Followers

Thursday 8 November 2012

On Rainy Days - Bab 9



   MAJLIS akad nikah telah selesai dua jam yang lalu. Dengan sekali lafaz sahaja, Risya sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Fakhriy Fasyin. Pemusnah masa depannya. Dia terpaksa menerima kenyataan walaupun pahit untuk menelannya. Hanya saudara yang terdekat dijemput. Tidak ingin dihebohkan sehingga mereka berdua habis belajar.

   Air mata Risya menitis buat sekelian kalinya. Bukan air mata kegembiraan, tetapi air mata kesedihan. Sampai hati kau, Fasyin. Apa salah aku? Hati Risya merintih. 

   "Fasyin... kenapa Fasyin? Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?" Fakhriy hanya mendengar rintihan Risya, isterinya.

   "Maafkan aku, Risy. Aku, kau ialah mangsa keadaan. Aku berani bersumpah, aku tidak buat semua ni." Fakhriy mendekati Risya. Tangan isterinya digenggam erat. "Aku janji Risy, aku janji yang aku akan cari orang yang berani buat kita macam ni." Risya hanya membiarkan Fakhriy memegang tangannya.

   "Fasyin... jika dalam masa setahun ini aku masih tidak mengandung, aku nak kau lepaskan aku. Aku tahu kau masih ingin menjalani hidup seperti dulu." Risya memberhentikan bicaranya di situ.

   Fakhriy tidak memberikan sebarang reaksi. Dia tidak mahu melepaskan Risya. Dia sangat menyayangi Risya. Dia sangat mencintai Risya. Ya, dari dulu lagi dia menaruh perasaan ini kepada kawan baik saudara kembarnya. Maafkan aku, Risya. Aku tak boleh. Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya.

   Dia meninggalkan Risya bersendirian di dalam bilik tidurnya. Permintaan kau sangat berat untuk aku penuhi Risya. Keluhan berat dilepaskan.



   MAX memandang Fakhriy dari pintu utama. Dia berjalan menuju ke tempat Fakhriy sedang berada kini. Dia duduk di atas kerusi batu bertentangan dengan Fakhriy. "Anata wa ima manzoku  shite imasu ka (puas hati kau sekarang)? Anata wa watashi no kokoro o kowashita, Fasyin (kau hancurkan hati aku, Fasyin)." Lemah sahaja Max menyebut ayatnya yang terakhir itu.

   "Sarah, ore o shinrai shite kudasai (tolonglah percayakan aku)! Ore wa sore o yatte inai yo (aku tak buat semua ni)." Fakhriy masih tetap ingin menegakkan pendiriannya. "Aku tak kisah kalau orang tak percayakan aku tapi aku tak boleh terima kenyataan kalau kau tak percayakan aku." beritahu Fakhriy bersungguh-sungguh. Dia tidak kisah kalau haha dan chichi tidak mempercayai kata-katanya, tetapi dia akan ambil kisah kalau Max terus menerus membencinya.

   Max mengangguk. "Hai, watashi wa anata o shinji teru (Ya, aku percayakan kau). Alex dah beritahu segala-galanya kepada aku. Kau dah tak pergi ke tempat tu lagi kan?" Fakhriy mengangguk, mengiyakan kata-kata Max. "Kalau kau keluar rumah, kau selalu keluar dengan Alex kan?" Fakhriy mengangguk lagi. "Tapi masalahnya, siapa yang berani buat kau macam ni?" soal  Max. Siapa yang berani perangkap Fasyin dan Risya ini? Aku akan buat dia menderita. 

   "Fasyin, janji dengan aku ya?" soal Max penuh berharap. 

   Fakhriy mengangguk laju. "Anything for you, Sarah."

   Max mengukir senyuman kelat. "Janji dengan aku yang kau takkan sia-siakan, Risya. Jangan kau pernah sakiti dia. Jika tidak, lepaskan sahaja dia. Biarkan dia hidup bebas." Fakhriy mengangguk faham.

   "Aku janji, Sarah."



   "ALEX, betul ke Fasyin tak buat perbuatan terkutuk tu kat Risya?" soal Ad. Dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan Alex.

   Alex memandang wajah Ad yang mendung itu. Perhatiannya kepada kaca TV terbantut apabila mendengar soalan daripada Ad. Ah... kenapa semua orang masih tidak percaya apa yang dikatakan oleh Fakhriy itu? Aku ialah saksi yang Fakhriy tidak membuat perkara itu. Fakhriy selalu keluar dengan aku setelah Max memberi amaran kepadanya.

