Followers

Monday 17 December 2012

On Rainy Days - Bab 16




   HUBUNGAN antara Ad dengan Max menjadi seperti sedia kala. Tiada lagi bermasam muka. Keadaan sudah menjadi seperti dulu. Inilah hikmahnya jika Max merendahkan egonya yang tinggi melangit itu.

   Akan tetapi, hubungan Max dengan Fakhriy masih lagi seperti dulu. Jika chichi dan haha mengadakan makan bersama keluarga, mereka akan bertemu. Jikalau tidak, haram! Memang taklah. Musuhlah katakan!

   “Max...” panggil Ad meleret.

   Max mengangkat mukanya, memandang Ad. Dia mengangkat kening, sebagai tanda menyoal.

   Ad menggaru kepala yang tidak ditutupi dengan tudung. Kini, mereka berdua berada di dalam bilik Max. Tidak perlu menutup aurat kerana tiada lelaki. “Kalau aku tanya, kau jangan marah eh?” soal Ad berhati-hati. Bimbang jika Max akan memarahinya.

   Max meletakkan komiknya di sisi. Kini, tumpuannya terarah kepada Ad. “Tanyalah.” suruh Max.

   “Err… macam mana eh aku nak tanya kau ni. Kau masih tak nak berbaik dengan adik kau si Fasyin tu ke? Kesian aku tengok dia tu. Kau seorang je kakak yang dia ada. Dah takde orang lain. Kau tempat dia mengadu. Bahu kau tu tempat dia menangis. Aku tahu, kau still sayangkan dia. Lagipun, tu adik kau. Darah daging kau sendiri. Bukan orang lain dah. Cuma ego kau je yang  melangit. Tak nak maafkan dia. Aku yang bukan darah daging kau ni, kau maafkan. Takkan adik kau sendiri pun, kau tak nak maafkan?” ujar Ad panjang.

   Keluhan berat dikeluh. ‘Otoutosan, gomen nasai.’ Ujarnya di dalam hati.

   Max memandang Ad dengan pandangan yang sukar difahami. Ad menelan liur. “Salah ke apa yang aku cakap tadi? Aku rasa betul je.” Gumam Ad.

   Ad hanya menggumam tetapi dapat didengari oleh Max. “Betullah apa yang kau cakap tadi tu. Tak salah langsung. Aku yang salah. Aku yang ego. Tak boleh nak maafkan adik sendiri. Aku kakak yang teruk. Kakak yang bertanggung jawab. Yang selalu menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.” Ujar Max sayu. Wajahnya menunduk. Memang dia yang bersalah dalam hal ni. Terus menghukum Fakhriy tanpa usul periksa.

   Ad berasa menyesal kerana menanyakan soalan itu kepada Max. “Max, aku minta maaf sebab tanya soalan yang tak patut aku tanya. Tapi aku buat semua ni untuk kebaikan kau jugak. Seteruk mana pun perangai adik kau tu, he still your younger brother.” Beritahu Ad.

   Max mengangguk. “Ya, walau apapun yang terjadi, dia tetap adik aku. Air dicincang takkan putus, kan?”

   “So now, kau dah maafkan dia?” soal Ad teragak-agak.

   Max hanya mengangguk. Dia adik aku. Darah daging aku. Sakit dia, sakit aku. Masalah dia, masalah aku. Sedih dia, sedih aku. Dia gembira, aku pun turut gembira. Kenapa? Kerana kami adik-beradik. Saudara kembar.



   AD menghirup udara segar di sebuah taman. Syukurlah, orang di sini menjaga kebersihan alam sekitar. Inilah contoh manusia yang bertanggung jawab.

   Matanya melingas melihat sekeliling. Ada sebuah keluarga yang sedang berjalan-jalan mengelilingi taman ini bersama-sama. Ciri-ciri keluarga yang bahagia.

   Kanak-kanak sedang bermain sesama mereka diselangi dengan gelak tawa. Sangat comel! Ad sangat merindui zamannya ketika masih kecil. Bermain-main bersama Alex, Fakhriy, Max dan Risya. Namun itu semua hanya kenangan lalu. Kenangan yang tidak dapat dilupakan.

   Ad melihat sepasang kekasih sedang duduk di atas sebuah bangku sambil bergurau senda. Ad tergamam melihat orang yang sangat dia sayangi sedang bermesraan dengan perempuan lain. Lelaki itu lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya beberapa tahun yang lalu. Insan yang sangat dia cintai, bermain kayu tiga.

   Apa salah dia? Tidak cukupkah kemewahan yang diberikan olehnya kepada Adam? Dia sanggup beri apa sahaja untuk Adam. Wang, rumah dan kereta telah diberikan kepada Adam. Apa yang tidak cukup lagi? Apa?!

   Dia sanggup dimarahi oleh papa dan mamanya semata-mata untuk memberikan kemewahan kepada Adam. Ini yang dia dapat? Bukan kebahagiaan yang dia dapat malah penderitaan! Patutlah semasa dia mengajak Adam ke majlis di university tempoh hari, dia menolak. Katanya neneknya yang sakit. Tetapi semua itu hanyalah dusta. Adam penipu besar!

   Dulu, dia ditinggalkan oleh Adam. Dan kini, dia yang harus meninggalkan Adam. Inilah dipanggil hukum karma. Aku tahu, Adam tidak akan menyesal jika aku meninggalkannya. Aku pasti.

