jalan. Tiba-tiba rasa rindu kepada neneknya menggamit di dalam
dirinya. Ah... neneknya sudah lama meninggal dunia. Sejak umurnya 16 tahun
iaitu dua tahun yang lalu.
Ad berasa sangat sedih kerana dia tidak dapat melihat
wajah neneknya buat kali terakhir. Semoga roh nenek dicucuri rahmat. Ucap Ad
dalam hati.
Dia memimpin tangan nenek itu untuk menyeberangi
jalan raya. "Nenek nak pergi mana?" soal Ad lembut. Alangkah baiknya
jikalau neneknya masih hidup di atas muka bumi ALLAH ini tapi aku boleh tumpang
kasih dengan nenek Risya. Nenek Max pun boleh jugak.
"Nenek nak balik ke rumah cu..." beritahu
nenek itu. Dia mengukir senyuman ikhlas.
"Rumah nenek mana? Macam mana nenek datang ke
bandar?" Pelik jugak dia, macam mana seorang yang cacat penglihatan boleh
ke bandar berseorang diri. Kalau pekak atau bisu, taklah hairan sangat sebab
mereka ada mata, boleh tengok jalan.
Ad nampak muka nenek tu berubah menjadi muram. Dia
menjadi serba salah akan soalannya.
"Rumah nenek kat mana? Jom saya hantarkan."
Ad benar-benar ingin membantu. Dia tengok pakaian wanita tua ini agak
compang-camping.
"Takpelah, cu. Cu tolong pimpin tangan nenek
lintas jalan pun dah cukup."
Ad menggeleng walaupun dia tahu nenek itu tidak dapat
melihat dia menggeleng. "Tak boleh, nek. Bahaya! Jangan risau, saya bukan
orang jahat. Alamat rumah nenek apa?" soal Ad. Dia mengeluarkan telefon
bimbitnya untuk menulis alamat wanita tua ini.
Nenek itu memberi alamat rumahnya kepada Ad. Dia
tidak meragui kebaikan Ad.
AD terlopong melihat rumah nenek ini. Kesiannya...
Aku harus bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang agak mewah.
Serba-serbi cukup. Lengkap!
"Nenek, nenek tinggal dengan siapa kat rumah ni,
nek?" soal Ad pelik.
"Cucu." jawab nenek pendek.
Cucu? Tapi mana cucu dia? "Cucu nenek kat mana
sekarang?" Entah kenapa hatinya tiba-tiba menjadi berdebar-debar.
"Nek! Nenek ke mana tadi? Puas Adam cari."
Suaranya kedengaran risau di pendengaran Ad.
Nenek tu senyum. "Ke bandar." jawabnya
pendek.
Terbuntang mata lelaki yang bernama Adam itu
mendengar jawapan neneknya. Pergi ke bandar? Bukankah neneknya itu seorang yang
buta? Macam mana dia boleh pergi ke bandar.
"Nenek pergi dengan siapa?"
Nenek itu hanya mendiamkan diri.
Adam mendengus kerana neneknya tidak menjawab
soalannya. Oh, baru dia ingat. Masa dia balik ke rumah nenek, dia ada nampak
sebuah kereta mewah. Mewah sangat ke? Bolehlah sebab dia tak mampu nak beli
kereta tu.
"Excuse me! Awak ni cucu nenek ni
ke?" tanya Ad. Jantungnya berdegup kencang tiba-tiba.
Adam pandang muka yang menegurnya sebentar tadi.
"Ya, saya. Boleh saya tahu siapa awak?" soal Adam tertanya-tanya.
"Nama saya Alya. Saya yang hantarkan nenek awak
balik tadi. Saya pulang dulu. Assalamualaikum." Dia segera memasuki ke
dalam keretanya.
Adam hanya menjawab salam Alya di dalam hati.
BATU yang berada berdekatan dengannya dilempar ke
dalam tasik. Wajah Ad muram. Hatinya sedang merintih.
Ad melempar lagi batu ke dalam tasik. Tiba-tiba dia
merasakan air menitik di atas telapak tangannya. Ad melihat awan menjadi
mendung. Hujan akan turun sebentar lagi.
Orang yang berada di tasik itu, terkocoh-kocoh
mencari tempat berteduh. Lain pula dengan Ad. Dia menanti hujan turun membasahi
bumi. Hujan lebat mula mencurah-curah. Pakaiannya basah kuyup.
Air matanya bergenang sedikit demi sedikit sehingga
menjadi lebat selebat hujan yang sedang turun ini. I love walking in the rain, because
no one knows I'm crying. Tu slogannya.
On rainy day, he left me. Without say goodbye. Why
he leave me when I need him? He
already promised me that he never leave me. He lie me. How dare you do this to
me. I hate you!
Ad menjerit di dalam hujan. "Arghh! Aku
benci kau." Air matanya turun laju. Tiada sesiapa pun yang menyedari dia
sedang menangis sekarang ini. Tiada orang lain selain dia yang berada di tasik
ini.
"Cik Muda. Jom balik nanti Cik Muda sakit."
pujuk pemandunyanya.
Ad menggeleng. "Jangan ganggu saya. Tinggalkan
saya!" beritahu Ad lantang.
"Cik Muda. Janganlah macam ni. Jom ikut pak cik
balik." pujuk pemandunya lagi.
"Pak cik, saya cakap saya tak nak. Tinggalkan
saya seorang diri di sini. Kenapa tak faham-faham lagi ni?" marah
Ad.
"Maafkan pak cik, Cik Muda." Dia terpaksa
meninggalkan anak majikannya seorang diri di sini.
Ad menjerit lagi. Dia tertekan dengan masalah yang
dialaminya sekarang.
RISYA pandang Max meminta kepastian. Max angkat bahu,
tak tahu. Alex pula buat tak tahu. Dia pelik akan perubahan drastik Ad. Jarang
sekali untuk Ad menjadi begini. Yang berada di hadapannya kini, Ad yang tidak
pernah dia kenali. Ad yang dikenalinya yang bersikap happy-go-lucky tiba-tiba
menjadi muram.
"Ad, kau pergi mana semalam?" soal Max
untuk memecahkan kesunyian antara mereka bertiga.
"Pergi ke bandar. Jalan-jalan." ujar Ad
perlahan.
Max dan Risya mengangkat kening. "Kalau
jalan-jalan sepatutnya gembira bukannya monyok macam ni." balas Risya
serius.
Tiada jawapan yang terluah dari mulut Ad.
"Ad, kau ada masalah ke? Cer citer kat kitaorang. Mana tahu kalau
kitaorang boleh tolong." ujar Max lembut. Memujuk. Alex dan Risya
mengangguk setuju.
Ad menggeleng dan mengukir senyuman. "Takde
apa-apalah. Hari ni plan nak
pergi mana?" soal Ad.
Max mengeluh. Tidak mengapa jika Ad tidak ingin
bercerita kepadanya. Itu hak Ad. Dia tidak boleh memaksa.
"Times Square, nak?" Alex memberi
cadangan.
Ad, Max dan Risya mengangguk setuju. Dah lama tak
pergi ke sana. Hu hu hu!
No comments:
Post a Comment