Dua tahun kemudian…
“What? Fasy nak sambung belajar kat Malaysia?” soal Max seakan tidak
percaya.
Haha
dan chichinya hanya mengangguk.
Mengiyakan kata-kata Max.
Max mengeluh. Kalau Fasyin balik, mampuslah
aku kena study… study dan study. Tahulah dia tu pandai, aku pun
pandai jugak. Pandai belasah orang. Kenapa Fasy nak belajar kat Malaysia? Tak
suka!
“Doushite
(kenapa)?” soal Fayyad, chichi Max.
“Nani
mo (tiada apa-apa). Kare wa marēshia e haitsu modoru (Bila dia nak balik Malaysia)?” tanya Max malas. Ah… Fasyin suka sangat
buat orang kalut.
Giliran haha
Max pula yang membalas soalannya. “Lusa.” Jawapan yang terluah dari mulut hahanya membuat dia terlopong.
“Lusa? Kenapa awal sangat?” Wajah Max
monyok. Semestinya dia tidak dapat keluar dengan kerap seperti sekarang.
Chichi
dan hahanya mengangkat bahu.
“Kenapa
chichi dan haha tak halang dia?” soal Max lemah.
“CHICHI,
where Sarah?” soal Fakhriy. Ya,
Fakhriy memanggil Max, Sarah. Walaupun sudah dihalang banyak kali tetapi
Fakhriy tetap memanggil Max dengan panggilan itu.
“She’s
at home.” Jawab chichinya. “Let’s go home. Everybody miss you.” Sambung
chichinya.
Fakhriy mengangguk. Dia mengukir senyuman.
Lima belas minit berada di dalam kereta,
akhirnya mereka sampai ke rumah. Fakhriy merindui rumah ini. Sudah dua tahun
dia meninggalkan rumah ini. Apabila cuti semesta menjelang, dia akan ke rumah sofunya di Jepun.
“Yo!
My sister, how are you?” tegur
Fakhriy apabila bertemu dengan Max di muka pintu.
“Apa yo yo? Dah tak pandai cakap Bahasa
Melayu ke?” bidas Max. Kepulangan Fakhriy ke Malaysia mendatangkan masalah
kepadanya. Walaupun Fakhriy adiknya, Fakhriy tetap berlagak seperti seorang
abang.
Fakhriy menggaru kepala yang tidak gatal. Amboihh, garangnya. Datang bulan ke? “Assalamualaikum,
Sarah. Tak rindukan Fasy ke?” Fakhrul mengerdipkan matanya berkali-kali. Bajet
comel!
“Ha’ah
memang rindu. Rindu nak belasah kau. Ni apa hal tiba-tiba je nak sambung
belajar kat Malaysia?” soal Max apabila mereka duduk di atas sofa di ruang
tamu.
“Aikk,
macam tak suka je aku sambung belajar kat sini?”
Max mendengus. Dia melihat penampilan
Fakhriy dari atas ke bawah berkali-kali. Ni bukan adik aku Fasyin dua tahun
lalu. Yang ada di hadapannya kini, orang lain. Mata Max tertancap pada telinga Fasyin. Dia tindik
telinga? Mesti pengaruh dengan kawan-kawan dia ni. Kenapa chichi tak tegur langsung akan perubahan Fasyin ni?
“Fasyin, siapa yang ajar kau tindik telinga?!
Tanggalkan balik.” Fasyin yang dia kenal dua tahun lalu, seorang yang peramah.
Penampilannya sangat kemas. Tetapi yang berada di hadapannya ini, Fasyin yang
telinganya bertindik.
Senyuman sinis bergayut di bibir Fasyin. “Kenapa
Sarah? Kau tidak suka akan perubahan aku ini?” soalnya.
Max mengeluh lemah. Kenapa Fasyin kau
berubah jadi macam ni? Siapa yang pengaruh kau? “Fasy, please… tanggalkan subang tu.” Suara Max kedengaran seperti merayu.
Cukuplah dia seorang yang nakal. Dia tak ingin melihat adiknya menjadi teruk
sepertinya.
Fakhriy ingin menjawab tetapi terbantut kerana
dia mendengar seseorang memberi salam. Dia dan Max menjawab salam itu serentak.
“Woo
Fasyin. You look very handsome.” puji
Risya dengan senyuman.
Fakhriy tersenyum bangga.
Max mengeluh lagi.
“Fasyin, takde oleh-oleh ke untuk aku?” soal
Ad selamba.
Fakhriy mengangguk. “Ada… Kalau kau nak,
malam ni datang sini balik. Aku malas nak bukak lagi bagasi tu. Untuk kau pun
ada Risya. By the way, who’s this guy?”
Fakhriy melihat wajah Alex. Nampak macam kenal, tapi siapa? Mata biru tu… macam
kenal.
“I’m
Alex.” Alex menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan dengan Fasyin.
Fakhriy dan Alex berjabat tangan. “Alex? Max… aku kenal ke siapa Alex ni?”
Fakhriy pandang muka Max untuk mendapat kepastian.
Max hanya mengangguk. Ah… Fasyin kenapa kau
jadi macam ni? Aku sayang adik aku yang dulu. Aku dah tak kenal kau sekarang
ni.
Fakhriy angkat kening. Dia ada ke kawan nama
Alex? Musykil betul. Kejap-kejap… adakah di hadapannya kini Alexander Haikal?