   Dengan wajah tenang yang dibuat-buat, dia mendekati sepasang kekasih itu. “Hai, Adam.” Sapanya mesra. Dia tidak ingin dipandang lemah.

   Terkejut bukan kepalang Adam apabila Ad menyapanya. Pecah tembelang! Perempuan di sebelah Adam memandang Ad dengan pandangan yang jelik.

   “Err… Alya. Apa awak buat kat sini?” soal Adam tergagap-gagap.

   “Seronok duduk kat sini? Lepak dengan perempuan yang bukan mahram awak? Siapa saya dalam diri awak? Sanggup awak buat saya macam ni. Apa salah saya awak? Apa?! Kalau awak bencikan saya, kenapa awak terima saya kembali dalam hidup awak? Saya ni macam orang bodoh awak tahu tak? Mencintai awak bagai nak gila, tapi ni balasan awak untuk saya? Saya setia, awak pulak yang curang. Mana janji-janji awak dulu? Takkan tinggalkan saya lagi. Akan berada di sisi saya semasa saya sedih. Mana?” Mata Ad berkaca-kaca. Bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh.

   “Hey, perempuan. You ni siapa? Tiba-tiba je cakap macam tu kat boyfriend I.” marah perempuan yang berada di sebelah Adam tadi.

   Adam mati akal. “Alya… dengar penjelasan saya dulu. Ni bukan apa yang awak sangkakan.” Adam cuba untuk menegakkan benang yang basah.

   Ad tersenyum sinis. “Bukan apa yang saya sangkakan? Awak ingat saya ni bodoh sangat ke? Dah terang-terang yang awak main kayu tiga. Tang mana lagi yang bukan saya sangkakan? Kalau awak dah tak sukakan saya, cakap je. Saya boleh lepaskan awak tapi bukan ni caranya awak! Mana Adam yang saya kenal dulu? Adam dulu dengan Adam sekarang memang berbeza. Goodbye Adam. Saya tahu, awak memang tidak inginkan saya lagi. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menggembirakan saya walaupun sekejap. Maafkan kerana mengganggu kamu berdua. Saya pergi dulu.” Ad mengulum senyuman sebelum pergi meninggalkan mereka berdua.

   Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Orang yang berada di taman ini berlari-lari mencari tempat untuk berteduh. Begitu juga dengan Adam dan perempuan tadi tetapi tidak buat Ad. Hujan seakan-akan memahami gelora hati Ad. Ad menangis semahunya di dalam hujan. Sekali lagi dia menggunakan kata-kata ini, I love walking in the rain because no one knows I’m crying. Puisi yang pernah dia baca juga telah terjadi kepadanya.


On the rainy days you came and find me,
Torturing me through the night,
When the rain starts to stop,
You follow slowly, little by little, you will stop as well.


What can I do about something that already ended?
I’m just regretting after like a fool I am,
Rain always fall so it will repeat again,
When it stops as well.



   ALEX mendekati Ad yang kelihatan termenung. Bahu Ad disentuh lembut untuk menyedarkan Ad daripada terus mengelamun. Punggungnya dilabuhkan di atas bangku berdekatan dengan kolam renang.

   Lamunan Ad berkecai. Dia mengulum senyuman kepada Alex.

   “Ad, ada masalah ke? Ceritalah kat abang.” Jika Ad dan Alex sahaja ada di situ, Alex akan membahasakan dirinya abang.

   Ad menggeleng perlahan. “Takdelah bang. Ad mana ada masalah.” Ad menundukkan wajahnya. Dia tidak ingin Alex melihat wajahnya yang mendung itu.

   “Ad jangan tipu abang. Abang kenal adik abang. Dia takkan jadi macam ni kalau takde masalah. Ceritalah Ad, mungkin abang boleh tolong.” Alex sedaya upaya memujuk Ad supaya menceritakan masalahnya kepada dia.

   Wajah Alex ditenung lama. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh jua. Menangis mungkin tidak akan menyelesaikan masalah tetapi menangis dapat menenangkan kita.

   “Hey, what’s wrong? Abang ada buat salah ke?” soal Alex prihatin. Dia sangat menyayangi Ad. Sesiapa yang berani menyakiti Ad, orang itu sedang menempah bala, mungkin maut.

   Ad menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak, abang mana ada buat salah dengan Ad.” Bibirnya mengoyak senyuman hambar.

   “Kalau abang takde buat salah, kenapa Ad nangis? Cakap siapa yang berani buat Ad nangis.” Wajah Alex bertukar menjadi serius. Jarang sekali untuk melihat wajah ceria Alex menjadi serius.

   Ad hanya mendiamkan diri. Tiada hati untuk menceritakan hal yang sebenar.

   “Ad…”

   “Abang, Ad mengantuklah. Ad masuk dulu, nak tidur. Good night. Assalamualaikum.” Lebih baik dia berlalu dari situ sebelum Alex menanyakan soalan yang bukan-bukan.

   Alex menjawab salam Ad di dalam hati.


2 comments:

  1. Kesian Ad kan ? Jahatkan Adam nie ! Ish siap lah kau Adam.. nanti aku smackdown kau cukup2 ! .. Huh
    apepun.. Terbaik weh ! gerek sehh

    ReplyDelete
  2. Smackdown ? Hahaha ! Jgn jgn . Kesian dia . Knp xbunuh je ? :)

    ReplyDelete