Followers

Saturday 10 November 2012

On Rainy Days - Bab 11




   "SO, bila kita akan mulakan misi nombor dua?" soal Dania kepada seorang lelaki.

   Lelaki itu mengukir senyuman sinis. "Sabarlah sikit. Ni S la. Sikit masa lagi kita akan mulakan misi tu. Kau jangan bimbang, aku pasti mereka akan sengsara." ucapnya dengan  penuh rasa dendam.

   "Ingat! Kali ni you kena buat kerja betul-betul. I tak nak plan kedua kita hancur. Kalau plan kedua kita kali ini gagal, akan pastikan nyawa you melayang." ugut Dania kepada lelaki yang bernama S itu.

   S mencebik. "Kau berani ke nak buat macam tu? Nak bunuh lipas pun teragak-agak. Nikan pula nak bunuh manusia. Lupakan jelah hasrat kau tu." Sinis S berkata-kata. Dia terus meninggalkan Danis bersendirian di situ. Dia harus pergi dengan segera.

   Dania mendengus. "S, mungkin aku tak boleh bunuh kau tapi aku boleh upah orang untuk bunuh kau. Aku akan pastikan kau ikut telunjuk aku. Fakhriy, kau akan mampus! Aku akan buat kau menyesal sebab sia-siakan aku. Sebab kaulah mak ayah aku mati. Aku akan pastikan kau melutut dan mencium kaki aku." Dania ketawa dengan lantangnya. Kalau pontianak dengar, pasti dia sendiri pun akan letak jawatan sebab ada orang yang power lagi daripadanya.



   RIDZLAN membuang pandang ke arah hadapan sambil memandang bangunan-bangunan pencakar langit yang terdapat di sekelilingi bangunan yang didudukinya ketika ini. Fikirannya berserabut memikirkan kata-kata ibunya sebulan yang lalu. Ibu selalu mengerahnya untuk mencari isterinya.

   "Bu, Ridz muda lagilah. Baru 24 tahun.  Tolonglah bu, Ridz tak nak kawen lagi. Ibu, please faham perasaan Ridz ni. Ibu selalu lebihkan along. Kalau ibu nak sangat bermenantukan Damia tu, ibu suruhlah along yang kahwin. Umur along tu dah nak dekat 30 tahun. Ridz tak bersedia lagilah bu." Ridzlan mengeluh. Ah, ibu memang selalu lebihkan alongnya. Ibu tak pernah faham perasaan aku!

   "Ibu bukannya apa, along kamu tu dah ada calon yang tersendiri. Girlfriends kamu bukannya boleh pakai. Pakaian terdedah sana sini. Sakit mata ibu tengok. Bukannya reti nak tutup aurat." cemuh ibunya.

   Ridzlan ketawa sinis. "Apa bu? Girlfriends Ridz tak boleh pakai? Tak tutup aurat? Bu, bukaklah mata tu sikit. Ibu ingat Damia tu alim sangat ke? Depan ibu pijak semut pun tak mati. Tutup aurat, berlagak alim. Belakang ibu, semuanya nak dibukaknya. Pakaian terdedah sana sini, samalah macam girlfriends Ridzl yang ibu kutuk tu. Ibu, ibu ingat Ridz tak tahu ke, ibu suruh Ridz kahwin dengan dia sebab ibu nak tutup aib betina tu kan?!" 

   Pang!

   "Ridzlan! Ibu tak ajar kamu kurang ajar dengan orang tua. Penat lelah ibu jaga kamu setelah ayah kamu tinggalkan ibu, ni yang ibu dapat? Apa yang Ridz nak, semuanya ibu bagi. Ilmu agama ibu dah ajarkan. Ibu dah letihlah layan sikap kamu ni Ridzlan. Ibu dah penat! Ibu suruh ibu kahwin dengan dia sebab ibu nak buat yang terbaik untuk kamu." Air mata ibunya menitis.

   Ridzlan memegang pipinya yang terasa pijar. Ah, ibu tak tahu. Ibu pasti telah di'buta'kan oleh kata-kata Damia. Damia berlagak baik di depan ibu. Berlagak tutup aurat tetapi di belakang, hanya ALLAH yang tahu. Damia kaki jantan. Kaki botol! 

   "Bu, maafkan Ridz. Ibu, halalkan makan minum Ridz bu. Ridz janji bu, Ridz akan pastikan ibu menyesal sebab menyuruh Ridz kahwin dengan Damia tu. Ridz akan balik selepas Ridz dapat bukti yang mengatakan Damia itu jahat. Ridz yakin yang Damia nak buat Ridz jadi pak sanggup. Bu, Ridz pergi dulu. Assalamualaikum." Dia mencapai tangan ibunya lalu dikucup. Bu, maafkan Ridz sebab dah lukakan hati ibu.

   Ridzlan tersedar ke alam yang nyata apabila mendengar telefon bimbitnya berdering. Along. Dia tidak menjawab panggilan itu lalu dimatikan telefon bimbitnya itu. Briefcase di atas sofa diambil. 'Tak boleh buat kerja langsung aku ni. Buat penat je aku datang sini.' Kata Ridzlan di dalam hati.

   "Batalkan semua appointment-appointment yang ada minggu ni. I ambik cuti. You bagi jelah apa-apa alasan pun. Cakap I ambik cuti pun takpe. Dalam masa seminggu ni, I tak nak you telefon I semata-mata nak cakap pasal kerja. Kalau you call jugak, dengan segala hormatnya you boleh blah dari sini." Ridzlan terus berlalu selepas berkata sesuatu kepada pembantu peribadinya.