Si budak skema tu? Tak mungkinlah. Lelaki yang berada di hadapannya sangat
bergaya.
“Haikal, is
it you?”
Alex mengangguk. “Yes, this is me.”
Fakhriy terlopong mendengar jawapan daripada
Alex. Siapakah yang mengubah penampilannya?
Ad, Alex dan Risya ketawa lucu melihat
perubahan drastik yang ditunjukkan oleh Fakhriy. Nampak seperti seorang yang
sangat naif.
“ARIGATOU
ne (terima kasih, ya)?” ucap Risya.
Fakhriy mengangguk. “No biggie.” Dia melihat Risya dengan pandangan yang misteri.
Perbuatannya disedari oleh Max.
“Terima kasih sebab belikan oleh-oleh untuk
kitaorang. You’re the best! By the way, kenapa kau nak sambung
belajar kat Malaysia pulak?” soal Ad ingin tahu.
“Saja… Nak ubah angin.” Jawapan yang sangat
tidak logik yang diberi oleh Fakhriy.
Max pandang Fakhriy. “Kau jangan nak buat
masalah kat sini, Fasy.” Max memberi amaran kepada Fakhriy. Suaranya
diperlahankan supaya Ad dan Risya tidak mendengar kata-katanya.
PEJAM celik pejam celik sudah lima bulan
berlalu. Max gelisah dengan perangai Fakhriy yang selalu pulang lewat malam.
Bukannya haha dan chichinya tidak memberi nasihat tetapi
semua itu sia-sia. Seperti mencurah air di daun keladi. Masuk telinga kiri,
keluar telinga kanan.
Perangai kau lebih teruk daripada aku
Fasyin. Selalu balik lambat, yang paling teruk sekali… Kau minum arak! Kau
minum air setan tu, Fasyin. Aku dah tak kenal kau lagi. Chichi dah bagi amaran kat kau, tapi kau buat tak tahu. Aku benci
kau, Fasyin! Kau bukan adik aku, kau bukan saudara kembar aku.
Air mata Max menitis jua mengenangkan sikap
adiknya yang liar ini. Haha dan chichi tak ajar kau jadi macam ni. Aku
rasa sudah cukup ilmu agama yang haha dan
chichi ajar kau. Tapi kenapa? Kenapa
kau berubah menjadi teruk macam ni?
Max menutup diarinya. Fasyin, jangan
kecewakan haha dengan chichi dengan sikap kau yang teruk ni.
Bertaubatlah, Fasyin. Biarlah aku seorang yang teruk, aku tak nak kau jadi
macam aku. Air mata Max menitis lagi. Ah… sia-sia sahaja aku menangis sebab
kau. Max mengelap air matanya dengan hujung jari runcingnya.
Langkahnya dihayunkan untuk turun ke bawah untuk menghilangkan dahaga.
Dia mengerling ke arah jam dinding. Sudah pukul 3 pagi tetapi Fakhriy masih
tidak balik-balik lagi.
Semasa dia sedang minum air, Max mendengar
seseorang mengetuk pintu dari luar. Mesti tu, Fasyin. Aku sangkakan kepulangan
Fasyin ke Malaysia menyebabkan aku tidak bebas lagi tetapi sangkaanku meleset.
Sikap Fasyin ini lagi teruk daripada aku.
Max membuka pintu untuk Fakhriy. Max menutup
hidung apabila terbau bau air setan yang diminum oleh Fakhriy. “Baru nak balik,
Fasyin? Kenapa tak balik esok je?” soal Max agak marah.
Fakhriy tidak membalas kata-kata Max. Dia
berjalan terhuyung-hayang untuk ke bilik tidurnya.
“Fasyin, aku nak mulai esok, kau jangan
keluar lagi kecuali ke uni. Aku nak, kau pergi uni dengan aku. Muktamad!” Max tidak
ingin Fakhriy terus hanyut dengan nikmat dunia. Tidakkah dia tahu, nikmat di dunia hanya sementara?
“Eh, suka hati akulah nak keluar ke tak! Kau
takde hak nak halang aku.” Fakhriy membalas dengan kasar.
Max mendekati Fakhriy. “Apa kau cakap tadi? Aku
takde hak? Eh, Fasyin! Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Kau minum arak
Fasyin! Apa nak jadi dengan kau ni Fasyin?” marah Max. Suaranya yang lantang
menyebabkan haha dan chichinya terjaga dari tidur.
“Apa bising-bising ni? Max, Fasyin?” soal chichi mereka. Orang nak tidur pun tak
senang. Huh!
Fakhriy tidak menghiraukan pertanyaan chichinya lalu melangkah ke bilik
tidurnya.
Max terduduk di atas lantai. Dia menangis
teresak-esak mengenangkan perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Fakhriy. “Haha, chichi… doushite? Kenapa Fasyin
jadi macam tu?”
Haha dan
chichi hanya berdiam diri mendengar
soalan daripada Max. Mereka tidak tahu untuk menjawab apa. Mereka berdua pun
terkejut dengan sikap Fakhriy yang melampau ini. Haha dan chichi Max sayu
melihat Max menangis seperti anak kecil. Jarang sekali untuk melihat Max
menangis begitu. Max menitiskan air matanya semata-mata untuk Fakhriy. Ah…
Fakhriy tidak tahu betapa sayangnya Max kepadanya.
Mereka
mengeluh kesal.
No comments:
Post a Comment