Followers

Sunday 11 November 2012

On Rainy Days - Bab 12



Kini mereka sudah berada di Tahun 4 (senior yang paling tua)

   "SILA tumpukan perhatian apabila saya mengajar di hadapan." Matanya dilirikkan kepada Ad.

   Semua orang yang berada di dalam kelas ini melihat Ad. Mereka akui sejak dua menjak ini, perwatakan Ad ini terlalu berbeza. Tiada lagi sikap happy-go-lucky di dalam hidupnya. Tiada lagi telatahnya yang membuatkan orang lain ketawa.

   Ad mengeluh.

   "Jangan campur adukkan masalah peribadi bila masa saya." ujar pensyarah itu lagi.

   "Saya minta maaf, prof." ucap Ad lemah diselangi dengan keluhan.



Di perkarangan rumah Ad...

   MAX dan Risya memandang Ad sehingga membuatkan Ad berasa tidak selesa. "Sorry babe, aku tak minat dengan perempuan. Aku ni normal." ujar Ad. Cuba berseloroh.

   Max dan Risya mendengus. "Kau tak payah nak sorok-sorokkan lagi. Kau ceritakan jelah apa masalah kau." gesa Risya. Dia tidak ingin fikiran sahabatnya kusut. Apa guna berkawan kalau tidak berkongsi masalah? Tak gitu?

   Ad diam. Enggan menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya kepada Max dan Risya.

   "Aku jumpa dia." Itu sahaja yang mampu diungkapkannya buat masa ini.

   Dahi Risya berkerut. "Dia? Siapa dia?"

   Max mengeluh. "Kenapa susah sangat kau nak lupakan dia? Dia masa lalu kau, kau tahu tak? Dia ada tegur kau?" Ad menggeleng. "Sudahlah Ad. Lupakanlah dia. Kau tak ingat ke apa yang dia buat kat kau? Aku bukannya nak halang kau daripada bercinta tapi percayalah kat aku yang kau akan jumpa yang lebih baik daripada dia. Lagipun kau dah 21 tahun sekarang. Hujung bulan nanti kita exam dan kita akan praktikal. Masa tu, kalau kau nak bercinta, bercintalah sepuas hati kau." nasihat Max.

   Risya terpinga-pinga. Apa ni? Ada hal yang aku tak tahu ke? Ala... tak acilah kalau macam ni.

   "Kau tak faham Max. Bukan kau yang rasa, tapi aku!" beritahu Ad. Suaranya agak tinggi. Marah!

   "Yes, memang bukan aku yang rasa tapi kau. Okay fine, kalau kau nak sangat kat jantan tu, kau pergi. Kau jangan menyesal, Ad. Jangan kau datang kat aku bila dia tinggalkan kau buat kali kedua. Ingat tu!" Max terus berlalu dari situ. Fikirannya berserabut. Kenapa mesti kau mencintai orang yang dah tinggalkan kau Ad? Kenapa? Rambutnya yang berjuntai di dahi, diraup ke belakang.

   Alex yang kebetulan ingin keluar, melihat pertengkaran kecil yang berlaku di antara Ad dan Max. Apa yang berlaku? Kenapa muka Max tegang? Kenapa Ad menangis?

   "Apa yang dah berlaku Risya?" soal Alex pelik.

   Risya mengangkat bahu. "Aku tak tahu. Tiba-tiba je diaorang gaduh."

   Alex menjongket bahu. "Bukan ke kau ada dari tadi dengan diaorang? Macam mana kau tak tahu asal-usul yang menyebabkan mereka bertengkar?" Pelik!

   "Aku tak tahu. Diaorang tak cakap secara detail macam mana aku nak faham?"

   Alex mengangguk faham. Dia berlalu dari situ untuk mengejar Max. Dia tahu ke mana Max akan pergi jika dia mempunyai masalah.



   "SAIKIN'NODE, ojou wa itsumo koko ni kuru (Sejak akhir-akhir ini, ojou selalu datang ke sini)." ujar salah seorang daripada orang suruhan Max.

   "Kore ga imi suru, kare wa mondai o kakaeta iru (Ini bermakna, dia mempunya masalah)." Rasa simpati menular di dalam hati mereka. Walaupun perwatakan ojounya itu agak kasar tetapi nalurinya tetap seorang wanita.

   Max menyembamkan wajahnya ke atas meja. Semakin hari semakin banyak masalah yang harus aku hadapi. Kenapa Ya ALLAH? Aku hanyalah seorang manusia biasa yang tidak berdaya untuk menghadapinya.

   Tanpa disedarinya, air matanya jatuh. Dia membiarkan air matanya membasahi pipi. Dia sedih mengenangkan sikap Ad yang semakin hari semakin degil. Sebab lelaki tu kau tak dengar nasihat aku Ad? Aku tahu untuk kau melupakan dia sangat sukar tapi percayalah, suatu hari nanti kau akan berterima kasih dengan aku.

   Dia menendang meja yang berada di hadapannya sehingga terbalik Dikerjakannya sehingga hancur. Hancur, seperti hatinya. Aku buat macam ni sebab aku nak kau gembira. Tapi apa yang aku dapat?

   Dia jatuh terjelepok di atas lantai. Air matanya turun lagi. Kelopak matanya ditutup.

   "Astaghfirullah Alazim. Apa yang kau buat ni Max? Bersepah. Meja ni dah patah riuk dikerjakan kau." Alex terus mendapatkan Max yang terbaring di atas lantai itu.

   Alex mendengar Max menangis teresak-esak. Max menangis? Kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Alex cuba membangunkan Max yang agak longlai itu.

   "Kenapa dengan kau ni, Max?" soal Alex cemas.

   Max tersenyum sedikit lalu dia menggeleng. "Kau buat apa kat sini Alex? Pergilah, aku tidak apa-apa. Aku okey." Dia menolak perlahan tubuh Alex.

   Alex menggeleng. "Aku takkan pergi kalau kau tak ceritakan masalah kau dekat aku." Ah, Max selalu begini. Tidak ingin langsung untuk menceritakan masalahnya kepada orang lain.

   "Kalau aku ada masalah pun, tu bukan masalah kau. Tu masalah aku! Langsung takde mengena dengan kau, Alexander Haikal." beritahu Max kasar.

   "Tu akan jadi masalah aku kalau kau tak cerita masalah kau." beritahu Alex Suaranya naik seoktaf.

   Max menunduk. "Haikal, please. Leave me alone." Suaranya seakan-akan merayu.

   Alex mendengus. "I'm sorry, Max. I can't. Now, ikut aku." Alex menarik tangan Max. Dia tidak ingin melihat Max bersedih lagi. Cukuplah kali ini sahaja.

   Max terpaksa mengikut rentak Alex. Dia tidak ingin perkara ini dibesar-besarkan. Dia mengalah kali ini. Mengalah bukan bermaksud kalah. Entah mengapa, jantungnya berdegup kencang apabila mendengar suara Alex yang cemas apabila melihat keadaannya sebentar tadi. Perasaan apakah ini?


No comments:

Post a Comment