   "Ya. Kenapa? Kau tak percaya? Disebabkan perangainya sebelum ini liar, kau sudah tidak percayakan dia?" tebak Alex.

   Ad mengangguk.

   Alex memegang bahu Ad. "Ad kena percayakan Fasyin. Dia juga mangsa keadaan. Sama seperti Risya. Calling other stupids doesn't make you smart. Calling other ugly doesn't make you pretty. Judging somenone doesn't make you perfect. Kita tidak boleh menghukum dia selagi bukti yang sahih diketemui. Jika dia betul-betul bersalah, biarlah ALLAH sahaja yang membalasinya. DIA yang MAHA MENGETAHUI, lagi MAHA MELIHAT." Alex menasihati Ad. Dia tidak mahu Ad menghukum seseorang itu tanpa bukti yang kukuh.

   Ad beristighfar berulang kali di dalam hati. Maafkan aku, Ya ALLAH.

   "Kenapa ada manusia begitu di atas muka bumi ini?" Dia sangat mengasihani Risya. Lepas satu, satu dugaan yang menimpanya. Kau kena tabah, Risya.

   Alex mengangkat bahu. Dia menyambung menonton TV. Dia pun pelik, siapa yang iri hati membuat perkara itu kepada Fakhriy dan Risya.



   FAKHRIY menjaga Risya seperti menatang minyak yang penuh. Melayani sikap Risya yang kadang-kadang mengada-ngada. Tidak mengapa kerana dia sangat mencintai Risya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk melihat Risya gembira.

   Sikap mengambil berat Fakhriy sedikit sebanyak telah mencuit hatinya. Sikap itu membuatkan Risya terharu. Hatinya mula terbuka untuk lelaki yang bernama Muhammad Fakhriy Fasyin iaitu suaminya. Ah... kenapa perasaan ini harus muncul?

   Risya melihat sahaja Fakhriy membalut jarinya yang terkena pisau semasa dia sedang memotong sayur. Risya mendengar sahaja bebelan yang terluah dari mulut suaminya itu. Baru terhiris sikit, kalau putus jari tak ke menangis dia tu. Orang okey je, dia je yang lebih-lebih. Omel Risya di dalam hati.

   "Fasyin, awak tak penat ke?" soal Risya pelik.

   Fakhriy yang baru sahaja selesai menyimpan kotak first aid kit di dalam kabinet dapur, tercengang. "Penat, pesal pulak?"

   "Yelah, dari tadi lagi awak membebel. Tak penat ke mulut awak tu?" Kini, Risya berawak-saya dengan Fakhriy. Tiada lagi aku-kau.

   "Huh!" Orang risau kat dia, boleh pulak dia buat lawak yang tak kelakar tu.

   Risya tersengih. Dia merapatkan tapak tangannya, meminta maaf.

   Fakhriy tidak jadi memarahi Risya. "Simpanlah sayur-sayur tu. Pergi bersiap cepat, kita dinner kat luar." suruh Fakhriy. Kini mereka tinggal di rumah Risya. Nenek Risya pula telah pulang ke kampung walaupun sudah dihalang berulang kali.

   Risya mengupah orang gaji untuk mengemas rumah, membasuh kain. Dia boleh memasak sendiri. Tidak perlu menyusahkan orang lain.

   "Oitt, bersiaplah cepat." tegur Fakhriy apabila melihat Risya mengelamunan.

   Lamunan Risya berkecai. Dia menghadiahi senyuman nipis kepada Fakhriy. Fasyin, kenapa kau buat baik dengan aku? Jangan biarkan aku mencintai kau, Fasyin. Aku tak nak hati aku terluka lagi. Dia berlari anak semasa memanjat tangga.



   DANIA mengeluh kuat. Rancangan aku untuk menjatuhkan Fakhriy tidak berjaya. Dia ingin melihat Fakhriy menderita, bukannya gembira. Dia cemburu melihat pasangan sejoli di hadapannya sedang bergurau senda. Dia harus merencanakan rancangan lain untuk menghancurkan hidup Fakhriy.

   Dia hanya melihat Fakhriy yang sedang bergembira itu dengan hati yang terbakar. Dia benci melihat senyuman yang terukir dari bibir Fakhriy. Dia ingin melihat Fakhriy menangis.

   "Kau pasti menerima balasannya, Fakhriy." ujar Dania dengan penuh rasa dendam.


No comments:

Post a Comment