   "FASY, aku nak pinjam Risy kejap. Bukan lama pun, kejap aje. About two or three days or maybe a week. Can I?" Alah, Max tak minta pun Fakhriy akan bagi. Fakhriy kan takut kat Max. Tapi tak bolehlah, Risya pun dah jadi isteri Fakhriy. Kalau nak 'culik' Risya, kena minta izin dengan Fakhriy dulu. Kalau tak, dosa!

   Fakhriy tertelan liur mendengar permintaan Max itu. Kalau sehari atau dua hari, okeylah. Ni sampai seminggu, tak ke demam aku? Oh, Risya. I can't live without you. I can't sing without you. I can't live, I can't sing, I can't do anything! Eh, apa yang aku melalut ni? I can't live without you, Dayana Batrisya.  I'm sorry Sarah, I can't!

   Max memandang Fakhriy pelik. Apalah yang difikirkan tu? Kalau boleh, cakaplah boleh. Kalau tak boleh, cakaplah tak boleh. Buat apa nak fikir panjang-panjang?

   "Boleh ke tak ni?" soal Max.

   Fakhriy tersengih kambing sambil memandang ke arah Max.

   Max mencebik. Max memahami makna yang tersirat di sebalik sengihan itu. Eleh, kedekut! Orang pinjam je kot. Bukannya nak bawak lari si Risya ni sampai ke Siam atau ke Lombok.

   "Anata wa ore ga nani o imi  suru no ka, rikai dekimasu ka (Kau fahamkan apa maksud aku)?" soal Fakhriy. Memang tak boleh dinafikan, dia berasa dia tidak boleh hidup tanpa Risya di sisi. Bak kata Faizal Tahir dalam lagu Mahakarya Cinta, Kau bagaikan udara, Yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia. Tanpamu ku lemah, Pasti aku tak berdaya, Kerna kau Mahakarya Cinta. Hu hu hu!

   "Hai haiWatashi wa rikai shite imasu (ya ya! aku faham). Kedekut! Sehari pun tak boleh ke?" Max sudah buat muka kesian. Ni tak boleh tahan ni, Fakhriy kalau tengok muka kesian Max mesti mengalah terus. Maklumlahkan, Max je satu-satunya adik beradik yang dia ada.

   "Daijōbu, bakkini (okey, baiklah)! Shikashi, wazuka ichi-nichi (tapi, sehari sahaja)." Fakhriy bersetuju dengan Max. Kalau lebih daripada sehari, tahulah dia nak buat apa. Bertumbuklah jawabnya. Tapi, mesti kalah dia. Dia tak pandai sangat nak bertumbuk ni sebab dia selalu menghabiskan masanya dengan belajar, belajar dan belajar. Lain pula dengan Max. Max akan menghabiskan masanya dengan berlatih, berlatih dan berlatih.

   "Watashi wa yakusoku shimasu (aku janji). Jangan risau. Percayalah kat aku. Ni Max lah, takkan jadi manusia yang munafik. Sayang kau!" Tanpa segan silu, Max mencium pipi Fakhriy di hadapan Risya, Ad dan Alex. Mereka bertiga menahan tawa melihat gelagat Max itu.


   "Apa ni, Sarah. Cukuplah! Malulah orang tengok. Nanti orang cakap aku ni gay pulak." Fakhriy menolak muka Max. Merah padam mukanya menahan malu.


   "Persetankan apa yang orang nak cakap. Bukannya mereka tahu pun! Lagipun tak berdosa pun sebab kau adik aku. Ngok betullah kau ni." Dahi Fakhriy ditunjalnya.


   Fakhriy menggosok dahinya. "Sakitlah!" Giliran Fakhriy pula yang menunjal dahi Max. Max sempat mengelak. Sempat lagi dia menjelir lidah kepada Fakhriy. Perangai langsung tak berubah.



   "PAPA, S janji pa. S akan balas dendam balik kat dia apa yang dia buat kat keluarga kita suatu masa dahulu. Pa, S akan buat dia terseksa. Tak dapat mak dengan bapak dia, dapat dia pun jadilah. Tu  pun boleh buat hati S lega." S meraup rambutnya ke belakang.

   "Pa, kalau papa tak sakit, mesti dah lama perkara ni dah settlekan? Mesti papa jadi macam ni sebab diorangkan? Betul tak apa yang S cakapkan S ni, pa? S yakin yang papa akan sembuh. S akan cari penawarnya walau di pelosok di dunia sekalipun." S mengelap air mata papanya yang jatuh ke pipi. S melihat papanya menggeleng. "Papa, pegang janji S ni ye? S akan buat dia rasa apa yang kita rasa sekarang ni." S berkata-kata seperti orang gila.

   S melihat papanya yang seperti mayat hidup. Tidak boleh bergerak. Lumpuh sepenuh badan. Dia sedih melihat papanya begitu dan dia mengesyaki bahawa mak bapak Risyalah penyebab ayahnya menjadi begini.

   "S pergi dulu, pa. S akan bunuh perempuan tu. Biar perempuan tu ikut mak dengan bapak dia ke neraka!" S ketawa jahat. "Jaga papa aku ni baik-baik. Kalau papa aku jatuh, aku akan pastikan kauorang dah tak dapat tengok dunia lagi. Ingat tu!" Dia terus berlalu dari situ.

   Lelaki-lelaki yang diupah oleh S tertelan liur apabila mendengar ugutannya. Lihat sahaja dua mayat di hadapannya. Dilumuri darah kerana tidak dapat membunuh perempuan yang bernama Risya itu. Majikannya sungguh kejam. Tanpa rasa belas kasihan, dia membunuh orang.

No comments:

Post a Comment